KERAJAAN BARU...?

on Sep 2, 2011






Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional."Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan. 


Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. 


Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat  terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.   


Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.  Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. 


Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik."Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an. Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar.-Tvsnews




Photobucket

Menteri Besar Kedah Akan Ditukar...?

on








Kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesihatannya kurang baik ekoran serangan sakit jantung bulan lalu.

Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dijangka menghadap Sultan Kedah berhubung dengan peralihan kuasa itu.Sebelum itu, Hadi dijangka menemui para pemimpin negeri di Alor Setar mengenai perkara tersebut pada hujung minggu.


Walaupun wujud desakan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menentang cubaan tersebut malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.


Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan dan mereka termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, ialah jurutera awam manakala Mohamad Taulan, 69, seorang peguam.





Photobucket

Media baru gusarkan Umno-BN hadapi PRU13

on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgiIkCptH4tS54TAeMM0CcFwOps-VZL1eckoYjGP3-JqQYPPpMtQ1n7XOyDEiUhsvLNj8LKCJaoUFTGCkB8APVjL1fxOI_ewvPvC8p9aA2JSPhkets9mTvHnfcH9Z-sdpHJ-1_4N0AoZ4s/s1600/internet.jpg



Monopoli media perdana telah dipecahkan oleh media baru dibuktikan apabila jualan akhbar merosot dengan teruk dan pengunjung media baru semakin meningkat dengan mendadak kata Ketua Pe nerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor.

Menurutnya, media perdana ditentukan agendanya oleh penguasa atau pemerintah, berbeza media baru menjadi alternatif yang digerakkan oleh pejuang rakyat yang mahu kebebasan bersuara.


 Kebebasan bersuara ini, telah didekatkan ruangnya oleh kemajuan internet menyebabkan masyarakat ber alih kepada media baru, ujarnya.
“Orang melihat televisyen bukan lagi bagi mendapatkan maklumat sebaliknya sekadar untuk hiburan sahaja.
“Mungkin maklumat dari televisyen relevan di pendalaman tetapi tidak lagi di bandar atau pinggir bandar,” katanya dan ini menyebabkan media baru menjadi sumber bagi mendapatkan maklumat terkini.

Kata Ustaz Riduan, Malaysia antara negara terpantas menggunakan media baru dan internet menurut satu kajian antarabangsa pada 2010 akibat daripada kongkongan atau sekatan kerajaan terhadap media konvensional.
Dakwanya, maklumat yang disalurkan oleh media baru begitu berkesan sehingga mampu menumbangkan pemerintahan rejim seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan mengurangkan majoriti pemerintah di beberapa negara lain seperti di Singapura.

Media alternatif ini begitu pantas sampai ke pintu rumah bagi menjawab isu, mengolah dan sebagainya, ujar beliau.

Katanya, media baru juga berjaya menarik pelbagai kelompok dan mereka mula mengeluarkan pelbagai suara hati berkenaan negara walaupun mereka ini bukanlah terlibat dengan politik.
Keadaan ini tambahnya, menyebabkan Umno-BN ter desak dan terpaksa mengubah cybertrooper dan menyediakan video klip bagi mengimbangi laporan yang ada.

“BN melalui blogger upahannya juga mula memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan dengan cara pecah dan perintah. “Media baru juga bolos kepada anak muda yang merupakan pengundi terbesar pada Pilihan Raya ke-13,” tegasnya.

Beliau mendakwa, media perdana juga telah hilang integriti dan prestasi yang baik apabila sentiasa menghidangkan maklumat yang dimanupulasi untuk kepen tingan Umno-BN.
Ruang demokrasi yang semakin disempitkan oleh pemerintah seperti tekanan hebat jaringan sivil dan kekangan bagi mengekalkan kuasa pemerintah menyebabkan rakyat mula beralih kepada media



Photobucket

Senjata sulit BN terdedah

on



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguDIkyl-9KVnpU7eruZMGJ6ebtLb2bOXxE_O3Xtd64rqNjHBnZt01DX2KWegi-90q-0H4coGdLBlGT8PlPpQipk9ZSJ4cI8gKB5KREl9LUznrCiMvnk7tZcOb0sfegsBsNKsjL6uMgSK6I/s320/pr.jpg


Senjata sulit yang digunakan BN bagi mempertahankan kuasa sejak 54 tahun lalu akirnya terlondeh apabila kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai terdedah.
Bermula dengan warga asing diberi MyKad, pemindahan pengundi Sabah ke Selangor dan daftar induk SPR yang meragukan menarik perhatian ramai.

Malah sehingga kini isu itu gagal dijawab kerajaan BN sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menghakis kepercayaan rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, isu pendatang asing diberi My- Kad mendedahkan kepincangan JPN sehingga boleh membahayakan negara.

“Di Singapura kerajaannya menapis dengan rapi mereka yang hendak diberi taraf warganegara.
Hanya yang mempunyai kelayakan profesional sahaja dipertimbangkan.
“Namun, di negara kita semuanya pakai ambil tangkap muat sahaja tanpa mengenali status individu terbabit. Syaratnya asalkan mengundi BN,”katnya di sini.

Media alternatif dan media baru mendedahkan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih induk SPR Senjata sulit BN terdedah sehingga nama ‘Kg Baru’ didaftar sebagai pengundi.
Selain itu, dikesan ramai yang memiliki dua kad pengenalan terutamanya anggota pasukan keselamatan.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, warga asing bukan sahaja mendapat MyKad sebaliknya didaftarkan sebagai pemilih.

“Hasil maklumat, ditemui ramai warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan China memohon sebagai warganegara.
“Konspirasi itu amat membahayakan negara ini kerana ia boleh mengancam kestabilan rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Pakatan Rakyat merangka gerak kerja yang lebih terkehadapan bagi menangani isu tersebut.

Beliau juga berharap rakyat perlu membuat bantahan kerana ia boleh mengancam kedudukan mereka.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, perdebatan terbuka perlu diadakan bagi merungkaikan isu yang membelenggu SPR dan JPN sekarang.

“Namun, saya tidak yakin pihak Umno dan BN bersedia menyahut cabaran itu. Kalau sekiranya JPN memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata cara yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah.

“Kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi untuk tujuan-tujuan politik.
“Bagi saya beban untuk membuktikan tidak berlaku penyelewengan itu terletak pada JPN,” katanya.
Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, masalah paling serius berlaku sekarang apabila SPR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat kerana tindak-tanduknya sendiri.

“Ini bercanggah dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam,” katanya.
Beliau yang juga mantan Speaker Dun Kelantan berkata, amalan di luar termasuk India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

“Mereka dari sudut disiplin kerja tidak tertakluk kepada kerajaan.
Mereka bukan dari kakitangan kerajaan. SPR di sana mampu menjadi kerajaan sementara apabila parlimen dibubarkan,” katanya.



Photobucket

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

on






Rundingan agihan kerusi di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat masih belum dimuktamadkan manakala pemimpin negeri diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE
Menurut Anwar, masih terdapat beberapa negeri yang masih gagal menyelesaikan rundingan mereka, sementara ada yang hampir memuktamadkan agihan kerusi mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan membubarkan Dewan Rakyat seawal bulan November ini, meskipun mandatnya berlarutan sehingga Mac 2013.


Menurut Anwar, susulan mesyuarat pemimpin Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur minggu lalu, mereka bersetuju supaya semua negeri meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan agihan kerusi.


"Kami telah arahkan semua pemimpin negeri DAP, PAS dan PKR supaya terus berunding dan memberi pandangan masing-masing kerana perbincangan masih terbuka,” katanya."Kami juga dapati ada kenyataan dikelaurkan tetapi saya berpendapat sentimen yang diluahkan pemimpin tidak digalakan ketika perkara itu belum lagi diselesaikan,” katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam.

Photobucket

'Anwar fobia melanda kerajaan BN'

on



NONE

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".

Menurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

"Segala-galanya mengenai Anwar ... sama ada mengenai Yahudi) atau Cina ...," katanya sambil menambah beliau sering diberi gambarkan negatif oleh media yang dikawal oleh kerajaan.

"Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya. 

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh."

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menurut Rais, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Mengulasnya, Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan kerajaan pusat mengadakan majlis berkenaan di Permatang Pauh.

"Sudah tentu kami bangga Permatang Pauh dipilih dan kami juga meminta semua orang datang untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu," katanya sambil menambah beliau tidak menerima sebarang undangan bagi menghadiri majlis berkenaan.

Menurut ketua umum PKR itu, semua penduduk Permatang Pauh, termasuk ahli dan penyokong-penyokongnya untuk hadiri, manakala kanak-kanak harus mengambil peluang untuk medapatkan 'duit raya' mereka daripada Najib.

Sementara itu, mengulas laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center yang mendapati tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Najib telah merosot enam mata kepada 59 peratus, Anwar berkata trend itu sebagai positif.


Photobucket

CINA DIPINGGIRKAN....?

on Sep 1, 2011




Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada diplomat Amerika Syarikat bahawa masyarakat Cina di negara ini berpendapat mereka dipinggirkan tetapi menegaskan beliau hanya menyampaikan sentimen masyarakat itu.

"Saya tegaskan bahawa komen-komen saya itu sebahagian besarnya berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya berhubung sentimen dan persepsi masyarakat Cina susulan kenyataan (Menteri Mentor) Lee Kuan Yew dari Singapura bahawa orang Cina di negara ini dipinggirkan," katanya.

NONELee (kiri) pada September 2006 semasa mesyuarat Bank Dunia - Dana Kewangan Antarabangsa di Singapura berkata masyarakat Cina di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia dipinggirkan - satu kenyataan provokatif terhadap penduduk Cina di sebalik tambak itu.

"Jiran kami, kedua-duanya mempunyai masalah dengan orang Cina. Mereka amat sukses. Mereka berjaya dan rajin dan oleh itu, secara sistematik mereka dipinggirkan," kata Lee.

Diplomat Amerika kemudian meminta ulasan dan pendapat Ong yang berkata masyarakat Cina di negara ini memang menyedari bahawa mereka dipinggirkan.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ong menafikan bahawa kenyataannya berhubung "saki-baki" dan “sisa serbuk” merujuk kepada projek-projek pembangunan kerajaan.

Katanya, perkara itu adalah sesuatu yang diluahkan oleh masyarakat perniagaan Cina.

Teh Hong Piow public bank anniversary 3"Huraian metafora 'saki-baki' dan 'sisa serbuk' adalah kata-kata sebenar yang saya petik daripada beberapa tokoh korporat tertentu yang secara kebetulan dikongsi bersama oleh beberapa peniaga kecil di kawasan saya sendiri mengenai isu itu pada September 2006," katanya.

Ong mengulas isu itu, selepas Malaysiakini Isnin lalu melaporkan kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur yang didedahkan oleh portal pembocor maklumat Wikileaks memperincikan mesyuarat bekas presiden MCA itu dengan pegawai-pegawai kedutaan.

Menurut kabel itu, Ong yang adalah presiden MCA ketika itu, mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

sunway pyramidOng juga dipetik sebagai berkata bahawa "dulu, MCA pernah mendapat saki-baki, tetapi sekarang hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno.

Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuatnya kepada diplomat Amerika berkenaan, Ong yang juga ahli parlimen Pandan, berkata beliau memilih tidak menghebohkan apa yang diperkatakannya itu kerana yakin, perkara tersebut akan menimbulkan kegusaran dalam MCA.

"Sepanjang perbualan, pandangan peribadi yang saya luahkan ialah penilaian saya berhubung sokongan masyarakat Cina kepada BN/MCA pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Saya langsung tidak optimistik.

"Malangnya, apa yang saya sifatkan sebagai hakisan sokongan masyarakat Cina benar-benar menjadi kenyataan dan berubah menjadi gelombang besar tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.”




Photobucket

KENAPA ROSMAH BERADA DISITU...?

on





Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada lokasi pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu "tidak masuk akal", menurut seorang diplomat Amerika Syarikat dalam sebuah kabel rahsia yang dihantar ke Washington DC tiga tahun lalu.

Kabel diplomatik itu dihantar oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dua minggu selepas penulis blog kontroversial Raja Petra Kamarudin membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan itu pada 2006 Oktober.

najib razak and rosmah mansor 1Walaupun tuduhan terhadap Rosmah itu dikatakan "tidak masuk akal", kabel itu berkata ia bersetuju dengan pandangan sebahagian besar rakyat negara ini yang tidak mempunyai keyakinan terhadap integriti penyiasatan pembunuhan Altantuya.

Katanya, tumpuan awam yang berterusan terhadap kes berkenaan juga boleh menjejaskan peluang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin baru negara.

Pada 18 Jun, Raja Petra tmembuat kenyataan bersumpah bahawa dia “dimaklumkan bahawa Rosmah, bersama-sama dengan pembantunya, Norhayati Hassan dan pemangku Kolonel Aziz Buyong - yang juga adalah suami Norhayati - hadir di lokasi pembunuhan sensasi. Itu

Kenyataan bersumpah itu dibuat ketika ketegangan politik di Malaysia dengan khabar angin bertiup kencang bahawa kemungkinan berlaku perubahan dalam kerajaan pada 16 Sept, 2008, melalui paling tadah besar-besaran ahli parlimen BN.

NONEDua minggu selepas pendedahan oleh Raja Petra (kiri), Mohd Saiful Bukhari Azlan, pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat laporan polis mendakwa bahawa dia telah diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 26 Ogos, Anwar kembali aktif dalam politik selepas memenangi pilihan raya kecil di Permatang Puah, kerusi parlimen yang dikosongkan oleh isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, ikrar Anwar untuk mengambil alih Putrajaya gagal menjadi realiti apabila tidak seorang pun ahli parlimen yang meninggalkan BN bagi menyebelahi Pakatan Rakyat.




Photobucket

MAT SABU UNDUR BELAKANG....?

on




NONE


Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. 

Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamAhli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.























Photobucket

ANWAR DIDAPATI BERSALAH...?

on



Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

azlanPerkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

azlan"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List