Akhirnya Kerajaan Bayar Pampasan....

on Jul 27, 2011





KETUK KETAMPAI 2005




Tokoh Ini Mungkin PM Malaysia Selepas PRU 13.....?

on




WarkahDaily – Wah!, makin rancak nampaknya warna politik Malaysia sekarang ini. Dalam diam-diam, ada pihak tertentu cuba untuk berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil meletakkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengganti.


Tinjauan WarkahDaily Online hari ini ke satu ‘page’ Facebook yang memulakan kempen ‘Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ dilihat cuba bersaing dengan ‘page’ yang bertajuk ‘3,000,000 People Want Najib To Stay’,iaitu kumpulan yang menyokong Najib sebagai PM.

Ada penyokong Muhyiddin dalam laman berkenaan yang cuba menggambarkan Muhyiddin sebagai calon PM yang tepat. Ada yang cuba membandingkan isteri PM semenjak 53 tahun dahulu yang tidak menutup aurat.

“Isteri bakal Perdana Menteri Malaysia (Muhyiddin) (seorang yang menutup aurat).

“Tak mahukah anda isteri PM kita (Muhyiddin) seorang yang bertudung!.

“Berapa lama mau tunggu daa...53 tahun dah berlalu...”, kempen seorang pengikut laman sokong Muhyiddin sebagai PM.

Walaupun pada awalnya dilihat kumpulan yang membina ‘page’ menyokong Najib ini cuba menandingi kumpulan rakyat yang mendesak Najib meletak jawatan di laman‘100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ yang disukai (disokong) ratusan ribu pengguna Facebook (rakyat Malaysia).

Tetapi kini, wujud satu lagi kumpulan yang cuba menjadi pendesak kepada Najib yang mungkin sudah tidak yakin dengan reputasinya sebagai Perdana Menteri kerana banyak terpalit dengan skandal yang menyelubunginya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Apa yang panasnya, mereka ini mungkin dari dalaman Umno-BN yang cuba membuat kempen menukar Najib dengan Muhyiddin sebagai PM.

Berdasarkan laman yang menyokong Muhyiddin itu, 328 orang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan ianya hampir sama ramai pengguna Facebook yang menyokong Najib setakat 27 Julai jam 2.30 petang.

Sebelum ini penulis WarkahDaily Online ada melaporkan Najib telah dimalukan rakyat Malaysia apabila hanya 363 sahaja pengguna Facebook yang menyokong Najib sebagai PM, tetapi 210,669 orang pula yang mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Baca laporan di sini.

Sekarang, Najib bukan sahaja berhadapan dengan tekanan daripada Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedudukannya sebagai PM, namun kini ianya sudah berubah apabila ada kumpulan tertentu dalaman Umno-BN yang cuba menjatuhkan beliau sebagai PM dan cuba menaikkan timbalannya sebagai pengganti.

Berdasarkan laman yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dilihat akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dan Kelab Penyokong Umno menjadi penyokong kuat kempen berkenaan.

Apa yang dapat dinilai oleh penulis WarkahDaily Online, mungkin berita karut, lucah dan fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia selama ini adalah satu usaha secara diam untuk menjatuhkan Najib sebagai PM.

Sengaja atau tidak, Utusan dilihat banyak membuat liputan menyerang Pakatan Rakyat secara ‘brutal’ dan banyak berita fitnah, lucah dan provok telah menjadi ‘makanan rutin’ Utusan Malaysia.

Ini semua mungkin sebagai satu helah untuk memburuk-burukkan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri. Mungkin mereka ini mahu menggambarkan akhbar berkenaan menjadi semakin ‘brutal’ dan jahat ketika zaman Najib memerintah.

Dengan kata lain, ini adalah usaha untuk rakyat membenci cara Najib menjadi PM akibat laporan tidak bermoral akhbar berkenaan dan tidak disukai masyarakat. Dalam masa yang sama, sudah tentu Najib akan menerima tempias dan kesannya kerana Najib adalah ‘arkiteknya’ (bos).


p/s: Klik gambar untuk lihat lebih jelas.



Dr Chandar Sesekali Perlu Turun Dari Kerusi Roda....!

on Jul 26, 2011

Dr Chandra Muzaffar terus berkata-kata dari atas kerusi rodanya seolah-olah kerusi roda yang membawanya ke sana ke mari dengan dibantu orang tidak menghadkan pandangan dan pengamatannya. Meskipun dalam keadaan sukar bergerak bebas seperti kebanyakan orang itu Chandra membuktikan bahawa keupayaan sebenar seseorang itu ialah akal tetapi bukan fizikal.




Pesawat pejuang MiG-29N perlu ditukar...?

on

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.








Nazrin: Raja perlu penasihat berani nyata kebenaran

on

Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bertitah adalah amat penting Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan.

judges conference 090408 raja nazrin



Dr Asri Zainal Abidin.....terorisme agama

on



 MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi 

Isu Wahabi: Khairy pertahan Asri, mahu diberi peluang bela diri






baca sini  dan  sini



Tohmahan Wahabi dan Pengganas


MADU DIBALAS RACUN (DR MOHD SRI ZAINUL ABIDIN)

Ehsan dari DrMAZA.com
..pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara..tamat pada pukul 1 p.m..beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara..saya pun dimasukkan juga..saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu BERSIH..namun yang peliknya 40 ULAMA MUDA UMNO juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari..demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan UMNO, inilah balasannya..Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas..parti politik tertentu yang menerima bantuan dari Arab Saudi juga dianggap adaunsur pengganas..sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas..inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba..elok Ulama Muda UMNO mengambil langkah yang drastik.." - Dr Mohd Asri Zainal Abidin.



SPR Akui Wujud Pengundi Hantu...?

on


Kejayaan BERSIH dan PR, akhirnya SPR mengaku juga


SPR Buat ' U Turn' : Akui Wujud Pengundi Hantu








Lagi lagi kisah Scorpene

on Jul 25, 2011

BOLAYAN....DAKWA DIROGOL....?

on



Dia tidak dilayan, lalu mendakwa dirogol ...?





Fenomena Ganjil

on



Gambar: PERCIKAN air terjun yang bergerak ke udara
akibat tiupan angin kencang di Sydney pada minggu lalu.
 






Sydney - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu.

Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan.Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara.Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam.Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita."Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. 


Agensi 




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List