Bila Blogger Berasa Dia Berkuasa.........

on Mar 10, 2011

TIMBALAN MENTERI SAIFUDDIN ABDULLAH DISERANG BLOGGER......



Gambar Saifuddin dan Nurul Izzah Binti Anwar Terbongkar !!!




Mesti ada orang bertanya, kenapa kita nak desak orang yang dilantik PM menjadi ahli kabinet ini agar berundur ? Ini kerana banyak perkara yang dibuat meskipun dilihat ada kebaikan tetapi keburukan yang tercetus oleh beliau lebih besar dan bahaya.

Contohnya : isu pro Mahasiswa yang dibela oleh Saifuddin termasuk insiden di Galas yang mana diberitakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Kenapa pelajar dibela sedemikian rupa ?  Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Di zaman beliau juga pelajar merusuh di UPM termasuk berani mencuri fail di UM. 

Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara. Linknya ada di bawah.

Di sini disenaraikan 5 sebab utama kenapa kita membongkar tentang beliau :
  1. Sokong buku Jingga http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/saifuddin-abdullah-sokong-buku-jingga.html
  2. Sombong http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/papagomo-dialog-balun-di-kerdau-dan.html
  3. Hina Mufti http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/lagi-sebab-kenapa-saifuddin-abdullah.html
  4. Hubungan dengan GAMIS http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/apa-motif-timbalan-menteri-kpt.html
  5. Kesepakatan Blogger http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/untuk-perhatian-perdana-menteri-senarai.html

Diharap Ahli Parlimen Temerloh ini akan mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan kami. Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri.


Tugas blogger pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas Perdana Menteri akan lebih mudah dengan adanya pasukan bloggers seperti kami ini.


Harap juga siapa dapat bongkar pemilik Kolej Teknologi Timur (KTT) yang disiar sedang membina bangunan sendiri bernilai RM25 - 30 juta di sini kerana dengar ceritanya MP Temerloh ini ada kaitan dengan KTT tersebut.


Jika pegawai khas beliau ada penjelasan sila berhubung melalui email panglimaperangcyber@yahoo.com dan bolehlah menjelaskan perkara di atas dengan terperinci jika ia tidak benar. Namun awas jangan cuba putar belit dengan kami kerana kebenaran tetap kebenaran walaupun anda cuba sembunyikannya.


Bloggers juga bersedia menemui beliau dan jangan ada pula yang enggan menemui MP Temerloh atau menghalang rakan bloggers lain bertemu beliau selepas beliau sanggup bertemu dengan golongan kita demi membersihkan namanya.


Terima kasih !





Gambar dari blog Nurul Izzah di sini

Dah tua buatlah cara tua......

on



Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.


ceduk dari :-  
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time.

Abraham Lincoln, (attributed)
16th president of US (1809 - 1865)


Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar

on




Delegasi Ahli Parlimen Jerman hari ini menyatakan keprihatinan mereka terhadap kes Fitnah II dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar dari menghadiri sidang Parlimen.
Bercakap kepada KeadilanDaily, Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, mereka juga mahu Ketua Pembangkang itu diberi lebih ruang dalam media tempatan.




“Mereka menyatakan keprihatinan terhadap kedua-dua kes itu, selain berpendapat Anwar seharusnya mempunyai ruang di dalam media.
“Mereka menyatakan komitmen untuk berpihak kepada kebebasan dan demokrasi. Anwar pula menegaskan, KEADILAN komited meneruskan agenda demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan hak secara demokratik,” katanya.



Anwar menerima kunjungan sembilan Ahli Parlimen Jerman di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, bagi mengetahui perkembangan kes Fitnah II dan kisah sebenar penggantungan Ketua Pembangkang itu.
Mereka diketuai Dr Thomas Gambke dari The Green Party bersama Holger Ortel (Social Democratic Party), Stephan Thomae (Free Democratic Party) dan Elisabeth Winkelmeier-Becker (Christian Democratic Union/Christian Social Union).



Sebahagian adalah antara Ahli Parlimen yang menguasai kerajaan manakala sebahagian lagi pembangkang di negara berkenaan. Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber.
Yusmadi berkata, butir perbincangan turut menjurus kepada masa depan Pakatan Rakyat di Malaysia, khususnya peranan KEADILAN dalam senario politik Malaysia.



“Delegasi itu turut bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya, menambah pertemuan berlangsung sekitar sejam bermula jam 5 petang.



Mahathir lu apa hal beb.......!!!

on

KUALA LUMPUR, March 8 — A well known Blogger's as IkutSukaAku - ISA wrote in his blog's out today that Tun Dr Mahathir Mohamad arranged to have sex with forty four girls before he resigned as prime minister in 2003.

The blogger said he interviewed the girls who told him they were taken to have sex with his then a PM, who was later cried like hell in Perhimpunan Agong umno.

Isa wrote that they were persuaded to do so by an Indian man they knew as Ananda, likely to be Datuk Anandaconda Amazon, then a close associate of Mahathir.

“He had taken each girl separately to a house in Kenny Hills. There they met a person they recognised as the prime minister. They were asked to undress with the purpose of having sex,” he wrote in the book titled “A Senile Doctor in the House: The Memoirs of  IkutSukaAku Laaaa... lu apa hal beb..!!!".
Selanjutnya boleh baca di sini.


hahaha... so ada beza tak...??? takda kan... jadi letaklah nama sapa2 pun yang lu orang nak letak... gua fitnah Mahathir having seks dengan 44 orang pompuan.. gua tanggung dosanya di akhirat... tapi kalau di dunia ni.. gua kena bagi bukti laaaaa.... bukan cakap jer bhai...

Lu orang ingat dengan tulis macam tu dalam buku yang ramai membelinya tu... (err.. ramai ke..? totok mahafiraun jer.. yang beli buku lauyaaa dia tuuu...)

Cerdik ke bodoh bagi seseorang yang bergelar TUN...???? menceritakan keaiban orang yang dah lama (kisah lama - benar/tidak lain tajuk) hahaha... pasal tu gua selalu katakan orang tua nih dah nyanyuk... kifarah berkat doa Ustaz Fadhil Noor dulu.... lagi panjang umur dia... lagi kuat dia punya melalut.. lagi senang nak campak masuk neraka... eeehhhhh... jangan salahkan gua cakap macam nih... pi semak cari dan kaji... sebab musabab Allah bagi extra bonus umur nih.... hahaha....

Jangan pi tanya pulak Ulamak Chua Seks Leak pasti fatwa dia Wajib bagi Mahathir buat macam tu... kah.. kah.. kah....

Apa pun gua tertarik dengan komen Ms.Juice nih... jom layan;

Bila difikirkan balik, mana ada bekas pemimpin umno yg ada SCANDAL berani melawan Umno.. sebab MEREKA tau semua hal berkaitan pasti ada di tangan pemerintah, bila tengok pada ds anwar..

Dia cukup berani lantang malahan cabar kemuka bukti. Dan betul tiada satu pun bukti NYATA melainkan cakap2 saja. Tiada video, gambar dan etc untuk membuktikan apa2. Bila difikirkan dari segi lain pulak, kalau tak betul,untuk apa DR M/NAJIB/SAIFUL nak buat fitnah. Dah tentu la mereka2 ni berkepentingan. Kepentingan yg mendahului melampaui batas2 nilai kemanusian, itu mereka ketepikan..

Secara logicnya kalau betul apa fitnah2 yg keluar ini benar dan tentu ds anwar dia tk sebodoh itu berani melawan. Dah tentu ada apa2 bukti NYATA akan mereka keluarkan, tapi sehingga kini tiada satu pun yg betul2 NYATA.. moral of the story memang semua itu fitnah belaka. PERCAYALAH....

Seorang yg bahasa melayunya betull ASLI dan BAKU, bahasa qurannnya lancar siap dgn idghamnnya, menjadi imam dan contoh pada sekelian manusia yg mengenalinya, dengan keluarga yg bahagia.. anak2 yg kita dapat lihat sendiri bukti NYATA betapa anak DS Anwar semua terpelihara dr anak2 mereka2 yg mengata, fitnah jahat beliau amat jauh berbeza disamping watak seorang @#$% dan playboy mana mungkin sama dengan sifat DS Anwar yg lantang berani dan tegas. Jauh berbeza.

Satu2nya ahli politik dalam dunia ni yg dituduh dengan berbagai tuduhan, bermacam2 agen, liwat dan zina, dibogel sudah dibaling batu sudah dipukul sudah, dijail sudah di hina caci sudah...

DSAI ANDA MEMANG MANUSIA HEBAT dan MAHATHIR UR A LOSER.. 1997 UR SON DAH NAK BANKRAP, DEMI NAK MENYELAMATKAN ANAK U, U JADIKAN ORANG LAIN MANGSA WHAT A SHAME ON U....
hahaha... pasti ada di kalangan pembaca hairan dengan gua punya pendirian kan..., sekejap hentam anwar... sekejap macam nak membela anwar... hahaha...

So... nasihat gua... jadilah makhluk yang menyokong mengikut tajuk... bukannya taksub membabi buta kepada sesiapa pun, yang benar katakan benar... yang fitnah dan karut marut... takan nak percaya membabi buta kot.... jangan jadi macam pengikut extreame umnoapco/pkr/pas dan yang sewaktu dengannya... dah elok2 di cipta sebagai manusia dengan akal dan fikiran... gilababas nak jadi burung belatuk atau tekukur... angguk2 taksub... itu bodoh namanya... kah..kah...kah... macam budak yang nama "kit" kat shoutmix gua tuuuuu...



ceduk dari  :-  http://www.ikutsukaakuisa.co.cc



Ucapan Anwar Bercanggah Akidah Islam - Uthman El Muhammady

on

Sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World"(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam.


Demikian penegasan yang dibuat oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam kertas kerjanya "Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam" yang diedarkan kepada semua peserta Wacana Sehari anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) di di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setiap peserta dibekalkan kompilasi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di LSE, London (18 Mac 2010) dalam dwi-bahasa, teks asal ucapan Ketua Umum PKR itu dalam Bahasa Inggeris dan teks ucapan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Manakala untuk menjawab teks ucapan Anwar itu, turut dilampirkan bersama kertas kerja Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Read More 



Siapa Sebenarnya Agen Zionis.....???

on



Semenjak BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, suasana parlimen semakin memalukan. Qualiti yang dipamerkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang jelas mencemar imej Dewan Rakyat yang mulia itu. Baru-baru ini, hanya kerana tidak berpuas hati kerana usul APCO ditolak oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat. Disebabkan berperangai seperti “monyet tak cukup akal”, maka 6 orang Ahli Parlimen pembangkang telah diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker Dewan. Dan seperti biasa, “geng-geng Ahli Parlimen pembangkang yang lain” turut membontoti 6 orang “malaun” yang diarah keluar Dewan tersebut.
Pastinya media pembangkang akan sebok mengutuk Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan BN mengenai perkara ini. Pastinya imej Speaker Dewan akan dicemari dengan kata nista yang menuduhnya sebagai “tidak adil” dan “zalim” terhadap 6 orang Ahli Parlimen mereka. Pastinya mereka akan cuba menuduh bahawa pihak Kerajaan enggan berdebat mengenai isu APCO dan cuba menutup “sesuatu”…
Padahal, 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itulah pencetus kekecohan sebenarnya. “6 Jahanam” itulah yang berperangai macam “monyet”, terjerit terlolong mendesak sesuatu yang sudah dijelaskan berkali-kali. Penjelasan sudah diberikan mengenai isu APCO sama ada di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak faham bahasa Melayu, kah? Tak faham bahasa Inggeris, kah? Apa dulu tak ada pergi sekolah? Padanlah perangai 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itu diarah keluar, perangai pun kurang bertamadun. Lepas tu nak salahkan Speaker Dewan pula? Matanglah sikit…
Mereka menuduh pihak Kerajaan BN bekerjasama dengan APCO yang kononnya sebuah agensi perniagaan milik penuh Yahudi. Padahal, sejak awal kes ini dimainkan oleh Anwar lagi, APCO sudah menjelaskan bahawa syarikat konsultan APCO ini BUKAN MILIK YAHUDI. Jika ada pun, mungkin ada di kalangan Lembaga Pengarahnya yang ada darah keturunan Yahudi. Itupun kalau ada. Kalau tiada, bagaimana?
APCO dituduh sebagai syarikat atau agen Yahudi yang diupah oleh pihak Kerajaan Malaysia. Itu dakwaan Anwar dan konco-konconya. Padahal, APCO berpengkalan di Amerika Syarikat. Memang APCO pernah memberi khidmat konsultansi kepada Kerajaan Israel, namun ianya tidak lebih dari urusan perniagaan. Jangan pula kita menghukum APCO sebagai “agen Yahudi” hanya kerana syarikat itu pernah berurus niaga dengan Kerajaan Israel.
Banyak lagi syarikat gergasi antarabangsa yang berurus niaga dengan Kerajaan Israel, contohnya seperti Microsoft. Apakah kita akan menuduh Microsoft sebagai “agen Yahudi” juga? Itu belum lagi penulis senaraikan syarikat-syarikat gergasi lain yang juga berurusan dengan Kerajaan Israel. Salahkah syarikat-syarikat ini berniaga di negara Israel dan Malaysia?
APCO tidaklah rapat dengan Yahudi sebagaimana Anwar Ibrahim. APCO hanya berurus niaga dengan Kerajaan Israel sebagai konsultan tidak lama dulu. Lainlah Anwar yang sememangnya terkenal rapat di kalangan pelobi-pelobi rejim Zionis itu. Malah boleh dikatakan bahawa Anwar itu sendiri penyokong Zionis Israel!
Tahukah Ahli Parlimen pembangkang bahawa Anwar Ibrahim pernah menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap Israel. Annapolis Summit adalah sebuah perjanjian damai berat sebelah yang ditaja oleh US, yang mana jelas perjanjian damai itu merugikan Palestin dan menguntungkan rejim Zionis Israel. Mengapa Anwar sokong Yahudi Zionis itu jika dia mahu membela rakyat dan negara Palestin? Jelas sekali Anwar “taat” kepada “tuan”nya…
Dato’ Murad pernah membuat kenyataan bersumpah pada tahun 1998, bahawa dia pernah menguruskan sumbangan dana berjumlah RM38 juta kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) di atas ARAHAN ANWAR IBRAHIM. Apakah peranan APPC itu? APPC adalah sebuah pertubuhan upahan US untuk memperluaskan pengaruh US dan Yahudi di rantau negara Asia Pasifik. Jelas sekali ketika Anwar “lari” ke US, dia tidak ubah bagaikan “boneka” yang digunakan Yahudi untuk memperluaskan pengaruh Yahudi di serata dunia. Hina benar Anwar! Jika APCO hanya berurus niaga dengan Israel di atas dasar keuntungan perniagaan yang memihak kepada syarikat mereka, Anwar lebih hina kerana hanya menjadi “boneka” yang diperalatkan oleh Yahudi!
Tidak perlu Kerajaan Malaysia atau Parlimen membahaskan tentang isu APCO lagi kerana segala isu tentang syarikat itu sudah pun terjawab dengan bernas dan adil. Apa yang perlu dibahaskan oleh benak-benak fikiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang ialah “mengapa Anwar menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap rejim Zionis yang menzalimi rakyat dan negara Palestin?” dan “apakah agenda hubungan rapat Anwar dengan APPC yang ternyata membawa kepentingan pengaruh Yahudi di seluruh dunia?”. Itu yang perlu Anwar jelaskan!
Tentunya Anwar sudah sedia dengan jawapan “putar alam”nya. Seperti biasa, mungkin Anwar akan “menyalahkan” UMNO dan BN di atas keakrabannya dengan Yahudi rejim Zionis itu. “UMNO yang suruh!”, mungkin itu jawapannya. Anwar memang bijak bermain kata dan memutar lidahnya. Jika US dan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah ditipunya, apatah lagi kita rakyat biasa. Penulis hanya mampu berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari fitnah dajjal ini”. Banyak-banyakkanlah membaca surah Al-Kahfi, insyaAllah kita akan terhindar dari fitnah Dajjal laknatullah. Tambah-tambahan pula “dajjal mata lebam” bernama Anwar Ibrahim ini!

******Sebelah sana cakap Tun Mahathir agen Zionis, sebelah sini cakap Anwar agen zionis. Siapa sebenarnya? ******



BN dah pulih, Pilihanraya Sarawak April.......???

on

Keputusan pilihanraya kecil DUN N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang memang sudah dijangka lebih awal oleh pemerhati-pemerhati politik. BN menang besar di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi dimana calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. 

BN turut menang pilihan raya kecil DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi dimana calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi.

Di Kerdau, majoriti kemenangan BN di situ juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008 dan dapat  mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi. Manakala Di Merlimau, majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN pada 2004 sebanyak 5,087.

Setelah 16 siri pilihanraya kecil diadakan, saya tidak pasti sama ada akan berlaku atau tidak lagi pilihanraya kecil selepas ini memandang masa berbaki selepas 3 tahun persidangan DUN pertama  selepas Pilihanraya umum ke-12, Mac 2008 masih ada kira-kira sebulan lebih lagi.

Tidak ada pilihanraya kecil DUN jika berlaku kekosongannya selepas tarikh berikut, di Penang (20hb. April), Melaka dan Johor (21hb. April), Perak dan Negeri Sembilan (25hb. April),  Perlis dan Kelantan (28hb. April), Sabah (30hb. April), Terengganu (6hb. Mei), Pahang (20hb. Mei) dan Selangor (21hb. Mei).

Jika tidak ada lagi PRK selepas ini bagi penggal PRU ke-12, bermakna ianya kurang 1 daripada 17 PRK yang diadakan dalam penggal PRK ke-8 pada tahun 1990 dan melebihi 1 daripada 15 PRK yang diadakan sepanjang PRK ke-9 pada tahun 1995. Dalam penggal ke-10 (1999), 9 PRK  diadakan dan 6 PRK sahaja diadakan pada penggal ke 11 (2004).

Sebelum tahun 2008, walaupun banyak PRK diadakan tetapi ianya bukanlah menjadi fenomena dan mimpi buruk kepada parti pemerintah, BN. Walaupun begitu, pada tahun 1990 dan 1999 kedudukan BN sedikit tergugat, sebelum pulih semula pada tahun 1995 dan 2004.   
   
Sebagaimana yang saya tulis dalam ruangan ini beberapa minggu yang lepas, tirai pilihanraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011) Sekarang berjaya mengekalkan Merlimau, Melaka  dan Kerdau, Pahang pula. 

Manakala bagi 6 kerusi DUN dalam PRK pada tahun 2009 sebelum itu, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti  (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).

Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN)  dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.

Mulai tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN  keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010).

Daripada 16 PRK ini, PR bermula dengan baik, tetapi BN mengakhir dengan baik. Setelah 16 siri PRK, BN berjaya memenangi 8 kerusi, iaitu Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Galas (Kelantan), Batu Sapi (Sabah), Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang). Manakala PR juga memenangi 8 kerusi, iaitu Permatang Pauh (Pulau Pinang), Kuala Terengganu (Terengganu), Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah), Penanti (Pulau Pinang), Manek Urai (Kelantan), Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Sibu (Sarawak).  

Sepintas lalu kekuatan kedua-dua pihak masih lagi seimbang antara BN dan PR walaupun kelebihan sentiasa memihak kepada BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang terakhir pada tahun 2011 seperti di Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan kerdau (Pahang) yang merupakan kubu kuat mereka.

Pilihanraya Sarawak 9hb April, 2011?

Sehari sebelum pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, BN Sarawak telah mengadakan konvensyennya dengan dihadiri oleh lebih 5 ribu perwakilan daripada 4 parti BN Negeri, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakya Bersatu Sarawak (SUPP), Pari Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). Sekarang ini BN menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei. Mandat untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada 24hb. Julai akan datang. Beberapa pemerhati politik dan media tempatan telah mula membuat ramalan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud akan membubarkan DUN dalam jangkamasa terdekat setelah perkembangan positif dalam beberapa siri PRK yang disertai oleh BN kebelakangan ini.

Ramalan yang cukup popular sekarang ini, pilihanraya Sarawak akan diadakan pada 9hb. April, 2011. Laporan The Star hari ini (2 Mac) menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.
   
caduk dari :-  http://www.detikdaily.net



Kesilapan Anwar......

on

Dewan Rakyat gamat dengan pendedahan N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) apabila diberitahu yang beliau membayar ansuran bulanan untuk dua buah kereta bagi kegunaan pengawal peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin. Sehingga kini, katanya, ansuran dua kereta itu masih dibayar olehnya tetapi beliau telah mengambil salah satu kereta tersebut selepas pejabat Ketua Pembangkang gagal mengambil tindakan sewajarnya. 

''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat. ''Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti apa yang saya lakukan)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing. Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).


''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya. 

Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan. ''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan. ''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya usahakan kebun sayur," ujarnya.


********Sementara itu Gobalakrishnan juga sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini. Apa yang diperkatakan oleh beliau ini sedikit mencalarkan imej Anwar sebenarnya. 

Inilah kesilapan besar apabila Anwar rela mengambil Peguamnya R.Surendran menjadi Naib Presiden PKR. Sedangkan pemimpin hebat seperti Gobala tidak diberi ruang untuk berasa sebaris dengan kempimpinan PKR yang lain. 

Kami yakin, beliau keluar PKR atas prinsip yang ada dalam dirinya selepas melihat berbagai kepincangan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Cuma, masa yang akan menentukan apakah dia boleh bertahan atau akan bersama Kerajaan UMNO BN dalam masa terdekat ini.******


Anwar berusaha elak DNA untuk lindungi rahsia.......

on

Anwar terdesak melindungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin bersama DNA miliknya.





Anwar Ibrahim didakwa cuba melindungi profil asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya daripada diambil pihak hospital bertujuan melindungi sesuatu yang amat besar rahsianya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan Anwar itu juga sama seperti naluri seorang bapa yang mahu melindungi anaknya tetapi persoalannya di sini siapakah anak yang cuba dilindungi tersebut.

"Anwar menyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad terdesak untuk melindungi anaknya. Kalau bagitu mengapa Anwar terdesak melindungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin bersama DNA miliknya.

"Jika Dr. Mahathir mahu melindungi anaknya, ini adalah naluri biasa saorang bapa. Apakah Anwar terdesak mahu melindungi Azmin dan Shamsidar atas sebab naluri saorang bapa. Jika itu benar maka persoalannya pula siapakah anak yang hendak dilindungi oleh Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang berkata, Dr. Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga bekas Perdana Menteri itu.

"Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta 'bailout' bagi Mirzan (Mahathir)," tambah Anwar sebagai mengulas mengenai tulisan memoir Dr. Mahathir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan semalam.

Mengulas lanjut, Anuar meminta Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. WanAzizah Wan Ismail, Shamsidar dan Azmin untuk memberi penjelasan mengenai Anwar yang didakwa mempertahankan DNA miliknya.



Agong to dive in record breaking feat

on

Supreme Commander of the Armed Forces His Majesty Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mi zan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood is expected to dive in a military operation by the Royal Malaysian Navy later today. It will be carried out off the west coast of Sabah later this morning.

In his official visit to TLDM Sepanggar Bay near Kota Kinabalu, His Majesty Tuanku will be taken to F2000 Class frigate KD Lekiu and there on will be transfered to the lead boat of the Perdana Class Scorpene submarine KD Tunku Abdul Rahman, where he will participate in a military exercise to demonstrate its full diving and deep water capabilities. His Majesty Tuanku is expected to witness several other military demonstration from the near abyss depth of the South China Sea.

This would dispel the notion where Opposition leaders namely Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, his daughter Nurul Izzah Anwar and other Pakatan Rakyat leaders’ lies that the submarines are “Unable to dive and do operational duties”. Today’s military exercise would also demonstrate the operational capabilities as a strategic weapon in deep dive.

The exercise is organised by Royal Malaysian Navy with full co-operation of MINDEF. Last month, His Majesty Tuanku wastaken on a supersonic flight onboard the SU 30 MKM fighter off the west coast of Langkawi.  This exercise marks the first Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong to not only fly supersonic on an air superiority fighter, but also to dive in a hunter killer submarine.

caduk dari :-  bigdogdotcom


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List