Anak Lelaki Gaddafi Di Laporkan Terbunuh....???

on Mar 22, 2011

Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.

Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.

Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.

Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP.

Bangunan itu, terletak hanya 50 meter dari khemah di mana Gaddafi sering menerima tetamunya, ranap sama sekali dalam bedilan itu, kata jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim kepada wartawan yang dibawa ke lokasi kejadian dengan bas.

“Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menyebabkan kematian beratus-ratus orang awam yang berkumpul di kediaman Gaddafi kira-kira 400 meter dari bangunan yang dibedil,’’ kata Ibrahim.

Beliau mengutuk ‘percanggahan dalam retorik Barat’ dengan berkata, negara Barat mendakwa mahu melindungi penduduk awam tetapi mereka melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman dengan menyedari orang awam berada di dalamnya.

Berpuluh-puluh penyokong Gaddafi berkejar ke kompleks Bab al-Aziziah di selatan Tripoli itu selepas tersebar khabar angin sebuah pesawat tentera bersekutu telah ditembak jatuh, tetapi mereka tidak menemui bangkai sebarang pesawat.

Kepulan asap menjulang dari pekarangan kediaman itu sementara meriam antipesawat melepaskan tembakan ke udara.

Tripoli digegarkan oleh beberapa letupan kuat lewat semalam, termasuk satu yang kedengaran dari kawasan sekitar kediaman Gaddafi.  


AGENSI

Apa kaitan akhbar The Star dengan video...???

on




Ia bermula dengan jemputan melalui telefon dari seorang wartawan akhbar The Star yang bersungguh benar meminta seorang wartawan kanan Harakah menyertai satu sidang media khas di Carcosa Seri Negara.
 
Sejak itu, wartawan kanan Harakah itu tidak boleh lena tidur.
 
"Bayangkan jam 4 pagi masih ada lagi penganjur ni call saya...tanya dah bagi tau Presiden PAS ke belum," cerita wartawan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily.
 
Menurutnya, wartawan wanita akhbar yang dimilki oleh MCA berkenaan beriya-iya benar meminta beliau hadir.
 
Yang menarik juga, seorang wartawan kanan The Star yang lain juga amat berminat dengan cerita ini.
 
Beberapa panggilan dibuat untuk mengetahui apa komen wartawan Harakah itu selepas menonton video itu.
 
Dia juga sangat berminat untuk mengetahui  apakah benar Datuk Seri Anwar menghubungi wartawan Harakah berkenaan.
 
Setelah dinyatakan Harakahdaily telah bercakap dengan wartawan Harakah itu, wartawan The Star itu sekali lagi menghubungi dan bertanya apa yang dinyatakan oleh wartawan Harakah kepada Anwar.
 
Anwar dalam sidang medianya semalam menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.
 
"Muka macam muka saya tetapi perut itu bukan saya," kata Anwar dalam sidang medianya yang berjalan dengan penuh ceria di pejabatnya itu.
 
Turut serta adalah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan lain-lain pimpinan PKR.

"Memang, muka lelaki itu macam Anwar tetapi perut dia bukan Anwar.
 
Sepanjang saya wawancara Anwar perut dia maintain je," beritahu Wartawan Kanan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily selepas 'terperangkap' menonton video berkenaan.
 
Fakta ini turut diakui oleh wartawan kanan akhbar The Star berkenaan apabila berkata bosnya juga berkata perkara yang sama.

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar

on

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar


KUALA LUMPUR 22 MAC: Penganjuran majlis "pra-tonton" video seks fitnah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk ahli media semalam tidak mungkin diadakan tanpa penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein, kata Datuk Seri Anwar ibrahim.

"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri termasuk pihak atasan Polis Diraja Malaysia," jelas Anwar selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit video itu.

Video 21 minit itu ditunjukkan oleh seorang yang hanya di kenali "Datuk T" bagi menyakinkan orang ramai bahawa Datuk Seri Anwar melakukan hubungan sumbang dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar semalam menegaskan beliau berada di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya ketika kejadian itu didakwa berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Beberapa wartawan yang menyaksikan video itu semalam mengesahkan orang di dalam rakaman itu mempunyai perut buncit yang bukan menjadi sebahagian daripada iras Anwar.

Anwar berkata pra-tonton video lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara dengan sendirinya adalah satu jenayah, namun polis tidak mengambil tindakan kerana penganjurnya dilindungi oleh Najib dan Hishamuddin.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul dan boleh sebar kenyataan video lucah," kata Anwar secara sinis mengenai realiti politik negara.

"Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil," tambah beliau kepada kira-kira 80 penyokong yang mengiringi beliau membuat laporan polis itu. Turut sama isterinya beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izaah.

Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 di mana beliau di pukul dalam lokap setelah membuat laporan polis mengenai sebuah buku yang menfitnah beliau.

"Saya beri ingatan kepada Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Kes Port Dickson merujuk kepada dakwaan salah laku seks membabitkan Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam salinan laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu individu-individu tertentu termasuk Datuk T melakukan kesalahan fitnah jenayah, intimidasi jenayah, dan melakukan konspirasi jenayah terhadapnya dengan penayangan video lucah itu.

Datuk T semalam mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu. Anwar adalah Ketua Umum parti itu.

Antara yang turut hadir di IPD Dang Wangi bersama Anwar tadi adalah Naib Presiden PKR Tian Chua dan N.Surendran, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

- TVS





Video fitnah konspirasi Najib, polis- Anwar


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan terbaru rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengannya, merupakan konspirasi peringkat tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, video palsu itu tidak mungkin didedahkan tanpa penglibatan Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Rais dan pihak atasan polis.
“Pihak atasan polis, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu tentang perkara ini (tayangan) dan membiarkan ia berlaku,” kata Anwar ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi tengahari tadi.
Anwar yang kebiasaanya ceria, hari ini kelihatan serius sewaktu memberikan beberapa sebab, mengapa beliau mengatakan video tersebut merupakan konspirasi jahat pihak atasan bagi menjatuhkan karier politiknya dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.
“Pertama ia anjuran cara terbuka kepada wartawan, editor kanan dan mereka ditayangkan secara terbuka video lucah. Bolehkah di negara ini, di Carcosa Sri  Negara dan beberapa tempat lain tayangan video lucah diadakan, yang merupakan jenayah berat,” kata Anwar.
Jangan guna laporan polis untuk tangkap saya- Anwar
Anwar seterusnya mengingatkan polis agar tidak menggunakan laporan yang dibuatnya sebagai alasan untuk menangkapnya seperti yang berlaku sewaktu kes Fitnah pada 1998 dahulu.
“Pada tahun 1998, kita buat laporan polis, kita yang didera.
“Saya ingatkan Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk tutup kesalahan mereka dan gugat kerjaya saya dalam politik,” kata Anwar dengan tegas.
Anwar juga sempat menempelak Najib dan Hishammuddin yang cuba ‘cuci tangan’ dari awal-awal lagi menafikan penglibatan mereka walau pun siasatan polis belum dilakukan.
“Najib dan Hishamuddin semalam menafikan mereka terlibat. Kenapa apologetik?,” tanya Anwar.
Anwar juga tidak menolak video fitnah terbaru ini direka cipta kerana pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik kes Fitnah II menjangkakan mereka akan kalah dalam kes itu.

Kes video terbaru: Komentar paling menarik.....!!!

on

Aku pun heran dengan para pemimpin, penasihat APCO, segala pencacai dan 'anjing-anjing' Umno BN. Dalam keadaan rakyat tak berapa nak percaya dengan tuduhan liwat 1.0 yang dah lama tamat dan juga dengan sketsa liwat 2.0 yang masih berjalan dengan skrip yang tak kurang lawak berbanding liwat 1.0, rakyat nak dipaksa lagi untuk percaya dengan skandal baru Anwar Ibrahim, 'Skandal Spa'.

Belum pun habis sessi pendedahan skandal spa, ada lagi satu skandal yang tunggu giliran nak didedahkan macam yang dilaporkan dalam blog Milosuam, Anwar ada video skandal dengan bapok siam pulak.

Mungkin sebab dah takdak cara lain nak bagi rakyat tak undi Pakatan Rakyat, moral Anwar sebagai pimpinan utama Pakatan Rakyat perlu terus dicalarkan dan skandal baru dibentangkan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan percaya yang Anwar memang kaki seks, sebab tu lah ada banyak aktiviti tak bermoral Anwar yang tak berjaya di tutup.

Depa harap sangat kalaupun orang kat Sarawak yang nak mengundi tak lama lagi akan percaya walaupun orang Semenanjung mungkin tak berapa nak percaya. Kalau BN tak menang besar di Sarawak, kemungkinan besar Putrajaya pun depa tak dapat pertahankan dalam PRU13 nanti. Jadinya, selagi boleh, apa saja depa akan buat.
Aku taktau la berapa ramai rakyat yang akan percaya dengan skandal terbaru ni. Mungkin akan bertambah dan tak mustahil pulak kemungkinan besar akan bertambah ramai yang dari percaya liwat 1.0 berubah jadi tak percaya.

 Komen mengenai skandal 'Seri Carcosa' yang paling menarik bagi aku setakat ni ialah yang TukarTiub tulis.
NAJIB KENA SABOTAJ?

Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya ‘hot’ punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.

Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah ‘mengsah dan mengsahehkan’ bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.

Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion. 

Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim? 

Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama ‘choo choo train’. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.

Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.

Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.

Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.

Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah. 

Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.

Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih ‘berbulu’ kerana projek ‘jambantan bengkok’ ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah. 

Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah. 

Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.

Apa tujuannya?

Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya. 

Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.

Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. 

Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.

Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. 


PERMAINAN POLITIK KOTOR......

on Mar 21, 2011

 SIDANG MEDIA KHAS - 21 MAC 2011



Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. 

Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.

Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. 

Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. 

Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. 

Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. 

Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. 

Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA



Video Seks Fitnah diselaras pada peringkat tertinggi - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.
Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.
"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.
"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.
Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.
Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
" Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,"tegas Anwar.
Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.
Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.
"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.
"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.
Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.
Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.
"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.
Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik."Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PkR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.
Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.


Dasyattt...Memang "Hebat"..!!



Fuhh...gua angkat tangan habiss..memang gua respek dengan puak-puak jahanam nii..mereka akan buat apa saja terhadap DSAI yang penting matlamat mereka tercapai,matlamatnya DSAI akan kantoi sebelum PRU akan datang...bagi memudahkan mereka menang besar dan mendapat 2/3 majoriti...Lu orang baca ulasan mamat ni pun dah tahu apa niat sebenar puak-puak jahanam..??(gambar sekadar hiasan beb)

Katanya, "jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan".

Sepatutnya bawa dulu kemuka pengadilan baru boleh kita katakan terbukti beliau bersalah..tetapi puak-puak jahanam ini terus suruh DSAI berundur...nampak sangat mereka ini telah keletihan dengan mainan rekaan mereka sendiri selama ini.Jadiii..inilah jalan pintas untuk menang besar dalam PRU atau "Jalan Pintas Ke Neraka.." Hancusss Umnoo...



Teknologi video dan kempen: Ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.



Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut. Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur. Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran. Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?
Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat? Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar. Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan. Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya. Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya. Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah. Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau. Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.


King’s mother dies

on


KUALA LUMPUR, March 21 — The mother of the Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah, died at the Seri Kota Hospital in Klang at 1.22am today.
Her remains will be flown back to Kuala Terengganu from the Royal Malaysia Air Force base in Subang at 10am today, said the King's senior private secretary Datuk Mohd Zuki Ali in a statement today.

Al-Fatihah.

Bernama

Penoreh Mengeluh Harga Getah Terus Menjunam

on



Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasanya.


Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo. 

Ketika itu rata-rata orang kampung menganggap betapa makmurnya bumi 1Malaysia ini di bawah pentadbiran Kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin kerajaan juga ketika berkempen memenangkan calon Umno, terus mendakwa hanya mereka menyebabkan harga getah tinggi.

Pada ketika itu, penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.

Banyak kes, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang semula ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.

Bagaimanapun sejak seminggu seusai PRK, fenomena ini mulai berubah dengan penurunan mendadak harga komoditi itu.

Bayangkan, terdapat aduan harga getah pada ketika ini menjunam sehingga RM3.50 sekilo, iaitu penurunan lebih 50 peratus. Sesetengahnya berkata, ada beberapa pemebeli getah berhenti daripada urusniaga kerana tidak mahu menanggung kerugian setiap hari apabila harga yang dibeli daripada pekebun lebih rendah daripada harga jualannya.

Keadaan ini memberi kejutan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut. Ditambah lagi dengan kos harga barangan keperluan harian yang sentiasa melambung tanpa kawalan pada ketika ini.

Lebih mencemaskan, harga komoditi tersebut dikatakan akan terus menjunam dalam tempoh terdekat ini dan melihat kepada trend sekarang, ada yang berkata harga getah boleh jatuh sehingga ke paras RM1 sekilo.

Bagi yang pendapatan mereka bergantung kepada getah, keadaan tambah merungsingkan apabila hari hujan atau bagi yang menoreh getah secara pajak atau “perdua”.

Sebab sebenar kenapa terjadi demikian tidak diketahui namun ada yang berkata senario ini ekoran Tsunami dan gempa yang berlaku di Jepun atau kemelesetan ekonomi dunia.

Pihak kerajaan yang sepatutnya berbuat sesuatu untuk membantu pekebun-pekebun kecil, malangnya terus membisu tanpa sebarang kenyataan.

“Harga getah terus menjunam daripada RM8 masa kempen pilihan raya dulu kini dah jadi RM3.50. Penurunan besar ini sudah tentulah sangat menjejaskan pendapatan dan amat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah”. 

“Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak sejak kenaikan harga minyak dulu tidak pula turun-turun”, keluh seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62.

Beliau berkata, jika pihak Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu.



Heart Attack info on New Aspirin !!

on


Monday, 21 March, 2011- Heart Attack info on New AspirinThis is good info. did not know that you should  not lie downwhile waiting for the EMT


 Heart attack info NEW ASPIRIN/ Serious stuff, no joke!! Just a reminder to all: purchase a box, keep one in your car, pocketbook, wallet, bedside, etc. IMPORTANT READ......

 Something that we can do to help ourselves. Nice to know. Bayer is making crystal aspirin to dissolve under the tongue. They work much faster than the tablets.  Why keep aspirin by your bedside? About Heart Attacks.

 
There are other symptoms of an heart attack besides the pain on the left arm.
One must also be aware ofan 
 spintense pain on the chin , as well as  and lots of sweating 
 however these symptoms may also occur less frequently.
 Note: There may be NO pain in the chest during a heart attack 
 The majority of people (about 60%) who had a heart attack during their sleep, did not wake up.
 However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep. If that happens,immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water Afterwards

 CALL 999

-say"heart attack!"

-say that you have taken 2 aspirins..

 -phone a neighbor or a family member who lives very close by -take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and...  DO NOT lie down



A Cardiologist has stated that, if each person, after receiving this e-mail, sends it to 10 people, probably one life can be saved!

I have already shared the information- - What about you?
   Do forward this message; it may save lives!


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List