GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA

on Dec 29, 2011






Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.


Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.



"Kami di tingkas atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad.

Beliau pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui operasi memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.

Saya kemudian mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan sama.

"Itu adik kepada pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau.


Pasukan beliau kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di kilang terbabit. 

Suspek dan adiknya berasal dari Raub, Pahang.

Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit.


Shana kemudian disoal siasat di rumahnya.


"Kenapa kamu menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan Tamu.


Shana terkedu buat seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya membuka mulut.

"Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.

Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.

"Kamu dapat berapa ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan Tamu.

"Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.

Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.


"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.

"Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.

Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.


"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.

Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.

"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.

"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.

Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.

Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.


Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong. 


Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.

"Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana. 

Dari raut wajahnya, saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya dijadikan habuan seks oleh Iko.  


"Kawan dia cakap tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang bercakap," terang Shana kepada pegawai dan anggota polis bertugas.


Kira-kira jam 6 petang, rumah sama diperiksa.


Bilik teman lelaki Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.



Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.

"Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata ASP Hazri.

Beberapa saat kemudian telekung Shana dihulurkan oleh anggota polis berpangkat Kopral dan saya difahamkan telekung itu ditemui  di bilik Iko.


"Tengok ini, teman lelaki dia bercadang untuk membawa Shana balik ke negara asal dia pada 17 Disember lalu. Mungkin untuk menyambut Krismas bersama keluarga di sana," kata pegawai polis berasal dari Perak sambil tersenyum.


"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.

Shana menganggukkan kepala.

"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.

Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.

"Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.

Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.

"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.

Dia kemudian dihantar oleh anggota polis bertugas ke pejabat JSJK di Bukit Aman sementara satu lagi operasi diaturkan oleh pasukan sama.


Barikutan aduan orang ramai, hampir jam 7 malam, kami bergerak ke Batu 13 1/2 Puchong, Selangor. Sewaktu memasuki kondominium mewah itu, saya dapati penempatan terbabit dihuni ramai warga Afrika.


Jam 8.26 malam, ASP Hazri mengetuk pintu rumah berulangkali dan memperkenalkan diri.


Pegawai dan anggota memerhatikan pergerakan di dalam rumah sambil mengawasi jika tanpa diduga suspek bertindak membuang dokumen ke bawah dari tingkat 16.


2 minit kemudian, pintu cuba dipecahkan.


Melihatkan tindakan nekad pasukan polis, lelaki warga Nigeria bertubuh tinggi pantas membuka pintu untuk membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.


Seperti dijangka dari awal, mereka sukar menerima arahan, degil. Namun pengalaman dimiliki pasukan terbabit bukan alang-kepalang. Mereka sudah memahami setiap tipu-helah sewaktu berhadapan dengan warga berasal dari benua Afrika itu.


Sebaik tangan digari, mulut mereka juga tertutup rapat. Pegawai dan anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan secara teliti.

"Laptop dan pen drive disorokkan di siling bilik air!," jerit anggota.

Pegawai bertugas lantas memeriksa ruang dimaksudkan.


3 suspek berusia di antara 24 dan 31 tahun itu menjadi saksi ketika pemeriksaan dilaksanakan. Mereka mendakwa pelajar kolej swasta mempelajari bahasa Inggeris.

Untuk rekod, mengikut etika kewartawanan, saya dikehendaki melindungi identiti mereka kerana semua lelaki diberkas, berstatus suspek dan belum disabitkan bersalah oleh mahkamah.


Hairan, biar pun berstatus pelajar, mereka mampu menyewa kondominum mewah tetapi menggunakan nama wanita tempatan.


Pen drive dirampas didapati mengandungi pelbagai dokumen dan gambar meragukan.


Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui. 


Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.


Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina. 

Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.


Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.


Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.


Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.


Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.

Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika. 


Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.



Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.



Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.


Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.





Photobucket

Apa Khabar Presiden MCA...?

on




Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.




Photobucket

Samira Hero Ujian 'Dara'

on



KAHERAH: Seorang wanita Mesir yang menuduh tentera mencabul kehormatan tahanan wanita di penjara kini dianggap 'hero' kaum Hawa di negaranya selepas mahkamah mengarahkan tentera menghentikan amalan itu yang dilabel 'ujian kononnya untuk menentukan seseorang masih dara atau tidak.' 

Kes itu difailkan Samira Ibrahim, 25(gambar), yang mendakwa dipaksa tentera untuk menjalani ujian itu pada 9 Mac lalu selepas dia ditahan semasa menyertai protes di Dataran Tahrir.

“Kes ini adalah untuk semua wanita Mesir, bukan saja saja. Saya rasa amat kecewa. Saya dicederakan dan tidak menyangka askar boleh bertindak begitu. Satu perkara yang diberitahu ayah saya ialah hanya undang-undang akan membantu kamu,” katanya.

Pengurus pemasaran itu mendakwa menerusi video YouTube dikenakan kejutan elektrik atas tuduhan menjadi pelacur. Dia diarah menanggalkan pakaian di depan askar dan diperiksa oleh lelaki di hadapan sekumpulan anggota tentera yang mentertawakannya. 

Doktor tentera yang menjalankan ujian itu kini berdepan dengan perbicaraan pada 3 Januari depan di mahkamah tentera, menurut stesen televisyen kerajaan.Jeneral yang memerintah menafikan anggota tentera menjalankan ujian itu dan tidak meminta maaf.

Ketua perundangan tentera, Jeneral Adel el-Mursi, berkata penghakiman itu tidak boleh dilaksanakan kerana tentera tidak menjalankan ujian dara secara paksa, menurut laporan agensi berita MENA. 

Seorang lagi jeneral yang enggan disiarkan namanya dipetik sebagai berkata ujian itu dijalankan hanya untuk melindungi tentera daripada tuduhan merogol. 

Minggu lalu, tentera mengumumkan penyiasatan terhadap insiden itu. Organisasi hak asasi manusia pula percaya, banyak lagi ujian seumpama itu dilakukan askar.

“Mahkamah mengarahkan pelaksanaan prosedur ujian dara terhadap gadis dalam tahanan tentera dihentikan,” kata hakim Mahkamah Pentadbiran Kaherah, Aly Fekry sambil disambut tepukan gemuruh orang awam yang mendengar keputusan itu.

Samira adalah seorang daripada tujuh wanita yang mendakwa mereka diarah menjalani ujian itu selepas ditahan tentera. 

Pengurusan jeneral ketenteraan dalam kerajaan peralihan negara itu mengundang kritikan hebat daripada aktivis hak asasi tetapi laporan layanan buruk wanita di tangan askar ketika ditahan meningkatkan kemarahan rakyat Mesir.

Antara contoh kekerasan terhadap wanita berlaku baru-baru ini apabila tentera dirakam menarik rambut seorang wanita tidak bersenjata, memukulnya hingga menyebabkan colinya kelihatan.-Agensi


Photobucket

Aku Yakin Anwar Akan Masuk Penjara...

on





Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang.

"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri
 
Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayupula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. 

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. 

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.
 
Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..
"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat  bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara  kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

Kalau bab Royalti minyak kelantan majoriti akan sokong hang KULI!!

sumber dari sini

Photobucket

Menakjubkan Dan Merbahaya

on

rel keretapi di tengah kampung 1 BAHAYA!REL KERETA API DI TENGAH RUMAH



Sebuah desa terletak di Hanoi dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ianya terletak amat dekat dengan landasan kereta api.Perkampungan ini dikenali sebagai Kham Thien.Menakjubkan dan merbahaya kerana rata-ratanya bangunan kediaman terletak di’antara kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.
Namun,penduduk di’situ enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian berlaku pada setiap tahun.Walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api,tetapi mereka tetap degil dan masih tinggal di desa tersebut.

Rel keretapi di tengah kampung BAHAYA!REL KERETA API DI TENGAH RUMAH
rel keretapi di tengah kampung 1 BAHAYA!REL KERETA API DI TENGAH RUMAH
rel keretapi di tengah kampung 2 BAHAYA!REL KERETA API DI TENGAH RUMAH



Photobucket

Mamat Ni Hina Islam Tak Kena Ludah Ke...?

on



Tengok betul betul gambar mamat ni. Apa erti nya.
Mana pergi pejuang pejuang melayu islam...perkasa pekida pekena dan banyak NGO yang konon nya memperjuangkan islam. Apa pasal mamat sekor ni tak kena ludah. Begitu juga bila chua soi lek perlekeh hukum hudud semua pejuang islam sonyap.... Pada orang melayu kau orang ada telor....pada orang bukan melayu/islam kau orang tak ada telor......piraaaaaah.


DEY MACHA!!!
BOLEH CUBA BAYANGKAN
KALAU MAMAT NI
TUNJUK JARI TENGAH KAT GAMBAQ NAJIB
PANGLIMA PERANG UMPORNO DAH TENTU KECOH
TAPI KALAU BAB HINA ISLAM
SEKOQ PUN TAK BERANI NAK SOUND
KAH! KAH! KAH!

ITULAH PERJUANGAN UMPORNO 
HANYA MEMBELA ORANG UMPORNO
DEMI SESUAP NASI 
BILA ISLAM DIHINA DIAM MENYEPI
KAH! KAH! KAH!


Photobucket

Ku Li RAMAL BN Kalah dalam PRU 13...???

on






Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.


Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo.

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
sumber :-  dari sini



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List