Revolusi Tunisia: Mulanya Dari Seorang Tukang Sayur

on Feb 8, 2011




Apakah revolusi yang dimulai Tunisia,dan diikuti beberapa negara arab lain tanda akan jatuhnya kerajaan-kerajaan sekular??Apa peranan dakwah dan jihad global di tengah kecamuk politik negera-negera Islam yang terpengaruh efek domino dari revolusi Tunisia? Bersediakah umat Islam dengan kembalinya khilafah memimpin dunia?


Revolusi Seorang Pedagang Sayur

Revolusi di Tunisia bermula dari seorang tukang sayur bernama Muhammad Bouazizi, berumur 26 tahun. Muhammad Bouazizi adalah simbol pemuda tertindas di wilayah Sidi Bouzid Sidi, 300 kilometer sebelah selatan ibukota Tunisia. Pemuda di sana banyak yang bergelar sarjana namun sehari-hari hanya berkeliaran di café-cefe di jalan berdebu kota miskin, menunjukkan kegagalan pemerintah memberikan jaminan pekerjaan yang layak.


Muhammad Bouazizi,telah menjadi peniaga sayur selama 7 tahun sehinggalah kenderaan yang membawa sayurnya disita oleh pihak berkuasa.Bouazizi sudah mencuba membayar 10 dinar Tunisia dan membayar lagi sekitar 7 dolar, namun ia malah ditampar, diludahi dan ayahnya yang sudah meninggal dihina. Bouazizi tidak terima dihina seperti itu, dan melapor ke pegawai kerajaan dengan harapan keluhannya didengar.



Tetapi malangnya,pegawai kerajaan tidak mahu berjumpa dengannya.Dia mengambil jalan sendiri,dengan membakar dirinya.Tetapi sebenarnya dia tidak membakar dirinya sahaja,dia telah membakar semangat rakyat Tunisia yang tidak tahan dengan kediktatoran kerajaan itu.



Ben Ali, sang diktaktor sempat mengunjungi Bouazizi pada tanggal 28 Desember untuk meredam api yang sudah membakar rakyat Tunisia. Namun, api di dada rakyat Tunisia sudah tidak bisa lagi dipadamkan, dan pada tanggal 14 Januari, hanya 10 hari setelah Bouazizi meninggal, kediktaktoran Ben Ali tergulingkan oleh sebuahintifadhah yang dipicu seorang tukang sayur.



Ben Ali, sang diktaktor Tunisia yang telah berkuasa selama 23 tahun adalah lambang pemerintahan sekular negara-negara Islam, khususnya dunia Arab yang gagal menjalankan sistem pemerintahannya di segala aspek kehidupan. Pengangguran, liberalisasi ekonomi, pasar bebas adalah sumber masalah bagi Tunisia.



Apalagi Tunisia tidak memiliki sumber daya alam dan sangat bergantung pada asing. Ditambah lagi pemerintahan yang korup, ketertutupan akses politik, maka lengkaplah penderitaan rakyat Tunisia yang akhirnya berujung kepada perlawanan untuk sebuah perubahan. Sebuah revolusi telah dimulai.


Masa Berakhirnya Para Diktaktor?

Runtuhnya rejim diktaktor Tunisia teryata menjadi kekhawatiran tersendiri bagi semua diktaktor, khususnya di negara-negara Arab. Mereka khawatir rakyat di negara mereka akan menjadikan revolusi di Tunisia sebagai inspirasi, dan itulah yang saat ini terjadi!
Abdul Bari Atwan, editor Al Quds Al Arabi yang berbasis di London menulis sebuah artikel berjudul Terima Kasih Rakyat Tunisia mengungkapkan kekhawatiran para diktaktor Arab atas revolusi Tunisia.

"Beberapa hari ini merupakan hari yang kritikal bagi kebanyakan kediktaktoran pemimpin Arab. Keadaan kehidupan di Tunisia masih lebih baik dibandingkan kebanyakan negara Arab lainnya. Lebih lagi, diktaktor Tunisia tidak terlalu represif dibandingkan di dunia Arab lainnya".



Abdul Bari Atwan, yang pernah menulis buku The Secret History of Al-Qa'ida(bercerita ttentang Syekh Usamah bin Ladin dan Al Qaeda) juga memberikan 'saranan' menarik untuk pemerintahan Amerika berkaitan revolusi di Tunisia. Atwan menyarankan pemerintahan AS menyiapkan sebuah pulau di Kepulauan Pasifik untuk menerima sekutu Arab dan para diktaktor lainnya.



Pakar politik Arab, Hussein Majdoubi juga menganalisa kemungkinan terjadinya revolusi serupa di Tunisia akan menjalar ke negara-negara Arab. Penguasa Moroko, Libya, Aljazair, dan Mesir menurutnya merupakan target revolusi selanjutnya. Dia juga kecewa dengan Barat yang terus menerus memberikan dukungan kepada para diktaktor Arab dan mengabaikan keadaan politik yang menyedihkan.


Clovis Maksoud, mantan utusan Liga Arab untuk PBB mengatakan revolusi Tunisia adalah inspirasi dunia Arab yang dipakai oleh negeri-negeri dengan rejim diktator. Dalam sebuah wawancara dengan Press TV, dia mengatakan "revolusi Tunisia merupakan salah satu peristiwa paling terinspirasi di dunia Arab di waktu ini".
Yvonne Ridley, jurnalis Muslimah yang juga seorang mualaf asal London, UK, berpendapat bahwa rakyat dunia Arab saat ini telah kehilangan rasa takut terhadap rejim-rejim Arab yang menindas dan korup yang disokong oleh kekuatan AS dan Eropa, dan akan mulai berjatuhan seperti domino. Dia melanjutkan :

"Hal pertama yang harus dilakukan adalah mengirimkan Air Force One untuk mengumpulkan semua diktator dan para penguasa yang zalim yang digaji oleh AS dan membawa mereka kembali ke Washington. Seperti kotoran haiwan peliharaan di New York Central Park, anda harus bertanggung jawab atas kekacauan anjing Anda."
Revolusi rakyat Tunisia membuat para diktaktor Arab panik. Hal yang menimpa Ben Ali merupakan penghinaan yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap seorang pemimpin Arab. Sebuah kejadian luar biasa bila diktaktor Tunisia yang telah berkuasa selama 23 tahun akhirnya ditumbangkan oleh perlawanan rakyat yang kecewa dan muak dengan sistem yang mengatur mereka selama ini. Era para diktaktor nampaknya segera akan berakhir.

Isa Samad dilantik Pengerusi Felda - Hari yang sedih, 'Buruk' untuk pasaran

on


    





Pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan, Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal



malaysiakini

PAS bertanding​: Anwar korbankan Shamsul Iskandar di Merlimau..​.

on

PKR dan DAP sudah putuskan setuju PAS bertanding dalam PRK DUN Merlimau pada 6 Mac ini.
Sekaligus keputusan ini amat mengecewakan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin yang sudah bermimpi siang malam untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ke 15 itu.
Beliau dijadikan korban oleh bossnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu akur bahawa PAS layak bertanding di kawasan tersebut mengikut peruntukan kerusi PRU sebelum ini.
Shamsul Iskandar kena akur kerana anwar sudah memberi kemenangannya pada pemilihan pimpinan PKR akhir tahun lalu.
Lagipun, bukan sesuatu yang pelik Anwar mengorbankan orang lain asalkan matlamatnya tercapai.
Ketua Umum PKR itu juga tidak ada pilihan lain kecuali mengalah kerana perlukan sokongan PAS sebagai talian hayat perjalanannya ke Putrajaya.
Lagipun, jentera pilihanraya PAS yang lebih hebat berbanding PKR dan DAP.
Anwar perlu menjaga hati pemimpin-pemimpin PAS kerana jika parti itu ‘merajuk’ dan keluar pakatan pembangkang, Ketua Pembangkang itu boleh ucap bye- bye Putrajaya.
Lagipun PKR semakin mengecil di Parlimen selepas ahli parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas mengikut jejak lima rakannya.
PKR hanya tinggal 24 kerusi, PAS pula 23 manakala DAP 29 kerusi selepas menang di PRK Parlimen Sibu.
Ikut kebiasaan di Parlimen, sepatutnya pemimpin DAP jadi Ketua Pembangkang tetapi Anwar masih dapat ihsan parti itu dan PAS untuk kekal dengan jawatan berkenaan.
Berbalik PRK Merlimau, terdapat desas ada kalangan pemimpin PAS tidak setuju parti itu bertanding di kawasan tersebut.
Antara faktornya soal kewangan dan jangkaan kalah selain jika menangpun tidak akan merubah kedudukan politik negeri Melaka.
Ada juga pendapat mengatakan mereka tidak mahu kalah tiga kali berturut-turut selepas Galas dan Tenang.
Justru itu, timbul idea tidak mahu bertanding sama seperti dilakukan PAS ketika PRK Dun Talam pada 2007.
Jika idea ini kekal, PKR boleh meletakkan Shamsul Iskandar bertanding.
Cuma PAS mungkin tidak akan menurunkan sepenuhnya jentera kempen kerana kecewa dengan sikap memilih Ketua Pemuda PKR itu.
Dalam PRU ke 12, Shamsul sudah ditawarkan bertanding di Jasin tetapi memilih Parlimen Dungun.
Apapun terpulang pada PAS menentukan kerana PR sudah memberi laluan kepada parti itu di Merlimau.
Mengenai calonnya, Hadi sudah membayangkan keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

All eyes on the rebirth of Snap

on

Snap in its heyday was the strongest party in Sarawak in terms of the number of elected representatives it had in the state assembly in 1974, when it won 18 out of 48 seats, with the other BN parties, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Supp and Sarawak Chinese Association securing the remaining 30 seats.

Interested individuals and bystanders in politics are now keeping a close eye on efforts to rejuvenate a once powerful political force in Sarawak, the Sarawak National Party (Snap).

The party has held three political symposiums so far as the early steps in its rejuvenation programme, after it succeeded in getting the Court of Appeal to set aside its deregistration eight years ago by the Registrar of Societies.

More symposiums and other related activities are expected in the coming months.

The earlier symposiums, which started last year, are to help Snap's central executive committee initiate plans, strategies, programmes and activities for the party to move forward in the current situation.

"It is like putting Snap back into the factory, with the hope that it will come up as an old product in new packaging, as a new product or as a combination of old and new but in a new format," party president Edwin Dundang said at the opening of the last symposium recently.

The objective, since the ROS deregistration was thrown out by the court on June 24 last year, has been to make Snap marketable, fashionable and a household name among the old and new supporters. 

"We must think of what we can provide to the people and how we can excite the people with our product," Dundang said.

Young professionals recruited

The party has also brought in some young professionals and veteran politicians in its bid to take Snap back to the position it once held. Some of them have been given key positions, which Dundang described as an effort to inject in fresh blood into the party.

After its deregistration by ROS on Nov 5, 2002, Snap drifted into political wilderness, losing many of its members to a splinter group led by Social Development and Urbanisation Minister William Mawan Ikom and other political parties.

Before the deregistration, the party claimed to have more than 123,000 members, most of whom were Dayaks.

NONEMawan and his supporters later formed the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), which took over Snap's place in the Sarawak BN.

Another big blow to the deregistered party came when its chief financier, James Wong Kim Min (left), stepped down as party president, with the little known Dundang taking over the leadership.

With little funds in its bank account, Snap was literally living "from hand to mouth". Even money to pay its electricity and water bills was hard to come by.

But now, the party can afford to smile again. Since the Court of Appeal quashed the ROS order, the party has found new friends who are eager to extend financial and other assistance.

Parti Kita, led by former Law Minister Zaid Ibrahim, United Borneo Front (UBF) led by former PKR vice-president Jeffrey Kitingan and a citizens group, Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), have pledged their support.

Parti Kita and UBF have agreed to help Snap to campaign for its candidates in the coming Sarawak election while MCLM said it would help in checking the backgrounds of its potential candidates.

"We are friends with anybody who wants to be our friend," declared Dundang.

However, Snap's resurgence is being looked upon suspiciously by one of its partners in Pakatan Rakyat - PKR. DAP has no worry about it, since the party only contests in Chinese-majority constituencies.

Snap is eyeing 28 Dayak-majority seats in the coming Sarawak state election and many of these seats are also on the list of PKR, whose leaders fear that Snap may leave Pakatan to battle on its own.

There is also talk that a number of PKR leaders might join Snap as they would feel more comfortable with a home-grown party.

Among the veteran politicians who have returned to Snap is a former deputy chief minister, Daniel Tajem, who was kicked out of the party over allegations he backed Independent candidates against the party's candidates in the 1982 parliamentary election.

Tajem: Spirit of the past can be rekindled

Other Dayak leaders then in Snap, including Leo Moggie, resigned in protest against Tajem's expulsion. In 1983, Tajem and Moggie formed Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

With the deregistration of PBDS by ROS in 2004 for failing to settle a leadership crisis, Tajem and Moggie became "partyless" .

Tajem is of the view that the spirit of past Snap leaders like Stephen Kalong Ningkan can be rekindled in the efforts to rejuvenate the party.

Apart from Ningkan, who was party secretary-general, the others were JS Tinker (chairman), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman Ketit.

Registered on April 10, 1961, Snap is one of the oldest parties in Sarawak and its founder, Ningkan, was Sarawak's first Chief Minister.

It was the third political party to be formed in the state after Sarawak United People's Party (SUPP) and Parti Negara Sarawak (Panas) opened the way for the active participation of the Dayaks in not only preparing for Sarawak's independence, but also to be fully involved in political activities.

Although there were Dayaks in SUPP and Panas, they never gave any prominence to these two parties and their roles in them were minimal.

Thus the Dayaks, particularly the Ibans, feared they could be left behind in decision-making in Sarawak, which was then desirous of becoming independent of colonial rule. In 1963, Snap opened its doors to non-Dayaks , with James Wong becoming its first Chinese member.

The others, who joined later, were tycoons Wee Hood Teck, Wee Boon Ping and Ho Ah Chon. Abang Othman Abang Moasili was the first Malay to join the party, which today is attracting as many Chinese and Malays as Dayaks.

Snap in its heyday was the strongest party in Sarawak in terms of the number of elected representatives it had in the state assembly in 1974, when it won 18 out of 48 seats, with the other BN parties, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Supp and Sarawak Chinese Association securing the remaining 30 seats.

In the 2006 state election, the party won only the Engkilili seat, but its candidate, Johnical Rayong, left Snap soon after.


Adun BN Menipu Najib

on

NONEBeberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.


Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

NONE 
Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

NONEDaud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong


SOLAT, APA ALASAN ANDA.....???

on






Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita. 

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. 

Semoga gambar-gambar di paparkan memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba. 

Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka...Nak cari masjid @ surau baru boleh solat...










Kerajaan PR Selangor- Jangan Sampai Di Sumpah Tujuh Keturunan

on

AKHIRNYA MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bertolak ansur juga dengan apa yang telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Maka, MB Selangor mengambil keputusan untuk menjernihkan keadaan dengan menerima SUK yang beliau serta majoriti rakyat Selangor tidak `redhai' tetapi mendapat perkenan Sultan Selangor dan juga dari Pusat.

Bukan salah atau kealpaan Tuanku, tetapi semuanya kerana ada yang bersifat `khianat' terhadap seluruh rakyat Selangor dan orang yang `khianat' itu sudah pun bersara serta goyang kaki. Mungkin merasa lega kerana `hasad dengki dan busuk hatinya' kini telah tercapai. Makanlah dia dengan wang pencennya selepas ini samada `halal' atau `haram' hasil dari sabotaj beliau sebelum meninggalkan Pejabat SUK.

MB Selangor mahu lupakan kisah yang `menyakit'kan itu, namun kerajaan harus hidup dan rakyat harus dibela. Maka, Tan Sri Khalid mengadakan perjumpaan dengan Datuk Khusrin selaku SUK yang baru. Alhamdulillah, jika di Perak di bawah Dato Nizar, Kerajaan PR Perak tidak sempat mengenali `musuh dalam selimut', tetapi di Selangor lain situasinya. Samada Datuk Khusrin `musuh dalam selimut' atau tidak, semuanya bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas ini.

Dalam pertemuan MB Selangor dan Datuk Khusrin, SUK ini telah diberi `test' pertama. Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah. Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik. "Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya.

Mungkin banyak lagi ujian demi ujian yang akan diberikan kepada SUK baru ini, maklumlah beliau bukannya dari Pegawai Kerajaan yang asalnya ada kelayakan Gred A, tetapi sekadar mempunyai kelayakan Gred C, cuma `bernasib baik' melompat Gred ke Gred A. Justeru itu, segala bidang tugasnya perlu diajar dan diuji. Nasiblah kali ini Kerajaan Selangor dapat Pegawai Kerajaan seperti beliau.

Cuma perlu diingatkan, untuk menjadi seorang `pengkhianat atau kaki sabotaj' tidak perlu kepada Gred A. Cukup sekadar mempunyai naluri seperti Syaitan yang penuh dendam, hasad dan dengki. Saya yakin, Datuk Khusrin tidak akan meletakkan dirinya sampai ke tahap itu. Seandainya beliau cuba untuk menjadi seperti mantan SUK sebelum ini, nasib beliau mungkin malang sekali. Pisang takkan berbuah dua kali. Selaku bekas Pengarah JAIS, tentunya beliau sedikit sebanyak ada ilmu agama dan keimanan.

Walau bagaimanapun, MB Selangor tidak boleh `lena' walau sedetik pun selepas ini. Kesemua Ahli Exco Kerajaan Selangor juga mesti peka apa yang berlaku di sekeliling mereka. PR Selangor khususnya, mesti menggenggam erat bucu takhta Kerajaan Negeri Selangor ini walau apa pun yang terjadi. Seandainya Negeri Selangor tumbang dan kembali kepada puak mereka yang zalim dan perasuah itu, rakyat akan menyumpah PR tujuh keturunan.

Amaran Anwar Ibrahim Kepada Wakil Rakyat PKR

on

SHAH ALAM 8 FEB : Di sebalik siri tamparan terbaru ekoran pemimpin keluar parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada wakil rakyat partinya supaya meningkatkan prestasi mereka jika mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor di sini semalam untuk berkongsi perkembangan semasa mengenai kempen mereka menghadapi pilihan raya negeri, krisis di peringkat Sabah dan juga pendekatan memperkuatkan parti itu.


"Kami telah diminta mempertingkatkan langkah ofensif. Kerja-kerja merancang aktiviti akan digodakkan termasuk fokus ke atas pilihan raya negeri Sarawak... usaha-usaha sepadu sedang dijalankan," kata seorang wakil rakyat yang menghadiri pertemuan itu.

Difahamkan Anwar memberi amaran hanya pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan rekod khidmat baik sahaja akan dipilih semula sebagai calon pilihan raya umum.

Komponen Pakatan Rakyat (PR) ini berhadapan dengan siri wakil rakyat, di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen, keluar parti untuk bertindak sebagai Bebas ataupun menyertai Umno.


November lalu, Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dan kemudian mengepalai parti Kita.

Pada pertemuan semalam, Anwar juga menggariskan keperluan untuk memfokus pilihan raya negeri Sarawak.

Beliau berada di negeri itu selama dua hari hujung minggu lalu untuk menyusun strategi bersama ketuanya Baru Bian, di mana secara kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Miri.

Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk memenangi sebanyak kerusi yang boleh pada pilihan raya negeri di Sarawak.

Bagaimanapun PR memberi fokus ke atas kerusi-kerusi majoriti Cina di kawasan bandar selain memperluaskan pengaruhnya di kawasan pedalaman.

"Parti memulakan langkah persiapan ke arah kempen intensif selama dua bulan di Sarawak di bawah kepimpinnan Baru Bian, jadi kami menyusun strategi dan program yang lebih tersusun," katanya.

Difahamkan pemimpin-pemimpin parti akan mengadakan lebih banyak kunjungan ke Sarawak sepanjang dua bulan akan datang untuk memperkukuhkan jentera kempennya.

Difahamkan kesemua pemimpin parti akan diberi ruang tugas yang khusus di negeri masing-masing dalam usaha menyusun semula fokus parti.

Tetapi Anwar juga bercakap mengenai keperluan mempertahankan kedudukan PKR di Selangor - negeri paling maju dan kaya yang dimemenangi PKR pada 2008.

"Kami juga membincangkan dengan panjang lebar kepentingan mempertahankan Selangor dan soal menurunkan calon bergantung pada prestasi semasa mereka," kata seorang ahli Parlimen PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang turut menghadiri pertemuan itu mengakui bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimpin telah menjejaskan fokus dalam melakukan pembaharuan dasar.

"Pembaharuan dasar yang perlu kami fokus, tindakan keluar parti telah menjejaskan fokus kami. Itu tujuan pertemuan hari ini, untuk menyusun semula strategi dan fokus," kata beliau.

Justeru katanya, langkah penubuhan majlis presiden di Sabah adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut di negeri itu.

Majlis itu diketuai oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang diumumkan sehari selepas Pajudin keluar parti dan menyetai Umno.

Sarawak State Election: Is Sarawak PKR up to par to lead?

on

Sarawak is facing a state election which many feel will be held by May this year. Is the opposition really ready? More precisely, is PKR really in the position to assume leadership of the opposition?
By most accounts, it is going to be a mother of all elections. For one thing, there is little doubt that the ruling coalition is facing its toughest test as the present Chief Minister is probably at the tail end of his long and controversial political life. For another, there is the question of a successor administration: who, or which group will wear the mantle of state leadership after the current one is eased out?
It is an open secret that there are a few possible centres of power on both sides of the political divide that are beginning to emerge and they are all working to carve out their own political lebensraum in post-election Sarawak. Speculations about the state BN involve, among others, on who will take the plum post of Chief Minister? Will it go, no matter how briefly, to a long servile, subservient and suffering Dayak leader? Or will a more upstanding and capable one be brought back from KL to Sarawak to take over the reins? But that is not our concern today. Our focus here is the state opposition, particularly PKR and its state of affairs.
For a while now the party presumes that it is the lead organization in the opposition. There is ample evidence for this presumption. For instance, in the allocation of seats, PKR makes the argument that it should take the lion share of seats to be contested in Sarawak.
Does PKR Sarawak deserve this role of lead organization which it feels entitles it to take a big chunk of seats available for contest in the coming election? Let us look at the facts.
First, let us look at the structural design of the party as a whole. PKR is a national party which is led by the President and the Central Leadership Council in Kuala Lumpur. There are a lot of advantages to being a national party, just as there are a number of disadvantages as well. Of the latter, lets look at the request for some form of autonomy, for instance. Some in PKR Sarawak have been clamouring for some form of local autonomy so that local leaders could decide on matters at their own level. Admittedly, there have been promises of some form of local decision-making but that is as far as it has gone. Promises were believed to have been made, but not delivered. In the ill-fated adventure of the Batang Ai by-election for instance, the eventual selection of the candidate was believed to have been against local and formal recommendations. In other words, the Centre (Kuala Lumpur) has tended to be deaf and blind to local conditions and opinions.
Second, there is the matter of state PKR leadership. In the last five years there have been at least five state leaders. First there was Dato’ Hafsah Harun, an elder statesperson, then there was YB Dominic Ng who was succeeded by Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mustaffa Kamal Ayub and finally by Baru Bian himself. Five state heads in five years do not bode well for organizational stability, no matter how good the heads are. Indeed, it makes Sarawak PKR very much like the Italy of the post-war years, where governments rise and fall with unnerving frequency.
Why were there such frequent changes in Sarawak state heads by the Central leadership under Anwar Ibrahim? One explanation is that PKR Sarawak is wrecked by factionalism. There are simply too many groups that seemed to be able to reach the top of the decision-making structure in Kuala Lumpur. Changes were made seemingly without too much consideration for stability and long term impact. Thus very often people who should have stayed much longer to effect more changes and strength for the party in Sarawak found their services terminated because the central leadership was listening more to their rivals’ arguments.
Third, the present PKR Sarawak is divided into a number of informal spheres of influence. As a multiracial party, this is not supposed to happen. But the reality is that the Bidayuhs have one informal paramount leader; the Orangs Ulu another, the Ibans yet another. Likewise, the Malay-Melanau also have one paramount leader, although his hold on this position appears to remain tenuous.
The bulk of PKR apparent strength, such as it has been, is found in the Dayak areas (Iban, Orang Ulu, and Bidayuh). As for the Malay-Melanau areas, the party has not been making much inroads, except for constituencies in the Betong Division. Indeed, it is doubtful whether the party could find really suitable candidates for most of the coastal constituencies (Malay and Melanau). How is this possible? What are the missing ingredients here? Why focus on inland constituencies and be basically non-existent in coastal ones? What is at play here? The Central leadership of PKR in Kuala Lumpur has a lot to answer for this.
Fourth, a number of observers are convinced that PKR is not serious about the state party politics. The argument goes something like this: so long as a particular seat goes to the opposition, it matters little which party it belongs to because it is in Pakatan Rakyat (PR) and PKR is the head organization in PR. This being the case although the Centre would prefer that people identify themselves with PKR, it is not absolutely necessary that this should happen.
Fifth, there is the matter of current developments in the party. To many observers, that PKR Sarawak is in turmoil is the product of constant manoeuvres by different and differing factions. There was, it was said, a very recent move to remove the current head, Baru Bian which led to the man losing his post in the Central level. Then there is another unresolved problem: who is supposed to run in which constituency? Different lists are said to be proffered to the Central leadership for consideration. There are other goings on as well, but these are perhaps best left unstated.
Sixth, there is the curious role of the party’s apparent “courtiers” who have evidently attached themselves to the party’s state leadership. They have been making outrageous statements in which they tried to ridicule fellow opposition parties and their leaders. These publicists and “courtiers” ought to exhibit statesmanship and bold plans for collective actions. Instead, they have tried to seek sympathy by their outbursts. Are they trying to push political parties out of Pakatan in Sarawak?
For a party which is of very recent vintage, the impact of these internal struggles has been debilitating for PKR Sarawak, to say the least. Many potential supporters feel that this is a party that “cannot shoot straight”. PKR Sarawak would want to lead the coalition against the state government in the coming election but clearly it is in no position to do so. Structurally, it is organized in such a way that the top leadership under Anwar Ibrahim has continued to tinker with the state party machinery with unsettling frequency.
Further, powerful figures in PKR Sarawak seemed unable to stop undermining one another. Why, the latest spate of changes in the leadership musical chair happened only a few weeks ago. Furthermore, despite its multiracial stance and past efforts, the party is largely limited to Dayak support. Then there is this problem of terminal factionalism: it has stymied the party’s efforts in strengthening itself and election preparations, one or two exceptions notwithstanding.
Sarawak PKR appears to be wallowing in a morass of its own making. And for this it has to thank its many local factions and their allegedly multiple candidates’ lists and the interventionism of its Central leadership in Kuala Lumpur.
Is PKR therefore ready for the coming election? Time will tell. For the moment, PKR Sarawak certainly appears to be preoccupied with what observers have euphemistically refer to as “internal matters.”

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List