OIITTT MOHON LAH PERMIT...
Copy & Posted By mahi on Jul 10, 2011
Program ceramah di Kelana Jaya dihalang polis
DAH TAHU NAK BUAT CERAMAH KE APA KE MOHON LAH PERMIT. DAPAT TAK DAPAT TAK KIRA ASALKAN MOHON. BARU BOLEH CERITA. APA LAH BANGANG SANGAT PEMIMPIN PR NI...... MACAM MANA NAK PERINTAH NEGARA NANTI.
PETALING JAYA: Hampir 200 anggota polis berhimpun di segenap laluan jalan di Seksyen 7 Kelana Jaya yang diadakan di Kompleks PKNS.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir pada ceramah malam ini bersama pimpinan KEADILAN.
Bagaimanapun Urusetia Dun Kelana Jaya, Anuar Yaacob berkata polis mendakwa ceramah itu tidak mempunyai permit.
Menurut catatan twitter Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, program itu dipindahkan ke pejabat beliau di Pusat Khidmat Rakyat Dataran Glomac, Petaling Jaya.
Program ceramah Demi Rakyat cabang Kelana Jaya ini merupakan program susulan ceramah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’.
Malam ini merupakan malam kedua Anwar berceramah di Lembah Klang.
Semalam beliau berceramah di Bandar Tun Razak Cheras bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pimpinan lain.
Bagaimanapun program itu berjalan lancar tanpa sebarang halangan dari polis.
Esok Anwar dijadual berceramah di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
LIDAH YANG BERCABANG......UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI
Copy & Posted By mahi on
Hisham salahkan Bersih tak hormati Agong, PM
Malah Hishammuddin juga mendakwa nasihat dan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah tidak dipatuhi dan telah ditolak secara bulat-bulat oleh mereka.
“Sehingga ke peringkat akhir kumpulan ini jelas tidak mengambil inisiatif untuk berhimpun secara aman di salah sebuah lokasi yang tetap walaupun kerajaan telah berulang kali memberi jaminan bahawa mereka boleh berhimpun di mana-mana stadium di luar ibu negara,” kata beliau dalam satu kenyataan malam ini, kira-kira tiga jam selepas ibu negara kembali tenang daripada perhimpunan kali kedua menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bebas.
Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan ekoran janji Perdana Menteri bahawa perhimpunan boleh diadakan di stadium.
Justeru, Bersih 2.0 yang Hishammuddin mengisytiharkan sebagai pertubuhan haram, bertekad mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi tidak mendapat permit polis.
Hisham Gelabah Biawak Seorang Pejuang Mati!!

Maka manusia yang paling resah gelisah kini adalah Mat Tuak, yang khabarnya mengamuk sakan di tengah-tengah kekecohan berlakunya kematian terhadap seorang peserta himpunan yang akhirnya ternyata berita tersebut benar.
Allahyarham Baharudin bin Ahmad mungkin tidak berapa dikenali tetapi dengan gugurnya beliau di medan dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur jam 6.45 petang, tamparan hebat terhadap SOP yang kununnya tidak akan mencederakan orang awam.
Tetapi hakikatnya, bukan setakat Baharudin saja yang menjadi mangsa, pesakit yang sedang mendapat rawatan di Hospital Tung Shin juga dilayan seolah pengganas!
Apakah ini SOP yang termaktub dalam lejer pasukan keselamatan kita?
Sudah hilangkah pertimbangan kemanusiaan hingga sanggup melepaskan gas pemedih mata ke dalam hospital?
Beginikah caranya polis yang dianggap pelindung keselamatan bertindak ke atas penunjuk perasaan yang hanya membawa bendera Malaysia sebagai tanda cintakan tanah airnya sendiri??
Apakah perasaan IGP Ismail Omar yang sanggup berbohong di hadapan media yang ribuan mata menjadi saksi keganasan polis meleraikan keadaan??
Sanggupkah Ismail Omar mengakui polis sudah banyak melanggar hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Konvensyen Geneva 1948, yang mengatakan hak untuk berhimpun dijamin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)??
Barangkali lebih seribu persoalan harus dijawab oleh kerana terlalu banyak perlanggaran hak asasi manusia yang telah dilacurkan PDRM selama ini!
Dan sekiranya Ismail Omar enggan menjawab persoalan hak asasi manusia, dengan segala hormatnya dipersilakan untuk meletak jawatan!
Tetapi jangan lupa, bukan setakat Ismail saja, Mat Tuak juga mesti bertanggungjawab meletak jawatan atau rakyat akan menghukum Umno-APCO pada pilihanraya umum akan datang.
Fikir-fikirkanlah, sementara nyawa masih di badan.
sumber :- http://jalanpulang1978.blogspot.com





