Kenapa Ayah X Kasi Aku Pakai Tudung

on Feb 3, 2012

Sekadar Hiasan


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA


Photobucket

Nasib Pengusaha Melayu Di Negara Melayu

on



Syarikat Rakyat VS Syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak


1. Kisah benar yang baru berlaku di sebuah jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan pertanian, kedengaran seorang Pakcik merungut di hadapan seorang pegawai;

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

2. Saja kami nak kongsi rungutan orang bawah, bagaimana diskriminasi berlaku dalam jabatan kerajaan yang berbeza mengikut status quo seseorang.

3. Jika disemak syarikat yang banyak didaftarkan sebagai syarikat pembekal atau agen FAMA, kita akan dapati kebanyakannya adalah syarikat proksi kepada pegawai-pegawai FAMA sendiri, yang telah 'membunuh' ramai petani moden Melayu. Beli daripada petani penternak dengan harga murah, supply kepada agensi lain dengan harga mahal. Itulah contoh modus operandi agensi kerajaan yang naaakkk tooolonggg sangat Melayu.

4. Kami timbulkan perkara ini berdasarkan pengalaman. Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

5. Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah. Heh...

6. Berapa ramai pengusaha Melayu yang mohon bantuan kerajaan melalui bermacam skim seperti Skim Pembangunan Ekonomi Desa, Skim Amalan Ladang Baik Malaysia, Skim Organik Malaysia, Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita, Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian Bank Pertanian, skim itu, skim ini, yang telah benar-benar berjaya? Wujudkah pengusaha Melayu yang boleh dikategorikan sebagai Warlord dalam industri pertanian? Adakah lebih 10 orang di setiap negeri?

7. Atau hanya mereka yang ada kabel bawah laut macam Salleh, yang dapat surat sokongan Paklah atau Menteri Pertanian saja yang boleh berjaya?

8. Di bawah Muhyiddin dulu, berapa ramai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melahirkan usahawan tani yang bergelar jutawan? Di bawah Noh Omar sekarang, berapa ramai pulak? Ada benchmark atau target untuk dicapai?

9. Maka akan selamanyalah bekalan makanan dalam negara dikuasai oleh kartel Naga pemakan babi.

10. Di Sungai Lui, Jempol NSDK ada potential usahawan tani Melayu terpaksa terkontang-kanting mengurus kolam ternakan dalam sangkarnya. Tiada siapa pun yang nak peduli. Tiada siapa pun nak bantu promosi. Tiada siapa nak bagi bantuan RM250 juta. Mohon pinjaman RM250 ribu pun ditendang ke sana sini. Kawasan kolamnya pun pernah nak diambil oleh MBNS sebelum ini melalui syarikat proksi kononnya nak melombong emas yang tiada emas.

11. Hanya kerana orang rumahnya bukan Ketua Wanita yang ada syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak.

12. Itulah nasib kebanyakan pengusaha Melayu di negara Melayu ini. Ditolongnya tidak, nak dibunuhnya ada lagi!


http://paneh.blogspot.com
Photobucket

Ada Pemimpin Berak Tepi Jalan...?

on



Banyak pihak dari kalangan penyokong kerajaan yang RABUN TENGAH (kalau rabun dekat atau rabun jauh tak ada masaalah) melenting bila ada dikalangan kami bloggers pro BN yang main isu NFC.Kami dilabel dengan macam macam tuduhan yang berkait rapat dengan pembangkang.Seolah olah satu DOSA BESAR bila kami memperkatakan tentang KEPINCANGAN yang melibatkan NFC dengan 'ORP' atau NFC tanpa 'ORP'.

Apakah kerana kami bloggers penyokong kerajaan kami DIHARAMKAN untuk memperkatakan apa jua yang dianggap sebagai SALAHLAKU pemimpin kerajaan?Apakah kalau kita tahu pemimpin kita berak tepi jalan pun kita kena DEFEND mereka bermati matian demi konon nya kita ini bloggers pro kerajaan/Dimana letaknya PRINSIP MENEGUR DAN CUBA MEMPERBAIKI yang wajib pada kita semua...???

Aku siarkan disini luahan rasa sahabat blogger DINTURTLE yang senada dengan aku berhubung kemelut NFC yang dah sampai peringkat MEMUALKAN ini...



NFC - Bukan Semua Yang Tidak Puashati Adalah ProPembangkang !



Dah lama saya nak tulis artikel ni ! Entah kenapa, dipagi yang hening ini tergerak juga jari ini untuk menukilkannya. Biarlah ada kalangan kekawan nak marah saya pun. Rasa bersalah sekiranya saya tak luahkan.

Ramai yang geram tiapkali saya tulis tentang isu NFC. Tak kisahlah ada Orp atau takde Orp kat belakang, pokoknya ramai yang berbulu, kecewa, terkilan, geram, marah dengan kerajaan yang begitu mudah memberi pinjaman mudah 30 tahun, bunga rendah giler, 3 tahun pertama tak payah bayar .... Bukan soal sifat pinjaman itu saja yang menyakitkan hati atau kenapa begitu mudah ia diberikan, atau kenapa diberikan kepada keluarga orang politik yang tidak berpengalaman... malah KESELURUHAN projek itu dipertikaikan.

Masalahnya, bila kita buka mulut mempertikaikan NFC, orang tuduh kita proPembangkang. Tak pun dituduhnya kita dah termakan hasutan Pembangkang. Perlu saya tekankan disini, TIDAK TIMBUL soal pembangkang atau hasutan mereka, ketidakpuasan hati yang dirasai oleh bukan sedikit rakyat terhadap NFC adalah satu luahan yang ikhlas, genuine !

Kalau pembangkang tak mainkan isu NFC pun, ramai yang tak puashati juga. Satu perbezaan ketara, Pembangkang memainkan isu Rasuah, isu nak jatuhkan Shahrizat dan segala tuk nenek berkaitan politik... Kami yang tak puas hati ini lebih kepada KETIDAKADILAN dalam layanan kerajaan yang tidak meletakkan prioriti atau kepentingan kepada mereka yang LEBIH patut diberikan bantuan.

Contoh -  Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) dimana ramai ahlinya adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Saya pasti negeri-negeri lain juga terdapat persatuan yang sama termasuk di Negeri Sembilan sendiri dimana letaknya ladang NFC.

Ramai dari kita pernah mengalaminya, berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi dalam usaha mendapat bantuan dari kerajaan demi memajukan ekonomi diri dan masyarakat. Rasanya tak perlu saya tulis panjang hal ini, semua sudah sedia maklum apa maksud artikel ini.

Bukan soal NFC saja atau yang melibatkan Kementerian Pertanian saja. Senang cerita - KERAJAAN. Cuma sebab NFC dah glamer dan ramai yang mampu relate dengan isunya, maka NFC menjadi perhatian ramai.

Baca lagi dibawah -

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah.

Tiga perenggan dari blogger PANEH klik untuk cerita sepenuhnya ...

Dan dibawah adalah luahan salah seorang pengomen Paneh yang saya yakin adalah pengalaman benar...
pengalaman sy yg minat dlm bidang penternakan, nak dpt bantuan kena buat kertas keje klu tak pandai mampos korang le.. aku pon buat dan dpt bantuan RISDA RM10ribu aku nak buat sendiri semua dan tak nak bg koperasi buat, tu pon buta2 koperasi pekebun kecil ambik 10% dr nilai bantuan,kalau serah koperasi mereka sub plak pd sykt utk buat kandang dan bekal lembu n makanan, sykt tu sub plak pd tokeh lembu atau tukang buat kandang sudahnya sampai kat penerima bantuan da tentu2 sampah2 je la dari RM10ribu tu..

Dek krn mereka selesa mencekik org melayu cara tu.. jd mereka kate kalau nk urus sendiri kena pastikan sume yg dlm kertas keje ade baru risda bayar mereka takut klu bayar dolu duit lesap projek pon lesap betul gak kan. tp cube pikir mane ade org kg ade duit sebanyak tu.. jd nk tak nak serah la kat koperasi dan dpt la sisa2 je..

nie ke usaha meningkatkan pengeluaran daging negara bro... keuntungan segera lebih utama dari matlamat meningkatkan populasi ternakan negara.

org kg aku yg serah kat koperasi dpt la lembu2 bantut yg korang tgk pon letih nk lyn bahkan ade yg bergaduh suruh pembekal bawa blik lembu2 ketot tu...

karenah birokrasi tu usah cite la letih da nk ckp...
dpt tu aku usaha dan tambah duit sendiri hingga ternakan aku pon bertambah hingga ade 70ekor lembu dan kerbau aku... dek krn faham nk dpt bantuan punya la seksa aku pikir nk buat pinjaman tak kisah la mara ke agrobank ke.

g kursus mara sampai 14 ari malang nasib aku psl takde tanah bergeran utk buat cagaran, tanah org tua t adik beradik kecoh.bile tanah tol aku lulus dan abg aku kasi guna geran tanah dia, da mara stop plak pinjaman utk projek pertanian dan ternakan , kate dia org psl yg sudah2 gagal dan tak boleh bayar blik. pulak... mara n menterinye yg bodoh aku gak jd mangsa.. psl ape ?

pslnya org yg tak pernah bela lembu g kursus 14 ari ade tanah buat cagaran dan ade sokongan menteri bute2 je lulus pinjaman beratus2 ribu, sekor lembu tak penah bela alih2 sampai 30-60ekor, bela tak tau,jual tak tau mau tak hancur bro...

pegi plak agro bank psl ade skim ape tah yg tak perlu cagaran janji ternakan ade dan status tanah adalah sah bkn tanah haram... dr tempoh 2 minggu jadi 3 minggu nk tau keputusan. alih di tolaknya permohonan pinjaman tu tp disyor pulak dgn pinjaman yg memerlukan cagaran pulak. bkn byk aku nk pinjaman RM30ribu je tu pon servis mcm sial dan bertambah sial bila tak dpt bro.. hantar surat bantahan kat menteri terbabit langsung takde jwp psl mungkin masalah nie terlalu kecik bg dia...

alih2 suami ketua wanita dpt pinjaman RM250juta atas dasar nk meningkat pengeluaran daging negara konon dan pegi beli kondo sape2 akan terbakar bro... masalah nie bkn aku je yg rasa rupenya byk lg penternak2 dan petani2 yg alami....

Ada teman beritahu tak lama lagi sekumpulan penternak lembu akan mengadakan demo di Putrajaya kalau tak silap, apa kata kita minta keluarga NFC dan Noh Omar mewakili MOA berdepan dengan mereka dan terangkan kenapa mereka perlu beri sokongan kepada NFC !



sumber

Photobucket

Pakatan Rakyat Akan Bungkus Jika Tiada Tindakan

on

Jelajah Hasan Ali Semakin Galak, Apa Tindakan PR...?



SEJAK digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semakin galak merantau ke seluruh negara menyampaikan ceramah IMRnya (Islam, Melayu dan Raja).  Untuk siri jelajah IMR ini sahaja, sudah ada 3 siri ceramah dijalankan, selebihnya adalah program HIMPUN dimana Hasan Ali juga menjadi tulang belakangnya.


Sudah tentu, intipati ceramahnya tidak lain dan tidak bukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat, terutama kepimpinan kerajaan negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS yang dikatakan berlawanan dengan Islam dan undang-undang syariah negeri Selangor sendiri.

Tanggapan sesetengah dari pengamal media baru pro Pakatan Rakyat yang mengatakan siri jelajah Hasan Ali tidak akan mendapat sambutan, tampak meleset sama sekali. Dua hari lepas di Jalan Kebun Bunga, lebih 2,500 orang hadir menyaksikan ceramah Hasan Ali.  Di Bangi, 1 hari sebelum Jalan Kebun, penulis mendapat maklumat 3,000 orang hadir, manakala di Bukit Gantang seramai 10,000 orang.


Memang kalau diikutkan dari segi jumlah, ianya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan ceramah-ceramah politik yang diadakan oleh Anwar, Mat Sabu dan sebagainya, tapi perlu diingat ceramah Hasan Ali bukan berkenaan politik, sebaliknya berkenaan dengan IMR tetapi menyelitkan unsur-unsur politik.

Dengan itu tidak hairanlah kenapa hanya orang Islam sahaja yang menghadiri ceramah tersebut dibanding ceramah politik yang dihadiri pelbagai kaum.  Walaupun begitu, ceramah Hasan Ali masih mampu menarik ribuan pengunjung.

Dalam masa yang sama, penulis lihat tidak ada satu pun aktiviti ceramah yang diadakan untuk menyaingi ceramah Hasan Ali oleh kepimpinan PAS mahupun oleh kerajaan Selangor sendiri. Dari pemerhatian penulis, bahayanya ceramah Hasan Ali, dia memulakan 20 minit atau 30 minit pertama ceramahnya dengan perkara-perkara asas mengenai akidah Islam, sebelum perlahan-perlahan mengecam pentadbiran kerajaan Selangor, DAP, PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya. Paling teruk PAS lah.

Dalam setiap ceramahnya itu, Hasan Ali akan menjadi penceramah yang terakhir, sesuai dengan statusnya sebagai ‘bintang’ dalam majlis ceramah tersebut.  Dia juga yang akan membaca doa penutup majlis, yang seakan menjadi trademark popular dalam siri ceramahnya sekarang sehingga dikhabarkan ada hadirin yang menitiskan air mata mendengarnya.

Justeru, nak menentang Hasan Ali dari segi politiknya semata-mata agak sukar kerana statusnya yang ‘neutral’ dari mana-mana parti politik setelah dipecat dari PAS. Hasan Ali sebenarnya pun tidak perlu menyertai UMNO, dengan membawa isu-isu berkaitan IMR ini sahaja, Hasan Ali sudah secara tidak langsung menyertai UMNO melalui ‘perjuangannya’ yang sangat mirip dengan UMNO.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menyaingi ‘tsunami politik’ yang dijanjikan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Pada pandangan penulis, PAS dan Pakatan Rakyat perlu menghadirkan penceramah-penceramah yang tidak terlalu ketat dengan fahaman politik untuk menyaingi ceramah Hasan Ali.

Paling tidak menghantar kumpulan ‘pengacau’ untuk menganggu kosentrasi ceramah Hasan Ali kerana dari maklumat yang penulis terima, Hasan Ali tidak sahaja berceramah, malah juga berinteraksi dengan penonton ceramahnya secara tidak langsung.

Dan ia perlu diadakan segera kerana jika dibiarkan, itu membawa maksud apa jua yang dituduh Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat adalah benar!!

Suara Pakatan Rakyat



Photobucket

Blogger UMNO Berperang - Part 3

on



Image



Minggu yang penuh kontroversi terhadap diri dan laman web www.umno-reform2.com. Sesuatu yang menunjukkan keprihatinan dan penelitian terhadap laman ini dan kehadiran saya dalam dunia siber ini. Terima Kasih. Hakikatnya untuk persoalan mengenai laman web www.umno-reform2.com dan nama saya Anuar Mohd Nor senantiasa terbuka. Cuma ada memilih untuk hanya meraung dengan tuduhan meleset semata-mata atas nama populis. Kehadiran saya  jelas dan ia bukan suara-suara ghaib yang timbul berselindung di belakang papan kekunci. Kehadiran saya nyata – boleh diungkai – disentuh dan disiasat.

Pertuduhan dibuat terhadap saya. Saya adalah agen PKR yang menyusup masuk ke dalam program – program strategik UMNO dan membocorkan rahsia strategik UMNO. Saya adalah TROJAN HORSE – kata dan salakan laman-laman tertentu. Semua menunjukkan keprihatinan, kecemburuan, ketidakikhlasan dan ketakutan. Takut apa. Muka saya jelas dan saya bukan hantu-hantu siber mahupun pengecut yang mahu menyerang – mahu berjuang – mahu berkorban tetapi takut – menunjukkan muka. Hakikatnya saya tidak sepatutnya melayan tohmahan dari hantu raya.

Untuk makluman memang saya hadir di beberapa program atas jemputan, itu pun program penerangan yang dihadiri oleh beratus penyelia laman web pro UMNO dan sekiranya saya adalah perisik PR masakan dengan khidmat polis risik dan risik tentera Malaysia yang cekap mereka tidak dapat menghidu saya. Mereka boleh mengekori saya – merekod siapa saya jumpa dan langkah yang saya ambil seterusnya. Muka dan fizikal saya jelas ada atau mungkin salakan itu sebenarnya memperkecil-kecil juga tahap risikan negara ini.

Semua mengenai diri ini bukan misteri – saya boleh dihubungi – nama yang digunakan nama penuh – latar belakang yang telah diperjelaskan dan boleh disiasat. Usaha saya tetap – percayakan UMNO sebagai wadah politik,mempromosi kematangan dan kewarasan pemikiran, kematangan politik dan memperjuangkan nilai kemanusiaan sesama kita. Saya percaya kepada kematangan politik – percaya kepada usaha perubahan yang mahu dianjurkan oleh PM Najib – percaya kepada transformasi politik yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat negara ini.

Saya tidak hadir dalam mesyuarat pengurusan strategik UMNO yang memikirkan langkah – langkah strategik, saya tidak terbabit dalam Biro-biro strategik UMNO – tetapi saya hadir pada program penerangan – program makan-makan dan memberi pendapat khususnya kerana saya adalah antara kelompok kecil yang mendahului revolusioner media. Mungkin kaduk-kaduk siber tidak tahu membezakan antara sesuatu yang digelar perancangan strategik dan sesi penerangan.

Saya telah dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan – cuba di mandikan dengan nama-nama keji – dikatakan perisik yang mahu memusnahkan UMNO. Tuduhan ini datang dari pengecut siber – berselindung di belakang papan kekunci – cuba mencabar saya tetapi kewarasan saya mendahului emosi, kematangan saya mendahului kemarahan dan saya fikir itu yang menjadikan saya – bahan serangan. Ini lumrah – kebodohan mahu mencabar sedikit kepandaian, kemarahan mahu mencabar kesabaran. Perbezaan saya dengan mereka amat jelas dan boleh dinilai pembaca khususnya pengamal media siber UMNO.

Benar kata-kata yang pernah dikatakan pada saya, kadang-kadang anjing menyalak mahukan perhatian tetapi dalam banyak hal, ia pun serupa – kaduk-kaduk siber juga mahukan perhatian, mahu menjadi penari porno untuk meloncatkan populariti tetapi kurang bijak dan budiman. Mahu dilihat sebagai penting tetapi tidak, mahu dikategorikan sebagai pejuang tetapi menyesatkan dan paling haru mahu melebihi UMNO dari UMNO untuk menyorokkan kesongsangan serupa dengan pondan-pondan jalanan – melebihi wanita dari wanita.

Apa pun tuduhan, saya tidak menggalakkan emosi mendahului kewarasan. Saya berpijak dan mengambil pendirian jelas untuk MENCABAR mereka hadir secara nyata dan mengulangi tuduhan yang secara terbuka atau setidak-tidak sesi tertutup dengan saksi-saksi yang kita persetujui. Saya mahu sama-sama berdepan dan mungkin disaksikan pihak-pihak tertentu dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa tuduhan ke atas saya mempunyai justifikasi tertentu.

Saya juga CABAR untuk menayangkan video yang dikatakan ada – sewaktu menonton bersama Chegu Bard, kita boleh duduk bersama menyaksikan insiden yang berlaku tanpa suntingan seperti yang pernah saya cabar dahulu yang tidak disahut-sahut sehingga kini. Saya boleh menerangkan dengan jelas dengan alibi yang cukup berwibawa mengenai apa yang saya lakukan selepas menonton video tersebut dan penjelasan yang saya beri terhadap video itu.

Kalau pendekatan agama diambil saya sanggup juga MENCABAR untuk penuduh tegar www.papagomo.com untuk hadir secara terbuka sama – sama BERSUMPAH atas tuduhan dan justifikasi yang mahu diberi atau sekiranya tidak, untuk selamanya akan digelar pengecut. Saya tidak terima sumpah dalam laman tanpa muka seperti yang saudara buat – amat lucu dan kelakar dengan menggunakan sumpah atas nama www.papagomo.com

Rujuk http://www.papagomo.com/2011/03/ekslusif-video-porno-anwar-ibrahim-gomo.html dengan sumpah kelakar seperti berikut :

“Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar”

Kalau saya mendatangkan mudarat (yang saya yakin tidak) terhadap UMNO – saya mengetahui kemudaratan yang lebih dahsyat dilakukan oleh blogger ini terhadap UMNO dan keselamatan dalam negara. Saya percaya mereka sebenarnya tersasar dalam membuat tuduhan atas kemarahan dan perasaan tercabar. Mereka mengutuk semua yang tidak sehaluan – menerjah kepimpinan UMNO yang ada dengan tuduhan berlandasan kelucahan dan tidak berasas atas kononnya mereka popular tetapi tidak sedar kepopularan atas landasan mana. ( penari bogel menggunakan palang juga popular )

Saya bersikap terbuka – saya tidak memulakan tuduhan peribadi, saya mengkritik secara langsung dan bersikap budiman dan tidak memulakan sebarang persengketaan. Saya terbuka untuk dihubungi seperti mana pernah antara blogger termasuk www.papagomo.com sendiri berjumpa dan memohon nasihat dan bertukar pendapat dari saya sebelum lemas dalam ruangan populis kelucahan.

Saya mampu memberi justifikasi kehadiran saya, sewaktu laporan polis terhadap blogger www.papagomo.com dibuat, siapa alibi saya yang turut hadir, tujuan kehadiran dan laporan sama seperti kehadiran KLPOS. Namun adakah mereka mahu mendengar atau terperangkap dalam kepompong pemikiran usang. Saya CABAR HADIR untuk sesi penerangan bersama – itu pun kalau mereka berani dan sanggup.

Apa pun saya tetap dengan pendirian saya dan memohon maaf sekiranya tersasar dalam memperkatakan dan melakukan sesuatu yang tidak disengajakan. Apa pun CABARAN saya telah saya maklumkan - TERPULANGLAH


UMNO Reform

Photobucket

Bahaya Penyakit Kencing Tikus - Leptospirosis

on





LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya. Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:

1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Sumber : My Networks

Komen : Ini baru kencing tikus..tak cerita kena kencing dengan orang BN/UMNO lagi..yang tu lagi parah..




Photobucket

Rasiskah DAP kerana membela rakyat, mendedah penyelewengan UMNO-BN?

on





 “Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.

“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.

“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam UMNO dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.

“Utusan Malaysia sudah kehilangan kredibiliti, malahan di kalangan Melayu, apabila akhbar itu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan diarahkan untuk membayar RM200,000 kerana memfitnah saya sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya DAP bangga dengan rekod memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Orang Asli, dan kerana itu, sudah makin ramai orang Melayu tidak percaya kepada pembohongan para pemimpin UMNO dan penipuan Utusan tentang DAP.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keputusan mahkamah terhadap Utusan juga membuktikan bahawa DAP dan beliau sendiri tidak bersifat anti-Melayu atau anti-Islam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, peruntukan, bantuan kebajikan dan usaha murni untuk orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang telah ditingkatkan berkali-kali ganda berbanding dengan pentadibran BN.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan bahawa serangan Utusan itu berpunca daripada kenyataan balas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyeru agar masyarakat Cina terus menyokong BN.

“Kenapa tidak salah apabila Chua menyeru kepada masyarakat Cina untuk bersatu menentang perubahan, tetapi salah apabila Kit Siang menyeru supaya masyarakat Cina untuk bersatu untuk menukar kerajaan dengan menyokong PR?

“Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?

“Adakah DAP itu rasis kerana menyerang UMNO yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?

“Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.

Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.

Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin kerana  menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden UMNO itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

 Roketkini.com



Photobucket

Lidah Bercabang

on





Dasar luar negara terutama membabitkan isu keselamatan di Asia Barat berkemungkinan akan menjadi carcamarba sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menerajui negara ekoran kenyataan ketua pembangkang itu yang dilihat menyebelahi kepentingan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, gambaran awal keadaan tersebut boleh berlaku ekoran kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Disember lalu mengenai sokongan kepada usaha melindungi keselamatan Israel.

''Nauzubillah (kami berlindung dengan Allah), kita harap tidak ada kesempatan diberikan oleh Allah untuk mereka (pembangkang) memerintah negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan motosikal roda tiga berkuasa tinggi pertama di dunia, BRP Can-Am Spyder Roadster yang diedarkan oleh DRB-HICOM Bhd. di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai kenyataan Anwar di WSJ pada 26 Januari lalu bahawa:

''Saya menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel'' yang mendapat kecaman pelbagai pihak apabila ia dilihat menyebelahi kepentingan rejim Zionis.

Bagaimanapun Anwar ketika cuba menangkis kecaman tersebut menyatakan kenyataan beliau itu adalah selari prinsip penyelesaian dua negara atau two states solution yang dikatakan turut dipersetujui oleh pejuang Palestin, Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Malaysia.

Zahid berkata, setelah meneliti kenyataan Anwar tersebut sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, pihaknya mendapati ia adalah satu percubaan untuk menyelamatkan diri apabila ditanya mengenai isu negara Israel tetapi ternyata jawapan tersebut menjerat pemimpin parti pembangkang tersebut. - UTUSANONLINE






Mari kita lihat arkib berita 19/07/2009

ZAHID TIDAK JUMPA NETANYAHU TAPI JUMPA EHUD BARAK – Utusan

KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, . Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertunjukan Udara Paris, Perancis pada Jun lalu seperti dilaporkan media tempatan hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai khasnya, Halim Majid, Ahmad Zahid hanya menemui Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa majlis koktel di pertunjukan udara tersebut.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Israel bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Laporan itu menyebut kononnya pertemuan tersebut adalah permintaan Netanyahu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemuinya.


 Sejarah Pertemuan Pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.


 Statistik Hubungan Dagang Malaysia - Israel.





Photobucket

GERAKAN sokong PKR

on



Parti GERAKAN membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi pada pilihan raya umum.

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn, berkata cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia yang menetap di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya.

"Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi dan oleh itu adalah tidak adil untuk mendiskriminasikan hak mengundi berdasarkan status membayar cukai.

"SPR perlu faham bahawa hak mengundi adalah sebahagian daripada hak kewarganegaraan dan ia tidak terikat dengan isu membayar cukai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Chang berkata, semua warga Malaysia yang menetap di luar negara perlu dibenarkan mengundi tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar cukai atau sebaliknya.

"Ini akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara menyertai pilihan raya bagi memastikan mereka terus terbabit dalam hal ehwal negara," jelasnya.

Chang berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan keperluan mengadakan ujian mudah dikenakan kepada rakyat Malaysia di luar negara bagi membuktikan hubungan mereka terhadap negara sebelum dibenarkan mengundi.

"Selagi mereka warga Malaysia, mereka perlu dibenarkan mengundi. Saya tidak nampak keperluan untuk mencontohi sistem di Amerika Syarikat atau Taiwan. Kita adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...kita perlu menentukan peraturan sendiri," katanya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sedang menentukan kriteria yang perlu diikuti untuk rakyat Malaysia yang bekerja dan menentap di luar negara sebelum dibenarkan mengundi.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, cadangan SPR itu adalah langkah kebelakang yang cukup ketara kepada demokrasi negara.

Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Elizabeth Wong berkata, dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi menunjukkan bahawa SPR mempunyai pandangan kabur mengenai proses demokratik.

"Walaupun cadangan untuk membataskan kepada rakyat Malaysia di luar negara ketika ini, namum ia memcerminkan sikap SPR dalam soal pengundian -- iaitu keistimewaan dan bukan sebagai hak.

"Ini menandakan trend bahaya dalam politik Malaysia. Di sebalik memperkasakan demokrasi dengan menjadikan lebih ramai rakyat sebagai sebahagian daripada proses dan mengembangkan pangkalan pengundi, SPR cuba berundur dan membawa kita ke zaman di mana hak mengundi hanya terbatas kepada kumpulan elit saja," katanya dalam kenyataan.

BERNAMA





Photobucket

UMNO : BERUBAH ATAU REBAH…!!!

on





“Berubah atau Rebah” itulah kata kunci atau lebih bersifat amaran daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpin. Kenyataan beramaran ini ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang sedang berhadapan dengan cemuhan, tuduhan dan persepsi hingga terbentuklah imej buruk dari sudut pandang masyarakat terhadap UMNO.

Dan, bila kenyataan ini diucapkan oleh YAB Datuk Seri Najib menunjukkan bahawa beliau sedar gejala-gejala buruk yang melanda ahli-ahli UMNO dewasa ini. Atas kesedaran ini beliau begitu komited untuk mengubah UMNO melalui beberapa pendekatan dan saya yakin beliau mampu menjayakan dengan syarat, barisan kepimpinan dan seluruh ahli UMno menyokong usaha yang beliau lakukan. Saya yakin dengan gabungan wibawa dan pengalaman 33 tahun beliau dalam UMNO mampu mencorakkan kembali UMNO

Namun pandangan orang Melayu diluar UMNO masih sinis, mereka menyatakan semua gejala negatif dikalangan pemimpin dan ahli UMNO bukan perkara baru, ia telah menjadi budaya hidup dan berakar umbi dalam hati mereka. Lantaran bukan mudah untuk mengubah sikap mereka jika mereka sendiri tidak ikhlas untuk berubah.

Oleh itu mereka mencadangkan, hanya melalui revolusi mental berpaksikan agama Islam sahaja sikap ahli UMNO boleh diubah dan sokongan orang Melayu diluar UMNO dapat ditagih kembali.

Barang diingat senario politik masakini yang begitu kompleks, penentu kejayaan UMNO/BN dalam pilihanraya bukan ditentukan oleh 3.2 juta ahli UMNO tetapi ditentukan oleh orang Melayu yang tidak berparti, Naluri mereka masih kepada semangat Melayu,

Justeru pendekatan yang perlu diambil oleh UMNO mesti berbentuk serampang dua mata, dimana perubahan sikap dikalangan pemimpin UMNO perlu difokuskan dan diwaktu yang sama usaha mendampingi dan memenangi hati orang Melayu tak berparti mesti dilakukan agar minda masyarakat Melayu tidak lagi mengatakan bahawa MPV bercermin gelap pemimpin UMNO dan UMNO itu MPV bercermin gelap.



Komen dari chainmorad


Saya teruja dengaq ucapan dan saranan Datuk Seri Najib penuh semangat ketika merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Sedap juga tajuk tu kan.Gaya dan cara beliau menampakkan azam dan komitmen untuk lebih berani membuat perubahan dalam UMNO, bagi mengembalikan semula sokongan rakyat Malaysia kepada parti keramat tersebut yang diakui telah banyak jasanya kepada Negara sejak merdeka hingga hari ini.


Bagi saya ada 5 perkara penting yang Datuk Seri Najib dok beri peringat pada seluruh perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan saya percaya perkara ini juga akan jadi keutamaan beliau selepas diistiharkan secara sah sebagai Presiden UMNO. 5 teras penting yang menarik perhatian saya ialah :


•    KEPIMPINAN : Peringatan Datuk Seri Najib pada semua perwakilan agar dapat memilih barisan pimpinan yang ampuh, padu, setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.
•    POLITIK WANG : Mesti dibenteras hingga ke akar umbi, jika tidak mahu melihat parti dikafan dan dikuburkan oleh UMNO sendiri.
•    SISTEM PEMILIHAN : Cara pemilihan UMNO melalui sistem kuota mesti dirombak dan hak memilih kepimpinan diserah kepada akar umbi.
•    PARTI PILIHAN MELAYU : UMNO mesti memperbetulkan semula visi, hala tuju dan dasar perjuangannya, agar ia terus menjadi parti pilihan dan sandaran orang Melayu.
•    PENGHARGAAN BUAT PAK LAH : Datuk Seri Najib pemimpin yang mengenang jasa. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pak Lah yang telah memimpin UMNO sepanjang 5 tahun yang lalu.


Saya yakin, Datuk Seri Najib mampu mengotakan apa yang dikata, kerana wibawa beliau sebagai pemimpin cukup terserlah. Kini harapan kita sandarkan pada beliau untuk mengembalikan semula kecemerlangan kepimpinan UMNO dan Negara.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List