Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah......

on Dec 23, 2010


SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

(Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah)
Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.

Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.

Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.

(Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian)
Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. 

Namun kini, Khir Toyo berkata, ia telah diluluskan sebelum tahun 2000 lagi.

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana  pemegang-pemegang sahamnya adalah: Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.

Faekah menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta," tegasnya.

Namun begitu, kata Faekah, kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT'

on



Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menghalangnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".

abandoned property owners malaysia victims housing project protest, dr rafik
Dakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.

"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepadaMalaysiakini, hari ini.

Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.

abandoned property owners malaysia victims housing project protest
Malah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.

"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.

"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.

Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.

"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya.



MalaysiaKini

PAS mohon tangguh rang undang-undang pengangkutan

on

PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.

"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.


Sumber  :-  MalaysiaKini

Di Malaysia Menteri Rogol Amah Tetapi Selamat......???

on

KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.   

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. 

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.



Sumber  :-  Harakahdaily   

Apa Cerita ADUN Selising........???

on





Hari nie dalam Utusan Malaysia, ADUN Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.
Dalam masa yang sama, ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.
Dengan siapa Drs Saipul nak berbincang…dengan GOMO ker? Nak tutup kes nie .... Takpe, kita tunggu pengumuman seterusnya dari GOMO dan Nadi Rakyat berhubung pendedahan mereka sebelum ini .....
Ustaz Saidi Hussin juga harus bertanggungjawab atas pendedahannya itu .... Tapi kenapa semalam kereta Ustaz Saidi dilanggar dari belakang .... Sape punya kerja, dan apa niatnya mengekori dan melanggar kereta Ustaz Saidi ....


'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

PRK TENANG - PANAMAAN CALON 2 JANUARI.......???

on


Tak lama lagi…Jumaat ini kita akan tahu bila pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang,di Labis Johor akan diadakan.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan Isnin memberitahu satu mesyuarat khas akan diadakan berkaitan piliraya kecil itu di ibupejabat SPR pada hari berkenaan. Menurut beliau SPRa telah pun menerima notis berkenaan kekosongan itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Disember lalu.



Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di Pagoh Sabtu.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian sebagai mengulas pilihan raya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam. Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN serta UMNO bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan.

Mengenai calon yang bakal dipilih, beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya. Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.


Sumber  :-  http://gelombang-rakyat.blogspot.com

Beri PR Perintah, Baru Buat Tuduhan....

on

Pas menasihatkan pemimpin umno Bn supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.


Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah  takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali,  berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat.

Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.

 Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. Pas hendak mengigatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini.

 Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.

Senjata Makan Tuan........???

on




Khairy Perli Najib....???


Bodoh Dan Bangang





Ditujukan kepada siapakah sebenarnya ayat Ketua Pemuda UMNO ini?

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya.


Mengenai kes tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya masih sedang dalam perbicaraan jadi mana mungkin ianya digunakan oleh pihak luar untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengikut telunjuk mereka..

Tapi… ayat ini "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.” mengingatkan aku kepada perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura yang telah dimeterai oleh Najib dan Lee Hsien Loong di Republik itu pada 20 September yang lalu.

Yang kemudiannya kedua-dua pemimpin menguar-uarkan kononnya perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikkan keatas “Point Of Agreement (POA)” dan ianya adalah “win-win situation” padahal yang jelas kelihatan sebagai pemenang ialah Singapura..

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.


Dari ulasan A.Kadir Jasin diatas yang telah di siarkan dalam "The Scribe A Kadir Jasin" kita telah diperlihatkan dengan jelas bahawa Najib telah diperbodohkan oleh Lee Hsien Loong..

Kenapa agaknya?

Adakah hal-hal peribadi Najib telah diketahui pihak Singapura dan ianya mereka gunakan untuk memperbodoh-bodohkan Pentadbiran Najib?


Berita Berkaitan.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.

Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

Keindahan Pandangan.......!

on

Keindahan Ciptaan Illahi.


VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

















" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Pernikahan Sudin Ajaib Tidak Ikut Hukum Syarak

on

Pernikahan Sudin Ajaib tidak sah: Mahkamah



Wujud unsur penipuan, tak patuhi hukum syarak

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, mendapati pernikahan pemimpin jemaah tabligh, Shamsuddin Che Deraman, 42, atau Sudin Ajaib, dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri keempatnya pada Februari lalu sebagai tidak sah. 

Pernikahan yang didakwa dilangsungkan Sudin Ajaib dengan budak perempuan itu didapati mempunyai unsur penipuan, paksaan serta ugutan, selain tidak mematuhi hukum syarak serta tata cara mal undang-undang Islam.

Berikutan elemen yang dikenal pasti Mahkamah Tinggi Syariah itu, Hakim Syarie, Abdullah Man, mendapati ibu budak perempuan terbabit, Siti Sarnan Mat Ail, 42, tidak mempunyai asas membuat tuntutan mufarakah terhadap pernikahan itu.

Abdullah berhujah, tuntutan mufarakah itu tidak timbul kerana perkahwinan Sudin terbatal kerana pasangan itu tidak mempunyai surat nikah, selain pernikahan berlangsung hanya dakwaan pihak plaintif. 

Dalam hal ini, bapa budak perempuan sebagai wali mujbir boleh mengahwinkan anaknya. Namun persoalannya, adakah perkahwinan itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. 

Dalam hal ini, wali tidak ada niat untuk mengahwinkan anaknya dan didapati pernikahan itu ada unsur penipuan, paksaan dan ugutan, hujahnya. 

Sebelum membacakan keputusan, Abdullah membentangkan kronologi kes yang dibicarakan itu apabila mengesahkan Siti Sarnan memfailkan tuntutan mufarakah antara anaknya dengan Shamsuddin pada 11 Mac lalu. 
Abdullah berkata, mahkamah mendapati bapa budak perempuan itu ketika memberi keterangan adalah seorang yang lurus dan tidak pandai beralasan. 

Wali seolah-olah tidak mempunyai pegangan dan mengikut apa saja telunjuk yang disuruh. Ini dijelaskan wali ketika mengemukakan permohonan mufarakah terhadap anaknya di mahkamah. 

Sedangkan dia sendiri tidak ada niat untuk mengahwinkan anak kecilnya itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan, perkahwinan ini tidak sah mengikut hukum syarak dan tata cara mal Undang-Undang Islam, katanya. 

Sementara itu, Siti Sarnan melahirkan rasa syukur terhadap keputusan mahkamah dan penyelesaian isu membabitkan pernikahan anak perempuan mereka itu. 

Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati dengan sebarang dakyah yang sampai kepada saya. Nasihat kepada orang lain supaya tidak mudah terjebak dengan perkara sebegini kerana menyusahkan diri sendiri dan masyarakat, katanya. 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List