Profesor tidur terlalu lama

on Sep 12, 2011

NONE

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. 

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

zainal klingPada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.

"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.


KOMEN:-


  • Ived Tapovanam ·  Pengulas Tertinggi
    Saya menentang kuat statement Nik Aziz..... mereka tak Tido! mereka sedang main perempuan....... tak sampai climax dipangil ulas isu sejarah...so air dah naik kepala....buat lah macam macam ayat.....
  • Rizal Hamidi Abdull Halim · Penang Skill Development Centre
    graduan pondok vs graduan university...........clash of the titan.
  • Suhaizan Kayat ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Salbiah Ithnin
    Pedihnya
    • Mat Mut ·  Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      Aku ingat nak saman kerajaan malaysia dan kementerian pelajaran sebab ajar ajaran sesat semasa ambil matapelajaran sejarah di tingkatan 4 dan 5. Saman satu juta ok tak?
    • Yazid Bon ·  Pengulas Tertinggi · New York, New York
      prof boleh buat apa sj asalkan dpt selamatkan UMNO rupanya makan diri Allhah maha berkuasa
    • Sahar Sahat ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mat Mut
      patut la aku gagal ujian sejarah. ajaran sesat rupanye.
  • Ipoh Mali ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Illa Nur
    Kah Kah Kah... Pandai La Tok Guru buat lawak! ingatkan Paklah je kaki tidur.. rupanya Profesor Pun tidur ka... Woitt Zainal Keling dah Buat kajian macam mana Nama Keling tu Boleh dpat.. keturunan Keling ke.. Mamak ke.. Asal usul Bangla ke..India..kah kah kah.
    • Mohan Moses
      Kalau kita ikuti perkembangan sejarah Tanah Melayu kita akan dapat jawapan yang betul untuk soalan si IPoh mali. Masa saya di sekolah rendah ada seorang mamak membuat business di kalangan orang India. Anak anaknya menolong dia jaga kedai. Ada sekali anak mamak tu marah budak india dengan perkataan Keling Babi. Mamak yang secara kebetulanya yang berada di situ memarahi anaknya,orang bodoh dia bukan keling lah,dia orang india,awak yang keling.Baru saya dapat tahu si keling sebenarnya mamak bukan india. Sejarah tak betul tu dah terpesong hingga kita panggil orang India tu keling. Kena kaji sejarah kita dgn betul lah. So you tahu lah kan keling menjajah malaysia hampir 22 tahun.
    • Ezwan Kamarul ·  Pengulas Tertinggi · Managing Partnerdi Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
      hahaha nicely said bro Mohan Moses..
    • Ipoh Mali ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Aisyah Ibrahim
      Semua tercampak kat malaysia.. Kecuali Org Asli.. kah kah kah ramai melayu dari Arab yaman dan Nusantara..
  • Penduga Arus · Bekerja di Tukang sapu tangga
    sifirnya mudah jaaa....benda ni dlu2 x kedengaran pn..shinggalah abg Mat kuarkn kenyataan ttg Mat Indera...abg Mat bela Mat Indera sbg pejuang kemerdekaan krn menentang British..knp org tu akn nmpak hero klu lawan british? sbb sdah maklum bhawa british mmg jahat dn niat menjajah negara2 lain terutamanya negara2 umat islam.

    benda ni smua ada tulis dlm subjek Tayyarat Fikriah.org amek usuluddin depa tau laa..barat jajah tanah islam antaranya sbb nk balas dendam kalah masa perang salib dlu.jd utk tidak mahu bg nmpak british ini sbg penjajah, maka prof kang kung otomatik tukaq fakta dgn mengatakan tanah melayu x pnh dijajah.maka abg Mat tetap salah krn mmbela Mat Indera yg mnyerang adik beradik british yg menaungi dn melindungi tanah melayu tika itu...

    klu khilafah uthmaniah yg dtg menaungi aku percaya 100%. prof ka ulama ka akn jd bodoh bila mmbela kebatilan.


Photobucket

NAJIB TIMBANG MANSUH ISA MENJELANG PRU-13...?

on



Datuk Seri Najib Razak(gambar) kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.

ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.

The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.

“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang  telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.

Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.

Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.

Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.

Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.

ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.

Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.

“Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib ketika itu.-HD





Photobucket

Wartawan Utusan Kutuk Utusan...?

on




Photobucket

Malaysia tak dijajah

on



Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).
“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.
Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.
Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.
Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”
“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.
Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

sumber dari  sini dan  sini  dan juga  sini

Photobucket

Kompom Akan Berlaku

on



Mungkin ada penyokong Pakatan Rakyat tidak akan berpuas hati dengan pendapat Penganalisa Politik ini.

Bagi aku ianya adalah benar dan aku memang yakin ianya pasti berlaku tetapi analisa itu aku yakin belum lengkap dan menyeluruh..

Kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang masih tak sedar-sedar lagi tu teruskan mimpi ke Putrajaya anda!!

Jangan dengar kritikan dari akar umbi.. teruskanlah dengan anggapan bahawa mereka yang mengkritik itu hanyalah untuk menjahanamkan Parti bukannya membawa kebaikkan untuk Parti.


Anggaplah juga mereka yang mengkritik itu telah dibayar oleh UMNO untuk mengkritik demi kebaikkan Parti.

Dengarlah hanya dari pembodek-pembodek yang mencari makan dalam Parti kerana mereka tiada kepentingan peribadi kononnya...

Juga jangan dengar pendapat akar umbi tapi dengarlah dari pihak atasan dalam meletakkan calon tapi letaklah calon pilihan korang...


Undi India: Ada pemimpin Pakatan akan tumbang...

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka tumbang sekiranya undi masyarakat India kembali memihak BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mangsa hayunan politik pengundi India itu mungkin termasuk ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Dzulkefly Ahmad dari PAS yang memegang kerusi Kuala Selangor.

Turut dikatakan akan terjejas termasuk kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok dan kerusi pengarah penerangan PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Seri Setia.

"BN mampu menang sehingga sembilan kerusi parlimen tambahan jika 30 peratus undi (masyarakat India) kembali kepada parti pemerintah," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming di sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Forum anjuran Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) ini mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai 'pertempuran memenangi hati dan undi masyarakat India'.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, menurut Ong (kanan), jika hayunan itu berlaku, tidak kurang 14 akan berjaya diramapas semula oleh BN.

Malaysiakini


Photobucket

Di Sihir Menggunakan Gambar FaceBook

on


Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.



Photobucket

Satu Lagi Penipuan Di Bongkar

on


Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting.

Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung.

Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.

"Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri - tiada ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle.

Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia, 31 Ogos yang lepas.

PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat - jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia.

Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama

Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya.

Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana.

Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan.

Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib 'menjadi sumber inspirasi' mereka.

"Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan," Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. "Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami."

Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya.

Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air.

"1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia.

Itu tidak mengapa.

Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , "kata Najib.

Dusta lagi!

Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka.

Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri.

Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-katanya.

Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib.

"Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan.

Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu.

Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu," Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata.

"Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami.

Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian."

Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa.

Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia.

Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC.

Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk 'menipu' penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut.

"Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti 'hebat' dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut" naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.



sumber dari  sini
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List