Pilih Perdana Menteri mengikut Perlembagaan

on Aug 21, 2011



Cara konvensyen sudah ketinggalan zaman





‘Semakin hari semakin lemah’. Begitulah pandangan orang ramai terhadap kepimpinan hari ini. Kalau dahulu kta beranggapan yang Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling lemah, tetapi rupa-rupanya pandangan itu samasekali meleset. Dengan keadaan sebegini jika pimpinan masih mengambil pengganti dengan cara konvensyen iaitu siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO dialah yang akan menjadi Perdana Menteri. 


Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen ini menyumbang banyak masalah kepada negara kerana pimpinan UMNO akhir-akhir ini sudah tidak mampu lagi untuk mengekalkan kredibiliti sebagai parti yang unggul untuk dijadikan sebagai badan siasah yang mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. 


Bagi saya kita perlu memilih Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara, iaitu Perdana Menteri dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan di dalam Dewan Parlimen itu. Dengan cara ini maka risiko rakyat mendapat pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan berkurangan. 


Jika pucuk pimpinan UMNO itu dipegang oleh seorang pemimpin yang terlalu di ragui oleh rakyat maka negara akan menjadi kacau bilau politiknya. Keadaan sekarang sudah berlainan. Dulu UMNO dipimpin oleh mereka yang mengutamakan negara tetapi sekarang UMNO di pimpin oleh mereka yang mahu jadi ketua kepada negara walaupun tidak berkepimpinan. Seorang ketua tidak semestinya mempunyai kepimpinan. 


UMNO sudah tidak mungkin mampu untuk memilih kepimpinan yang betul kerana sistem pemilihan secara delegasi itu masih diamalkan. Dengan bercambahnya kegiatan rasuah politik sekarang ini maka, hanya mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang besar sahaja yang akan menjadi pemimpin. Pendeknya UMNO tidak lagi mampu untuk mempersembahkan kepada rakyat pimpinan yang benar-benar berkepimpinan. 


Mereka yang jujur dan berkepimpinan yang sepatutnya di persembahkan kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin yang berkepimpinan hanya duduk di tepian dan inilah masalah yang paling rumit dan sukar untuk di perbaiki. Yang hendak kita selamatkan ialah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum ini. 


Bagi pandangan yang bertanggungjawab pemilihan Perdana Menteri melalui pemilihan di Dewan Parlimen itu lah yang paling sesuai untuk masa dan generasi sekarang. Hanya yang perlu di lakukan ialah untuk memilih di kalangan ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam untuk di tonjolkan dan dan disokong oleh Dewan Rakyat itu, tidak kira dari parti apa sekali pun. 


Pandangan ini jangan di anggap sebagai pandangan di luar kotak. Ianya ada termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidak ada parti dalam negara ini samada di dalam BN atau pembangkang yang menolak kenyataan yang negara ini mesti di pimpin oleh seorang Melayu tetapi Melayu itu biarlah Melayu yang berwibawa dan di hormati serta diterima oleh semua kaum dan pihak. PAS mengakui yang pimpinan negara kita mesti di kalangan Melayu dan beragama Islam. DAP pun begitu. DAP tidak mahu mencuba untuk mengambil tempat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Besar kecuali di dua buah negeri-negeri ‘Straits Settlement’ iaitu Pulau Pinang dan Melaka. 


DAP mengakui serta menerima yang negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu mesti diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif Melayu yang beragama Islam. Ini jelas tetapi pihak yang memerintah tidak mahu memberikan gambaran yang sebenarnya ini kerana permainan politik untuk mengelirukan pandangan ramai terhadap isu ini. 


Cara konvensyen ini hanya boleh di teruskan jika UMNO berjaya mencari seorang pemimpin yang dihormati ramai. Memenangi kerusi Presiden UMNO itu hanya merupakan pilihan ahli-ahli UMNO tetapi dia bukan pilihan orang ramai. Sebenarnya pemilihan itu bukannya pemilihan ahli-ahli UMNO yang ramai pada hakikatnya tetapi hanya pemilihan dari delegasi seramai 3 ribu orang sahaja. 


Masakan pilihan 3 ribu manusia Melayu yang menjadi delegasi dalam pemilihan itu merupakan satu representasi bagi 29 juta rakyat negara? Yang 3 ribu orang itu pun selalunya dikongkong oleh permainan politik wang dan kuasa yang sangat merbahaya kepada masa depan politik dan kesetabilan negara. Ramai di antara delegasi itu memilih pada siapa yang membayar mereka. Itu sebabnya ramai di antara perwakilan itu boleh membeli kereta baru dan menyelesaikan masalah hutang rumah dan sebagainya. 


Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO tidak memilih pemimpin yang berkemampuan tetapi yang memilih pada siapa yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang banyak dan bertimbun. Selagi isu ini tidak dibereskan selagi itulah negara tidak akan dapat pemimpin yang sebenarnya. 


Kita terpaksa memilih seorang Perdana Menteri ‘beyond the domain of political parties’. Kita perlukan pembaharuan yang drastik semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keluhuran sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita. 


Apabila kita orang Melayu gagal untuk mencari kepimpinan ianya merupakan satu kegagalan yang sengaja di cari-cari oleh kita semua kerana kita tunduk kepada wang dan kuasa yang telah memecahkan rakyat dan negara kita ini. 


Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita. 


Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk menjadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan. 


Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India. 


Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing. 




sumber :- ASPAN ALIAS



ASPAN ALIAS



BOLEH PEGANG ANJING....?

on




Lagi Kisah Artis Malaysia: Nanu Pegang Anjing Dengan Selamba!

 

artis malaysia ke ni? ....haram halal sudah tak da dalam kepala hotak mereka ...nanti pendedahan artis yang teguk air kencing setan pulak... kami nak dengar juga alasan apa yang diberi, jeng jeng jeng... 

 Perghhhh... ini kalau dapat tau kat Mashitah Ibrahim, dia akan kata "ok jer...."


Kalau dapat tau kat Jamil Khir... dia akan kata ini "small matter maaaa.." perkara remeh jer....


Puak2 umporno pulak mesti kata... walllaaaweeiii... "cute-nya sexuan tuuuuu... bulu dia putih coklat aarrrr...."


Pemimpin umporno pulak akan kata "wow... cun-nya tuan anjing tuuuu... anak sapa... bini sapa... atau mak janda mana nih...???.. "


Blogger umPORno pulak akan berkata.., "alaaaa... bulu anjing tu kering maaaa... tak perlu samak, lain laa.. kalau bulu anjing tu basah bla..bla..bla... boleh la nak kecoh2... saja jer... blogger pembangkang nak buat fitnah nih..."


Gua pulak berkata... "hahaha... itu gambar superimpose tuuuu.... kah...kah...kah...."


hahahaha... semuanya di kira halal beb...


Cuma minah ni.. kena waspada dengan Panglima Jihad, Si Lembu Kulim Pejuang Agama Islam, dan Senatak Ezam Pejuang Agama Islam.... sebab kalau diorang tau minah nih bela Sexuan... sudah pasti minah nih akan di tentang habis-habisan.... takda chance mau bela itu Sexuan lagi dah... hahahaha....



sumber nya : dari sini


BERADA DI HUJUNG MATA PISAU...?

on




Lebih sebulan selepas satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pemerintah Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen yang dipilihmewakili kedua-dua parti akan ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pilihan raya. Langkah itu datang kerana kerajaan Najib menghadapi peningkatan tekanan dalam pelbagai bidang politik, termasuk cabaran spekulasi kepada kepimpinan beliau dari dalam parti sendiri. 

Pengumuman Najib telah ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menenangkan keadaan tidak tenang tentang integriti proses pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan sebelum pertengahan tahun 2013, dan untuk mencegah apa-apa perhimpunan dari berlaku lagi,beliau telah bersdia dengan strategi baru . Parti politik pembangkang telah mendakwa pilihan raya adalah struktur yang ditubuhkan untuk memihak kepada Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO) dan gabungan parti yang membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN). 
Pada 9 Julai lalu , pihak berkuasa polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,600 orang, termasuk ahli-ahli politik pembangkang. Perhimpunan tersebut, yang telah dianjurkan oleh Gabungan yang diterajui oleh masyarakat sivil bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil, atau Bersih telah hadir dan menyatakan bantahan di jalanraya . Kumpulan itu telah mendesak agar pihak kerajaan untuk membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berulang dan tempoh kempen yang lebih panjang. 


Satu lagi permintaan utama ilah agar merombak sistem pengundian pos untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara dan di luar kawasan pilihan raya mereka , agar mereka dapat mengundi tanpa wakil yang boleh mengundi untuk mereka . Bersih menegaskan bahawa anggota polis dan tentera, yang kini dianggap antara yang paling kontroversi iaitu mengundi dengan "undi pos" khas di luar pandangan umum, mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika mereka tidak bertugas pada hari pilihan raya. 


Sejak tindakan keras 9 Julai, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa semua senarai yang di sediakan adalah betul dan tepat walau beberapa contoh dan bukti yang telah di ragui oleg pihak pembangkang yang mengeluarkan dan mngesan bahawa terdapat pengundi bukan warganegara di daftarkan sebagai pengundi.Walau punmendapat tekanan dari masyarakat dan rayat jelata , pentadbiran najib masih lagi berdalih dan berjanji aan mereformasikan daftar pilihanraya , namun belumpasti sama ada pihak pemerintah dan pembangkang dapat menerima apa yang dilakukan kerajaan di bawah pemerintahan Najib.

Pihak pembangkan dan rakyat sebaliknya mahukan kerajaan memperkenalkan dakwat kekal seperti yang dituntut oleh Bersih,namun kerajaan kerajaan Najib akan menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi pengesahan pengundi. Cadangan yang telah bertemu dengan keraguan yang meluas sama ada satu sistem yang rumit boleh siap menjelang pilihan raya akan datang dan jika ia benar-benar dapat mencegah manipulasi dan mengulangi mengundi. 

Tanpa jaminan reformasi yang telus bermakna pilihan raya dalam masa diadakan raya umum, cadangan jawatankuasa parlimen yang dipilih pilih "tidak berguna dan tidak boleh diterima," kata ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang. Beliau menegaskan bahawa Najib perlu "memberi jaminan mutlak bahawa tidak akan bermakna reformasi pilihan raya ketika pilihan raya umum yang akan datang diadakan jika semuanya masih tidak jelas dengan pembahruan dalam senarai pemilih yang berdftar didibersihkan". 

Puluhan ribu yang hadir di perhimpunan Bersih bulan lalu - walaupun telah dihalang dengan berbagai cara - telah meletakkan pentadbiran Najib mengenai pertahanan dan kekuatan politik pada masa yang sama memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) pakatan pembangkang mengenai sokongan terhadap apa yang telah mereka tntut dalam BERSIH . Dalam masa yang sama ianya dikatakan meningkatkan spekulasi mengenai sama ada Najib dapat menghadapi cabaran dalaman oleh puak-puak yang bercita-cita tinggi dalam UMNO sendiri untuk menjathkan beliau. 

Analisis telah tertumpu kepada cita-cita timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang juga berfungsi sebagai menteri pendidikan. Muhyiddin telah dilihat sebagai insan yang sama-sama naik dengan Najib dan yang mendahului Najib, Abdullah Badawi, melalui komen yang bertentangan mengenai isu-isu utama dalam tahun-tahun kebelakangan ini. 

Pada bulan Mac, sebagai contoh, Muhyiddin memberikan jawapan yang kontroversi apabila beliau mendakwa beliau adalah "Melayu pertama" dan barulah "Malaysia", suatu kontradiksi yang seolah-olah dasar Najib "1Malaysia" yang bertujuan untuk merapatkan berbagai etnik dan menggalakkan identiti Malaysia. 


Muhyiddin, yang mula-mula dibawa masuk ke dalam Kabinet pada awal tahun 1980-an di anggap sebagai orang kuat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, dilihat bersama dalam beberapa kumpulan yang akan bersekutu dengan bekas bosnya dan anak lelaki ketiga , Mukhriz Mahathir, yang kini berkhidmat sebagai timbalan menteri dan dipercayai mempunyai cita-cita politik yang lebih tinggi. 

Dinamik huru-hara

Mereka yang berada di dalam UMNO dan percaya adanya kekecohan dalaman yang sedang bergelora itu juga berkemungkinan didorong oleh penyiasatan di Perancis di atas penjualan kapal selam Scorpene Malaysia di bawah perjanjian yang dibuat dalam tahun 2002, ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri .Suaram kumpulan hak asasi manusia Malaysia yang bertindak bagi pihak, peguam Perancis membuat aduan kepada penyiasat Paris yang menyelesaikan sesuatu tawaran yang sama di Perancis untuk menubuhkan sama ada sogokan telah dibayar ke atas pegawai-pegawai Perancis dan luar negara berkaitan dengan kapal laut yang dijual oleh DCNS,salah sebuahnya syarikat pertahanan tentera laut. 

Perhatian yang tertumpu di Malaysia ialah mengenai bayaran yang didakwa berjumlah 114 juta euro (US $ 167,8 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd berkaitan dengan pembelian kapal selam. Firma itu adalah anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana isteri bekas pembantu Najib Abdul Razak Baginda dilaporkan pemegang saham utama . Najib adalah Menteri Pertahanan pada masa itu. 

Walaupun kes di Perancis adalah terhad kepada siasatan rasuah, ramai di sini percaya ia akan berkait rapat dengan pembunuhan dan pengeboman di Malaysia ke atas seorang wanita Mongolia, yang dikatakan menjadi penterjemah ketika berurusan dengan pembelian kapal selam berkenaan . Menekankan sensitiviti kes itu, peguam Perancis, William Bourdon yang ditahan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur bulan lepas semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis yang di anjurkan oleh Suaram dan menerangkan mengenai perkembangan penyiasatan dan untuk mengumpul dana untuk kos undang-undang. Beliau segera dihantar pulang, delian kapal selam di imana beliau berazam untuk menyisat dan mendedahkan kebenaran berkaitan dengan apa yang telah berlaku dalam kes pembunuhan tersebut berkait rapat dengan pembelian kapal selam diPerancis itu. 

Sejak beberapa bulan lepas, kontroversi tercetus apabila ia telah mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah mengeluarkan panggilan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk menarik balik semua saman sivil terhadap Tajudin Ramli, salah seorang tokoh korporat yang mempunyai hubungan semasa era Mahathir. 


Kerajaan telah dilaporkan membuat keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah semua saman terhadap bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. Syarikat penerbangan itu telah membuat aduan terhadap Tajudin berhubung dengan kerugian besar yang ditanggung apabila beliau menerajui pada tahun 1990-an. 

"Satu penyelesaian [di luar mahkamah [akan di kesan ... menghalang kebenaran yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerugian yang ditanggung daripada diturunkan Al-Quran," kata mingguan perniagaan The Edge. Pemulihan Tajudin boleh dilihat sebagai usaha untuk menutup kes yang amat memalukan di bawah pentadbiran Mahathir. Pada masa yang sama, kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah tidak akan memberikan petanda yang baik bagi Najib yang cuba melancarkan kempen untuk melancarkan pelan transformasi ekonomi. 

Ekonomi tergelincir dan berat terhadap UMNO dan populariti BN. Pertumbuhan ekonomi jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada suku pertama, menurun kepada 3.6% daripada 4.6% pada tahun lepas. Penurunan yang boleh melambatkan apa yang ramai penganalisis percaya kenaikan yang amat diperlukan dalam kadar faedah kepada inflasi yang sejuk, yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tahun yang lalu. Diambil bersama-sama dengan rancangan kerajaan untuk menghapuskan beberapa subsidi harga, peningkatan tentang kos hidup yang lebih tinggi akan menjadi isu utama pada pemilihan akan datang. 

Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak sawit mentah global (MSM) boleh melemahkan sokongan kepada BN di ladang-ladang yang datang di bawah skim kerajaan diuruskan melalui pembangunan tanah, yang secara tradisinya dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Harga penanda aras MSM untuk Oktober di Bursa Malaysia Derivatives Exchange 3028 ringgit (US $ 1,014) bagi setiap tan pada pagi Khamis, turun hampir 25% dari yang tertinggi pad Februari iaitu hampir 4,000 ringgit. 

Dengan peningkatan tekanan masyarakat sivil bagi pembaharuan, soalan baru tentang integriti ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan ekonomi yang kian menjunam , pemerintahan dua tahun Najib kini dikatakan menghadapi ujian terbesar. Haba kepada Najib dari dalam UMNO sendiri yang sedang meluap untuk menekan beliau dan pembangkang dan kesannya ialah kebangkitan yang mungkin akan mempercepatkan dan merumitkan lagi rancangan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan. Ini semuanya dilihat sebagai cubaan najib untuk tidak melakukannya atau melakukannya secepat mungkin.Semuanya masih menjadi tanda tanya.. 


Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERBILLION DUIT RAKYAT HANGUS........?

on





Rupa-Rupanya Berbillion Ringgit Duit Rakyat Hangus Di Sime Darby



SPRM menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milikrakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.

                                                  

 Projek Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini.


Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010. 
Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad.

Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat.

Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan.

Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor.

Beliau turut menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama ‘Rolex’ yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd.

Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.



-Addin 



KOMPOM SOALAN BOCOR

on




Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN.


Dalam kenyataan balas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam yang menyalahkan Pemuda PAS kerana mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera. DPPWP menegaskan, tidak timbul soal Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap mana-mana anggota tentera. Sebaliknya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin perlu melihat kebenaran disebalik pendedahan mereka ini.

Sepatutnya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersyukur kerana masih ada bekas-bekas anggota tentera yang berani menyatakan kebenaran walaupun risikonya tinggi. Tidak ramai yang mampu tampil ke depan membuat pengakuan kerana takut dengan risiko yang bakal menimpa.

Sebaiknya Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyiasat dakwaan ini secara serius. Isu penyelewengan dalam undi pos adalah isu besar dan melibatkan integriti Angkatan Tentera Malaysia. Jika benar dakwaan bekas-bekas anggota tentera ini, maka ATM perlu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kejadian ini berulang. ATM perlu menjadi agensi yang diyakini oleh semua pihak, dan ia perlu mengelak diri dari cenderung kepada mana-mana parti politik.

DPPWP percaya bahawa Pemuda PAS tidak menuduh anggota tentera sebagai pengkhianat kepada negara. Bagi DPPWP, anggota tentera ini adalah golongan yang setia kepada negara. Malangnya kesetiaan mereka disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dengan pengakuan bekas-bekas anggota tentera ini, membuktikan bahawa undi pos tidak lagi boleh dipercayai kerana ia adalah talian hayat UMNO-BN selama ini. Justeru tidak hairanlah banyak kawasan sama ada Parlimen dan DUN yang mempunyai undi pos, undi yang diperolehi oleh calon BN amat tinggi mendadak.

Dalam keadaan sekarang, negara tidak berada dalam keadaan terdesak untuk diadakan sistem undi pos. Setiap rakyat sepatutnya diberikan kebebasan bagi memilih pemimpin  atau parti politik mereka tanpa ada sekatan, kekangan atau melalui sistem berasingan. Oleh itu, DPPWP mencabar kerajaan sekiranya benar kerajaan BN mahu memenangi pilihanraya dengan sokongan popular rakyat Malaysia, hapuskan segera undi pos dan benarkan anggota tentera dan pihak yang berkaitan mengundi seperti biasa.

Sampai bilakah UMNO-BN mahu berpaut kepada undi pos dan dikenali oleh rakyat sebagai wakil pos? Buktikan kehebatan UMNO-BN dipentas politik dan bertarunglah secara anak jantan di padang yang sama rata. Ketika itu barulah kenal langit itu tinggi atau rendah.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



SIAPA KENA TIPU...?

on



azlan

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya tidak akan membawa sebarang erti sekiranya pilihan raya umum dilangsungkan dan jawatankuasa itu kemudiannya dibubarkan.

BERSIH 2.0 hari ini menyatakan kekecewaannya atas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilih raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan PSC.

"Ini menyalahi tujuan dan semangat pembentukan PSC yang mana ia bermaksud menyelesaikan amalan pincang yang serius dalam proses pilihan raya.

"PSC akan menjadi tidak bermakna sekiranya parlimen dibubarkan sebelum sempat membentangkan laporannya kepada parlimen," kata kenyataan bersama jawatankuasa pemandu BERSIH.

BERSIH menegaskan tuntutan bahawa pilihan raya tidak ditangguh melainkan cadangan tindakan segera seperti berkaitan pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal dan pendaftaran automatik dilaksanakan.

BERSIH juga berkata menjadi keutamaan PSC menjadi suruhanjaya diraja bagi mengkaji isu yang lebih besar berkenaan pilihan raya dan demokrasi seperti sistemnya, pertimbangan menyeluruh undang-undang pilihan raya dan keanggotaan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



MISMAH TIDAK DIBAYAR....?

on



mismah in sinar harian 140811 front page story image

Selepas dua minggu mencuri perhatian ekoran dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam, Mismah -- pekerja di sebuah syarikat jualan langsung -- kini enggan diwawancara pihak media.

Baginya, cukuplah berita yang ditulis tentang dirinya oleh pelbagai media sejak hari pertama disiarkan sehinggalah dikunjungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini.

Ketika ditemuiMalaysiakini di gerai tempat wanita itu berniaga di ibu negara semalam, Mismah -- anak kelahiran Bawaen, Indonesia -- itu bagaimanapun masih mesra dan ramah berbual.

Jelasnya, beliau cuma tidak mahu lagi kenyataannya dipetik media mahupun gambarnya di gerai itu dirakamkan, walaupun dipujuk berkali-kali.

"Sudah banyak tentang diri saya ditulis," katanya petang semalam menjelang waktu berbuka puasa di gerai kecil 10 kali 10 kaki di depan sebuah kedai baju di pusat bandar Kuala Lumpur.

Selepas bekerja sebagai tukang sapu di sebelah siang, pada malamnya beliau mengambil kesempatan meniaga sempena hari raya yang bakal tiba hujung bulan ini.

Ketika kunjungan itu, Mismah, 47 kelihatan menunggu pelanggan di gerai baju kurungnya. Beliau tidak lagi menjual tudung seperti dilaporkan baru-baru ini.

Memandangkan hujan agak lebat pada masa itu, keadaan agak lengang dan tidak ramai mengunjungi gerainya -- tidak seperti kelaziman di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sesak setiap kali menjelang musim perayaan.

Tiga soalan, jawapan off record

Selepas dilaporkan Malaysiakini pada 2 Ogos, isu sama ada ibu kepada empat anak itu merupakan penduduk tetap (PR) yang diberikan hak mengundi hangat diperdebatkan. 

Tambahan lagi apabila statusnya di laman dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar daripada PR kepada warganegara selepas empat jam berita itu disiarkan.

gerai mismah jalan tar 200811 2JPN bagaimanapun sehari selepas itu membuat penjelasan bahawa dakwaan itu tidak benar dan kewarganegaraan wanita itu sebenarnya diluluskan pada 31 Januari lalu. 

Laporan itu disusuli penampilannya kali pertama kepadaSinar Harian pada 12 Ogos -- sepuluh hari selepas itu di mana beliau dilaporkan menolak mendapat kerakyatan mudah melalui "pintu belakang". 

Sebaliknya, jelas Mismah, beliau juga menjalani laluan sukar apabila mendapat kerakyatan setelah menjadi PR selama 29 tahun dan dua kali memohon menjadi warganegara.

Kunjungan Malaysiakini semalam bagi mendapatkan penjelasan bagaimana Mismah mendapat taraf PKR dalam tempoh beberapa bulan sahaja ketika masih belasan tahun dan siapa yang membawanya masuk ke negara ini pada tahun 1982.

Selain itu, masih ramai tertanya-tanya apa yang mendorongnya membuat permohonan baru di Putrajaya setelah gagal kali pertama dan apa yang mendorongnya mendafar sebagai pemilih tidak lama selepas mendapat taraf itu.

Sebahagian daripada soalan itu dijawab oleh Mismah tetapiMalaysiakini tidak dapat menyiarkan atas permintaannya supaya perbualan itu tidak dirakamkan atau off record.

Ketika beredar, keramahan Mismah jelas kelihatan apabila beliau sempat mencadangkan tempat berbuka puasa sekitar kawasan itu kepada pemberita dan juruvideo Malaysiakini.


AKU PUNYA BAHGIAN MANA...?

on Aug 20, 2011






Sambutan Hari Raya Puasa bakal menjelang tiba dan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu kini sedang sibuk mengagihkan peruntukan wang ehsan berjumlah RM60 juta bagi tahun 2011. 

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan jumlah peruntukan 'gula-gula raya' tersebut akan diberikan kepada rakyat miskin, berpendapatan rendah, warga emas termasuk golongan belia remaja. 
Malangnya, pengagihan dana raya itu yang 'sedang rancak berlangsung' masakini, telah berlaku diskriminasi terutama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Penyelaras Dun masing-masing. 

Sumber Skuad Buletin memaklumkan setiap penerima dana raya tersebut dikehendaki melafazkan ‘sumpah’ janji setia akan menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang. 

Bahkan, disetengah tempat setiap penerimanya dikehendaki mengisi borang keahlian Umno terlebih dahulu sebelum pembayaran dibuat oleh pihak Dun atau JKKK. 

Mohd Sabree Yunus (bukan nama sebenar), 30, dari Manir mendakwa terpaksa melafazkan ‘sumpah’ janji setia menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. 

Menurutnya, sumpah ‘Aku Janji’ itu dibuat di pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan di rumah Pengerusi JKKK berkenaan. 

“Hendak buat macam mana, disuruh buat sumpah dengan surah Ya’asin. Saya buatlah sumpah Aku Janji akan sokong BN dalam pilihan raya akan datang. 

“Jika tidak, saya tidak dapat RM300 itu. Saya buat di pejabat Dun dan ada rakan-rakan lain buat di rumah Pengerusi JKKK,” ujarnya. 

Katanya, perbuatan melafaz sumpah taat setia dan ‘Aku Janji’ sambil memegang surah Ya’asin dibuat disemua tempat suluruh negeri Terengganu. 

Beliau diberitahu oleh petugas Dun tindakan seumpama itu terpaksa dilakukan oleh Umno kerana bimbang sokongan rakyat terhadap Umno-BN semakin merosot. 

Seorang warga emas, Mansor Ngah dari Kampung Maras mendakwa pihak penyelaras Dun dan JKKK telah memotong penerimaan dana khas raya. 

Menurutnya, kesalahan yang membawa kepada pemotongan dana raya tersebut kerana telah menyertai satu rombongan melawat negeri kerajaan Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang. 

“Borang permohonan bantuan telah diisi tetapi telah dipotong dari senarai penerima dana raya kerana mengikuti rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. 

Rakannya, Awang Yusuf, 54, mengakui telah dikeluarkan dari senarai penerima sumbangan dana raya beberapa hari lalu. 

Katanya, sebelum ini pernah menerima sumbangan dana raya sebanyak RM400 tetapi telah dikeluarkan dari senarai penerima atas tuduhan menyokong PAS-Pakatan Rakyat. 

[Gambar kiri - dari kanan, Rashid, Awang dan Ibrahim, dari Kampung Maras, Batu Rakit, dinafikan Dana Raya kerana melawat Pulau Pinang] 

“Dulu dapat RM400 tetapi sekarang nama saya telah dipotong dari senarai penerima kerana pergi (ikut) rombongan ke Pulau Pinang, Mei lalu. 

Beliau merupakan seorang buruh kasar dari keluarga berpendapatan rendah serta mempunyi seorang isteri dan 13 orang anak. 

Encik Rashid Ibrahim, 47, dari Kampung Maras menyifatkan pemimpin Umno di peringkat kampung ‘zalim’ dan khianat. 

Beliau sekadar bekerja kampung dan mempunyai lima orang anak tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah. 
Menurutnya, ada di kalangan penerima dana raya dipaksa mengisi borang keahlian Umno sebelum duit tersebut diserahkan. 

“Tahun 2011 ini, nama saya telah dipotong dari senarai penerima sumbangan dana idulfitri. Ini bukti Umno-BN mengamalkan diskriminasi. 

“Saya diberitahu pihak petugas Umno kerana kesalahan menyertai rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” ujarnya. 

Bekas pemain bola sepak Terengganu tahun 60-an, Ibrahim Mat, 63, berpendapat pemotongan dari senarai penerima dana raya bersifat dendam politik Umno-PAS. 

Katanya, Umno mengamalkan sifat pilih kasih dan hanya mengutamakan penyokong serta ahli Umno-BN sahaja. 

“Pemimpin Umno mempunyai sifat dengki, dendam terhadap ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka hanya mengutamakan di kalangan orang Umno dan Barisan Nasional,” jelasnya. 
Manakala, nasib yang menimpa, Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, [Gambar kanan] dari Kampung Tok Dor Luar, Setiu tergolong dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) malang. 

Katanya, pernah menerima bantuan hari raya tersebut sebelum dikeluarkan dari senarai penerima. 

Beliau yang bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM500 sebulan mendakwa telah dua tahun namanya tercicir dari senarai penerima bantuan tersebut. 

“Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). 

“Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu,” ujarnya. 

Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300.








HELLO TAN SRI, TAK SAMA.....!

on




Muhyiddin telah menyamakan rally Bersih sama seperti apa yang berlaku di Britain 2 minggu lepas dalam mana rakyat yang tinggal di kawasan yang melata seperti di Tottenham, Brixton dan beberapa tempat jenayah lain melakukan ‘looting’ dan mengancam keselamatan masyarakat di sana. Dalam kejadian di Tottenham itu beberapa orang anggota polis telah cedera. Saya pun sudah lupa berapa tempat lagi yang amok yang di lakukan oleh pemuda-pemuda di Britain itu. Beberapa buah bangunan dan kereta telah dibakar dalam kejadian itu.

Untuk menyamakan apa yang berlaku di London dengan apa yang di lakukan oleh Bersih adalah tidak berasas dan tidak mempunyai kebijaksanaan langsung. Ianya akan hanya menunjukan sikap Muhyiddin untuk memperbudak-budakan kita semua sahaja. Walauipun beliau seorang Timbalan Perdana Menteri tetapi bila keluar kenyataan seperti ini dari mulut dan pemikiran beliau, maka beliau telah merendahkan mertabat beliau kepada hanya seperti kutu jalanan berfikir.

Jika itu adalah keyakinan Muhyiddin sendiri maka Muhyiddin boleh kita anggap sebagai seorang yang tidak bijak menilai keadaan dan suasana kedua-duanya kejadian itu, iaitu rally anjuran Bersih dan pengganas di London itu. Bagi saya Muhyiddin menganggap kedua-dua kejadian itu adalah sama nilainya ialah untuk menutupi segala kesilapan kerajaan dalam mengendalikan rally anjuran Bersih itu.

Inilah masalahnya pemimpin-pemimpin kita. Mereka sudah menjadi kebiasaan cuba merperbodohkan orang ramai seolah-olah orang ramai di bawah ini semuanya adalah dari gulungan ‘tolol’ yang tidak pandai sedikit pun untuk membuat penilaian terhadap sesuatu yang berlaku. Sikap dan kenyataan Muhyiddin itu hanya akan menjadi ‘self defeating’ bagi beliau dan beliau tidak boleh menyalahkan sesiapa jika orang yang mempunyai pemikiran memandang beliau sabagai seorang politikus murahan dan tidak bernilai.

Tottenham merupakan kawasan yang di diami oleh masyarakat yang kebanyakanya miskin dan tempat itu adalah tempat di mana berlakunya jenayah yang banyak. Begitu juga di Brixton serta beberapa tempat dan daerah lain yang dihuni oleh masyarakat yang agak melata jika di bandingkan dengan daerah dan kawasan sebelah barat kotaraya Metropolitan London. Berjalan kesaorangan di kawasan Tottenham itu tidak begitu selesa kerana tempat itu terkenal dengan kawasan yang banyak kejadian jenayah. Begitu juga di kawasan Brixton, Barking dan sebagainya.

Huru hara yang berlaku yang bermula di Tottenham ini telah dilakukan oleh penjenayah yang menembak dan membakar bangunan dan kenderaan kerana memprotes di atas kematian rakan mereka di tangan polis. Dalam masa 24 jam huru hara telah berlaku di tempat lain di sekitar London seperfti di Enfield dan sebagainya. Yang melakukan huru hara ini adalah dari gulungan yang melata dan miskin dan mereka ini adalah dari gulungan yang tidak mampu mendewasakan diri mereka untuk hidup menempa kemajuan dan mereka adalah dari gulungan yang tertinggal dalam serba serbinya.

Rally anjuran Bersih baru-baru adalah jauh kelainannya. Rally Bersih di anjurkan oleh kumpulan 62 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penganjur telah memohon kebenaran untuk berjalan secara aman tetapi dipermain-mainkan oleh pihak berkuasa. Bersih merupakan isu transformasi dalam sistem pilihanraya yang ramai beranggapan belum jelas kebenaran dan ketelusannya.

Pihak penganjur telah mengadap Kebawah Duli Tuanku Yang di Pertuan Agong dan telah berunding dengan pihak pemerintah walaupun akhirnya rundingan itu gagal.

Jadi jika seorang Timbalan Perdana Menteri boleh menyamakan ‘hooliganism’ di Britain dan Rally anjuran Bersih itu maka saya tidak dapat hendak meletakan Muhyiddin ini sebagai apa. Kalaulah pemimpin tertinggi kerajaan boleh membuat penialaian dan intrepetasi sebegini maka semakin terbuktilah kekurangan keupayaan beliau untuk berfikir

Cara berfikir sebeginilah yang kadang-kadang rakyat merasa muak kerana mereka merasakan seolah-olah mereka dipermainkan dengan perbahasan yang membosankan. Saya berharap pemimpin tertinggi UMNO yang lain tidak meletakan diri mereka begitu rendah pemikiran kerana kata-kata itu mudah di nilai oleh rakyat yang ramai.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu sekarang rakyat sudah yakin yang pihak pemerintah telah merasakan dan mengakui yang rally anjuran Bersih itu telah menempa kejayaan besar yang menyebabkan pemimpin pemerintah hari ini tidak dapat lagi melupakan isu walaupun rally itu sudah lama berlalu. Ramai di antara pemimpin kita masih lagi bercakap merapu dan merepek tentang isu rally anjuran Bersih ini seolah-olah seperti berjalan dijadikan tongkat dan jika tidur dijadikan bantal.

Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan tidak lagi menyebut isu ini kerana ianya akan hanya memberikan markah yang lebih tinggi kepada pembangkang. Yang perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib ialah untuk memperbaiki sistem pemilihan di dalam pilihanraya nanti.

Pihak kerajaan misalnya mesti memperuntukan masa yang sama banyak untuk kedua-dua belah pihak, pemerintah dan pembangkang untuk menggunakan media massa perdana. Perlu diingat yang wang ringgit yang digunakan untuk mewujudkan Radio dan Telivisyen Malaysia misalnya adalah dari wang cukai yang dibayar oleh semua rakyat termasuk pemimpin dan ahli pembangkang.

Kalaulah ahli-ahli parti pembangkang dan pemimpinnya tidak diberikan kemudahan yang sama maka elok dicadangkan supaya semua ahli parti pembangkang dikecualikan dari membayar cukai kepada kerajaan.

Rakyat sudah jemu dengan dakyah dengan niat kotor digunakan oleh parti pemerintah kepada pihak lain yang sama-sama membiayai badan-badan penyiaran itu. 

ASPAN ALIAS



BAGINDA vs UMMI

on




Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya, lapor Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua- dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

"Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

"Bagaiamanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar,” katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda.

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List