Profesor tidur terlalu lama

on Sep 12, 2011

NONE

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. 

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

zainal klingPada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.

"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.


KOMEN:-


  • Ived Tapovanam ·  Pengulas Tertinggi
    Saya menentang kuat statement Nik Aziz..... mereka tak Tido! mereka sedang main perempuan....... tak sampai climax dipangil ulas isu sejarah...so air dah naik kepala....buat lah macam macam ayat.....
  • Rizal Hamidi Abdull Halim · Penang Skill Development Centre
    graduan pondok vs graduan university...........clash of the titan.
  • Suhaizan Kayat ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Salbiah Ithnin
    Pedihnya
    • Mat Mut ·  Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      Aku ingat nak saman kerajaan malaysia dan kementerian pelajaran sebab ajar ajaran sesat semasa ambil matapelajaran sejarah di tingkatan 4 dan 5. Saman satu juta ok tak?
    • Yazid Bon ·  Pengulas Tertinggi · New York, New York
      prof boleh buat apa sj asalkan dpt selamatkan UMNO rupanya makan diri Allhah maha berkuasa
    • Sahar Sahat ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mat Mut
      patut la aku gagal ujian sejarah. ajaran sesat rupanye.
  • Ipoh Mali ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Illa Nur
    Kah Kah Kah... Pandai La Tok Guru buat lawak! ingatkan Paklah je kaki tidur.. rupanya Profesor Pun tidur ka... Woitt Zainal Keling dah Buat kajian macam mana Nama Keling tu Boleh dpat.. keturunan Keling ke.. Mamak ke.. Asal usul Bangla ke..India..kah kah kah.
    • Mohan Moses
      Kalau kita ikuti perkembangan sejarah Tanah Melayu kita akan dapat jawapan yang betul untuk soalan si IPoh mali. Masa saya di sekolah rendah ada seorang mamak membuat business di kalangan orang India. Anak anaknya menolong dia jaga kedai. Ada sekali anak mamak tu marah budak india dengan perkataan Keling Babi. Mamak yang secara kebetulanya yang berada di situ memarahi anaknya,orang bodoh dia bukan keling lah,dia orang india,awak yang keling.Baru saya dapat tahu si keling sebenarnya mamak bukan india. Sejarah tak betul tu dah terpesong hingga kita panggil orang India tu keling. Kena kaji sejarah kita dgn betul lah. So you tahu lah kan keling menjajah malaysia hampir 22 tahun.
    • Ezwan Kamarul ·  Pengulas Tertinggi · Managing Partnerdi Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
      hahaha nicely said bro Mohan Moses..
    • Ipoh Mali ·  Pengulas Tertinggi · Friends with Aisyah Ibrahim
      Semua tercampak kat malaysia.. Kecuali Org Asli.. kah kah kah ramai melayu dari Arab yaman dan Nusantara..
  • Penduga Arus · Bekerja di Tukang sapu tangga
    sifirnya mudah jaaa....benda ni dlu2 x kedengaran pn..shinggalah abg Mat kuarkn kenyataan ttg Mat Indera...abg Mat bela Mat Indera sbg pejuang kemerdekaan krn menentang British..knp org tu akn nmpak hero klu lawan british? sbb sdah maklum bhawa british mmg jahat dn niat menjajah negara2 lain terutamanya negara2 umat islam.

    benda ni smua ada tulis dlm subjek Tayyarat Fikriah.org amek usuluddin depa tau laa..barat jajah tanah islam antaranya sbb nk balas dendam kalah masa perang salib dlu.jd utk tidak mahu bg nmpak british ini sbg penjajah, maka prof kang kung otomatik tukaq fakta dgn mengatakan tanah melayu x pnh dijajah.maka abg Mat tetap salah krn mmbela Mat Indera yg mnyerang adik beradik british yg menaungi dn melindungi tanah melayu tika itu...

    klu khilafah uthmaniah yg dtg menaungi aku percaya 100%. prof ka ulama ka akn jd bodoh bila mmbela kebatilan.


Photobucket

NAJIB TIMBANG MANSUH ISA MENJELANG PRU-13...?

on



Datuk Seri Najib Razak(gambar) kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.

ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.

The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.

“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang  telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.

Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.

Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.

Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.

Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.

ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.

Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.

“Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib ketika itu.-HD





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List