KOH DI SERANG HEBAT

on Aug 17, 2011




Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu.

Kali ini, Utusan memetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.

"Tapi dia (Koh Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada Utusan.

Ahad lalu, Utusan memetik Senator Umno Mohamed Ezam Mohd Noor (kanan) yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Menurut Mohd Ezam, dia tidak bermaksud untuk membakar betul kedua-dua portal berita itu "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Kempen menyerang Koh oleh akhbar milik Umno itu sebenarnya bermula minggu lalu apabila mereka menyiarkan laporan bahawa parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang.

Memetik seorang lagi ahli parlimen PKR yang berpaling tadah iatu MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim, Utusan melaporkan jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain (kiri) dipetik akhbar itu.

Selain itu, Utusan juga memperbesar-besarkan cabaran Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping kepada Koh supaya berdebat.

Ia berikutan laporan Utusan sebelum itu yang memetik Koh berkata bahawa “Kok Ping buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008”.

Kedudukan Gerakan dalam BN kini ibarat melukut di tepi gantang. Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.

Koh yang melepaskan jawatan ketua menteri yang dipegangnya selama 18 tahun untuk bertanding kerusi parlimen Batu Kawan pada 2008 tewas dengan majoriti 9,48 5 undi kepada calon muka baru P Ramasamy dari DAP.

Bagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.

Menurut mereka, usaha Gerakan mahupun MCA untuk merampas semula Pulau Pinang mahupun mengembalikan sokongan masyarakat Cina sesuatu yang sukar kerana sebahagian besar masyarakat itu menolak BN yang didakwa tidak ikhlas dalam perjuangan membela rakyat negara ini.

Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus berlarutan.


HOTEL ANGKASA LEPAS.

on




Rusia mungkin telah tewas dalam perlumbaan angkasa dengan Amerika tetapi ia kini berada pada landasan untuk menjadi peneraju utama penerokaan pembinaan hotel angkasa lepas yang disasarkan untuk bintang-bintang dunia. Hotel ini bertujuan untuk individu dan orang kaya yang bekerja untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin melakukan penyelidikan di angkasa.

 Space tourism: The hotel room pods will be fitted with binoculars and cameras so guests can enjoy the spectacular intergalactic views
  Space age: The rooms will also act as an emergency bothole for astronauts at the manned space station
Pelan reka bentuk telah diumumkan di Moscow minggu ini oleh Orbital Technologies, syarikat Rusia yang memohon untuk mendapatkan pelancong kaya.
Hotel yang dibina mengorbit akan jauh lebih selesa dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Dengan ruang untuk tujuh orang tetamu di empat kabin, pengunjung akan dapat melihat keajaiban ruang angkasa melalui tingkap besar.
 Drop-off point: Guests will be sent in to the Commercial Space Station via Russian Soyuz rockets
 Exclusive: The hotel will be aimed at wealthy individuals and people working for private companies who want to do research in space
Dipanggil CSS (Stesen Angkasa Komersil) akan dibina 217 kilometer di atas bumi dan diakses melalui roket Soyuz Rusia. Kos melancong ke angkasa lepas ini dianggarkan £100 000 seorang untuk selama lima hari. Anda mahu? Buat tempahan sekarang :) [dailymail.uk.co]


Najib Perlu Tegas dan Konsisten

on





BARANGKALI kali ramai yang masih belum sedar yang Najib Razak sejak akhir-akhir ini semacam hilang fokus. Dia kurang kosentrasi terhadap apa yang dikatakan. Apakah Najib juga sudah dihinggap penyakit 'mumai' atau mudah lupa? Saya percaya penyakit ini tidak ada kena mengena dengan pembelahan lututnya diawal puasa lalu.

Kenyataannya akhir-akhir ini kurang kemas dan boleh berubah-buah. Dia seolah-olah berfikir selepas mengeluarkan kata-kata, bukan berfikir sebelum mengucap sesuatu. Inilah menyebabkan ada orang beranggapan Najib semakin lemah dan tidak tegas dengan apa yang diucapkan. Kalau begini caranya macam mana Najib hendak menghabiskan tempoh pertama perkhidmatannya sebagai perdana menteri. Sebab itu sudah ada kedengaran sinisan-sinisan mengatakan Najib lebih lemah daripada Abdullah Badawi.

Kelonggoran kenyataan Najib ini bukan saja menjejaskan wibawa beliau sebagai Perdana Menteri. Tetapi ia juga turut mencalar balarkan kerajaan dan bangsa Melayu. Sikap beliau yang terlalu bertolenrasi dengan keadaan kerana kepentingan politik puak, yang tidak sepatut beliau berbuat begitu inilah menyebabkan dalamn Umno sendiri sedang menggerakan satu plan untuk menjatuhkannya. Tidak dapat disembunyikan lagi ada herakan senyap dalam Umno untuk menumbangkan Najib sebelum tiba masanya.

Ada cerita tersebar gerakan menjatuhkan Najib ini sedang rancak bergerak. Proses itu bukan semasa pemiliha Umno tahun depan, tetapi ia bergerak sekarang ini juga dan tekanan kuat pada hujung tahun ini. Najib sudah menyedari ini dan beliau sedang berkira untuk menghalangnya menggunakan keadah apa? Persidangan Parlimen pada bulan Oktober nanti dikatakan ada cerita yang tidak enak untuk Najib. Sejauh mana ia benar atau hanya ombong kosong sama-sama kita tunggu.

Kelonggoran kata-kata dan ucapan Najib ini terbukti dalam beberapa keputusan yang beliau buat. Misalnya mengenai himpunan Bersih. Mulanya dia beriya mahu membenarkan himpunan itu diadakan di stadium negara. Tetapi setelah melihat gerakan Bersih kuat melanda dan menjadi arus beliau menarik balik.

Beliau berselindung di sebalik daun pisang dengan menyerahkan perkara kepada polis. Penyerahan tanggungjawab itu kepada polis ia menggambarkan betapa seorang persana menteri terkial-kial dalam membuat sesuatu keputusan penting seperti Bersih itu. Sebenarnya kenapa Bersih menjadi satu gelombang dan isu ialah kerana kelemahan Najib dalam membuat keputusan dan tindakan ke atasnya.

Terbaru ialah kenyataan Najib berhubung cadangan untuk membentuk jawatan kuasa khas terpilih di peringkat Parlimen untuk tujuan membersihkan sistem pilihan raya. Cadangan itu jelas menunjukkan Najib mengiya apa yang diperjuangkan Bersih selama ini. Bila beliau ingin sistem piliha raya dibersih bermakan proses itu kotor. Najib mengakui yang pilihan raya di negara ini cemar dan busuk.

Anihnya belum pun sempat jawatan kuasa berkenaan ditubuh hari ini beliau mengeluarkan kenyataan baru yang mendakwa sistem pilihan raya negara ini sememanya bersih. Cuma katanya pembersihan dan pembaikpulihan perlu diadakan dari masa ke semasa. Apakah erti dan makna kata-kata Najib Razak itu?

Nampak sekali Najib tidak konsisten dan tegas di dalam hal ini. Beliau tidak bijak dan sekaligus menunjukkan dolak dalih beliau dengan kata-katanya sendiri. Kalau benar sistem pilihan raya kita bersih untuk apa ditubuh jawatankuasa lagi. Apakah Najib hanya ingin bermuka-muka dan bersandiwara dengan tuntutan rakyat itu? Begitukah?

Adalah lebih baik kalau Najib mengakui awal-awal bahawa pilihan raya negara ini tidak bersih dan telus. Kalau Najib membuat pengakuan itu orang akan melihat keikhlasan dan gentlemennya beliau sebagai seorang pemimpin. Tetapi bila sekali begitu, sekali begini orang tahu bahawa Najib tidak ilkhlas dan tidak ada wisdom sebagai seorang pemimpin. Beliau juga semacam tidak sedar dan faham apa yang diucapkan.

Najib tidak patut amalkan sikap berdolak dalih dan sorong tarik begitu. Serorang pemimpin apa lagi PM beliau perlu tegas dan konsisten dengan kenyataan. Najib perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan tidak cuba mencari kambing hitam begitu kalau beliau mengharapkan orang segan dan menghormati beliau.

Belajar berterus terang dan mengaku kelemahan yang sedia ada. Najib tidak akan dilihat berdosa kalau dia mengaku kelemahan selama ini kerana bukan beliau yang asaskan. Penerusan segala kebejatan yang bergeliwat kini adalah hasil dari pemimpin terdahulu. Saya cukup yakin Najib akan dihormati kalau dia mengakui hakikat sebenarnya dan jangan cuba berselindung di sebaling sehelai daun. Kalau beliau telus dan tulus juga beliau akan mendapat simpati rakyat seluruhnya. Sebaliknya dengan apa yang beliau amalkan kini menyebabkan rakyat menyempah.

Najib perlu segera hentikan sikap dolak dalih dan memberi kenyataan longgar. Najib kena jaga wibawa dia sebagai pemimpin. Kalau Najib mengamalkan sikap tidak tegas atau pun longgar dengan kenyataannya beliau akan terus mengalami krisis penghakisan nilai sebagai perdana menteri. Najib kena faham fenomena ini akhirnya menyebabkan beliau akan jatuh dan tumbang disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

Kita tidak mahu mendengar orang bercakap di serata tempat mengatakan perdana menteri kita seorang yang lemah apa lagi seorang suami yang dikontrol oleh isterinya. Kata-kata dan bualan itu sungguh memalukan. 


MALAUN POLITIK

on Aug 16, 2011

Ku Li to Lead Pakatan: Replacing an 'Almost PM' with Another?

on




alt
BACA  SINI




LANGKAH AWAL DENGAR SUARA RAKYAT...?

on

JawatanKuasa Khas Reformasi Pilihanraya

on

Najib Kecundang Jika Terus Tekan Rakyat

on

Umno Dalang Isu Jais Serbu Gereja..?

on

UMNO HIPOKRIT DALAM HAL PEMBESAR SUARA

on Aug 15, 2011

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List