Yang Benar Nampak Salah - Yang Salah Nampak Benar.........???

on Jan 8, 2011

Menzahirkan perasaan yang telus dan yang terus terang dalam politik memang satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika pandangan itu tidak disenangi oleh mereka yang sedang mabuk dalam kuasa dan para-para penyokong fanatik mereka. Selalunya mereka yang sedang berkuasa memang tidak sedar apa kesalahan mereka kerana mereka sedang asyik dengan jolokan dan ampuan penyokong-pernyokong mereka yang buta serta tuli.

Itulah sebenarnya hakikat yang menjadi kenyataan didalam politik negara khususnya dipihak yang sedang berkuasa. Kadang-kadang terfikir juga untuk mendiamkan diri kerana banyak pihak akan marah dan murka terhadap pandangan kita yang mereka tidak suka mendengarnya. Kadang-kadang kita keliru dengan sikap setengah pihak yang mengaku menyokong tetapi tidak memberikan apa-apa bukti sokongan selain dari mengampu dan membodek yang akhirnya melalaikan mereka yang sedang khayal dengan kuasa, ‘glamor’ dan keasyikan.

Bagi pihak yang benar-benar ingin melihat partinya mendapat sokongan mereka akan menegur dengan jelas dan telus supaya partinya tidak ditolak rakyat tetapi selalunya pihak ini akan menjadi mangsa cemuhan dari mereka. Yang mengampu untuk membawa rebah itu jugalah yang akan didengar oleh mereka. Akhirnya yang salah nampak benar dan yang benar akan nampak salah.

Tetapi apabila yang berkuasa itu jatuh, orang-orang yang terawal yang akan meninggalkan mereka adalah dari gulungan yang paling hampir yang mengampu dan membodek mereka selama ini. Selalunya mereka yang jatuh tadi akan tinggal kesaorangan dan masa itulah mereka akan mencari teman untuk berbual dalam masa kesunyian kerana mereka yang hampir dan mengampu mereka dahuu sudah hilang dari pandangan mereka.

Yang mengampu mereka dahulu sekarang sedang sibuk membina jambatan dengan pihak yang baru naik dan kumpulan ini jugalah yang akan mengampu mereka yang baru berkuasa itu. Pemimpin yang telah ditinggalkan mereka tadi akan mula menalipon dan memanggil mereka yang tidak disukainya dahulu kerana memberikan teguran yang telus terhadap mereka sewaktu mereka sedang dilamun keindahan hidup semasa berkuasa.

Akhirnya pihak yang benar-benar menyokong itu senantiasa berada dipinggiran pemikiran mereka yang berkuasa.

Sekarang saya ulangi lagi sikap saya yang suka berterus terang. Saya berikan pandangan tentang keadaan sekarang dengan apa yang saya lihat dan yang sebenarnya ada dalam pemikiran saya.

Secara terus dan jelas saya ingin memberikan pandangan yang BN akan menghadapi jalan yang paling sukar didalam pilihanraya yang akan datang. Percaya atau tidak saya tidak peduli. Saya ulangi; BN akan menghadapi jalan yang amat sukar dalam pilihanraya yang akan datang ini, malahan lebih sukar dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 dahulu.

Jika pandangan saya ini benar, maka pemimpin yang akan jatuh nanti tidak perlu gusar kerana saya beberapa orang yang lain senantiasa berkawan dengan sesiapa yang tidak berkuasa atau pun yang telah jatuh tersungkur dalam politik. Apabila sudah jatuh nanti, panggillah saya dan beberapa orang yang seperti saya untuk dijadikan teman semasa dalam kesunyian kerana ditinggalkan oleh penyokong atau kroni yang telah lari bertempiaran dari saudara-saudara.

Selalunya ramai yang telah kesunyian itu akan kembali bersahabat dengan saya dan orang-orang seperti saya. Tak perlu bimbang. Setakat belanja secawan dua kopi atau teh tarik saya mampu untuk belanja saudara. Tetapi kalau minum air suam sahaja lebih baik kerana harga air suam dikedai mamak hanya setakat 30 sen sahaja segelas. Setengah kedai kopi mamak air suam masih percuma kalau kita membuat pesanan sekeping dua roti canai.

Saya memberikan pandangan jujur kerana sebab-sebab yang jelas dan benar. Saya nampak yang rakyat sudah begitu tidak sabar lagi dengan kerenah kerajaan dan pimpinan hari ini.

Isu yang ‘overrides’ kesemua isu-isu ialah tentang rasuah. Rasuah merupakan isu yang sudah tidak dapat dihilangkan dari imej UMNO dan BN. Persepsi kerajaan pimpinan UMNO itu adalah piminan yang rasuah sudah menjadi stigma dan tidak dapat dihilangkan lagi. UMNO dan rasuah itu sudah menjadi sinonim dan itulah yang akan menumbangkan UMNO jika tidak dapat dihilangkan persepsi ini dalam tempuh yang terdekat ini.

Tetapi bagaimana hendak membuang persepsi ini sedangkan rasuah itu berkaitan dengan manusia dan manusia-manusia itu adalah pemimpin-pemimpin kita sendiri. Justru saya tidak nampak persepsi ini akan hilang malahan ianya lebih buruk dari hari kehari, dari minggu keminggu dan seterusnya tahun ketahun.

Bebagai-bagai cara nampaknya pihak kita berusaha untuk membawa keyakinan rakyat kembali kepada kita dengan menujukan kelemahan parti pembangkang (PR) dengan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang diperintahnya seperti yang diisukan diSelangor sekarang ini (Isu SS Selangor). BN sedang sedaya upaya untuk memesungkan kepercayaan rakyat kononya PR rakyat telah menderhaka kapada Tuanku Sultan Selangor.

Tetapi rakyat sedar yang telah menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah UMNO kerana meminda perlembagaan secara paksa pada 1993 dahulu. Malahan dalam usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua belah pihak kerajaan Selangorlah yang sedang berusaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Selangor dengan cadangan pindaan perlebagaan dalam sati siding khas tergempar tidak lama lagi.

Jika benar PR rakyat yang menderhaka kenapa UMNO tidak memberikan sokongan kepada usaha MB Selangor untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor itu? Sebaliknya UMNO telah membuat keputusan untuk tidak hadzir dan menyokong pindaan untuk memberikan Tuanku Sultan Selangor kuasa yang pernah Baginda miliki sebelum pindaan perlembagaan semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu? Kenapa UMNO Selangor tidak mahu meningkatkan kedaulatan rakyat dan Raja mereka? Siapa yang menderhaka?

Jadi isu seperti ini pun tidak akan termakan oleh rakyat kerana kita ada masalah yang sama malah lebih besar dari isu itu, iaitu isu rasuah yang disebutkan tadi.

Rakyat nampaknya memang tidak boleh tahan lagi dengan imej rasuah itu. Malahan isu sodomi Anwar tidak lagi boleh menggigit isu rasuah yang berlaku dalam BN dan memang sepatutnya begitu kerana tidak ada nas yang mengatakan dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa sodomi. Agama kita mengatakan rasuah itu samalahlah seperti memakin daging saudara kita sendiri. Bukannya kecil-kecil dosa jika kita melakukan rasuah. 

Bagimana kita hendak menghilangkan stigma rasuah yang bertenggek diatas UMNO itu? Saya tidak nampak ianya boleh dilakukan oleh sesiapa yang sedang memgang kuasa sekarang.

Akhirnya saya nak sebut satu lagi ‘intuition’ yang sedang berdegup dan bergendang didalan sanubari saya. Pasti ramai yang tidak suka dengan apa yang saya akan perkatakan ini. Tetapi saya tidak boleh tahan lagi untuk menyatakannya dengan terus terang. Kalau nak marah kepada saya marahlah sesuka hati saudara.

Saya berpendapat setakat hari ini BN akan hanya menang tidak lebih dari seratus kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti. Itulah keadaan setakat hari ini. Tak taulah jika ada keajaiban besok atau lusa yang membolehkan BN memenangi lebih dari seratus kerusi.

Kepada pemimpin yang akan turun jika kalah dalam PRU nanti silalah, saudara saudara boleh berkawan dengan saya. Kita jumpa dikedai-kedai kopi mamak dimana-mana yang dekat dengan rumah saya. Saya tunggu.

Tarikh PRU13 Semakin Hampir.......???

on




Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan petunjuk kuat berhubung Pilihan Raya Umum mengejut dengan mengesahkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional, esok.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.

"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.


"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib menjawab.

"Semuanya telah digerakkan bagi Pilihan Raya Umum kerana kita mahu dipilih semula," katanya.

"Kita mahu berkhidmat dan biar rakyat tentukan," katanya lagi.

Mesyuarat secara tertutup itu akan diadakan dengan kesemua 137 Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional dalam pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut sumber, kesemua Ahli Parlimen Umno-BN akan diberikan lima minit untuk memaklumkan Najib yang juga pengerusi BN mengenai isu mengenai kawasan masing-masing serta janji-janji pilihanraya yang belum lagi dilaksanakan dan isu yang melibatkan parti pembangkang.

Mesyuarat itu diadakan di tengah-tengah spekulasi panas Najib akan memanggil pilihanraya mengejut tahun ini, dua tahun sebelum penggal sebenar berakhir.

Mesyuarat yang akan diadakan esok, pada awalnya dirancang  di kediaman Perdana Menteri, tetapi pada saat-saat akhir, dipindahkan ke PWTC daripada pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. Ia pertemuan pertama seumpama itu sejak Najib menjadi perdana menteri April 2009. 

BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. 

Penasihat-penasihat Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempata pada suku ketiga. 

Najib, perdana menteri keenam, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini. 

Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh. 

Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran Najib. 

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, dua minggu lalu mengadakan konvensyen kedua mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menerima Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari. 

Seminggu sebelum itu BN telah mengadakan konvensyen mereka, yang memfokus usaha ke arah persiapan pilihan raya umum.

FACEBOOK DIHATI KU.....TETAPI........???

on


Yahudi Mark Zuckerberg makin kaya, identiti pelabur laman tersohor dunia Facebook terbongkar........







Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg (gambar bawah) yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar. Dedah Agensi, ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkanFacebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada. Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). 

Sementara itu, sebuah syarikat pelaburan Rusia, DST Global yang dilaporkan melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) di dalam syarikat laman sosial Facebook adalah milik taikun Internet, Yury Milner (gambar atas), lapor sebuah akhbar.

Milner juga merupakan pengerusi Kumpulan Mail.Ru yang kini berkembang menjadi firma Internet terbesar di Rusia. Kedua-dua syarikat itu telah memperoleh keuntungan besar dalam sektor laman jaringan sosial.

Menurut AFP, kumpulan itu mempunyai 2.38 peratus pelaburan di Facebook termasuk DST Global yang jumlahnya tidak didedahkan tetapi laporan tahun lalu mendedahkan bahawa ia adalah sebanyak 10 peratus.

Laporan daripada akhbar The New York Times baru-baru ini menjelaskan bahawa sekiranya DST Global melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) dalam Facebook, jumlah gabungan pelaburan firma itu bersama Mail.ru dalam laman itu adalah melebihi AS$500 juta (RM1.5 billion). 

SIAPA SEBENAR NYA YANG DERHAKA...........???

on








APAKAH PERBUATAN INI BUKAN DERHAKA!!!!


* Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.



* Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.

* Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.

* Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.

* Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .

* Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

* Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa .

* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

* Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008

* Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.

* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.

* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.

* Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

JEBAT_BERANI 

SIAPA YANG JAGUH PUTAR BELIT KALAU TIDAK..........???

on

SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit


Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:

YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.

Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah. 

Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu; 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK. 

Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin. 

Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli. 

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat. 

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.

Nama Rais Yatim dibersihkan lagi.......

on





Usaha nak bersihkan nama Rais Yatim diteruskan lagi. Kalau kelmarin kedutaan Indonesia menafikan ada terima laporan pasai kes rogol tu, semalam keluar pulak berita dari Indonesia.

MalaysianInsider melaporkan:
JAKARTA, 7 Jan — Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu. - TMI
Nak kata apa lagi? Kalau dah saksi utama dah depa dah jumpa dan dah pun tandatangan surat akuan kata dia tak pernah dirogol dan dilayn dengan baik masa berkerja di rumah menteri tu, aku rasa boleh tutup kes la.

Takdak kesan apa pun dah walaupun Migran Care mengaku 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' tercatat nama Rais Yatim tu memang depa yang buat, kalau pihak polis terima pengakuan saksi utama yang kata takdak jadi apa-apa pun.

Kecuali la kalau pihak polisi Indonesia yakin ada kes, dan bukak fail siasatan. Kalau pihak polisi Indonesia ambil kes ni, mungkin kut mangsa dan keluarga dia boleh jadi berani untuk nak dakwa menteri terlibat dengan jaminan pihak polisi Indonesia.

Pasainya dalam laporan BMI tu depa bagitau yang depa takut, pasai menteri tu banyak duit dan ramai kenalan di Indonesia. Memang depa takut diapa-apakan.

Berita semalam, Najib Razak pun dah komen, minta jagan main tuduh-tuduh. Dia kata biar polis buat siasatan dan katanya Rais Yatim pun bersedia untuk disiasat.

Apa pun, aku yakin kes ni tentu tak lekat punya. Di Malaysia tak lekat, di Indonesia pun tak lekat.


ADUKA KENAPA KAU CARI PASAL.........???

on

Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna......!!!



Taliban Dalam PAS....???

Aku fikir UMNO sahaja yang ada bela samseng dan suka bertindak ala samseng. Tetapi sungguh tak sangka, sehebat-hebat samseng UMNO, hebat lagi samseng TGHH sebab boleh belasah orang yang tidak disukai di dalam perkarangan rumah Allah. Samada punya lesen dari Allah atau tidak, itu kena tanya TGHH...
 
 
Kronologi Ringkas (sepengetahuan saya)
 
1. Aduka Taruna dijadualkan bertemu dengan TGHH pada pukul 3ptg hari ini (7Jan2011).
 
2. Kerana Khuatir tidak sempat berjumpa TGHH pada jam 3ptg, Aduka mengambil peluang untuk terus berjumpa TGHH selepas solat Jumaat dan memohon agar diberikan masa untuk bertanyakan beberapa soalan.
 
3. TGHH dengan tegas tidak mahu meluangkan masa untuk Aduka dan mengelak setiap pertanyaan.
 
4. Aduka cuba mengikuti jejak TGHH yang ingin pulang ke rumahnya di belakang Masjid. Ketika inilah Aduka mula dikepong, masih lagi dalam perkarangan Masjid.
 
5. Dikepong oleh lebih kurang 90-100 orang, Aduka diugut untuk memadam segala apa yang dirakam ketika berjumpa TGHH sebentar tadi. Difahamkan ada sedikit pergelutan untuk merampas handphone Aduka.
 
6. Kumpulan samseng itu mula memukul dari belakang sebanyak 2 kali dan Aduka menerima kecederaan ringan.
 
7. Satu report polis telah dibuat dan Aduka menerima rawatan untuk satu medical check up(kerana keluar cecair di telinga Aduka).
 
 
Lebih memalukan, peristiwa ini berlaku di dalam perkarangan Masjid dan juga berhadapan dengan rumah TGHH. Apakah TGHH tidak mampu mengawal orang-orangnya?
 
Apakah ini style PAS Terengganu? Adakah ini puncanya mengapa PAS tidak kekal di Terengganu dan tidak berjaya merampas kembali Terengganu walaupun negeri lain BN tumbang? Bertindak ala-samseng ini tidak ubah seperti UMNO, adakah ini untuk membuktikan kasih PAS Terengganu kepada UMNO hingga acap kali mencuba untuk berpadu??
 
Cuba fikir balik, siapakah kita nak memukul orang nie? Siapa kita untuk mendahului undang-undang?? Apakah Aduka mencabul seseorang sehingga dia dipukul? Adakah Aduka merogol orang ditempat kejadian?? Sepatutnya diperkarangan Masjid tu, orang yang beriman akan cuba mengelak akan kejadian daripada berlaku!
 
Saya juga baru difahamkan TGHH berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika Aduka dikepong. Harap ada penjelasan dari seorang Presiden Parti Islam.
 
 

Apakah Niat Umno.......???

on

Setiap perbuatan akan dinilai dengan niat atau nawaitu di sebalik perbuatan itu. Oleh demikian, rakyat harus menilai apakah niat sebenar Umno didalam beberapa peristiwa dan tindakan yang berlaku kebelakangan ini.

Adakah niat Umno untuk memartabatkan kedaulatan raja-raja melayu khususnya di dalam isu perlantikan SUK Negeri Selangor yang dikatakan diperkenankan oleh Sultan sendiri atau sekadar menggunakan institusi raja-raja melayu (secara retorik#) untuk kepentingan kelangsungan hayat Umno?

Adakah niat Umno untuk berbincang dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan diambang hari Natal di Istana Terengganu demi kepentingan kaum Melayu atau untuk kepentingan sempit Umno sahaja? Adakah niat Umno melaungkan 1Malaysia untuk perpaduan rakyat atau untuk perpecahan rakyat demi kepentingan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mendahulukan rakyat didalam memberhentikan subsidi rakyat atau mendahulukan kepentingan ekonomi Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk membangunkan hartanah penduduk Kampung Baru atau untuk membangunkan hartanah menguntungkan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mencanangkan peningkatan pendapatan rakyat dengan Model Eknomi Baru atau sekadar mencari peluang mengkayakan kroni dengan projek-projek mewah lagi mahal?

Adakah niat Umno untuk menjamin demokrasi rakyat dengan membiarkan proses pilihanraya yang berat sebelah sehinggakan perkara mudah dan dasar seperti menggunakan dakwat untuk jari mereka yang sudah mengundi dilarang demi untuk menjamin kemenangan ‘curi ayam’ Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mempertahankan hak rakyat dengan terus memanjangkan pengisytiharaan darurat serta undang-undang anti-demokratik seperti ISA atau untuk sebenarnya mempertahankan ‘hak’ Umno terus memerintah?

Adalah tidak salah kalau tindakan Umno berniat untuk kepentingan Umno sahaja tetapi ia harus berlaku jujur dan berterus terang kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan Umno secara ekslusif dan bukan inklusif untuk semua rakyat sehinggakan Raja-Raja melayu, kakitangan kerajaan dan institusi kerajaan dijadikan sekutu bersubahat didalam agenda Umno sahaja.

Seandainya Umno benar-benar berniat memperjuangkan hak rakyat, Umno seharusnya menyambut tawaran membentangkan satu rang undang-undang dwi-partisan bersama Pakatan Rakyat didalam satu sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Presiden Umno pada bila-bila masa sahaja, bernama AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang bertujuan untuk membatalkan pengisytiharan darurat, memansuhkan undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian Sabah dan Sarawak, menjamin pilihanraya yang telus lagi bersih, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan menjaminkan kebebasan media dengan kadar segera.

Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil.

Memang benar, niat menjadi penilai segala perbuatan dan rakyat mesti membuat penilaian serta pilihan jika Umno berniat ikhlas dan suci untuk rakyat atau sebaliknya?

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

on

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.


"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini 
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List