Marina Mahathir KRITIK Sekatan BERSIH......

on Jul 4, 2011



Apa Umno Nak Kata,Anak Pemimpin Mereka Sokong Bersih..??



Kehadiran Marina Mahathir Semasa Press
Confrence BERSIH 4 Julai (Pagi ini)


PETALING JAYA: Marina Mahathir, anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - bernada toleransi - dan mengkritik sekatan ke atas penyokong Bersih 2.0.

Bercakap bagi pihak Sisters In Islam, salah satu daripada 62 NGO yang membentuk gabungan Bersih, beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.

"Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu ... dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar di sini yang penuh sesak sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih.

Lebih daripada 150 orang ditahan, kebanyakannya kerana memakai kuning kemeja-T dengan perkataan "Bersih" yang berkaitan dengan perhimpunan yang dirancang pihak pemantau pilihan raya itu pada 9 Julai.

Pemimpin pembangkang dan beberapa orang telah ditahan untuk disoal siasat kerana menyokong Bersih yang berhimpun untuk menuntut reformasi pilihan raya. Beliau berkata tangkapan besar-besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik negara.


Marina berkata tindakan keras kerajaan tidak mencerminkan usaha-usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Kami sebuah negara membangun, kita perlu bertindak sepertinya dan bangkit di atas (semua ini) dan yakin dengan rakyat," katanya.

Marina juga mengutuk serangan peribadi ke atas Pengerusi Bersih S Ambiga, yang dipujinya kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

"Serangan peribadi adalah tidak wajar. Mereka sepatutnya menggunakan hujah-hujah yang lebih baik untuk menyelesaikan isu itu dan tidak mengambil jalan keluar dengan serangan peribadi," katanya.

Najib telah memanggil Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam dan penyokong daripada Pakatan Rakyat.

Pendirian Marina mengenai isu ini bertentangan dengan kedudukan ayahnya. Yang kali terakhir menyokong pendirian Najib bahawa perhimpunan yang dirancang ini sebenarnya bukan untuk menuntut reformasi pilihan raya tetapi untuk mewujudkan satu lagi "tsunami politik" untuk merampas kuasa.

Pada sidang akhbar hari ini, wakil-wakil Bersih menafikan bahawa perhimpunan tersebut mempunyai sebarang agenda tersembunyi politik dan mengulangi bahawa ia adalah aman.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian secara baik tanpa membatalkan perhimpunan tersebut.

BERSIH mohon mengadap Agong

on










KUALA LUMPUR 4 JULAI : Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreeneevasan berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini jika diminta berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda. 


"Bersih 2.0 akan mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak mengadakan dialog bagi mencari konsensus bersabit pembaharuan proses pilihan raya dan penyuburan demokrasi di Malaysia," kata Ambiga. 


Berikut kenyataan penuh Ambiga :

BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya.


BERSIH 2.0 akan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.


BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional.
Menurut Ambiga, satu surat rasmi akan dihantar ke Istana Negara hari ini bagi menjelaskan hasrat Bersih mengadakan pertemuan dengan Tuanku Mizan. 


Ditanya pemberita sama ada beliau bersedia membatalkan perhimpunan aman pada Sabtu ini jika diarah berbuat demikian oleh Tuanku, Ambiga berkata, pihaknya akan akur dengan kehendak Seri Paduka Baginda.
Dalam kenyataannya semalam Tuanku Mizan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan negara susulan ketegangan yang tercetus akibat penangkapan hampir 200   orang termasuk enam ahli pembangkang di bawah Ordinan Darurat.


Baginda juga menggesa supaya kerajaan yang memerintah melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dan saksama dan tidak mahu mana-mana segmen masyarakat bermusuhan dengan kerajaan.


“Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” titah Tuanku.


Beberapa  kumpulan sebelum ini mengugut untuk menggunakan kekerasan jika 62 pertubuhan bukan kerajaan meneruskan hasrat menganjurkan perhimpunan aman Bersih untuk mendesak pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 Julai.

Polis pula bertindak menangkap hampir 200 orang, kebanyakkan mereka kerana memakai baju dengan logo perhimpunan aman itu. Enam daripada mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. 


Baca Lagi Sini

MEREKA YANG BIJAKSANA.....

on

Serah Tanah Tanpa Darah.....



Dalam buku The Nelson, Universal Hand-Atlas yang diterbitkan dalam tahun-tahun 20an pada mukasurat 335, wilayah yang hari ini disebut Israel ditulis dengan Palestine. Manakala mukasurat 168 dan 167, wilayah Malaysia disebut Straits Settlements, Malacca and Naning dan Singapore. Tiada lagi istilah Malaya atau Tanah Melayu.

Tanggal 30 Jun 2011, sejalur lagi tanah Malaysia pupus dari peta Singapura. Tanah KTM dan stesyen Tangjung Pagar tinggal dalam kenangan. Penyerahan tanah diwarna warnikan sebagai langkah yang bijaksana dalam pelaburan masa hadapan.

Samalah hikayat malang Sultan Kedah menyerahkan Pulau Mutiara kepada Francis Light (1786), Tun Razak mengurniakan kuasa politik orang Melayu di Pulau Mutiara kepada GERAKAN. Atau termaterinya Perjanjian Pangkor 1874. Atau penyingkiran Singapura pada 1965 oleh Tunku Abdul Rahman serta sekutunya. Malah ada berpuluh-puluh (mungkin ratusan) contoh untuk dinyatakan.

Serahkan tanah tanpa darah bagi memastikan kuasa terus kekal dalam dada.

Melayu tidak belajar dari sejarah. Pemimpin Melayu yang berkuasa hanya mencipta sejarah malang buat bangsanya.



Titah khas Yang di-Pertuan Agong

on


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:


Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


- Bernama





Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis





KUALA LUMPUR, — Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar Bersih 2.0 menyelesaikan isu mereka secara perundingan tidak seharusnya dianggap sebagai satu kekalahan kepada gabungan itu yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bersih, kata penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.
“Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda (gambar) 
bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.“Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan,” kata pakar perlembagaan ini.

Aziz juga berkata dari segi Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda ada hak dan kuasa untuk bercampur tangan.

“Campur tangan Yang di-Pertuan Agong adalah kemenangan bagi menjamin satu pilihan raya yang adil dan besih, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.
Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan hujung minggu ini.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.
“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.

Sehubungan itu Aziz juga berkata, Istana Negara juga perlu memantau agar Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dalam proses rundingan jika diadakan membabitkan pentadbiran Najib dan Bersih 2.0.
Malah kata Aziz, sekiranya Bersih bersetuju berunding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan tuntutan, yang kesemuanya adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan, badan pelaksana pilihan raya itu akan dipersalahkan dan Umno-BN akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 kerana dianggap menggunakan istana.

Kata beliau, SPR perlu mempunyai keyakinan kesemua parti yang menyertai proses pilihan raya dan “dalam terma yang mudah, Perlembagaan yang perlu kekal sebagai teragung di sini dan bukan demi kepentingan mana-mana parti.”

“Buat masa ini kedua-dua Umno-BN dan SPR sudah dianggap bersekongkol untuk menipu dalam pilihan raya,” katanya sambil menambah, semua tahanan mesti dibebaskan serta-merta kerana ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Begitu juga dengan rampasan yang dilakukan oleh polis,” kata beliau lagi.
Menurut laporan media semalan polsi telah menahan lebih 150 orang, kebanyakannya pemimpin Pakatan dan aktivis pro-Bersih 2.0 sejak seminggu lalu.







PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA BAGI THAILAND

on

nday, July 4, 2011



BANGKOK, 4 Julai - Parti pembangkang Pheu Thai yang diketuai pemimpin de facto bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra,menang majoriti mudah dalam pilihanraya umum negara itu, dengan memperolehi 255 kerusi daripada 500 kerusi parlimen pada jam 8 malam (9 malam). Sebelum itu menurut bancian oleh Universiti Sri Pathum University, Parti pembangkang Puea Thai Party yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan diramalkan menang 290 daripada 500 kerusi Parlimen.


Puea Thai PartyYingluck yang diketuai oleh Shinawatra (foto) adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dari kaum wanita.


 "Ia kini jelas dari pilihan raya keputusan setakat ini bahawa parti Pheu Thailand telah memenangi pilihan raya itu, dan Parti Demokrat mengakui kekalahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pheu Thailand bagi hak untuk bentuk kerajaan," kata Abhisit bekas Perdana Menteri Thailand yang disiarkan oleh TV Thailand.



Shinawatra bakal jadi Perdana Menteri Wanita Pertama bagi Thailand
"Saya akan memberi peluang kepada Yingluck, wanita pertama untuk membentuk kerajaan," katanya. "Saya mahu melihat perpaduan dan perdamaian. Parti Demokrat sudah bersedia untuk berada dalam parti pembangkang." katanya lagi. 


Menurut Polis dan Suruhanjaya Pilihan raya Thailand, 83.69 peratus undi telah dikira pada jam 8 malam. Bekas parti Demokrat itu memperolehi 163 kerusi, Bhumjai Thail (35), Chart Thai Pattana (21) dan Chart Thai Pattana Phea Pandin (10). Parti-parti kecil sepertiPalong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand (4), Matubhum(2), dan Rak Santi serta Parti Baru Demokrat memenangi satu kerusi.

[Senario yang berlaku di Thailand ini pasti menyebabkan Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tidur tak lena. Tambahan pula negara terbabit berjiran dengan Malaysia. Apakah tempias kemenangan parti pembangkang di Thailand itu akan merebak ke Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang terjadi ini membuktikan rakyat seluruh dunia sebenarnya mahukan perubahan.


 Mereka tidak boleh lagi bernaung dibawah satu parti kerajaan yang memerintah begitu lama seperti UMNO BN sekarang ini. Negara bukan Islam seperti Thailand boleh memberikan ruang terbuka kepada calon-calon yang bertanding, maka kenapa di Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam situasinya jauh berbeza sama sekali. Tidak malukah kita melihat semua ini. Maka itulah, rakyat mahukan satu pilihanraya yang bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 adalah landasan terbaik untuk rakyat menuntut perubahan selepas pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) permain dan menipu mereka selama ini].




sumber



Gila didalam kuasa

on Jul 3, 2011

Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak yang diberi kuasa untuk menghadapi rally anjuran Bersih 2.0 pada minggu hadapan. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.

Apa pun yang bakal berlaku nanti, sesungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang ‘transparent’. Itulah satu-satunya matlamat penganjur.
 
Kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT semoga setiap perancangan yang akan dilaksanakan menemui kejayaan. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. 
 
Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita. Uh pedihnya Allah sahaja yang maha mengetahui.

A Samad Said: Peludah warna

on



Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A. SAMAD SAID

Qaddafi's Angels!!!

on



Ladies and Gentlemen...anouncing the arrival of His Excellency Colonel Muammer Qaddafi of the Republic of Libyaaaa and his gang of....Qaddafi's Angelssssss!!!!!



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Berita terkini menyebut Muammer Qaddafi mengugut akan menyerang setiap "rumah, pejabat, keluarga" di Eropah kalau tentera NATO tak berentikan serangan ke atas regim beliau di Libya.

Beliau menyampaikan mesejnya melalui mesej audio yg dimainkan di hadapan beribu penyokongnya di sebuah dataran di Tripoli.

Ni meropakan salah satu himpunan yg terbesar di Tripoli dalam beberapa minggu ni, memberi petanda yg beliau masih mampu menarik ramai penyokongnya. Tapi kat mana kedudukan beliau, hanya Allah yg tau...selain daribodyguard-bodyguard dia!

Bercakap pasa bodyguard, Qaddafi ni amat unik daneccentric. Dia tak main Men-in-Black with shade punya Mamat!

Mengkome...presenting...Qaddafi and His Angels!!!



Selepas jer dia berjaya menggulingkan raja Libya, Qaddafi memulakan revolusi dia dalam berbagai bidang. Antaranya menggalakkan wanita dalam berbagai sektor termasuk ketenteraan.



Gi memana, Qaddafi dikepit kiri-kanan oleh sekumpulan komando dari kaum Hawa.

Qaddafi: Hah...kat donia lagi aku dah dikelilingi oleh bidadari yang jelita! Kome apa ada?



Don't paly-play with this one ya.
..koje dia bukak pintu keta!
Lawor gak Yong nih.



Hah yang ni lagi cute!
Rambut panjang mengurai cam rambut Yob Gedek.

(Err...Yob Ustaz Terbarai, yang ni OK tak, buat koleksi?)



Laa...sejak bila Oprah Winfrey koje part-time dengan Qaddafi ni?
Teman tabik dengan Qaddafi ni sejak dulu lagi. Bukan jer dia ni eccentric dan maverick, tapi unik...whatever that means...ha ha!



Soklan teka-tikam: Kenapa PM Italy Silvio Berlusconi mata keranjang tu nampak ceria?

Jawaban: Dia ingat nak himpit bidadari belakang Qaddafi tu malam ni!

Eerr...tak payah tunggu malam kalau dengan playboy ni. Masa Qaddafi gi toilet dia akan ayat angel ni "Je'taime...je'taime, ma petit!"

(Pastu kalau kome dengor suara mengerang-ngerang tu...err itu suara PM Berlusconi kesakitan, anu dia kena penendang bidadari tu...patah dua!)



Teman rasa projek yang kat atas tak berjaya. Lawatan selanjutnya, Qaddafi bawak yang lebih cengih. Sikit punya jeling angel ni kat PM Italy yang femes kerana tak reti katup seluor dia ni.
Gambor-gambor dari Google


Tanjung Pagar tergadai awat tak melalak...

on

Sembang apa Umno-Perkasa ..Tanjung Pagar tergadai awat tak melalak


Umur Umno akan terus panjang jika orang Melayu yang terpedaya dengan kata-kata Umno bahawa 'Umno lenyap Melayu lenyap' terus menyokong Umno.Ketuanan Melayu yang juga jadi kata-kata keramat Umno kepada orang Melayu akan lenyap bila orang Melayu bangkit daripada tidur yang panjang tolak Umno.Umno akan berkubur tanpa batu nesan bila orang Melayu dah sedar kena tipu dengan Umno.

Umno terus menerus menipu Melayu supaya kuasa Umno perintah negara terus dikuasai Umno.Kata jiran saya dalam majlis kenduri tahlil sebentar tadi, "Semua Umno dah gadai , tanah kubur pun Umno dah gadai apa lagi yang Umno dok bising nak perjuangkan Ketuanan Melayu.Tengok apa jadi dengan tanah KTMB di Tanjung Pagar , di Singapura begitu mudah tergadai begitu saja.Jangan kata harta dalam negara , harta luar negara pun Umno dah gadai.Awat Umno-Perkasa tak melalak Malaysia hilang hak ke atas tanah di Tanjung Pagar?"

Jika BN yang berkuasa terus menerus menekan rakyat, bertindak zalim kepada rakyat , tangkap rakyat pakai baju kuning, buat himpunan aman BN guna polis sebagai barua untuk bertindak zalim kepada rakyat, tunggulah saat kehancuran BN tidak lama lagi.Pergilah ke mana-mana pun sekarang ini rakyat sedang bercakap tentang kezaliman BN hanya kerana pakai baju kuning kena tangkap, dituduh komunis untuk selewengkan fikiran rakyat daripada perkara sebenar bahawa Umno memang penipu dan penakut yang tak pernah terjadi seperti sekarang.





sumber

IMAN MUDA TOLONG JELASKAN...

on




Gambar Peserta Demonstrasi Di Pulau Pinang Yang Telah Menghina Islam!!!




Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah" terbalik. 


TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang.




"Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng.

Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.

Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.



Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni.

"Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya.

Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi.

Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau.

Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan.

Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau.

Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus.

"Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya.


Ini adalah gambar peserta demonstrasi itu, yang memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

sumber




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List