YB AZAN ISMAIL,ARE YOU OKAY?JANGAN LOMPAT SUDAHLAH

on Mar 29, 2011


Yang Berhormat bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota,Pahang pernah menimbulkan sedikit kontroversi beberapa ketika dahulu apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang.Akibat dari keadaan tersebut,YB Azan sering diperhatikan sebagai antara orang yang seterusnya untuk "melompat keluar" daripada Parti Keadilan Rakyat.Ini menyebabkan beliau telah bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM29 juta kerana mengeluarkan satu berita yang mengatakan beliau telah bertindak keluar parti satu masa dahulu.

Namun,alhamdulillah sehingga kini YB Azan masih kekal bersama PKR.Dan terbaru,YB Azan telah dilantik menjadi Pengerusi MPN Negeri Terengganu.

Pun begitu,sekarang ini timbul sedikit sebanyak cerita yang kurang enak didengar tentang YB Azan di Pahang.
Nampaknya,krisis antara YB Azan dan Majlis Pimpinan Pahang masih belum berakhir walaupun beliau telah dihantar ke negeri jiran Terengganu.Kenyataan YB Azan dalam Sinar Harian baru-baru ini kemudiannya dilihat menimbulkan kemarahan kepada para pemimpin PKR Pahang.Di sini,penulis hanya bersifat neutral, tidak memihak kepada YB Azan mahupun kepimpinan PKR Pahang.Namun,eloklah kiranya penulis bawa kembali apa yang menimbulkan kontroversi Azan-MPN baru-baru ini:


PKR Pahang makin kritikal

KUANTAN – PKR Pahang perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan parti tersebut daripada individu yang mempunyai agenda buruk untuk menghuru-harakan ahli serta penyokong parti itu. 

:Bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail berkata, kedudukan PKR Pahang kini dilihat semakin kritikal selepas pengunduran Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Ibrahim Sidek, diikuti 300 ahli PKR lain. 

:“Pengunduran tersebut membuktikan bahawa ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dengan pucuk pimpinan parti yang berkemungkinan mempunyai agenda lain untuk kepentingan peribadi. 

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, sebaliknya ahli PKR perlu mengambil tindakan kerana PKR Pahang berada dalam kedudukan bahaya,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu mengesyaki, perbuatan individu terbabit semata-mata untuk menjatuhkan politik PKR Cabang Indera Mahkota sebelum beliau meninggalkan parti itu. 

“Individu terbabit memberi kenyataan akan meninggalkan parti itu sekiranya PKR Cabang Indera Mahkota gagal merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang. 

“Semuanya seperti sudah diatur. Tiada siapa yang dapat meramal apa sebenarnya individu terbabit mahukan. Cuma apa yang boleh saya katakan, beliau mempunyai perancangan buruk. 

“Apa yang dilakukan bukan untuk mengukuhkan parti, sebaliknya menggalakkan lebih ramai ahli untuk keluar parti dengan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan. Perbuatan tersebut juga secara tidak langsung menjejaskan tanggapan penyokong tentang parti ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Azan turut meluahkan rasa kecewa serta menyesal kerana meletakkan kepercayaan tinggi kepada individu terbabit untuk mentadbir parti. 

:“Saya rasa terkilan kerana ramai yang tertipu dengan helahnya. Saya juga menyesal kerana menyokongnya sebelum ini dan merasakan dia yang paling layak untuk mentadbir parti. Perbuatannya diibaratkan seperti ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’,” katanya.

Selain itu juga,berita lain yang berkait dengan krisis PKR Indera Mahkota adalah melalui laporan akhbar Utusan Malaysia terbabit:


300 ahli PKR Indera Mahkota keluar parti, sertai UMNO

20/03/2011 5:21pm


KUANTAN 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.
Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya, Ibrahim Sidek; Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan; dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.
Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di sini.
Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. – Bernama


Ulasan YB Azan ke atas seseorang individu yang menduduki hirarki yang tinggi dalam PKR Pahang itu walaubagaimanapun tidak dinamakan beliau.Secara ringkasnya,YB Azan dalam ulasan beliau menganggap kepimpinan yang ada sekarang dilihat tidak mahu memulihkan masalah dalaman yang menimpa Cabang Indera Mahkota terbabit.Adalah tidak diketahui siapakah yang dimaksudkan Azan,samada pemimpin di peringkat cabang mahupun negeri.Walaubagaimanapun,ulasan Azan telah dijawab oleh beberapa orang pimpinan PKR Pahang.

Paling menarik adalah tulisan blogger yang juga Ketua Cabang Kuala Krau,Haji Shuhaimi Said dalam blognya:


idalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat Temerloh malam tadi (25.3.11) dan berakhir jam 11.00 malam tadi, meluluskan dua usul:

1. Ketua-Ketua Cabang PKR Negeri Pahang menyokong kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman tanpa berbelah bagi;

2. Merujukkan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota/Pengerusi PKR Negeri Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Mesyuarat tergempar itu diadakan diatas kenyataan akhbar yang termuat di muka depan Sinar keluaran 25.3.11 yang memaparkan kenyataan YB Azan Ismail yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak dibawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan dibawah pimpinan, cara dan stail, yang dibawakan oleh Dato Fauzi, PKR Pahang berjaya memperkuat dan memperkukuhkan parti, dan akhir-akhir ini, PKR Pahang telah berjaya melebarkan sayapnya ke perkampongan Melayu tradisi, perkampongan Felda dan Orang Asal.

Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang.

Dato Fauzi mempunyai sikap mesra-rakyat dan sentiasa turun padang. Pimpinan seumpama ini sangat-sangat dihargai oleh parti rakyat dan masyarakat.

YB Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan untuk melemahkan perjuangan parti dan meletakkan imej parti dipersoalkan. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Negeri Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Azan itu adalah sikap negatif yang tidak menguntungkan parti.

Ketua-Ketua Cabang yang tidak hadir diwakili oleh pemegang mandat Ketua Cabang dan turut memberikan sopkongan kepada dua buah usul yang dibentang.


Berikut pula pandangan aktivis PKR Pahang,Saudara Man Kadir:

MENGHAIRAN JUGA - TIBA SAJA YB AZAN ISMAIL MELAHIRKAN RASA TIDAK PUASHATI DENGAN PERKEMBANGAN PKR DI PAHANG - AKU NAK BERTANYA SIKITLAH DENGAN HURMATNYA: "MASA YB INDERA MAHKOTA NI BERADA DI PAHANG - APA YB BUAT UNTUK PERJUANGAN RAKYAT KHUSUSNYA PKR ? YB TAK TAHUKAH SEJAK PIMPINAN DULU HINGGA KE PIMPINAN DATO FAUZI, PIMPINAN PKR PAHANG BERTUNGKUS LUMUS TURUN KE RAKYAT - DI FELDA - ORANG ASAL - KAMPUNG TRADISIONAL - TAMAN PERUMAHAN KECUALI SEORANG BERDUA YANG SAMA PERANGAI DENGAN YB! - APAKAH HALNYA TIBA SAJA YB BERBUNYI TENTANG PAHANG? KAN YB DIAMANAHKAN OLEH PUSAT SEBAGAI PENGERUSI PIMPINAN NEGERI TERENGGANU - ADAKAH YB MENGIGAU ATAU SAJA-SAJA MELATAH UNTUK KEMBALI KE PAHANG ? - ADAKAH ORANG TERENGGANU TAK BOLEH TERIMA SIKAP YB ?" - MAAF YB DENGAN PERTANYAAN INI .... apa macam?



Jika benar kepimpinan PKR Pahang berkeras mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas YB Azan, berkemungkinan satu lagi krisis besar akan timbul dalam PKR.Persoalannya,akan kebalkah integriti YB Azan ataupun hanyalah setebal N.Gobalakrishnan?

Sama-sama kita nantikan.



p/s:nampaknya YB Azan tidak akan lagi boleh mempertahankan jawatannya di Indera Mahkota.Adakah beliau akan bertanding di Terengganu?Kalau ya,di mana?Kemaman atau Dungun?

Atau masuk bertanding di Dun?Atau masih kekal di Indera Mahkota atas tiket Umno atau Bebas?
Wallahualam.

'PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina'

on

tian chua 03 240505
Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP.


PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit.

DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

Naib presiden PKR Tian Chua menjelaskan bahawa PKR perlu mengekalkan kehadiran minimumnya di kawasan bandar majoriti Cina bagi mencerminkan agenda kepelbagaian budaya parti itu.

Beliau menganggap keputusan semasa akan menjejaskan pembangunan PKR sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama , tambahnya, ia mengukuhkan lagi persepsi 
bahawa DAP adalah penduaan MCA atau SUPP.

Chua menegaskan bahawa - walaupun PKR mengiktiraf kekuatan DAP di kawasan bandar majoriti Cina dan di kubu tradisinya - parti tersebut juga patut memperluaskan pengaruhnya di kawasan bukan majoriti Cina.

"Sejak tahun lepas, kami telah menggalakkan DAP supaya berkembang dan bertanding di kawasan di mana penduduk asal merupakan kumpulan majoriti.

“Kami bersedia berjasama dan menyokong DAP supaya mereka boleh berkongsi kerusi majoriti bukan Cina dan benar-benar menonjolkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.”

Bagaimanapun, semasa rundingan malam Ahad lalu, kepimpinan DAP Sarawak tidak bersetuju, dakwa Chua.


SAMAN EKOR: ZALIMNYA KERAJAAN UMNO BN NI.........!!!

on

"Puan, puan nak renew roadtax untuk berapa lama?" tanya pegawai di kaunter Pos ketika saya menghulurkan geran kereta untuk memperbaharui geran kereta yang telah tamat tempuh.


Wah, suka hati saya mendengarnya. Pasti saya dapat memperbaharui cukai jalan kereta yang tamat tempoh pada 21 Mac yang lalu.



Dengan confident dan girangnya saya menjawab : "setahun!"



" Oh, maaf Puan, Puan kena rujuk ke JPJ, tak boleh renew di sini". Ah kegembiraan saya sebentar cuma rupanya.



"Eh kenapa pula tak boleh selalu okay saja." saya bertanya dalam keadaan 'sudah geharu cendana pula' , sudah tahu masih nak tanya juga....



"Selalunya kalau macam ini ada saman yang belum dijelaskan." jelas kerani kaunter dengan sabar dan senyuman dihadiahkan kepada saya.



Pulang ke rumah saya menghubungi Peguam yang mewakili Kempen Anti Saman Ekor (KASE) bagi memohon nasihat kerana saya telah gagal memperbaharui cukai jalan.



Keesokan harinya awal-awal pagi saya bergerak menuju ke JPJ dengan sepenuh harapan. Mencuba nasib sekali lagi. Sama saja nasibnya, saya masih gagal. Kali ini diarah ke kaunter trafik untuk menyemak sekiranya ada saman. Satu salinan yang memaparkan ada 7 saman untuk sebuah lagi kereta yang dimiliki oleh suami dan tiada satu pun saman untuk kereta yang sebuah lagi yang ingin dibaharui cukai jalannya.



Saya tawar hati untuk bertanyakan apa-apa seperti yang dinasihatkan oleh peguam kepada pegawai trafik yang bertugas di kaunter kerana dia nampak bermasam muka dan sibuk melayan pemandu lain yang sudah tentu menerima nasib yang sama seperti saya. Namun dalam masa menunggu saya masih ambil peluang memberi penjelasan tentang saman ekor kepada salah seorang wanita yang menerima nasib seperti saya. Namun dia nampak sudah bersedia dengan kepingan wang RM 50 untuk membayar beberapa saman ekornya.



Di salinan yang saya terima jelas bertulis SEKAT dan Notis POL 170A bermakna saman ekor sejak tahun 20o5 lagi. Lagi mual untuk saya melayannya.



Seperti yang dijanjikan saya menyampaikan perkembangan terkini kepada peguam KASE dan beliau mempelawa saya datang ke Parlimen jika ada kelapangan kerana katanya KASE akan mengadakan sidang akhbar di Parlimen jam 12 tengahari. Apa lagi sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang tersebut.



Sampai di Parlimen saya bertemu dengan beberapa orang teman, wartawan dan juga Ahli Parlimen yang dikenali dan saya dengan sukacita memaklumkan bahawa saya datang sebagai seorang MANGSA SAMAN EKOR. Agak terguris hati saya sedikit dan kecewa apabila ada yang memberikan komen yang sangat negatif kepada saya:



"Alah...apa yang KASE dapat buat?!" kata seorang darinya.



"Eh....tak baiklah cakap macam tu, kan mereka cuba juga tu." saya cuba memberi penjelasan.



Sementara menanti saya dipelawa duduk di hadapan skrin TV besar bersama wartawan media alternatif sebaik terdengar isu saman disebut di dalam ucapan di Dewan Rakyat. Wah berbunga hati saya.



"Yes!! Timbalan Menteri sudah membuat pengumuman di dalam Sidang Parlimen bahawa tiada penyenaraian hitam ke atas sesiapa sahaja yang mendapat notis POL170A." rasanya sayalah orang yang paling gembira pada hari itu. Seolah satu kejayaan yang sungguh besar maknanya buat rakyat bersama KASE.



Gembira tidak terkata, apatah lagi apabila kemudiannya YB Dato' Mahfuz Omar yang juga Pengerusi KASE pula bangun membahas bahawa sekiranya mengikut maklumat dari YB Timbalan Menteri keputusan kabinet dibuat pada mesyuarat bertarikh 18hb Mac Jumaat kenapa pula sehingga ke pagi tersebut (23 Mac) masih ada yang gagal untuk perbaharui cukai jalan. Memang betul, saya telah ke JPJ pada pagi tersebut namun masih gagal.



Pada 25hb Mac Jumaat seminggu selepas keputusan kabinet saya mencuba nasib sekali lagi ke JPJ Wangsa Maju namun kali ini saya lebih bersedia membawa bersama surat yang dibekalkan oleh KASE bersama salinan ucapan dari Timbalan Menteri di Parlimen bertarikh 23 Mac. Namun tetap gagal, tetapi saya berusaha mendapatkan pengesahan dari pegawai JPJ mengatakan saya telah datang namun masih dinafikan hak saya.


Bukannya mudah untuk saya mendapatkan nota dengan tandatangan di atas, saya perlu ke kaunter baharui cukai jalan dan kemudiannya bertemu dengan 2 orang pegawai yang keduanya mengatakan bahawa:


"tak kiralah walau puan bawa salinan Hansard Parlimen pun kalau sistem masih sekat tak boleh juga. Kami belum terima arahan."

Akhirnya pegawai yang ke 3 dengan sabarnya melayan saya walau dia memberi pesanan bahawa:

"tandatangan ini bukan tiket untuk lepas dari saman polis."

Saya jawab :"saya bukannya mahu tiket untuk elak dari saman polis tapi cuma pengesahan bahawa saya telah datang memperbaharui cukai jalan tapi dinafikan hak saya, itu saja."

Sama-sama kita fikirkan....Apakah sebab sebenarnya kerajaan sungguh-sungguh ingin memaksa membayar wang saman terutamanya saman ekor? Di Parlimen bertarikh 23hb mac 2011 (baca di sini ms 33-35) Timbalan Menteri mengumumkan penangguhan senarai hitam yang sudah lebih awal diputuskan oleh mereka iaitu pada hari JUMAAT 18hb Mac 2011 lagi!. Bila didesak dan ditanya baru nak maklum, namun hingga ke tarikh ini JPJ belum membetulkan sistem mereka atas alasan belum dapat arahan. Bayangkan berapa ramai pengguna yang sudah tertipu dan masih perlu diugut dengan membayar saman ekor baru boleh perbaharui cukai jalan.

Atas alasan "ini kerana mengambil kira pandangan dari Jabatan Peguam Negara yang mengatakan bahawa kita masih mempunyai kesyang sedang dirayu sekarang dan kerajaan akan menangguhkan perlaksanaan penyenaraain hitam ini sehingga kes ini dapat didengar.."..

Kenapa, apakah sebelum ini mereka tidak terfikir tentang itu. Apa jadi pada mereka yang telah membayar wang saman tersebut sehingga ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi sehingga kebanyakkannya membayar tanpa rela hati dan sungguh terpaksa!!!!?.



Sungguh zalim kerajaan kita ini!!!!!! Duit rakyat juga yang ingin mereka sapu!!!



Akhirnya..untuk kita sebagai rakyat...kita perlu yakin dengan setiap perkara dan isu yang kita perjuangkan...terus laungkan dan lawan..ianya sudah tentu tidak mudah dan cepat namun pasti ada hasilnya walau sedikit cuma........


US Drops Uranium Bombs On Libya

on




Menurut agensi berita Iran, Press TV ,laporan dari sebuah laman web menyatakan tentera Amarika menggugurkan berpuluh-puluh bom uranium keatas Libya sejak hari pertama penyerangan keatas Libya.
Menurut laporan itu pesawat pengebom US-B2 telah menggugurkan 45 bom,setiap satu seberat 2000 pound yang mengandungi uranium.

Bom yang dikenali sebagai DU itu dikatakan akan menyebabkan masaalah kesihatan jangka panjang seperti kerosakan buah pinggang,kenser,penyakit kulit dan masaalah kecacatan genetik.
US B-2 bomber
The Stop the War Coalition says the bombs and missiles that the US-led military alliance has dropped on several Libyan cities contain depleted uranium (DU).


The report recently published on the Coalition's website said that in the first 24 hours of the war on Libya, dozens of bombs and cruise missiles were launched by US, British, and French forces -- all with depleted uranium warheads. 

US B-2 aircraft dropped forty-five 2,000-pound bombs on key Libyan cities, it added. 

DU munitions are controversial because they raise long-term health concerns like kidney damage, cancer, skin disorders and genetic defects. 

"[Depleted uranium tipped missiles] fit the description of a dirty bomb in every way... I would say that it is the perfect weapon for killing lots of people," said Marion Falk, chemical physicist (retd.), Lawrence Livermore Lab in California. 

The report comes as the Western forces claim the operation in Libya is aimed at protecting civilians. 

Director of the US military's Joint Staff Bill Gortney has told reporters at a Pentagon briefing that he is not aware of any use of depleted uranium munitions in Libya. 

Libya says at least 114 people -- many of them civilians -- have been killed in US-led airstrikes in the country. 

"We are losing many lives, military and civilians," Libyan government Spokesman Mussa Ibrahim said in Tripoli. 

Dozens of civilians have been killed in Libya since US-led forces launched aerial and sea attacks on the North African country. 

Libyan troops have also killed thousands of civilians since a revolution started against Colonel Gaddafi in mid-February. 


Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?

on

Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?

There is a famous Greek saying which goes like this: those whom the gods wish to destroy, they first make mad.

No one can rightly estimate when or who is going mad but the average man can see the country or the political landscape is in the nut house.

"Prime Minister Najib Tun Razak is certainly an embattled man, what with his economic programmes not yielding tangible results and foreign investors shying away," commented Dzulkefly Ahmad , PAS Kuala Selangor MP to Malaysia Chronicle.

Likening Najib to a dangerous wounded tiger, Dzulkefly views the survey polls indicating Pakatan Rakyat (PR) will do well in the Sarawak state elections as the catalyst. To him, the latest salvo of the video scandal against Anwar Ibrahim indicates BN is terribly afraid of losing its grip on Sarawak.

The video purportedly shows PR leader Anwar having sex with a prostitute, the back fence talk of the county, reportedly bears the hallmarks of being the work of Umno goons. Najib must have thought he delivered the coup de grace to Anwar's political career besides wrecking PR's hopes of capturing Putrajaya.

Hold your horses for a minute here, the political drama has only just begun. Anwar vowed to fight hard against this latest ploy, to derail his and PR's efforts to prevent BN from regaining the two-thirds majority in Parliament. 

Cutting off the driftwood

Angkatan Muda Keadilan Youth Chief of PKR, Shamsul Iskandar likened this video scandal as an attempt to tarnish PR's image, ahead of the Sarawak state polls. The timing coincides with the dissolution of the Sarawak State Assembly by Chief Minister Taib Mahmud on Monday 21st March 2011.

There was talk Najib and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin tried to pressure Taib to step down earlier. Taib being the wily old fox that he is said to be, gave a vague stepping-down date. Realising Taib is a liability and BN might lose a large chunk of votes in Sarawak, this video scandal could be BN's latest tactic, to topple Anwar Ibrahim and PR. If it succeeds it could be a new line up in the BN Sarawak state control.

Moreover, the 3 men in the video controversy are unsavoury characters of ill-repute and low-moral standing. Therefore, their credibility is very much in doubt, perhaps a line to get the heat off the BN.

Shamsul remarked Najib has Pakatan-phobia and paralysed by fear of doing badly in the Sarawak polls. He has to hold the 13th General Election before July this year as world economic reports said, the global economic climate will be in for a tailspin after June. 

Political analysts commented Najib needs to do well in the Sarawak elections so that he can use that as a barometer to campaign in the 13th General Election. By promoting the Sarawak results showing Sarawakians chose BN with a large majority, peninsula Malaysians would be urged to follow suit. If the Sarawakians turn against him, he is in for big trouble, noted the analysts.

"Najib is madly desperate now. This latest attack on Anwar is not the end. We in PKR are not discounting the fact more videos may surface in the near future, especially before the 13th General Election as BN is mounting a concerted effort to destroy Anwar and PR," continued Shamsul.

Political shenanigans
Certainly the saying 'Heavy is the head that wears the crown' is true in regard to PM Najib. 

Meanwhile the business community is disappointed Malaysia continues to be rocked by political scandals as this can cause investor confidence, to plummet in light of too much political shenanigans going round.

"Najib is a man living in terror of Pakatan Rakyat. He is overcome by paranoia, perplexed and paralysed by fear of losing, big time in the 13th General Election," added Shamsul. 

Is the Greek saying coming true and is Najib being made mad by the gods? If so he will certainly take many down including those in the Opposition.

Para Pemimpin Dunia Bertemu di London Bahas Libya Pasca Gaddafi

on

Para Pemimpin Srigala Bertemu di London untuk Membaham seekor kambing yang hampir tewas (Libya)





Kekuatan international akan bertemu di London pada Selasa ini (29/3) dalam rangka untuk memetakan masa depan Libya pasca-Gaddafi, bersamaan dengan itu Perancis dan Inggris mendesak para pemberontak untuk memimpin terwujudnya demokrasi di Libya pasca Gaddafi.

Lebih dari 35 negara, termasuk tujuh negara-negara Arab, berkumpul pada saat pasukan pemberontak mendapat keuntungan yang dibuat aliansi barat dalam serangkaian serangan udara yang berhasil menghentikan pasukan pemerintah pro rezim di pinggiran kota tempat kelahiran Gaddafi, Sirte.

Inggris, Perancis, Jerman dan Amerika Serikat telah sepakat bahwa perundingan di London harus mewujudkan bantuan dalam "transisi politik di Libya," kata sebuah pernyataan kepresidenan Prancis.

Dan dalam konferensi video pra-pertemuan dengan para pemimpin internsional Senin kemarin, Perdana Menteri David Cameron mengatakan dia berharap KTT ini akan memperkuat dan memperluas koalisi negara-negara yang berkomitmen untuk menerapkan resolusi PBB.

Kemudian masih di hari Senin, dalam sebuah pidato, Presiden Barack Obama memperingatkan bahwa kampanye militer untuk menggulingkan Muammar Gaddafi bisa mengulangi terjadinya pertumpahan darah dan penderitaan seperti di Irak.

Cameron dan Presiden Prancis Nicolas Sarkozy sebelumnya telah mengeluarkan seruan bersama agar Gaddafi mundur karena rezimnya telah benar-benar kehilangan legitimasi dan para pengikutnya harus berlepas diri dari Gaddafi "sebelum terlambat".
Mereka mendesak dewan pemberontak nasional Libya dan pemimpin masyarakat sipil untuk mengarahkan negara ini menuju negara demokrasi.

"Kami meminta semua warga Libya yang percaya bahwa Gaddafi memimpin Libya menjadi bencana untuk mengambil inisiatif sekarang untuk mengatur terjadinya proses transisi," kata para pemimpin Inggris dan Perancis.


Bagaikan Gelombang Ke 2 Reformasi.......

on





















BAGI penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini kerana tidak ke stadium Melawati Shah Alam. Himpunan solat hajat bagi menyelamatkan pemimpin PR yang difitnah mendapat sambutan hebat. Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu.

Bukan saja jumlah kehadiran yang ramai, berlipat ganda dari biasa.. tetapi semangat mereka yang hadir juga berkobar-kobar. Di wajah masing-masing terpancar kemarahan dan keghairahan. Semuanya persis sang harimau yang lapar mahu menerkam musuh.


Nampaknya penayangan video lucah oleh kumpulan tiga botak telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Orang ramai bukan mempercayai apa yang didedahkan itu, tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan (UBN).

Walaupun Umno dan pemimpin negara tidak terlibat secara langsung tetapi relatif antara tiga botak dengan Umno secara tidak langsung orang ramai mengatakan pembikinan video berkenaan adalah didalangi oleh pihak berkuasa dalam kerajaan.

Mulai malam ini kerajaan UBN perlu bersiap sedia menghadapi gelombang reformasi kedua yang dijangka lebih besar lagi daripada sebelum ini. Kalau tidak kena gaya dan bijak menanganinya gelombang kali ini akan menjadi seperti Jepun yang menerima dua bencana berganda dalam satu masa, gempa bumi dan tsunami.

Kalau tahun 1998 dahulu memberi natijah UBN kehilangan empat buah negeri, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mungkin pada pilihan raya ke -13 nanti UBN akan kehilangan kerajaan Malaysia.

Semangat perpaduan dan solidariti juga jelas terbayang di kalangan pemimpin Pakatan yang berada di pentas. Semua pemimpin utama ada malam ini, kecuali dua Setiausaha Agung, Mustapa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, sementara timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat isa di Sarawak.

Mungkin juga kerana semangat atau pun kerana gembira dengan suasana, menyebabkan ada setengah pemimpin yang sebelum ini saling prejudis melupai sengeketa peribadi buat sementara. Lupa soal peribadi tetapi menumpuan kepada agenda untuk merampas Malaysia. Mereka saya lihat dari jauh bersalaman dan bertepuk bahu seperti dulu. Inilah yang wajar dan dirundui oleh rakyat sekalian.
Majlis malam ini bermula dengan solat Maghrib yang disertai lebih 10,000 jemaah. Kemudian majlis tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man tajuk khas bencana fitnah, bahaya dan dosanya. Kemudian berterusan dengan solat Isyak diimnai oleh Idris Ahmad. Manakala solat hajat dan munajak dibimbing oleh Abdul Hadi Awang.

Sesudah solat hajat majlis pidato yang dimulai Johari Abdul yang membuat previu terhadap video lucah yang disaksinya. Turut berucap selepas itu ialah Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang Siang dan Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang dan Anwar tidak melepas peluang menyerang balas terhadap Rahim Tamby Chik. Kisah Rahim rogol budak sekolah dan rasuah juga dibuka semula. (Gambar budak yang Rahim rogol ada dalam simpanan saya).

Tok Guru Nik Aziz yang tiba pada pertengahan majlis jam 10:10 malam kemudian menutuonya dengan doa dan munajak khas. Sewaktu Nik Aziz berdoa ramai yang meniris air mata dan ada yang kelihatan tersendu.

Hampir semua pemimpin besar parti Pas hadir. Antaranya, Dr Hassan Ali, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar dan lain-lain, Turut sama hadir ialah MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim.

Disimpulkan majlis malam ini seolah-olah perletakkan batu asas kepada gerakan reformasi kedua yang akan bergerak menuju ke Putrajaya.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List