SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL TERSIAR... APA MACAM SEKARANG.........???

on Dec 17, 2010

FUH!!! SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL TERSIAR... MINTAK TOLONG SEBARKAN!!



ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Putera Jefri diarah bayar RM66.14 juta.......???

on

NEW YORK - Adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah kalah kepada satu pasangan peguam suami isteri, Thomas dan Faith Zaman di sebuah mahkamah di sini kelmarin.

Ekoran kekalahan itu, juri memutuskan Jefri perlu membayar AS$21.10 juta (RM66.14 juta) kepada pasangan tersebut. 

Bayaran itu meliputi AS$10.1 juta (RM31.66 juta) kepada Thomas dan AS$11 juta (RM34.5 juta) untuk Faith. 

Pasangan itu mendakwa Putera Jefri berhutang dengan mereka berjuta-juta dolar dalam bentuk yuran perkhidmatan. 

Juri mendapati pasangan itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan Putera Jefri berhutang sebanyak AS$10.1 juta kepada mereka dalam bentuk yuran perkhidmatan.

Peguam Faith, Mark Cymrot berkata, pihak juri memberikan award sebagai ganti rugi kepada pelanggannya, AS$11 juta selepas mendapati satu perjanjian pekerjaan dengan putera berkenaan adalah ikhlas dan perlu dihormati.

Putera Jefri sebelum ini mendakwa dalam perbicaraan itu bahawa pasangan peguam tersebut mencuri lebih AS$7 juta (RM21.9 juta) daripadanya menerusi pelbagai bentuk penipuan. 

Namun, Thomas dan Faith menyatakan mereka menerima gaji yang rendah selain diberi kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan. 

Perbicaraan kes tersebut kemudiannya menjadi hangat ekoran pendedahan beberapa patung erotik bekas tunang Putera Jefri, Micha Raine. 

Putera Jefri sebelum ini melantik pasangan tersebut untuk membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada asetnya sebagaimana yang diarahkan oleh kerajaan Brunei yang diperintah oleh abangnya, Sultan Hassanal Bolkiah. 

Keputusan juri itu menggembirakan pasangan tersebut.

"Bagi kami, ini adalah justifikasi yang besar buat orang biasa. Kami bukan individu seperti Putera Jefri," kata Faith. 

Namun, para pegawai di Hotel New York Palace milik Putera Jefri nyata kecewa dengan keputusan itu. 

"Kami tetap yakin bahawa berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan, hotel ini menjadi mangsa kepada skim penipuan," jelas pihak pengurusan hotel terbabit dalam satu kenyataan. 

Pasukan peguam Putera Jefri akan mengemukakan rayuan. Putera Jefri tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan.

SYABAS PUNYA HAL.......???

on

NONE
JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

Menurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006.

Menurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

“Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

“Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005,” kata Chee.

NONEMenurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

“Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif,” katanya. 

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia. 

Menteri minta Selangor jangan saman Syabas......???

on

NONEMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

Jika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

"Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor. 

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd. 

"Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

"Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras," kata Chin.

Pada Rabulalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air.

SPR guna taktik kotor nak bagi Kerajaan PR Kedah tewas PRU13 nanti.

on




ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan.

Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.

Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.

Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.

Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek.

Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos.

Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR.

Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri.


on

PETALING JAYA 17 DIS: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkenaan kekecohan di Parlimen semalam apabila usul meminta Speaker menarik diri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu yang dibangkitkan.


"Tapi operasi mereka sebelum itu adalah Myteam. Malaysian Insider beri keterangan jelas wakil Apco menasihat Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian," kata Anwar.

Turut Hadir ialah Karpal Singh, Datuk Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Ali, Dr Lo'Lo Ghazali, Tian Chua, R Sivarasa, Yusmadi Yusuf dan Datuk Johari Abdul.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit.

Jelas Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dihukum kerana sentuh surat Apco. Dia tidak menyiarkannya pun. Apa apco ini? Dewata raya ka? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," kata Anwar.

JAIS Serbu Markas Syiah Ketika Ceramah Berlangsung.......???

on




Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

Penyelewengan lain dilakukan kumpulan ajaran sesat itu ialah menziarahi kubur Saidina Husain sebagai ganjaran ke syurga, menghina isteri-isteri Nabi SAW serta mengharuskan sembahyang jamak pada bila-bila masa.

Petang semalam, lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini, bagi perintah jaminan sementara pendakwa syarie menyiapkan kertas siasatan.
Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan mereka dijamin RM2,000 seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan lelaki Iran menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta tidak dibenarkan ke luar negeri sehingga tarikh sebutan akan datang.

Saiful kemudian menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, mempertikaikan arahan pihak berkuasa agama yang dinyatakan dan diberikan melalui fatwa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, berkata ciri-ciri kesalahan kumpulan itu termasuk Imam adalah maksum, kemunculan Imam Mahadi bersama orang mati untuk memberi keadilan, menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan dengan menambah dalam Syahadah serta menghalalkan dan mengamalkan nikah mutaah (perkahwinan kontrak).

Katanya, kumpulan itu dikenal pasti dua tahun lalu dan dikategorikan sebagai serius kerana mereka menyebarkan fahaman Syiah secara sembunyi dan menggunakan pelajar Malaysia yang belajar di republik itu dengan menawarkan biasiswa serta memberi hadiah berupa buku.

“Malah, apabila ada pembesar Iran melawat negara ini, mereka mengadakan kempen dan penerangan berhubung fahaman itu sebelum membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi tempatan untuk menyebarkan fahaman mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau menyifatkan tangkapan kelmarin adalah yang terbesar dalam sejarah JAIS dan tidak menolak kemungkinan orang ramai berminat menyertai ajaran itu kerana membenarkan perkahwinan mutaah yang menjurus kepada perkhidmatan seks.

Muhammad Khusrin berkata, daripada 200 yang ditahan, 128 masih berada dalam tahanan, manakala selebihnya kanak-kanak dan remaja dibebaskan.

on


Kisah ini tiada kena mengena dengan Khir Toyo samada dia masih hidup atau sudah mati.... atau berkaitan dengan sesiapa yang bernama Toyol, hahaha... kisahnya begini...:-

Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo RM23 juta yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut.

Pada malam pertama beliau menginap di banglo tersebut, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.

Lantas.., beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.

Toyol : Maafkan aku.. aku lapar.
Razak : Takperrr... aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh... kacang ajer...
Razak : Dan yang kedua... aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas....
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah... aku nak engkau luruskan bulu ini.. selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alahhhhh... lagi kacangggggg... bhaiii.....

Sejak malam itu, setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus... puas si toyol mencuba namun gagal. Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan, dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak - anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak dan isteri Razak.

Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk...!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak ke atas perut... Alangkah terkejutnya si toyol...

Toyol : Makkkkkk... ooiiiii.... mati aku... banyak lagi bulu yang nak kena lurus daaaaaaaaa...!!!!!

Selepas kejadian itu.... hanya SPRM jer... yang tau nasib si toyol setelah melarikan diri dari banglo tersebut... heheheheeee.....


Kredit Pada :- http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Ditelan mati Najib, diluah mati Anwar........???

on

Serba salah. Kita tengoklah siapa yang mati politiknya. Pilihanraya dah dekat. Tengoklah jengkal siapa yang panjang. Bagi pemimpin UMNO mereka kekadang terlupa dengan kesempatan pendedahan wikileaks yang kontreversi sekarang. Berebut-rebut untuk memanipulasikan berita tersebut bagi menyerang PR.

Tetapi bak meludah ke langit… apabila diserangnya Anwar Ibrahim tentang isu liwat yang dikatakan pimpinan Singapura termasuk bekas PM Lee Kuan Yew serta perisik mereka mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku. Dr Mahathir pun tumpang sekaki.
Mereka terlupa pulak bahawa maklumat wikileaks juga menyebut banyak lagi isu pimpinan Umno. Sekitar 1,000 kabel maklumat berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai Putrajaya. Khususnya berkait komentar pimpinan singapura terhadap Malaysia. Antaranya dikatakan perangkap dipasang bagi insiden Liwat 2. Pimpinan Umno juga dikatakan sebagai pimpinan bodoh yang memerintah Malaysia.

Paling teruk adalah Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Althantunya yang menyebabkan beliau terpaksa mempertahankan Putrajaya dari dirampas pembangkang bagi mengelakkan beliau didakwa kes pembunuhan Althantunya. Apa ke bahana hantu Althantunya ini yang masih mengekori Najib sehingga kini. Tidak ketinggalan Mahathir yang dikatakan pelempar batu kepada Pak lah dan Khairy, Ketua Pemuda Umno sebagai penumpang jasa bapak mertua.

Sebab itu apabila rakyat didedahkan dengan lapuran Wikileaks tersebut, akibatnya ianya backfire buat Umno-BN. Najib diam membisu. Khairy Jamaludin terpaku. Mahathir terkedu. Umno-BN makin celaru. Ini yang menyebabkan Menteri Luar diarah Datuk Seri Anifah Aman memanggil diplomat Singapura untuk Malaysia, T Jasudasen untuk member penjelasan dan menyerahkan surat protes resmi dan rasa tidak senang Malaysia atas komentar yang dibuat oleh Singapura mengenai kepemimpinan Malaysia dan situasi di negara itu.

Mereka ingin rakyat menolak semua apa yang dilapurkan oleh wikileaks kecuali kes liwat Anwar. Anwar pula turun padang menjelajah Malaysia dan membacakan lapuran baki Wikileaks yang disembunyikan media. Nampaknya modal kempen Umno dah jadi racun.

Kasihan Umno-BN serta pengampu dan penjilat mereka termasuk media dan para bloggers pencacai. Macam ikan ditabur umpan… berebut sakan. Rupanya baham mata-kail. Macam ayam berebut.. ingat makanan rupanya baham tahik.
Bagi PR dilontar tohmahan bermacam. Tetapi macam “tahi Itik”. Mulanya Nampak buruk.. rupanya kuih yang enak. Kasihan Umno-BN. Nayenya Najib. Bermadahlah Najib di Alor gajah untuk meyakinkan pelabur bahawa Malaysia ditadbir oleh ahli politik yang bukan sahaja cekap tetapi sangat, sangat cekap
'Pentadbiran kita cekap'

ALOR GAJAH: 2010/12/16. Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia bukan sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah yang berwibawa.
Penegasan itu dibuat Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian kilang AUO Sunpower Corporation Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rembia di sini, semalam, beberapa hari selepas laman web antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin Malaysia yang didakwa tidak cekap.
“Saya ingin memberi jaminan kepada anda di sini (pelabur luar), Malaysia bukanlah sebuah negara yang ditadbir ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya ditadbir oleh ahli politik yang sangat, sangat cekap,” katanya.

Maaf mungkin wartawan tersalah catat kot. Bukan cekap tetapi ‘cekup’. Itu yang menyebabkan Malaysia kini jauh ketinggalan daripada Asean dari segi FDInya bahkan dipintas oleh Filipina. Jauh lagi berbanding dari Singapura. Malaysia dilihat cekap dalam hal rasuah dan bagaimana nak meniriskan dana Negara. Sebab itu hati-hatilah. Wikileaks bukannya wahyu.

Pinjam dari  :-   ustsaifulbahri.blogspot.com

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List