KAWAN MAKAN KAWAN...?

on Aug 24, 2011



NONE

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

NONENamun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. 

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.
NONEBeliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. 

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

azlanBeliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.



KOMEN......

  • Izham Ishak ·  Pengulas Tertinggi · Barber/Stylist di Self Employed (Business)
    JIKA NAK TENGOK JEMAAH 2 MENTERI PEROMPAK, PENYAMUN WANG RAKYAT DIPENJARA BAGI PAKATAN RAKYAT PERINTAH MALAYSIA SELEPAS PRU13 NANTI K, RAKYAT MALAYSIA AMAN SELEPAS TU, SEBAB PEROMPAK, PENYAMUN WANG RAKYAT KITA KUMPUL SEMUA SATU PULAU, PULAU JEREJAK
    • Zanuddin Salleh · Kuala Lumpur, Malaysia
      ha ah ah..lepas tu di ganti dengan perompak dan penyangak baru yang tak tahu macam mana rakusnya merompak harta rakyat...sesilap Malaysia pun tergadai ...cantekkkk
    • Naz Bar ·  Pengulas Tertinggi
      Gitu lah orang2 POLITIK bro ....he he he
    • Adam Neuser ·  Pengulas Tertinggi · Sukabumi
      Kurang2 kalo PR naik xde la akan berlaku tu smua dlm tempoh terdekat ni.. mgkin 10 tahun baru nk berlaku..
  • Sheikh Mad ·  Pengulas Tertinggi · Universiti utara malaysia
    NI LA TEMBELANG DALAM POLITIK UMNO, BILA TAK ADA KUASA KAWAN AKAN JADI LAWAN DAN BERKONPERASI MEMBOGELKAN KAWAN SENDIRI, SEMASA ADA KUASA TANGAN DI CIUM DAN PIPI DI TEMUKAN, LIHAT APA JADI KEPADA DSAI BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR..AKHIRNYA ORANG MELAYA KENA TIPU...
  • Ratu Aida Syawal ·  Pengulas Tertinggi
    "3 menteri mahu sy di penjara" - khir.

    Bukan setakat 3 org jer yg nak kamu masuk penjara, kalau hendak tahu berpuluh-puluh ribu rakyat mintak kamu di bicarakan.Baru sedar sapa kawan sapa lawan, mase kapur duit rakyat sama2, sekarang mase kena dakwa kawan2 doa masuk jail pulak.....pity you!
  • Muhammad Yusri ·  Pengulas Tertinggi · Islamic University of Madinah
    perangai umno biasalah..kwn mkn kwn..ble x laku..buang mcm smph..tu la khir..msk umno lg..pani taubat bnyk2 msk PAS.bongkar hbs2 kejahatan umno..ok?
    • Wak Misdar
      Muhamad Yusri.......itu bukan perangai UMNO... tapi perangai sesiapa saja yg ada kuasa...tgk lah YB Hasan Ali baru pertahankan JAIS ckit dah kena belasah dgn rkan politik...n dh ada kata Hasan Ali ajen UMNO...padahal dia setia dgn PAS...
    • Halim Ramli ·  Pengulas Tertinggi
      umno jd bt api!!
    • Bro Rosman ·  Pengulas Tertinggi
      ini le baguihnya PAS boleh berdebat untuk mencari yg terbaik..tak macam umnogok...semua akan yes pada big bosss...
  • Akmal H Harith ·  Pengulas Tertinggi
    dah ko buat salah.. memang la kene masuk jail... podahhh...
    • Azmi Embon ·  Pengulas Tertinggi · Maktab tun salleh
      tak kanlah kawan2 nak wat macam tu....hakim kan bijak sana.
    • Tokgondang Tok ·  Pengulas Tertinggi · Consultant di Self employed
      TOYOLLL,kena 5 tahun pun berbaloi,kamu masih muda,lepas bebas,enjoyy sunggugh2.Kamu udah kaya raya macam pembesar negara ARAB
    • Perisai Ulama · MAYA
      dulu hina penjawat awam bagi penjawat awam penyapu sejak itu doa hang kena lah

AMBIK KAU SAIFOOL...

on Aug 22, 2011




ADA SIAPA NAK SPIN CERITA INI.....?

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.
Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.
“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.
“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.
Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”
Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.
Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.
“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.


CROSS MALAYSIAN BORDER

on





N3 kali ini adalah kiriman sahabat kita yang bernama dibawah sinun, thanks bro... kerana berkongsikan maklumat ini dengan gua dan sahabat2 yang lain.

Gua harap maklumat seperti ini dapat membuka minda rakyat Malaysia betapa BODOH dan BANGANGnya Menteri2 dan khususnya Perdana Menteri dalam Keraaaaa... Keraaaajaan Malaysia selama ini.

Semoga sekali ini, rakyat Malaysia akan bertambah celik dalam memilih calon sebagai Pemimpin Negara, janganlah pilih Pemimpin yang BODOH lagi BANGANG yang sanggup mengadai kedaulatan negara kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI)... demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka.
Where to cross the border...???

Know where to cross the border...,

If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained Indefinitely.

If You Cross The Afghan Border Illegally
You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported

If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER

YOU GET:

MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
A Driving License,
Voting Rights
Job Reservation,
Special Privilege to be Consider as Bumi,
Credit Cards,
Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
Free Education,
Free Health Care,
and if you are a clever dickie, you can be a Menteri Besar or even Prime Minister!

Oh Malaysia, what a great country, The Boleh Land !!

Best regards,
Ahmad Roslan

sumber :- 
http://ikutsukaakuisa.blogspot.com


Pandai tiru, malu mengaku

on






Dalam keadaan serba daif tanpa mempunyai peruntukan dana berbilion ringgit,  Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kajian untuk membebaskan rakyat daripada belenggu ekonomi, dengan menumpukan kepada 60 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Dua minggu setelah jawatankuasa Pakatan tersebut membuat pengumuman itu, kerajaan Barisan Nasional tanpa segan-silu telah meniru pendekatan itu.

Semalam, kerajaan BN mengumumkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu  golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Media melaporkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah  menyatakan kerajaan BN memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.

Pandai tiru, malu mengaku

Walau pun BN malu untuk mengakui ia meniru cadangan pembangkang, ini tidak menjadi hal kepada Pakatan kerana ia adalah sebahagian usaha untuk mewujudkan satu budaya baru, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai.

“Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang menganggotai jawatankuasa bajet alternatif Pakatan.
Beliau menambah, Pakatan telah pun bersedia bersikap terbuka jika BN berhasrat untuk meniru bajet Pakatan, asalkan yang beroleh faedah ialah rakyat jelata.

Liew turut berharap BN meniru idea Pakatan secara lebih meluas lagi, termasuk mengubah dasarnya kerana tumpuan masa kini terhadap kroni mereka sahaja telah menjejaskan kehidupan rakyat.
Apa pun, walau pun memang baik untuk BN meniru perkara-perkara yang baik demi kebaikan rakyat, ia agak memalukan kerana BN terpaksa mencuri idea orang lain tanpa memberi pengiktirafan yang sewajarnya.
Apatha lagi apabila disedari bahawa berbilion ringgit wang rakyat dan hasil negara digunakan untuk mewujudkan pelbagai entiti yang semakin sukar untuk dihafal nama-mana mereka seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan banyak lagi.

Begitu juga dengan program-program ekonomi yang berbunyi seperti kedai cenderamata, contohnya kedai barang 1Malaysia di bawah Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar), yang mana ia pula diletakkan di bawah Projek-Projek Permulaan (EPP).

Apa guna kedai 1Malaysia jika kroni bermaharajalela

Jadi apa peranan kedai 1Malaysia jika masalah ekonomi yang berpunca daripada kemelut ekonomi cpitaan BN melalui kronisme dan salah guna kuasa terus berleluasa?

Masalahnya ialah walau pun puluhan singkatan nama diwujudkan dengan belanja yang amat besar, pembaziran, salah guna sumber kewangan dan member keutamaan kepada kroni masih menjadi amalan lumrah kerajaan BN.
Liew menjelaskan monopoli yang wujud sekarang menyebabkan rakyat menderita kesan kenaikan harga dan tekanan belanja keluarga, dan ini akan berterusan bagi bulan-bulan mendatang.

Sayangnya, apabila rakyat berdepan dengan masalah serius ini, kerajaan BN bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Selain program-program bersifat kosmetik yang indah dengan singkatan-singkatan nama, BN seperti mana biasa apabila gagal menyelesaikan masalah rakyat, hanya mampu menyalahkan pihak luar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dipetik media sebagai  berkata, kerajaan BN tidak mempunyai kuasa menentukan kenaikan harga barang kerana ia “ditentukan oleh pasaran dunia”.
Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN memberi monopoli padi dan beras kepada Bernas atau monopoli kartel MAS- Air Asia yang bakal menghadkan pilihan rakyat dan seterusnya menghadapi kemungkinan kenaikan tambang udara?

Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN untuk memotong subsidi bagi barang dan perkhidmatan keperluan rakyat sedangkan subsidi untuk kroni-kroni dikekalkan?
Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan masalah korupsi, kronisme dan salah guna kuasa kerajaan BN yang menyebabkan ekonomi terbantut?

Mangsanya tetap rakyat jelata

Yang telah, sedang dan akan terus menjadi mangsa jika BN kekal berkuasa ialah rakyat jelata. Malah kalangan Melayu, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah, yang menyangka UMNO dan BN adalah pelindung mereka buat selama-lamanya adalah antara yang paling teruk dilanda kesan kemelut ekonomi negara.
Justeru,  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, sewaktu melancarkan kempen anti-harga barang naik atau “Protes BN” semalam, telah meminta orang Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam.

Beliau berharap orang Melayu meniru sikap positif kaum Cina yang berani bertegas dalam pilihan raya untuk menolak calon-calon dari parti pemerintah yang tidak menunaikan amanah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Beliau turut meminta orang Melayu tidak terlalu emosi dengan bergantung kepada isu perkauman dan keagamaan yang telah dipolitikkan, sebaliknya perlu lebih sensitif kepada isu-isu pembaziran dan rasuah.
Sama ada BN mahu terus meniru idea Pakatan atau tidak, ia bukan persoalan utama. Isunya ialah sejauh mana rakyat sanggup menahan derita dibohongi BN, dan apabila BN terdesak, difitnah pula dengan isu-isu kaum dan agama. – Roketkini.com

Najib, Rosmah, Musa akan disepina

on



azlan

Prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan liwat, akan menyaksikan pihak pembelaan mensepina tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.
NONESepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketepikan permohonan tersebut.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

azlanAnwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.









Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh

on



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.


Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.


Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).
Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.


Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.
Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Anwar mula membela diri dengan menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menghadapi perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.


Katanya, beliau enggan mematuhi arahan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletak jawatan.


Anwar kemudiannya bercakap tentang konspirasi baru, yang menurutnya, dengan plot yang sama, kali ini melibatkan Saiful.


Beliau menafikan tuduhan terhadapnya dan menafikan beliau terbabit dalam sebarang perhubungan seks dengan Saiful, sambil menegaskan bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.


Anwar mendakwa wujudkan pelanggaran undang-undang oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, dalam perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.


Beliau mendakwa, personaliti yang sama ini juga di sebalik konspirasi (baru) terhadapnya, dan memaksanya untuk memutuskan untuk membela diri dari kandang tertuduh.


Anwar memetik Hamlet dalam Shakespeare dan berkata beliau telah dinafikan padang permainan yang sama rata.


Beliau juga mendakwa terdapat tangan ghaib yang terbabit. Beliau juga menyentuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA.


Anwar kemudiannya beralih kepada kenyataan Saiful di TV3 minggu lepas dan mendakwa ia satu lagi percubaan secara terang-terangan untuk menyerang karakternya. Menurutnya, karakter Saiful yang sepatutnya dipersoalkan.


Saiful, katanya, mempunyai skandal dengan seorang anggota pasukan DPP dan dengan seorang lelaki lain."


Anwar juga menyentuh tentang intimidasi terhadap saksi-saksi dalam perbicaraan tersebut.



baca kenyataan penuh Anwar Ibrahim


Anak Muammar Gaddafi ditangkap.

on




TRIPOLI, 22 Ogos — Muhammad Gaddafi, anak sulung pemimpin Libya, telah menyerah diri kepada pasukan pemberontak sejurus selepas adiknya Seif al Islam ditangkap di Tripoli.
Perkembangan ini muncul enam bulan selepas pasukan pelbagai negara di bawah naungan Nato melakukan serangan ketenteraan ke atas Libya ekoran kebangkitan rakyat.
Tentera pemberontak dilaporkan mengepung kawasan pekarangan tempat tinggal Muammar Gaddafi, Bab al Aziziya, demikian menurut wakil pasukan pemberontak dipetik oleh ABC News.
Penyelaras majlis itu, Adel Dabbechi juga mengesahkan kepada Reuters tentang perkembangan tersebut.
Mohamad al Akari, seorang penasihat Majlis Kebangsaan Peralihan berkata jika Muammar masih berada di Tripoli bermakan mereka percaya yang pemimpin mengetuai Libya sejak 42 tahun lalu berada di Bab al Aziziya.
“Malam ini, ia sudah berakhir,” kata Akari.
Pasukan pemberontak memasuki kawasan Tripoli semalam buat kali pertama sejak serangan Nato bermula.
Dalam pada itu, Muammar juga memuat rayuan kedua kepada rakyatnya agar “menyelamatkan Tripoli” daripada serangan pemberontak.
Televisyen kerajaan hanya menyiarkan mesej audio.
Muammar membuat juga membuat rayuan sedemikian petang semalam.

Akta 559

on



"Jika seluruh rakyat wilayah persekutuan mempunyai duit paling kurang rm3000, itu bermaksud seolah olah seluruh rakyat wilayah persekutuan dibenarkan murtad oleh  UMNO. Anda boleh merujuk Akta 559(wilayah persekutuan) yang diluluskan pada tahun 1997. Akta ini bukan diluluskan oleh  PKR, bukan oleh DAP, bukan oleh PAS, bukan oleh MCA, bukan oleh MIC, tetapi oleh  UMNO.

Bagi kesalahan yang bersabit dengan aqidah, akta 559 bahagian 2 kesalahan jenayah syariah seksyen 5 menyebut,:mana mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya.


Bandingkan pula dengan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, seksyen 11 ada menyebut:(1)Mana mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 akta pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama temph yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya.


Biar saya bagi satu ringkasan mudah kepada anda dan contoh yang paling bangang yang UMNO maksudkan dari kedua dua di atas, jika padri kristian dan Dr Asri(bekas mufti) mengembangkan agama masing masing dan ditangkap, jika kedua duanya didapati bersalah di bawah bidang masing masing, maka kemungkinannya paderi akan hanya didenda tiga ribu ringgit tetapi Dr Asri akan didenda lima ribu ringgit.


Soalan terhadap kebangangan UMNO: adakah kesalahan Dr Asri lebih berbahaya dari kesalahan paderi?


Dan yang paling utama sekali kita perlukan perhatikan, adakah hukum hukum yang dipinda dan diluluskan oleh kebanyakan pejabat agama Islam di negeri negeri di Malaysia menepati kehendak syariah Islam sebenar?
Kenapa perlu lari dari hukuman yang ditetapkan oleh hukum sebenar di dalam Islam? Kenapa hanya mementingkan denda duit semata mata? Kenapa cuba meringankan hukuman yang memang berat yang sepatutnya digariskan oleh Islam untuk menjaga kesucian Islam?
Perhatikan hukum hukum tentang zina, qazaf, hudud dan sebagainya, adakah dipinda supaya menepati kehendak Islam atau mengikut kehendak Islam? Siapakah yang meminda dan mengkehendaki ianya berjalan begitu? Pejabat agama kan? Oleh orang orang agama kan? 


Jadi yang bermaksud ingin umat Islam lari dari hukum Islam adalah orang yang dari pejabat agama sendiri dan betapa malangnya ini direstui oleh mufti mufti bangang yang hanya menjaga gaji masing masing.
Ringkasnya, zaman berzaman, di negara mana manapun di dunia ini, gerakan halus memurtadkan umat islam di dunia ini adalah bermula dari pejabat agama sendiri, dengan membawa lari umat Islam dari hukum yang sebenarnya di kehendaki olah Allah dan Rasul.


ramziredang 

Angan-Angan Zaid Ibrahim...?

on




Parti klon Akim yang kini diberi nama Kita akan meletak calon mereka di dua buah negeri. Begitulah menurut ketuanya Zaid Ibrahim. Negeri yang menjadi pilihan ialah Selangor dan Kelantan. Diharap semua orang faham apabila Zaid memilih dua buah negeri itu saja.

Kenapa beliau tidak memilih Pulau Pinang, Sarawak, Sabah atau Johor? Saya nampak acahan itu ada motifnya tersendiri. Beliau akan konsentrek kepada Kelantan. Walaupun beliau kata belum tahu kerusi mana beliau akan bertanding tetapi saya nampak dia akan pilih negeri kelahirannya, Kelantan. 

Tumpuan kepada Kelantan ada strateginya. Zaid diam-diam mengatur strateginya tersendiri. Dia sendiri yakin yang partinya akan kalah berdasarkan sejarah. Belum ada mana-mana parti bebas atau parti serpih menang di Kelantan kecuali Semangat 46 yang bergabuing dengan Pas. Tetapi kenapa dia mengusik untuk letak calon bertanding di Kelantan ialah kerana mahu mengusik Pas negeri berkenaan.

Kemungkin apa yang menjadi strategi Zaid bila dia sebut begitu ia mahu mengugut Pas. Mungkin Zaid ada agenda lain di sebalik rancangannya itu. Boleh jadi dia sengaja berbuat begitu kerana ingin menganggui Pas Kelantan daripada terus memerintah di Kelantan.

Serampangnya mungkin Zaid berharap Pas akan mempertimbangkan tuntutan beliau dalam pilihan raya akan datang. Boleh jadi Kita akan membatalkan untuk meletakkan calon supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang boleh mengugat Pas. Pembatalan itu tentulah dengan syarat-syarat tertentu.

Dalam hal ini misalnya Zaid tidak akan meletakkan calonnya sekiranya Pas sedia memenuhi tuntutan dan keinginannya.

Sudah menjadi pengetahuan umum Zaid bercita-cita untuk mengambil semula kerusi Kota Bharu yang pernah dimenanginya sebelum ini. Adalah mustahil beliau mampu untuk berbuat demikian kalau tanpa bantuan Pas. Jadi di sini kemungkinan Zaid mahu meminta agat Pas memberi laluan kepadanya bertanding satu lawan satu dengan BN dikerusi parlimen Kota Bharu.

Kalau tidak ada mengadakan kenapa dia nampak intim dan pasrah dengan Nik Aziz. Zaid juga nampak jinak dengan majlis-majlis Pas. Sudah tentu sikap itu ada motif di sebaliknya. Tektik seorang musuh berbaik dengan musuh tanpa keinsafan yang tulen sudah lama difahami orang ramai.

Manakala tujuan Kita hendak meletakkan calon di Selangor tidak ada tujuan dan matlamat lain melainkan kerana dendam dan marahkan kepada Anwar Ibrahim dan Mohamad Azmin Ali. Saya rasa perletakkan calon di Selangor itu bukan sangat Kita ada harapan besar untuk menang melainkan menganggui PKR khasnya Pakatan Rakyat saja. Pemimpin Kita dari Selangor pun tidak berapa dikenali orang.

Harapnya pemimpin tidak mudah terliur dengan kompromi yang bakal dicadangkan Kita kelak. Pas Kelantan juga jangan merasa takut dan gerun kepada tindakan Zaid itu sehingga kemungkinan memberikan laluan mudah untuknya menang di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Sejarah dan pengalaman masa lalu bagaimana Pas kena kencing kepada Inchek Ibrahim Ali sewajarnya diingat dan dijadikan iktibar sampai ke Mahsyar. Lagak dan langkah Zaid dengan Kita itu lebih kurang sama saja dengan langkah dan tektik Inchek Ibrahim dengan Perkasa(m). Kedua mereka adalah manusia yang bernafsu besar kelihatan bijak tetapi kebijaksanaan mereka tidak boleh dipergunakan.

Untuk mengelakkan ia menjadi isu hendaknya jangan ada mana-mana pemimpin Pas memberi komen dan reaksi terhadap kenyataan Zaid itu dan anggapkan kenyataan dan agan-angan Zaid dan parti klonya itu tidak pernah wujud. Begitu juga Pas jangan mudah kalau Zaid tiba-tiba bermurah hati untuk memberikan sejumlah wang kepada Pas.

Saya sudah dengar cerita ada pemimpin Pas mengadakan perbincangan dengan Zaid dan perbincangan itu dikatakan melibatkan sejumlah wang. Ia masih dalam siasatan saya dan kalau semuanya jelas saya akan dedahkan.


Mohd Sayuti Omar


GEREJA DIMINTA JAGA LIMA ANAK.

on Aug 21, 2011




UALA LUMPUR, 21 Ogos — Ketika kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja masih belum reda, akhbar tempatan melaporkan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan mempertikaikan tindakan seorang doktor menyerahkan lima anaknya untuk dijaga oleh sebuah gereja. 
Akhbar Metro Ahad, edisi mingguan Harian Metro melaporkan, menurut kenyataan Jais doktor yang tidak dinamakan itu telah melakukan satu kesalahan. Menurut Jais, di bawah Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, menjadi satu kesalahan menyerahkan urusan menjaga anak masing-masing kepada bukan Islam. 
Laporan terbaru ini muncul di sebalik siri tulisan akhbar-akhbar pro-Umno minggu lalu mengenai dakwaan Kristian mahu memurtadkan Muslim. 
Metro Ahad melaporkan bapa terbabit menyerahkan lima beradik terbabit kepada pengurusan gereja selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya. 
Doktor itu enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian. 
Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja. 
Akhbar itu melaporkan kes tersebut terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini. 
Akhbar itu memetik Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh Juhaidi Yean Abdullah berkata, pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan itu. 
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain. 
“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” kata Juhaidi Yean.
Menurut laporan itu, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh. 
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita. 
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain,” katanya lagi. 
Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jais jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan. Presiden Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia Mohamad Isa Ralip memberitahu, Baitul Fiqh boleh memohon hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah. 
“Dalam hal ini, saya memuji pastor yang cuba menghantar anak mereka ke Baitul Fiqh. Ini kerana beliau tahu mengenai sensitiviti agama dan Muslim perlu ada penjaga,” kata beliau.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List