Surat terbuka ke-2 Mat Zain isu "mata lebam"

on Dec 10, 2010


SURAT TERBUKA KEDUA. 

Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Melalui:Email dan PosEmail: iho@rmp.gov.com
10hb.Disember 2010

YDH Tan Sri,

JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.


Assalamualaikum wbt. Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998. Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998. Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see...you recognize;you read...you will know; if you write…you will remember for ever”. Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga (3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut? Malah dua (2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999, dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima (65) muka surat kesemuanya. Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

i) YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.
ii) YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009
iii) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.
iv) Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura. Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja. Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.

8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1, PART TWO, Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-

:Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 “Overview”)
“Quite simply,this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim(DSA)had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honourable the Attorney General,that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA’s body” (penekanan saya kepada perkataan dalam “bold & italic”). Unquote.

8.1. Perkara dalam 2nd limb, quotation diatas yang menyebabkan pertembungan “head-on” antara Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) dengan saya. Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini.Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai “sikap tidak sopan” saya ini. Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

9. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999,dua laporan pakar dalam persoalan ini, yang disediakan oleh Dr.Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA, yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1,PART FOUR,Item 4(B) The Medical Evidence,perenggan 4.11 dan 4.12.

9.1. Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas.Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr. Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr. Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini,tidak mungkin beliau akan melantik Dr.Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

9.2. Saya kemudiannya diberitahu, TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba “membetulkan” keadaan.Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr. Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk “neutralize” laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9,yang saya tolak.

10. Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;

10.1. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut, dua laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

10.2. Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public, didapati laporan Dr. Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut.Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

10.3. Untuk berlaku adil kepada TSGP,saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut. Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini. Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

10.4. Apa yang patut dibimbangkan ialah;jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini,yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan,maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

11. Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini. Perkara mantan IGP, TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi .Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini, dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya. Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas. Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

11.1. Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu, sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan. Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu. Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

12. Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak. Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.

Salam sejahtera dan selamat maju jaya.Wassalam.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)
10hb.Disember 2010



Korea Selatan Miliki Internet Tercepat di Dunia.

on


Menurut analis, Korea Selatan dinilai memiliki akses internet tercepat di dunia, mencapai 12 megabits per second (Mbps).

Data dari perusahaan jaringan terbesar Akamai, yang dilansir melalui Big News Network, Jumat (30/7/2010), menemukan jika rata-rata kecepatan internet jaringan global hanya sekira 1,7 Mbps. Meskipun beberapa negara telah mengimplementasikan layanan internet tercepat..

Dalam temuan tersebut, kota Masan di Korea Selatan menduduki peringkat teratas untuk internet kecepatan tinggi dengan akses mencapai 12 Mbps. Di tempat kedua diisi oleh Hong Kong dengan kecepatan 9 Mbps, dan Jepang menyusul di posisi kedua dengan akses 7,8 Mbps.

Di posisi empat dan lima, masing-masing ditempati Romania dan Latvia dengan kecepatan yang sama, 6,3 Mbps.

Negara yang paling antusias dengan kecepatan internet broadband adalah Inggris. Namun dalam data yang dimiliki Akamai, negara tersebut menduduki posisi 27 di antara total 201 negara yang disurvei, dengan rata-rata kecepatan internet hanya 3,8 Mbps. Angka ini masih di bawah target yang dikalkulasi regulator Ofcon.

"Kecepatan 100 Mbps juga tersedia di Korea Selatan namun tarifnya belum bisa terjangkau oleh masyarakat karena mencapai ratusan dolar per bulan," ujar Kepala Marketing Akamai David Belson.

Berikut negara dengan internet tercepat di dunia,

1. South Korea 12Mbps
2. Hong Kong 9Mbps
3. Japan 7.8Mbps
4. Romania 6.3Mbps
5. Latvia 6.3Mbps
6. Sweden 6.1Mbps
7. Netherlands 5.9Mbps
8. Czech Republic 5.4Mbps
9. Denmark 5.3Mbps
10. Switzerland 5.2Mbps.

CERITA LAMA :- Gejala Rasuah Sukar Dibendung Apabila Najib Jadi PM, Kata Dr Mahathir

on




Ahli Umno Peroleh Projek RM2 Bilion Dari KEMENTAH.......???

on



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.
Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.
Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.
“Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. ‘Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.
“Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.
“Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.
“Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.
“Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.
“GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain,” katanya.
Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.
“Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.
“Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan,” terangnya.
Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.
Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.
Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.

Tangguh Semak 'Kenaikkan Tarif Elektrik'.......???

on

Panas: Tangguh Semak 'Kenaikkan Tarif Elektrik', Terbukti Kerajaan Akui Rakyat Terbeban Dengan Kenaikkan Harga Minyak Di Pasaran Sekarang Ini






Nampaknya, Kerajaan 1Malaysia pimpinan PM Najib Razak semakin takut dengan kebangkitan suara rakyat. Baru sahaja beliau beriya-iya mewar-warkan kononnya kerajaan akan mengkaji kenaikan tarif elektrik, kelmarin lain pula jadinya.

 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui (foto), tiba-tiba umumkan bahawa semakan kadar tarif elektrik ditangguhkan dan ia hanya akan dibuat apabila persekitaran kondusif. 

Kononnya penangguhan itu berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, ''Sekiranya kita melakukan semakan dan menaikkan kadar tarif ia akan memberi kesan kepada kos kehidupan dan pelbagai lagi. ''Justeru, kerajaan telah menangguhkan (semakan) dan akan memberi lampu hijau jika keadaan sesuai,'' kata menteri berkenaan. 

Nampaknya kerajaan begitu "baik" untuk menangguhkan tarif tersebut, bagi membuktikan mereka "mendahulukan rakyat" dalam hal ini. Namun, dalam situasi yang lain kerajaan juga bertindak bodoh apabila mengatakan mereka secara prinsipal telah bersetuju untuk menyemak tarif elektrik memandangkan kenaikan kos dan harga minyak.

 Makanya, ini bermakna tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api jelas sekali membebankan rakyat sebenarnya. Kenapa ini tidak diakui oleh kerajaan sebelum ini?. Bukti jelas, dengan kenaikan tersebut menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ini juga mengesahkan kepada kita, bahawa kenaikkan harga minyak RON95 di pasaran baru-baru ini bakal menyebabkan banyak lagi barangan lain akan naik harga. 


Bukankah ini akan menyebabkan rakyat terus menderita dan sengsara. Oleh itu, kerajaan usah persalahkan rakyat jika mereka mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana mereka sudah jemu dengan"trick lama" yang sering dimainkan oleh kerajaan sejak sekian lama. Apa pun, tahniah kepada TNB kerana telah menangguhkan semakan kenaikkan tarif elektrik.

(Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan".


 Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. 

Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!!).

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI - Part 2

on

Benar kata orang, kampung kami di kawasan HULU Kelantan dan memang selalu dipinggirkan arus pembangunan. Cuba perati di dalam peta di bawah ini, memang tidak ada apa pun yang menarik perhatian sesiapa. Nam kampung pun dah pelik, mesti penduduk yang menetap disini pun pelik-pelik juga.

Sila klik gambar untuk lebih besar.

Nama asalnya, Kampung Kandis (sekarang Kampung Kandek) serta Kampung Durian Badak (sekarang Kampung Biak A & Biak B). Disinilah lokasi yang saya maksudkan di dalam penulisan terdahulu KLIK .

Apabila mendengar akan sebuah jambatan dibina, maka ibu bapa yang berada di Kampung Biak A & B segera mendail nombor-nombor telefon anak-anak mereka yang mencari rezeki dan nafkah keluarga di Kota Raja serta Kota Konstantinople memaklumkan akan hal ini. Gumbira hati mereka sebenarnya, tidak tahu nak diberitahu sesiapa betapa gembiranya mereka. Setiap hari, isu PEMBINAAN JAMBATAN lah yang dicanang, kecik, besar, tua muda, jate, tino, semua sama. Di sekolah, murid-murid pun cerita hal yang sama, cikgu kecik, cikgu besar, pegawai kecik, pegawai besar, serta tok imam pun menceritak hal yang sama. Kalau batu serta kayu baoleh bercakap, mereka pun akan menceritakan hal yang sama juga.

"Buleh doh kalu awe nok beli kereto gok, cari lah hok seken hend pun, xdop hal, asal buleh ayoh wak beruley gi semaye jumaat di Kandek jah. Buleh la mek mu gi cari2 lauk alah ko Jelawer (Jelawang), Kolo Balar (Kuala Balah) nuh.."- Bagitahu si ayah kepada anaknya supaya membeli sebuah kenderaan, ekoran jambatan yang akan dibina ini. Kerana bila ada jambatan, makan kenderaan boleh di parking di depan tangga rumah.

Anaknya yang berada di Kota Konstantinople serta di Kota Sarang Semut dan Kota Belud amat gumbira mendengar hal ini, maka diceritakan pula kepada kawan-kawannya di sana. Segera mereka mengunjungi kedai-kedai kereta terpakai untuk mencari sebuah dua untuk dibawa pulang.

Maka penuhlah kereta berderet di Kampung Kandek. Mereka membeli kereta, tetapi masih lagi tidak dapat membawa pulang parking depan rumah. "Tak mengapa, letak di Kandek dulu dengan bayaran tapak parking dengar kadar tertentu, mungkin tahun depan dah boleh bawak balik kot.." -Bisik hati nurani yang suci murni seorang penduduk.

Namun, tahun berganti tahun, jambatan tidak juga muncul. Arrgghh...keciwa rasanya, duit yang diperolehi dari hasil menroeh getah terpaksa dibayar sebahagiannya untuk sewa tapak parking kereta di Kandek...adussss...begini rasanya nasib ditipu!!!...

"Pok cik jangan bimbey, kali ni jadi..meme akan jadi doh nk buat gertok nih" - Kata seorang pekerja yang membuat kerja-kerja ukur di Kampung Kandek. "Yo ko? demo tahu dop, kali ni sekali dengan demo nih, doh 4 kali doh nih, demo ni hok kali keempat doh ni mari ukur, sukat, tapi tok jadi-jadi lagi",- ujar salah seorang penduduk kepada pekerja ukur tersebut.

Penduduk ni, sekali mereka masuk ukur, gempar, dan percaya akan jambatan semakin hampir dibina, baik dari kerajaan pusat, dan kerajaan negeri, semuanya sudah masuk dan menceritakan hal yang sama. AKAN DIBINA.

Namun, sehingga kini, mereka telah merasa tertipu dan dihina sedemikian rupa. Nasiblah...Tengoklah dalam peta itu, apalah yang ada, ya, memang benar, jalan itu, memang tak menuju ke PUTRAJAYA mahupun KOTA DARULNAIM.

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI - Part 1

on



Bagaikan bermimpi, apabila terdengar akan kesenangan yang bakal dikecapi setelah sekian lama hidup menaruh kepercayaan kepada sungai untuk menuju ke sekolah, ke pekan, pasar minggu, hospital, dan sebagainya. Setelah hampir sekian lamanya rakyat ditipu oleh penipu-penipu berhemah dan berlesen, namun setelah episod penipuan ini membuat satu lagi tipu helah, ingin membina sebuah jalan penghubung iaitu gertok, ataupun jambatan, maka bagaikan suatu mimpi indah yang bakal dikecapi oleh penduduk di pedalaman ini.

Kawasan yang dimaksudkan ini ialah di Kaswan Kampung Biak A & B serta di Kampung Kandek, di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, juga di dalam Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, Kampung Kandek merupakan sebuah kampung yang permai di Negeri Kelantan. Juga dikenali umum sebagai sebuah kampung Islamik, banyak program-program tarbiay dibuat di kampung ini. Terdapat sebuah sekolah Ugama Arab disini. Sejak dahulu lagi, anak-anak pelajar di kampung ini disekolahkan sejak kecil di sekolah agama tersebut. Jika dari segi geografi, Kampung Kandek memang teletak di kawasan pedalaman dan tidak ada jalan keluar masuk, kerana hanya satu jalan sahaja yang digunakan untuk masuk dan keluar dari Kampung Kandek ini. Seoalah-olah jika kita sampai di Kampung Kandek ini, ianya merupakan jalan mati, kita tidak dapat lagi memandu ke destinasi seterusnya, The End of Road.

Dipisahkan dengan sebatang sungai yang mashyur, Sungai Pergau, terdapat 2,3 buah kampung lagi di seberang sana. Kampung tersebut juga dihuni oleh manusia yang makan di pinggan, minum di cawan dan gelas, serta membuang air di jamban dan tidur di atas tikar serta katil. Mereka juga manusia seperti kita, bertutur bahasa Kelantan dan mempunyai nafsu untuk berumah tangga dan memiliki kemewahan sendiri.



















Motor pun naik motor-bot. Penduduk Kampung Biak A & B menaikkan motosikal mereka ke atas sampan untuk menyeberang sungai. Tak ada life jacket ataupun insuran nyawa nih...jika jatuh, jatuhlah.....

Kampung yang saya maksudkan ini diberi nama Kampung Biak A dan kampung Biak B. Soal asal usul nama kampung saya tidak mahu persoalakn disini, tuan puan bolehlah berjalan ke sana berjumpa penduduk untuk mengetahui asal usul namanya.

Di Kampung Biak A, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Biak serta sebuah kelinik kesihatan yang diberi nama, Kelinik Kesihatan Desa Biak A. Masyarakat disini rata-ratanya penoreh getah serta bekerja sendiri untuk makan minum pakai isteri, anak, mak mertua, pak mertua, cucu, serta menantu mereka.

Pelajar yang bersekolah menengah pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan ada juga yang bersekolah di sekolah ugama di Kampung Kandek. Untuk ke Dabong serta ke Kandek, tidak jalan lain, tidak ada awan Dragon Ball untuk ke sana, tidak ada tikar terbang Lakasaman Do Re Mi, serta tidak ada papan luncur Spider Man, yang ada cuma lah sampan, rakit, serta jeriya jah.

Setiap hari, pehubungan dengan bandar-bandar, pekan-pekan untuk mendapatkan makanan, pakaian, beras, gula, sekut senik, sekut tawar, cakelat, cikedis, cuka, budu, sos cili, sos tiram, berger, nugget, kredit hanset, basikal dan sebagainya terpaksalah menggunkan sampan atau bot, atau jeriya atau rakit untuk menyeberangi Sungai Galas ke Kampung Kandek.

















Inilah Sungai Pergau, diseberang sana merupakan tempat penduduk Biak A dan Biak B menunggu bot penambang

Bila sampai di Kampung Kandek, terasa sudah sampai di sebuah tanah besar. Langkah sudah boleh diatur untuk ke Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kota Melaka, Kota Sarang Semut, Kota Kubang Labu, Kota Raja, Kota Kinabalu dan Kota Konstantinople.

Menurut penduduk disini, sudah beberapa kali penduduk di Kampung Biak yang bersalin di atas bot dalam perjalanan untuk ke hospital. Malangnya hospital atau pusat kesihatan yang paling dekat adalah di Dabong atau di Kuala Balah serta di Jeli.














Penduduk yang ingin menyeberang menunggu bot penambang mengambilnya, mereka melaung sekuat hati ataupun dengan membunyikan hon motosikal untuk memberi isyarat kepada pemandu bot. Untuk makluman, pemandu bot tersebut kadang-kandang tidak ada sepanjang masa di sungai. Bukan kerja dia bro, dia buat pun dah kira syukur. Bayaran tambang pun bukannya mahal mana pun.

Bayangkanlah jika ibu yang hamil mengadu sakit perut, ada pesakit yang tak boleh berjalan terpaksa menuruni bukit yang curam untuk menaiki bot untuk menyeberangi sungai bagi mendapatkan khidmat kesihatan di kawasan Dabong atau Jeli. Memang kelinik desa sudah ada, tetapi apalah yang mereka boleh buat jika berdepan dengan kes-kes yang se-rius atau dua-rius.

Selain itu juga, pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di Dabong terpaksa mengadai nyawa mereka untuk menyeberangi sungai tersebut. Pernah juga berlaku buku-buku terjatuh ke dalam sungai, pelajar-pelajar lemas di sungai serta jika musim tengkujuh, mereka tak dapat untuk ke sekolah kerana tak berani meniki bot, airnya deras. bayangkan jika di musim peperiksaan seperti UPSR, PMR serta SPM macam mana.

Inilah serba sedikit fenomena dan keadaan yang dialami oleh penduduk di Kampung Biak A dan Biak B di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Sebuah jambatan menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini WAJIB dibina segera. Sudah cukup azab mereka di sana sekarang ini.

Pabila ada seseorang pemimpin berjanji untuk membina sebuah jambatan di dalam kempen pilihanraya, maka ianya Umpama Mimpi Dalam Mimpi bagi penduduk di sini, adakah benar? Sungguh ko? Yo lo ko? Biar betul? Sengoti eh? Mu tahu mana? Kecek molek sikit!!!...inilah pertanyaan yang diajukan apabila ada yang menyampaikan janji2 pemimpin terbabit kepada orang kampung. Seoalah-olah tidak percaya dengan janji tersebut.

Maka pilihanraya berlalu, siap menang, siapa kalah dan diumum. Maka giliran pengundi, menuntut segala janji-janji tersebut. hari demi hari, minggu demi minggu, di kedai-kedai kopi dan horlicks, tak ada isu lain, isu jambatan jer dicakapkan serta dibualkan. Sengih mulut-mulut sekaan-akan jambatan yang bakal dibina akan terpacul di depan mata. namun setelah beberapa bulan, tidak nampak pun akan dibina. Cukup setahun, penduduk mula masam muka, dan semakin masam setelah masuk 3,4 tahun. Maka ketahuilah, semuanya tipu belaka. Cisss!!! kata penduduk kampung.

Maka berlaku sekali lagi pilihanraya umum, pemimpi terbabit dihukum rakyat ekoran janji palsunya. Maka penduduk memilih pemimpin lain yang dijangka boleh menolong dan merealisasikan impian mereka terbabit. Maka pada awalnya, kerja-kerja ukur dilakukan, lega sikit penduduk, mungkin di dalam hati, "Jadi sungguh dah kali nih jambatan kita...". Kerja ukur sahaj dan 3,4 kali di buat...Namun rupanya tengahari tu hujan...ingatkan panas hingga ke petang, sehingga saat ini memang masih lagi "kemarau jambatan juga...' Kesian....

Penduduk sekali lagi menjadi masam. Terasa ditipu lagi...cuba fikir macam mana rasa jika kena pada kita??? Jangan duk mengata penduduk terbabait, sebaliknya fikir jika ianya kena pada kita sendiri.

Sekarang ini, semuanya masih lagi menggunakan sampan sebagai alternatif yang ada untuk menghubungkan dengan banadr-banadr yang kononnya maju tuh sehingga melupakan rakyat di dalam HUTAN...

Semua kenderaan penduduk Biak yang dibeli seperti kereta, van, lori, helikopter, jet pejuang, kereta kebal, terpaksa ditinggalkan di Kampung Kandek. Penuh sesak dah di Kampung Kandek dengan kenderaan mereka. Beli kereta mahal-mahal, beli helikopter mahal-mahal, beli kapal terbang mahal-mahal pun tak boleh di parking depan tangga rumah. Kesian....

Penduduk Kampung Kandek, memperoleh rezeki dengan keadaan ini dengan menyediakan bangsal-bangsal kereta dengan kadar-kadar tertentu untuk disewa. Untuk menjamin keselamatan, terpaksa juga membayarnya. Dah lah cukai jalan pun kena bayar jugak. Kesian...

Sekarang, penduduk yang ditipu ini sedang merancang untuk tidak keluar mengundi dah, kecualilah ada parti ketiga selain PAS dan BN...hahahaha..sebab mereka dan kena tipu dah dengan kedua-dua parti ini. Ini kata mereka, jangan ingat saya yang kata pulak.

Memang bila kita fikir, mereka ni jenis kebendaan sehingga tak akan kelaur mengundi. Bro, kena ingat, kita kena fikir, kenapa mereka bertindak sedemikian?? Mereka telah ditipu oleh janji-janji dai dalam pilihanraya. Kalau di berada di kampung mereka macam mana kita rasa?/

Sekarang bolehlah kita cakap sebab kita berada di Kota Bharu, kita berada di Air Keroh, kita berada di Machang, kita berada di Ipoh, kita berada di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, kita berada di Ketereh. Apa kata jika tuan-tuan dan puan-puan semua mari duduk di sini buleh 2,3 hari lagu mana?? Jangan mari buat program, tetapi mari sebagai penduduk disini.

Tak kena pada kita, sedaplah kita cakap, macam-macam kita boleh cakap selagi ianya tak kena opada kita, cuba bila kena pada kita macam mana??? Renungkanlah wahai manusia yang lupa akan nasib mereka di sini.

















Menunggu bot penambang pergi ambil.




















Penduduk Kampung Biak A sedang menuruni tangga untuk menaiki bot ke seberang. Dari seberang, mereka sama ada berjalan kaki atau menunggang motosikal untuk pulang ke rumah masing-masing.




















Sebuah pondok dibina untuk berteduh dari hujan.




















Antara motosikal yang ditinggalkan di Kampung Kandek

Beberapa keping gambar di bawah ini adalah menunjukkan kawasan tempat untuk penduduk meninggalkan (parking) kereta mereka di Kampung Kandek. Perkhidmatan parking berbayar ini disediakan oleh penduduk Kandek untuk memberi kemudahan kepada penduduk Biak. maklumlah, kenderaan meraka tak boleh melintasi air.


























































Kadar bayaran yang dikenakan dari perkhidmatan ini.


























































Kini, semuanya bagaikan UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI sahaja bagi penduduk di sini. Diharap agar pihak-pihak bertangungjawab yang berdegar-degar bercakap mengenai nak bela Melayu, nak bela Islam, nak bela rakyat Malaysia, nak bela rakyat Kelantan, sila lah tampil membela nasib rakyat, melayu, Islam di kawasan ini dengan segera.

Ingatlah, walaupun mereka berada di kawasan HULU Kelantan, mereka bukannya bangsat, mereka bukannya tolol mereka bukannya HINA, mereka juga membayar cukai seperti kita di Kota Bharu, mereka juga kalau nk masuk sekolah, kena bayar yuran jugak, mereka pun kalau nk masuk Muzium Negeri Kelantan, kena bayar tiket jugak, kalau pergi hospital pun kena bayar jugak, jadi antara mereka dengan kita di Kota Bharu, tidak ada bezanya, JANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA.

"Jeffrey porak poranda parti" – Andipai

on

andipai


KOTA KINABALU: Bekas calon PKR Parlimen Pensiangan dalam pilihan raya umum (PRU) 2008, Danny Andipai mencadangkan supaya bekas Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dipecat kerana didakwa melancar agenda bagi memporak-poranda parti itu di Sabah.
Katanya, sepanjang menjadi naib presiden, Jeffrey tidak pernah berusaha untuk memperkasa parti tetapi sebaliknya merancang strategi untuk memecah belah perpaduan PKR Sabah sehingga parti gagal menang sebarang kerusi pada PRU 2008.
“Kehadiran Jeffrey dalam PKR selama ini hanya bersifat pengacau atau gunting dalam lipatan kerana sejarah politiknya membuktikan, sokongannya membawa rebah. Semua parti yang disertainya porak poranda.
"Dia masuk PBS, PBS tumbang kepada BN. Dia sertai AKAR, parti itu terpaksa dibubar. Dia sertai PBRS, berlaku krisis perlembagaan.
Dia masuk PKR, PKR hampir hancur. Sebelum PKR hancur, pucuk pimpinan wajar pecat Jeffrey,” ujarnya.
Kata Andipai, Jeffrey menjadi dalang utama kepada Geng 12 ‘Trojan Horse’ yang digantung keahlian selama setahun kerana menaja Parti Cinta Sabah.
Menurutnya, beliau sedia mendedahkan bukti pengkhianatan Jeffrey kepada pucuk pimpinan parti jika PKR memecat Jeffrey.
Ketua Penerangan PKR cabang Batu Sapi, Addin Ismail turut mencadangkan agar Jeffrey dipecat terus dan disenarai hitam oleh PKR atau menghalang dari menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat kerana ibarat "memelihara ular tedung di dalam rumah."
Katanya, pemilihan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah akan dipantau oleh Naib Presiden, Tian Chua.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List