Investigation shall prevail the truth.......!!!

on Jan 8, 2011

The blog posting about “Wikileaks: A senior politician and his maid” and another blog’s subsequent posting demanding aninvestigation based on an NGO report about the rapereally hits it of. Rumours lurk in most SOPO cybersphere addict about who the ‘VVIP’ is even though these blog postings were silent about the identity of ‘accused’. 

Confirmation of the identity is when a Rembau PKR-parliamentary-seat-loser (or the-bloke-who-dared-to-take-on-the-SIL, depending how you look at it) Badrul Hisham “Chegu Bard” Shaharin lodged a Police report.

The name Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Ph.D. now becomes the hottest controversial topic and scandalous rumour about a VVIP with a Ministerial rank in the first decade of the third millennium.

Of course, Dr Rais vehemently denied it. Then pro-UMNO blogs started to post reports on their interview with the man himself and the video recording of another serving maid in the Rais Yatim’s household, who personally knew and served alongside the alleged victim, an Indonesian national by the name of Robengah.

Yesterday when the media caught up with the Prime Minister, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak’s response on the matter was all for an investigation.

Umno Barisan Nasional ‘melacurkan’ agensi kerajaan.....

on

Hj.Markom bin Giran
Hj.Markom bin Giran, Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Guru-guru di Johor merasa tidak selesa dengan sikap Pengarah Pendidikan Negeri yang dilaporkan sebelum ini cuba mempengaruhi guru-guru kaunseling untuk turun berkempen didalam Pilihanraya Kecil N.05 Tenang untuk Umno Barisan Nasional.
 Mereka terkejut dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan mengapa mereka sebagai golongan profesional cuba diajak untuk bertindak sebaliknya sedangkan mereka tidak mahu terlibat didalam politik kerana ingin memberikan tumpuan kepada mendidik anak-anak yang hauskan ilmu pengetahuan.
Pendedahan “video Markom” menyebabkan satu letusan yang dahsyat berlaku di Tenang kerana rahsia Umno Barisan Nasional yang ‘melacurkan’ guru-guru kaunseling untuk tujuan kempen Umno Barisan Nasional terbongkar. 
Belum lagi tiba waktu berkempen bahkan penamaan calon belum pun berlaku, Umno Barisan Nasional telah berani menunjukkan taktik kotor dan jahat mereka, dengan segala akses terhadap agensi kerajaan Umno Barisan Nasional bersikap mereka adalah ‘raja’ yang tidak perlu ditegur dan harus akur setiap apa tindak tanduk meskipun telah melampau dengan menyusahkan kehidupan rakyat. 
Guru-guru hari ini bukan lagi seperti guru-guru diawal kemerdekaan, guru-guru hari ini adalah guru-guru yang berwawasan dan berjiwa merdeka. Mereka tahu apa yang patut mereka buat sesuai dengan jawatan yang mereka sandang. 
Tindakan cuba menekan guru-guru dengan cara halus seperti yang dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Johor menghasilkan rasa benci dan meluat guru-guru bukan sahaja kepada Pengarah Pendidikan Johor bahkan kepada Umno Barisan Nasional. 

Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam.......???

on

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.


Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.


Jur
agan : InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah...


Untuk penyokong Umno : Ayat Allah yang bermaksud.:Barang
siapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim,maka
kelak akan disambar oleh api neraka."


Najib Disaran Serah Jawatan Perdana Menteri Kepada Rosmah.....

on


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meletak jawatan dan memberi jawatan tersebut kepada isterinya, Rosmah Mansor yang lebih 'giat' mewakili negara dalam persidangan asing berbanding Najib sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata demikian kepada TV Selangor mengulas lawatan Rosmah ke tiga buah negara Timur Tengah.

Rosmah dijadualkan memberikan ucapan di dua persidangan antarabangsa mewakili negara, menyaksikan upacara perjanjian memorandum persefahaman serta bertemu beberapa pemimpin utama Oman dan Bangladesh.


"Melihat kepada kapasiti, kapasiti apa yang dia buat kunjungan hormat dan sebagainya? Itu kerja Perdana Menteri dan menteri, adakah dia salah satu daripada menteri Kabinet? Kalau begitu maknanya Najib kena letak jawatanlah, bagi dekat Rosmahlah untuk pegang (jawatan) Perdana Menteri, barulah sesuai kerana ia mewakili negara," tegas beliau.

Beliau berkata, kapasiti yang diambil oleh Rosmah dengan menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian tidak memberikan satu isyarat yang bagus kepada para pengundi.

"Rakyat memilih seseorang itu untuk mewakili (mereka), bukan 'bagi pihak', kalau 'bagi pihak' maknanya keupayaan tuan tubuh itu sendiri tidak upaya untuk menjadi duta kepada negara, itu sudah mengguriskan atau dalam erti kata lain letak jawatan lebih baik daripada berselindung di bawah seseorang," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata situasi ini memberikan gambaran seolah-olah Najib berpaut kepada Rosmah dan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memberangsangkan dari segi mewakili negara.

Selain itu, Abdullah juga mempersoalkan tanggungan perbelajaan lawatan Rosmah kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang sihat, perbelanjaan perlulah dibuat secara bijak.

"Perbelanjaan itu siapa yang tanggung? Untuk menanggung perbelanjaan itu yang mana dah belanjakan hampir RM10 juta pada tahun 2010, itu lebih bersikap tidak berjimat cermat. Negara dalam keadaan yang begitu kritikal ekonominya tetapi pada masa yang sama kita pula membelanjakan seperti mana yang boleh diberikan pengurangan untuk memastikan kewangan itu diberikan kepada saluran yang lebih (membawa) manfaat," kata beliau.


TVSelangor

Saring kesihatan anda........???

on

Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan? Mungkin ada di antara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja, tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat.

Ada juga yang takut hendak menjalani pemeriksaan kesihatan, bimbang jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera. Kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal.

Mungkin ada yang bertanya, apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Pemeriksaan kesihatan adalah kaedah untuk mengesan penyakit sebelum gejala penyakit muncul dan mengenalpasti punca sekiranya ada sebarang tanda tidak normal. Ini kerana ada banyak penyakit terutama penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam; gejala hanya muncul apabila penyakit sudah teruk.

Penyakit jantung, strok dan kanser adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian. Kegemukan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung dan strok. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan strok.

Keperluan ujian saringan kesihatan bergantung kepada umur, jantina, sejarah kesihatan keluarga dan sama ada anda mempunyai faktor risiko terhadap penyakit tertentu. Contohnya individu gemuk atau terlalu gemuk (obes) berisiko tinggi mendapat kencing manis.

Malah orang yang mempunyai salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya menghidap kencing manis juga berisiko tinggi mendapat penyakit yang sama.
Penyakit gaya hidup seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi adalah antara penyakit kronik yang tidak menunjukkan gejala awal sehinggalah ia sampai ke tahap serius.

Banyak masalah kesihatan dan penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal sebenarnya boleh dicegah. Melalui pemeriksaan kesihatan berkala, kita bukan saja mengetahui status kesihatan diri sendiri malah meningkatkan kesedaran terhadap penyakit, faktor risiko, jenis rawatan dan bentuk sokongan yang ada jika disahkan menghidap penyakit tertentu.

Ujian yang boleh dilakukan:

Ujian darah - Paling penting dalam saringan atau pemeriksaan kesihatan. Ujian darah bukan saja penting untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang tetapi juga dijadikan asas bagi memantau keberkesanan rawatan yang diterima seseorang pesakit.

Gejala penyakit biasanya tidak disedari pada peringkat awal tetapi ketidaknormalan ini boleh dikesan pada darah. Apabila penyakit semakin berkembang, ketidaknormalan pada darah juga bertambah banyak. Jika penyakit dirawat, kesan perubahan pertama (pada status kesihatan) akan dilihat pada darah.
Ujian darah juga adalah cara paling lazim digunakan doktor apabila pesakit mengadu kurang sihat. Walaupun mereka boleh mengagak masalah kesihatan yang dihadapi, tetapi dengan ujian darah pengesahan jenis penyakit adalah lebih tepat.

Bagi individu sihat, ujian darah juga boleh mengesan sebarang ketidaknormalan yang tidak disedari dan memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit.

Ujian darah mengesan paras komponen penting dalam darah; adakah ia dalam julat yang normal. Ini termasuklah jumlah kiraan darah untuk jenis sel dalam darah (sel darah merah, sel darah putih dan platelet). Sel ini kemudiannya dianalisis untuk melihat sama ada ia menunjukkan ketidaknormalan.

Antara penyakit yang boleh dikesan melalui ujian darah ialah kencing manis, jantung dan aterosklerosis, buah pinggang, hati, talasemia, anemia, hepatitis B, artritis, gout, masalah tiroid, jangkitan dan sesetengah jenis kanser seperti prostat, hati dan kolon.

l Ujian air kencing - Doktor biasanya mencadangkan ujian air kencing untuk memastikan buah pinggang pesakit berfungsi dengan baik atau apabila mereka mengesyaki pesakit itu mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah pinggang.

Buah pinggang berfungsi menapis kekotoran dalam darah supaya bahan penting seperti gula dan protein dapat dialirkan ke seluruh badan. Jadi apabila air kencing mengandungi gula, protein atau bahan-bahan lain, ia biasanya menandakan ada masalah pada buah pinggang.

Ujian air kencing digunakan untuk mengesan penyakit atau jangkitan pada saluran kencing, kencing manis, batu karang, tekanan darah tinggi, masalah hati dan buah pinggang.

Umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Jangan perjudikan kesihatan anda dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan seperti yang disarankan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya menjalani saringan pemeriksaan.

Oleh DR L.Y. KAM

Kenapa pasangan suami isteri tidak serasi.......???

on


Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru. Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini. Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, “dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?”

Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi. Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa. Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga. Anihnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.

Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai. Lalu orang ramai pun berkata, “kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa.” Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.

Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita. Namun hati kecil mereka masih ada harapan. Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya. Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.

Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik. Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.

Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah. Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.

Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut. Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya. Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman. Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai. Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan asolat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri. Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.

Peranan Suami Didik Isteri

Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.

Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat. Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati. Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.

Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan. Peringatan ini penting dalam membina kehamonian rumah tangga. Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.

Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing. Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.

Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.

SIAPA KAH YANG CERDIK.......???

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi97E2aE2TpEPsonqoLV-oDLg_bGkHoD0GiK0KtpwLGc9RZUCbtO6bogSzIVEeNOVLC0QzWFJo7j57FQltn6FY-PmabY3H-zf7H4K_Gip9J1LTiz0Qh56pdC6SrFg-ugyNZdCnATkUcW_Ph/s1600/2011-01-08_103208.jpg

"..............Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari........"
Dulu dia pinda perlembagaan persekutuan tahun 1993 , klausa yang digunapakainya berbunyi

“ 3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:
* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau
* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari. ………………………………….”

Hari ini UMNO [ dibaca mahathir ] berhadapan dengan cadangan MB Selangor untuk meminda undang – undang tubuh negeri , katanya “Kerajaan Selangor Perlu Dapat Perkenan Sultan Selangor” , ianya sudah menjadi dilema pertama berikutan pindaan Perlembagaan 1993 , hasil buah tangannya.

Pertembungan sudah bermula. Adakah undang – undang yang memusatkan kuasa di tangan Presiden UMNO akan runtuh satu persatu selepas ini. Mungkin kah Mahathir akan dapat melihat sendiri semua [ kalau tidak pun 100% ] kemusnahan apa yang dibinanya selama berkuasa 22 tahun. Kadang kala teringat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden PAS , suatu ketika dulu supaya Allah swt memperlihatkan sebelum Mahathir mati semua kerosakan yang dibuatnya selama ini. Alfatihah buat almarhum.

Begitulah kejayaan yang ‘ditempa’ oleh nya selama bertakhta , apa yang ditanam dikepala nya , apa yang beliau percaya iaitu hanya dia yang cerdik di Malaysia , semua rakyat negara ini bodoh [ bukan bermaksud tidak cerdik ].

Adalah sesuatu yang amat malang , dalam keadaan sedar atau tidak , majoriti rakyat Malaysia menganggap beliau seorang yang cerdik , genius dan terbilang. Kalau setakat untuk membelanjakan kekayaan negara [ tanpa ada pihak yang boleh menghalang dan membangkangnya ] , hampir boleh dikatakan sesuka hati , tidak lah perlu kepada pemimpin yang ‘cerdik’ semacam dia. Pendek kata kalau diberikan kepada TGNA atau pun TGHH untuk mengurus dan menatdbir negara dengan membelanjakan khazanah negara , rasanya Malaysia jauh lebih maju berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.

Selanjutnya kata Mahathir 

1. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

2. Perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

3. "Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan denganmendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

4. "Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak," 

5. Beliau juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

6. "Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.

7. "Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian " . KLIK DI SINI

Catatan 

Kalau lah MB Selangor nanti hendak membelakangkan DYMM Sultan Selangor pun , dengan mudah beliau boleh meggunapakai klausa di paragraph 3 dan 4 di atas seperti yang terkandung dalam ucapan Mahathir semasa membaca usul Pindaan Perlembagaan 1993.

Tetapi , TS Khalid Ibrahim seperti yang beliau sebut , tiap – tiap minggu beliau berjumpa dengan DYMM Sultan , dan takkan Sultan tidak berkenaan untuk mendapatkan semula kuasa yang dirampas oleh Mahathir yang telah melantik diri nya yang dikatakan berasal dari wilayah dan benua kecil India bernama Karala , sebagai Ketua kepada Sultan - Sultan di negara ini.


MILIK SIAPAKAH PEREMPUAN INI.......???

on


Dikhabarkan perempuan ini milik seorang pemimpin PKR Pusat. Aku guna istilah perempuan lebih sentimental. Khabaran yang aku terima berbunyi gundik......

KEBODOHAN YANG TERLAMPAU.........???

on



Nampaknya najib kini semakin cekap buat kerja. Mungkin nak capai NKRA yang di pantau oleh rosmah secara tidak langsung. Baru2 ini ummi telah mula berblog. WOW. Ini benar2 pelik. Kenapa setelah lebih dari 12 tahun barulah dia berminat nak menceburkan diri dalam bidang perblogkan? Heh.

Alasan si ummi neh berblog konon nya nak membersihkan semula nama dia yang tercalar teruk. Aik PRU-13 nak hampir ke? Dah macam novel pula blog dia tue. Dari satu citer ke satu citer dia jaja. Patutlah beria2 hapuskan DSAI dari parlimen. Heh

Tengok sini beb ;


Baca ayat no 6 ;

Sekira nya benar.. itulah antara kata2 yg terkandung kat dalam ayat tersebut.. "sekiranya benar" itu ditafsirkan bahawa ummi sendiri tak yakin bahawa DSAI bersalah. Kalau dia 100% yakin dia takan tulis ayat macam neh beb.

ayat no 7 ;

Seks luar tabii Allah swt larang. Habis tue yg perang rambut Allah swt galakkan? Heh. Fikir sendiri beb.

Ummi claimed yg DSAI habiskan masa berjam2 dalam telefon. Okey good one. Ada bukti log telefon? Mesti ada kan? Heh.

Baca cerita novel kat bawah neh plak ;

Dah baca?

Senang je. Mula2 dia kata perkara neh dirahsiakan selama 8 tahun sehingga dibocorkan oleh aton pembantu rumah shamsidar tapi ;

yang kat last sekali tue dia cakap puan shamsidar selalu berceita kepada dia yg Dsai tue pakwe dia.. so benda neh rahsia ke bukan? aku confused. Kalau rahsia.. kenapa shamsidar nak bercerita secara terbuka?

Dan, kenapa mesti dia menganggap semua orang atasan ada gelaran datuk seri? [berdasarkan kepada penulisan si ummi neh dia sepatutnya tidak menganggap bahawa yg bercakap dalam telefon tue mempunyai gelaran datuk seri]

dan lagi sekali.. kenapa nak menganiaya si afifa tue. Bagi je bukti dna afifa tue bukan anak azmin. heh. Neh tidak mendera mental budak yg tak berdosa tue kenapa? dia taktahu apa2 tapi dikutuk dan dicaci macam2. Katakan lah mmg benar dia bukan anak azmin pun, dia bukan insan yg patut si ummi neh jebakkan. Agak2lah nak menganiaya saudara sendiri pun..

Dan tgk plak kat bawah neh.. inilah yg paling meroyan sekali di antara royanan2 si ummi neh beb ;



Kelakar pun ya. Pelik pun ya. Konon nak menyedarkan orang ramai sapa DSAI. Tapi dalam diam tak diam dok kutuk2 TGNA. Lepas tue perli2 DAP. Sound tuk guru yg taknak berkerjasama dengan UMNO.. alamak.. neh sebijik telenovela weh.. ceritera sayfool dah tak laku ke weh?

Korang baca dan fikirlah sendiri isi kandungan artis wanita terhebat di abad ini. Abg dia sendiri [azwan ali] pernah mengaku 'pondan' so ble dah jadi pondan tue kita pepaham la yew.. kat sini bukan nak ungkit citer pasal abg2 dia ke apa ke, cuma nak bagitau.. dalam pada dia beria2 nak expose pasal sang peliwat.. sapa sebenarnya yg ter expose? Heh.

Sudah2lah tue ummi.. PRU-13 dah dekat. Skrip masih sama. Manusia kalau diberikan makanan yg sama hari2 akan muak dan muntah.

Nak gelak pasal ada juga org BODOH percaya kat skrip bebal neh. Hehehehehe......

SIAPA KAH TALAM DUA MUKA........???

on

Memang sahlah mereka ni bermuka-muka mempertahankan Sultan dan Institusi Raja Melayu di negara ini . Atas nama Ketuanan Melayu itu jugalah pemimpin-pemimpin ini yang kononnya membuktikan merekalah perjuang sejati yang mempertahankan Kuasa Raja-raja Melayu sehingga ke titisan darah terakhir, rupanya boleh diibaratkan 'TALAM DUA MUKA'.



Kenapa tidaknya, mereka berkokok hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan politik mereka. Kalau dulu mereka jugalah yang menentang dan mengugut Institusi Raja dan kini mereka jugalah cuba hendak menjadi JUARA RAKYAT untuk meraih simpati politik dari rakyat, Isu Sultan hanyalah alat propaganda untuk kelansungan politik pemimpin mereka semata-mata. 

Tetapi mereka lupa sejarah, siapakah yang menghakis kuasa Raja-Raja melayu.???  Mereka lupa. Melayu mudah lupa. Melayu melayu itu sebenar telah terlupa, setelah kau hakis kuasa kuasa raja melayu kini kau nak jadi hero. Ini lah melayu melayu yang muka tak malu, cakap tak serupa bikin. Ini kah pemimpin melayu aka pemimpin Malaysia masa kini??? Bercerita tentang globalisasi tapi semua nya shit, putar alam, ini lah standard pemimpin malaysia.......

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List