TENANG......keputusan awal.....5

on Jan 30, 2011

kg redong
BN 96
PAS 175

TENANG......keputusan awal.....4

on

SMK kamarul arifin
 BN - 365
PAS - 801

TENANG......keputusan awal.....3

on

tenang station
BN 3147
PAS 1092

TENANG......keputusan awal.....2

on

Felda Tenang
BN: 950
PAS: 160


Bukit Dato.
BN : 352
PAS : 99

  
Bandar LabisTengah (S4)
Pas - 209, BN - 90

Bandar Baru Labis
PAS - 123, BN - 64.

TENANG......keputusan awal.....

on

jam 6.20 petang


Pekan Air Panas
BN 220
PAS 48

Ladang Labis Utara
BN 152
PAS 40

TENANG.....keputusan undi pos......

on

keputusan undi pos.

BN 115
PAS 3
majoriti 112

Mesir oh Mesir...... biar gambar yang berbicara....

on













































Anwar sudah jangka Gobala akan keluar parti.....Dan ramai sudah jangka Anwar akan masuk penjara....

on

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah lama menjangka Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan akan keluar daripada parti itu.

Katanya tindakan Gobalakrishnan itu juga tidak menjejaskan PKR.

"Dia dah keluar tak apalah, biar kita teruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat, di Shah Alam hari ini.

Ketua pembangkang itu diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang dilapor meninggalkan PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pucuk pimpinan parti itu bagaimanapun masih belum menerima surat rasmi daripada Gobalakrishnan berkenaan perkara tersebut.

Setakat ini beliau hanya mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter dan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, kata Anwar.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, Gobalakrishnan - bekas calon naib presiden PKR - berkata tindakannya itu disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

- Bernama

Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

on





Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi, berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoritiMelayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz.

Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar.

Bantahan gesa pengunduran Hosni Mubarak terus merebak

on

KAHERAH: Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.

Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.

Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.

Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.

Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.

Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.

Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.

“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.

Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.

Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.

Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.

Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.

Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.

Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.

Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.

Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.

Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.

“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.

Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.

Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. 


 Agensi

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List