SIAPA LEBIH BESAR...?

on Aug 20, 2011






PM menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya. 


Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).



Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.
Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.
Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.
Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.
Langkah berani reformasi pilihan raya 
Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:
“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”
Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.
Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.
Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.
Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.
Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.
Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.”
Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?
Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?
Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.
Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.
Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.
Terpaksa membuat pusingan U
Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?
Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.
Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.
Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.
Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.
Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.
Kuasa PM
Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.
Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.
Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.
Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana
Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.
Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.
Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya? -FMT


KENAPA MELATAH NI.....?

on








Dakwaan tentang warga asing telah diberi hak mengundi perlu ditangani dan diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan dilonggokkan masalah itu kepada jawatankausa pemilih Parlimen.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata perbuatan menolak tanggungjawab itu tidak boleh diterima dan akan membuktikan panel Parlimen itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai perkara itu tidak masuk akal kerana ia mesti diselesaikan oleh SPR dan bukan oleh panel Parlimen yang akan hanya dibentuk pada Oktober depan.

“Jika Hishammuddin telah mengaku kononnya kerajaan tidak ada apa yang mahu disembunyikan dan tuduhan bahawa warga asing mempunyai hak mengundi adalah tidak berasas, mengapa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh membuktikan bahawa ia benar-benar tidak berasas, sekarang juga?

“Mengapa perlu menunggu sehingga jawatanakuasa Parlimen itu ditubuhkan? Ada banyak perkara yang perlu jawatankuasa itu cadangkan untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil tanpa perlu terikat dengan tuduhan-tuduhan khusus,” jelasnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah membayangkan jawatankuasa pemilih Parlimen itu hanyalah helah politik dan taktik mengalih pandangan.

“Malah pada pagi ini Muhyiddin sekali lagi mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan rusuhan ganas di United Kingdom.

“Jika pemimpin tertinggi kerajaan dan polis enggan menerima hakikat perbezaan di antara Bersih 2.0 yang disertai berpuluh ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama secara aman, dengan rusuhan di UK di mana pengacau keamanan telah mengganas, siapa yang akan yakin dengan dengan kepimpinan BN yang kononnya sudah berubah hati untuk melaksanakan reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang,” tambah beliau.

Malah, katanya, Najib juga salah jika menyangka reformasi pilihan raya dibuat untuk memuaskan hati pembangkang kerana tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil adalah desakan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Menurut Kit Siang, perkara yang paling mengecewakan rakyat ialah keengganan BN untuk berunding dengan Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan tentang keanggotaan, bidang tugas, tempoh masa, peranan Bersih 2.0 dan perkara-perkara berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa khas Parlimen itu.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa sasaran tempoh dan jaminan penuh daripada Perdana Menteri, segala kajian dan keputusan panel Parlimen itu akan sia-sia jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

“Malah, jawatankuasa pemilih Parlimen itu akan terbubar secara automatik apabila Parlimen yang ada sekarang dibubarkan,” ujarnya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN yang selama ini jarang dikotakan, selain dipergunakan sebagai helah politik dan taktik mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi parti pemerintah. – Roketkini.



Selidik Dahulu Sebelum Bertindak, Kata Mahathir

on





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu.

Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.

“Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.


LAMAN SOSIAL PUNYA ANGKARA

on




Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar.

Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut.

Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.

Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan.

Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu.

Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut.

Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang.

"Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman.

"Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap.

Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan.

"Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan. -kosmo

EXCO SPR.......???

on Aug 19, 2011



KALAU TIDAK BERLAKU PENGAKUAN BEKAS TENTERA APA HAL NYA.......

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

NONEPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

NONE"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.





malaysiakini



Serangan Untuk Anwar...?

on



Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal

NONE




































Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal.

Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.




Kenapa Begini Jadi Nya....

on





 Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.
Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.
“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.
“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas disimbah asid.
Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang  rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.
Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.
“Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.
“Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.
Difahamkan Mohd Rafie akan berada di hospital buat jangka masa yang agak lama bagi memudahkan pihak hospital memantau kecederaan yang dialaminya.
Dia juga akan menyambut Aidilfitri di hospital.




Dah Pembangkang Kata Kan....

on





Pakatan Rakyat kemungkinan tidak akan menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak jika ia tidak memenuhi harapan perikatan pembangkang itu.
Kabinet memutuskan keanggotaan jawatankuasa itu semalam.
Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu The Malaysian Insider bahawa pentadbiran Najib meneruskan pendekatan mengadakan jawatankuasa itu tanpa berbincang dengan parti-parti lain.
“Sebenarnya, kami tidak tahu apa terma-terma rujukan (jawatankuasa pilihan khas),” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang khuatir skopnya kemungkinan terlalu cetek dan tidak melibatkan perbincangan yang mendalam.
Ahli Parlimen Gombak ini menambah, perikatan pembangkang akan membuat keputusan sama ada pihaknya wajar mengambil bahagian atau tidak berdasarkan terma rujukan.
Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata kenyataan Najib malam tadi hanya membawa lebih banyak keraguan berhubung kewibawaan jawatankuasa tersebut, yang mempunyai lima wakil dari Barisan Nasional (BN).
Jawatankuasa itu pada umumnya mempunyai sembilan anggota iaitu lima dari BN, tiga mewakili pembangkang dan seorang Bebas.
“Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa dakwaan mengenai pengundi kalangan warga asing akan dijawab di PSC menunjukkan kerajaan tidak sanggup berhadapan dengan jawatankuasa pilihan khas ini, tetapi akan mengalihkan beban kepadanya kelak,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.
Lim merujuk kepada kenyataan Hishammuddin semalam bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara akan bekerjasama untuk meneliti dakwaan PAS mengenai daftar pemilih.
“Tiada perundingan dengan Pakatan Rakyat mengenai apa yang dipanggil jawatankuasa dwipartisan,” kata Lim sambil menyifatkannya lebih bersifat “helah” politik.


Tony Fernandes kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers

on





Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham.
Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta).
Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.
Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.
“Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes lagi.
“QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh,” kata beliau lagi.
Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.
Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.
Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.
Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.
Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.
Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.
Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.
Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.
Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.


MASIH KAH KAU INGAT....EZAM...?

on






Raja Petra Kamarudin 

Sumpah hanya mainan bagi orang Melayu. Mereka akan berdiri di atas pentas atau pergi ke masjid untuk bersumpah sumpah mereka hanya untuk menunjukkan. Mereka tidak bermakna apa yang mereka bersumpah.Sumpah tidak perkataan dengan penuh mereka. Anda tidak boleh dipercayai ini sumpah lebih jauh daripada anda boleh membuang 'sumpah-Orang yang menawarkan diri'. 

Saya tertanya-tanya sama ada Ezam Mohd Nor ingat kembali pada tahun 1999 apabila Pemuda KeADILan pergi di seluruh Malaysia untuk bersumpah sumpah atau Sumpah keramat. Sumpah mereka berjanji bahawa selagi ada bulan dan matahari di langit dan seperti yang lama kerana mereka telah hidup di dalam badan mereka, mereka akan mempertahankan keadilan dan kebenaran dan menentang pembohongan dan kejahatan dengan badan-badan mereka dan kehidupan mereka.

Anda boleh membaca sumpah penuh dalam Bahasa Malaysia di bawah.

Malah, ibu Ezam turut bersumpah sumpah, yang dicatatkan pada video dan diedarkan di seluruh Malaysia. Dan sumpah beliau adalah bahawa beliau melarang (haram) Ezam pernah menyertainya Umno. Dan orang Melayu percaya bahawa sumpah seorang ibu sangat kuat kerana, mereka juga percaya, bahawa syurga terletak di bawah kaki ibu anda.

Ini sumpah oleh semua orang-orang pemimpin Pemuda KeADILan, yang telah menyertai semula Umno, adalah dibuat di hadapan berpuluh-puluh ribu orang. Dan mereka melawat Malaysia untuk membuat sumpah ini.

Ia membuat satu tertanya-tanya kira-kira bernilai sumpah Melayu. Jika orang Melayu untuk bersumpah yang boleh kita ambil bahawa sumpah pada nilai muka? Nampaknya seperti Melayu sumpah tidak mempunyai nilai sebenar selain daripada sandiwara atau peringkat-play untuk kepentingan politik.

Mereka meminta Anwar Ibrahim untuk bersumpah sumpah bahawa dia tidak bersetubuh Saiful dan bahawa ia tidak dia dalam video lucah itu. Apakah maksud itu akan menjadi? Yang akan mencukupi untuk meyakinkan kami bahawa Anwar tidak bersalah? Saya tidak takut.

Sumpah hanya mainan bagi orang Melayu. Mereka akan berdiri di atas pentas atau pergi ke masjid untuk bersumpah sumpah mereka hanya untuk menunjukkan. Mereka tidak bermakna apa yang mereka bersumpah.Sumpah tidak perkataan dengan penuh mereka. Anda tidak boleh dipercayai ini sumpah lebih jauh daripada anda boleh membuang 'sumpah-Orang yang menawarkan diri'.

Itulah apa sumpah atau Sumpah keramat atau apa sahaja jenis-Sumpah (terdapat banyak jenis sumpah orang Melayu bermain-main dengan) telah dikurangkan kepada. Malah, lebih banyak mereka Sumpah, lebih mencurigakan kita menjadi di antara mereka. Orang-orang yang suka Sumpah banyak kelihatan orang-orang yang berdusta banyak dan yang perlu untuk menutup pembohongan mereka dengan display ini awam Sumpah.

Ini adalah menyedihkan kerana tanggapan yang dicipta lebih banyak anda Sumpah, anda adalah pembohong - bukan cara yang lain di seluruh. Jadi, jika orang Melayu kata 'Sumpah', maka kita boleh andaikan dia atau dia adalah seorang pendusta yang berdarah.


SUMPAH KERAMAT PEMUDA KEADILAN!

Sumpah Keramat Pemuda keADILan beriltizam untuk berdiri teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan ikrar :-

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Menyedari, Negara Terus Dilanda Kezaliman

Menginsafi, Umat Perlukan Perubahan

Mengakui, Keadilan Mesti Ditegakkan

Maka - atas nama kemuliaan dan perjuangan

Atas nama kesucian agama

Atas nama kedaulatan negara

Atas nama kehormatan Rakyat Jelata

Kami bersumpah - Selagi ada bulan dan matahari

Selagi hayat dikandung badan

Keadilan tetap kami pertahankan

Kebenaran tetap kami tegakkan

Kezaliman tetap kami benamkan

Pembohongan dan Sandiwara tetap kami hancurkan

Jiwa dan nyawa kami taruhkan

Inilah sumpah kami

Sumpah Keramat, Pemuda keADILan

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

***************************************

Sumpah Keramat Keadilan Kedah

Tarikh : 10 Oktober 1999

Masa : 9.00 malam

Tempat : Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.



Penceramah : 1. Sdr. Ezam Mohd Noor

2. Zahid Mat Arif

3. Hamdan Taha

4. Hamdan Taha

5. Mustafa Kamil Ayob

6. Lokman Nor Adam

7. Idrus Wan chik

8. Zuraidi Rahim

9. Gobalakrishanan

10. Low Chiew Chong



Pengerusi Majlis : Sdr. Hanafiah Man.

Sembah Hajat akan diadakan ditempat ceramah yang diketuai oleh Ustaz Dr. Badrul Amin.

*******************************************

RABU, 20 OKTOBER 1999. Aktiviti Jelajah Negara SUMPAH KERAMAT PEMUDA akhirnya sampai ke negeri Pahang Darul Makmur. Bertempat di Kg. Tengah, jalan antara Temerloh ke Triang, kehadiran orang ramai yang hampir 10,000 orang sekali lagi memberi kegentaran dan ketakutan kepada pemimpin-pemimpin (layakkah mereka digelar pemimpin?) Barisan Nasional, khususnya di Negeri Pahang. Seperti aktiviti SUMPAH KERAMAT PEMUDA di negeri-negeri lain, SUMPAH KERAMAT PEMUDA di Pahang juga diketuai oleh Saudara Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda keADILan Pusat.

Diiringi oleh barisan Exco Pemuda keADILan Pusat dan negeri-negeri seperti Saudara Hamdan Taha, Saudara Idrus Wan Chik, Saudara Zakir, Saudara Gobalakrishnan, Ustaz Badrul Amin, Saudara Zahid, Saudara Hanapiah Man, Saudara Lokman Nor Adam dan lain-lain lagi.Dari Pahang pula diketuai oleh Sdr Zakaria dan Naib Ketua Sdr Soleh Mohamad.

Kehadiran diserikan lagi dengan pemimpin-pemimpin barisan alternatif yang lain termasuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Di permulaan majlis, hujan mulai turun tetapi tiada seorang pun berganjak. Ketika Saudara Lokman memulakan ucapannya, guruh pun berbunyi. Ini disahut dengan seruan "takbir!!!" oleh beliau dan disambut dengan "Allahu Akbar" oleh para hadirin. Hujan berhenti di pertengahan majlis, nampaknya Tuhan gembira kerana hamba-hambaNya pada malam ini tahan kepada dugaan.

Satu isu ditimbulkan oleh Gobalakrishnan tentang mengapa sebuah lebuhraya boleh dibina oleh kerajaan menuju ke Bukit Tinggi Resort yang sudah tentunya MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT semata-mata untuk memberi kemudahan kepada seorang yang bernama VINCENT TAN berniaga resort dan padang golfnya. Dan yang paling pelik, lebuhraya ini tidak mempunyai satu pun kaunter kutipan tol. Ini bukan sahaja satu bukti pembaziran duit rakyat, malahan juga satu tanda jelas penyalahgunaan kuasa Barisan Nasional demi kepentingan kroni-kroni pemimpinnya.

Kesemua pemimpin Pemuda keADILan pada malam ini memberi ucapan yang begitu bersemangat dan bertenaga menyebabkan laungan REFORMASI dan TAKBIR tidak putus-putus kedengaran memecah dingin malam Temerloh, mungkin mengejutkan tidur Dato' Sabaruddin Chik yang sudah sedia tidak lena. Saudara Hanapiah Man mendedahkan bahawa kesemua 23 cawangan keADILan di Perak didokong oleh bekas pemimpin Umno, membuktikan bahawa Umno Perak kalau pun bukan telah hancur lerai, mungkin sudah menjadi arang yang hanya boleh digunakan untuk menulis perkataan BN di dalam warna hitam!

Saudara Zahid sudah menjadi BEKAS cucu Ghafar Baba, Saudara Hamdan Taha pula terkilan kerana dua orang anak didik Anwar, Saudara Zahid Hamidi dan Sarip Jusoh kini hanya berdiam diri dan bersekongkol pula dengan rejim zalim lagi rakus, MAHATHIR dan DAIM semata-mata kerana mementingkan perut dan bawah perut mereka sahaja. Menceritakan pengalaman lima hari di dalam lokap, Ustaz Badrul Amin mengatakan usahkan lima hari, lima puluh hari, lima ratus hari, matipun beliau sanggup demi jihad menentang kezaliman ini kalau itulah harga yang terpaksa dibayar.

Majlis pada malam ini diselang dengan acara kemuncaknya iaitu SUMPAH KERAMAT PEMUDA keADILan yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin Pemuda keADILan Pusat, Negeri-negeri dan semua bahagian di Pahang. Dari setiap baris kata yang diucap, terpancar satu semangat perjuangan yang kental untuk menegakkan keADILan di bumi Malaysia ini, sehebat bunyi guruh yang berdentum tadi. Pengakhirannya, pemimpin yang ditunggu-tunggu, Saudara Ezam menyampaikan ucapan penutup. Sekali lagi Saudara Ezam mencabar Dato' Seri Najib menafikan dakwaannya bahawa kontrak pembelian jet-jet pejuang semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan turut diiringi dengan perjanjian bahawa penggunaan jet-jet pejuang tersebut mestilah dengan kebenaran Kerajaan Amerika Syarikat.

Saudara Ezam juga mencabar TPM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan kontrak-kontrak yang diluluskan oleh beliau kepada seorang yang berpangkat BAPA MERTUA kepada beliau. Kemenangan Gus Dur, seorang Kiai dalam pemilihan Presiden Indonesia sekali lagi memberi kejutan kepada jantung MAHAthir. Kalau Indonesia boleh berubah mengapa kita tidak...?

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List