Khalid Samad Berkata

on Feb 8, 2012

Terkini! Pededahan Panas YB Khalid Samad Berkaitan Tohmahan Yang Dilemparkan Oleh Hassan Ali.......




Hassan Ali Dan Khalid samad

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN
Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam




Photobucket

Najib Turun Padang.....Hadi Akan Tewas Di Marang!!

on Feb 3, 2012

Hadi Akan Tewas Di Marang


MENGEJUTKAN?  Ya, itulah maklum balas yang baru penulis terima dari rakan-rakan penulis yang ‘meninjau’ program lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marang, Terengganu sebentar tadi.

Marang adalah kawasan parlimen yang dikuasai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penulis dimaklumkan, daripada beberapa siri bertemu rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri setakat ini, jumlah kehadiran rakyat di Marang ini adalah yang tertinggi sekali - dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut.

Menurut Bernama, ketibaan Najib di lapangan terbang sahaja disambut lebih 1,000 orang yang menunggu sejak dari pagi.

Walaupun penulis sedar, jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, penulis dikhabarkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Najib dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan ini adalah sama sekali berlawanan dengan tanggapan kita selama ini bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri.

Kebetulan pula, Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti.

Adakah Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?

Pada pendapat penulis, kalau pun benar Haji Hadi akan tewas di Marang, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.  Pada yang tidak tahu, Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004.  Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis,  350 undi sahaja.


Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.

Tapi daripada analisa yang pernah dijalankan, 2 kekalahan tersebut banyak disumbangkan oleh faktor politik semasa, bukan sangat ada kena mengena dengan prestasi Haji Hadi sebagai Ahli Parlimen.

Pada 1986, BN memperolehi momentum kuat apabila Gerakan (asal pembangkang yang menguasai Pulau Pinang) menyertai BN, manakala pada 2004 pula disebabkan oleh faktor peralihan pucuk kepimpinan negara dari tangan Tun Mahathir kepada Tun Abdullah.

Berbeza dengan kali ini, penulis dimaklumkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden PAS, terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Rakyat.

Haji Hadi  dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan Bersih dan sebagainya.  Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.

Ini adalah antara beberapa maklumat yang penulis terima.  Sejauh mana ianya benar, hanya masa yang akan menentukan.

Yang penting belum terlambat untuk Haji Hadi dan pasukannya meneliti perkembangan semasa ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Terengganu adalah antara beberapa negeri yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang disamping mengekalkan penguasaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.


sumber


Photobucket

Rombongan Mencari DANA PRU 13 Ke Turki…

on




Kita ucap tahniah kepada Anwar yang sudahpun berangkat ke Turki malam semalam (bukan lari dan mencari suaka politik!); tetapi lebih kepada usaha saat akhir untuk mendapatkan bantuan dana PRU yang akan datang daripada beberapa pihak di Turki.

Kalau mengikut jadual yang ditunjukkan oleh Saifuddin kepada beberapa petugas Ibupejabat PKR malam semalam sewaktu di KLIA; kita nampak memang lawatan ini mempunyai tujuan yang sangat khusus.

Anwar dijadualkan bertemu beberapa pemain korporat di Turki dalam beberapa hari ini. Dengan berbekalkan beberapa info terkini mengenai tanah, kawasan, tawaran istimewa, kelebihan yang dimiliki oleh Selangor dan Pulau Pinang kepada usahawan Turki; Anwar juga akan berbincang mengenai kemungkinan Turki membantu PKR daripada sudut lain. Ada juga usaha untuk mewujudkan kerjasama politik jangka panjang antara AK Party dan Parti Keadilan daripada sudut pertukaran ‘kakitangan’ dan kepimpinan yang akan berlangsung untuk masa yang terdekat.

Beberapa orang kalangan pemimpin muda PKR akan dihantar ke Turki untuk belajar kaedah kempen dan modus operandi pilihanraya yang dibuat oleh AK Party. Anwar memang mahukan DASAR PANDANG KE TURKI sebagai agenda baru yang bakal dilaksanakan oleh PKR.

Yang kelakar, semalam sempat Azmin Ali menunjukkan ‘metal detector’ yang diberikan oleh seorang rakan Amerika kepada mereka. Tak mahu masalah di Patpong dan Bangkok berulang, nampaknya Saifuddin dan Azmin mengambil langkah yang sangat hati-hati. No more problems, tegas Azmin. Semua kakitangan yang ada di sekeliling tergelak. Boleh jadi bahan gurauan nampaknya Anwar sekarang ini.

Anwar juga akan bertemu beberapa tokoh politik. Ahmet Davotoglu memang menjadi pengikut setia Anwar sejak zaman di UIAM lagi.

Anwar juga akan bertemu dengan beberapa ‘market analyst’ di Turkey – bagi mencari kelemahan pembelian ACIBADEM oleh Khazanah baru-baru ini. Anwar sengaja ingin mencari kalau-kalau ada kelemahan yang dibuat oleh Khazanah dalam dealing tersebut.

Antara wakil-wakil syarikat yang akan bertemu Anwar: Enka Insaat (Construction) dan Akbank (Perbankan). Menarik juga permainan Anwar ini.

Kalau menurut anggaran awal Ibupejabat PKR; dana awal sebanyak RM55 juta akan dapat banyak membantu usaha kemenangan pilihanraya. Kalau Anwar berjaya, nilai Anwar di kalangan Pakatan Rakyat akan meningkat berkali ganda. Salah satu BUKTI bahawa Anwar dapat memimpin dengan baik adalah kemampuan mencari sumber kewangan.

Kalau mengikut list panjang usahawan Turki yang bakal Anwar temui – komitmen RM15 juta sekurang-kurangnya memang boleh diusahakan.

Yang pelik, ada ‘bullet point’ – ‘American friends’ di dalam jadual Anwar. Siapa dia ‘American friends’ ini? Di mana mereka berjumpa? Atas sebab apa?

Sebelum meninggalkan rakan-rakan di KLIA – Azmin sempat bergurau, ‘this is last we’re going as opposition….next time, we are part of PM’s Office’. Terburai gelak




Photobucket

PERINGATAN KEPADA SEMUA KAUM DI MALAYSIA

on



1. Hak orang Melayu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan
Malaysia.

2. Soal masa depan Islam dan Melayu sebenarnya tidak berbangkit kerana soal-soal tersebut termasuk dalam bidang kuasa raja-raja, bukan politik. Ingat! Raja-Raja Melayulah yang menjadi tuan bagi orang Melayu. Raja-Raja Melayu ialah TUAN kita, bukan UMNO. UMNO sengaja memandai-mandai atau menyibukkan atau tumpang sekaki dalam isu ini. Muka tak malu.

3. Hak semua kaum lain juga telah dimaktubkan dalam
Perlembagaan Malaysia.

4. Tidak benar orang Melayu akan merana kalau UMNO
hancur di bumi Malaysia.

5. Hakikatnya, para pemimpin UMNO akan hancur lebur jika
UMNO hancur di bumi Malaysia.

6. Bukan UMNO sahaja yang berhak memimpin negara ini
jika kita berpegang kepada amalan demokrasi.

7. Kerajaan UMNO-BN buat semua benda kerana memenuhi
tanggungjawab. Hanya sanya mereka tunaikan kewajipan
itu semasa ada pilihan raya kerana hendak mengabui mata
rakyat dan mengangkat diri sendiri sebagai pembela
rakyat.

RUMUSAN

Setelah terlalu banyak melakukan rasuah, kronisme, nepotisme, salah guna kuasa, penyelewengan, dan sebagainya; mereka melancarkan pelbagai propaganda untuk memenangi semula sokongan rakyat. Usah biarkan diri anda diperdaya oleh golongan serakah ini.


KHURAFAT UMNO

UMNO mendakwa jika mereka kalah, orang Melayu akan berpecah. Orang Melayu wajib menolak pernyataan ini kerana kewujudannya ada unsur-unsur khurafat. Islam menentang keras keyakinan kepada khurafat. Oleh sebab itu, orang Melayu perlu menjaga keimanan mereka agar tidak tergelincir. Kita semua akan menghadap Allah selepas mati. Amat pedih balasan kepada orang-orang yang meyakini kebenaran khurafat.

Jika UMNO kalah, kuasa jatuh ke tangan PAS. Jika BN kalah, kuasa jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Kuasa akan berpindah dari tangan parti rasuah, perkauman, dan pengkhianat bangsa ke tangan parti Islam yang berjuang untuk mensejahterakan ummah, termasuk yang bukan Islam. Perjuangan ini mengambil kira kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Marilah kita sama-sama berjuang berlandaskan prinsip Islam yang murni.



Photobucket

Blogger UMNO Berperang - Part 4......PapaGomo

on

Musang Berbulu Ayam / Parasit UMNO



Bila kita semakin kuat dan bersemangat memantapkan jentera kadang kala kita lupa bahawasanya kita terambil seekor musang yang akan membunuh semua yang lain. Musang yang berbulu ayam yang waktu ini cukup hebat melaga lagakan antara satu sama lain.

Anuar Reform sering membanggakan dirinya kepada sesiapa yang beliau temui. Pendek kata perkataan yang diulang ulang beliau adalah kejayaan nya menghasut rakyat Malaysia membenci Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri. Itulah Kebanggan beliau sejak dulu sehingga kini.


‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan. - SUMBER

UMNO Reform Blogg yang beliau bina kononya beliau telah meninggalkan PKR dan Anwar Ibahim. UMNO Reform kata beliau atas sebab ingin Mereformkan pemikiran ahli UMNO dan juga pemimpin UMNO. Reform yang bagaimana yang beliau maksudkan?

Pelik bila memikirkan dalam ramai ramai ahli PKR yang telah keluar parti hanya beliau sahaja yang lari dari perjuangan apabila menumpukan pada Mereformkan UMNO. UMNO perlu di Reform kata Anuar Reform. UMNO perlu dibersihkan kata beliau. UMNO perlu berubah dijaja kesana kemari yang mana dikatakan UMNO kotor serba serbi.

Cuba tanya pada Anuar Reform mengapa beliau beriya iya hendak Mereformkan UMNO? Apakah beliau tidak mahu menyelamatkan ahli ahli PKR yang masih lagi ditipu Anwar Ibrahim? Kenapa UMNO Reform dan kenapa tidak PKR Zionis ataupun Hancur PKR?


Blogger Gerakan Anti PKR dan Blogger Medan Info Kita juga sealiran dalam mempertahankan Anwar Ibrahim satu masa lalu. Demo dijalanan juga mereka telah lakukan. Dibawa ke lokap juga mereka rasainya Dikejar dengan parang oleh rakyat Sarawak pada tempoh lalu juga mereka telah alami. Semua itu kerana mempertahankan seorang pemimpin bernama Anwar Al Juburi.

Setelah mereka meninggalkan PKR apa yang mereka lakukan? Mereka membina Blogg dan masing masing menyedarkan ahli dan pemimpin PKR yang masih kekal bersama Anwar Ibrahim. Mereka GAP dan MIK dan turut dibantu dengan bekas ahli ahli PKR yang lain setiap hari berhempas pulas menjelaskan kepada Rakyat Malaysia siapa itu Anwar Ibrahim dan apa itu Pakatan Syaitan gabungan PAS, PKR dan DAP.


Kenapa Blogger GAP dan MIK tidak mengikut jejak langkah Anwar reform yang membina Blogg bernamakan UMNO Reform? Kenapa mereka tidak pula ingin mereformkan UMNO sebagaimana yang Anuar Mohd Nor lakukan?

Mereka Blogger GAP dan MIK sedar bahawa mereka telah berdosa melakukan FITNAH dan melemparkan keaiban yang amat dasyat ke atas Tun Dr Mahathir, Kerajaan dan UMNO. Justeru itu mereka menebus kembali Fitnah yang mereka lakukan dan mengerahkan keringat dan kudrat membantu UMNO dalam menentang Pakatan Syaitan PAS, DAP dan PKR terutamanya Anwar Ibrahim secara total.

Itu baru Blogger yang dulunya ahli biasa dalam PKR. Bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang sekarang ini telah meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim? Cuba anda semua lihat apakah bekas pemimpin PKR yang satu tika lalu memperjuangkan Pakatan Syaitan yang mana ketuanya Anwar Ibrahim telah Mereformkan UMNO apabila keluar parti?

Ezam Mohd Nor Ketua Angkatan Muda Keadilan yang lantang menfitnah dan mencerca Tun Mahathir, UMNO dan Kerajaan satu tika lalu keluar PKR dan sekarang bersama sama UMNO dalam membongkarkan janji janji palsu Syaitan yang bernama Anwar Ibrahim.


Yb Zulkifli Nordin, Gobala, Zahrain dan ramai lagi pemimpin PKR yang keluar parti bertindak menyedarkan rakyat Malaysia agar meninggalkan perjuangan Ketuanan Anwar Ibrahim PKR dari terus terusan ditipu. Kenapa mereka tidak bertindak Mereformkan UMNO sepertimana Anuar Reform?

Hanya Anuar Reform sahaja yang bertindak melakukan Reform UMNO melalui bloggnya dan kata katanya kepada sesiapa yang beliau temui. Hanya beliau sahaja kononya mampu mereformkan UMNO.

Buat Anuar Mohd Nor ataupun dikenali Anuar Reform, Gua mampu cakap FUCK U MOTHERFUCKER. Jangan ingat kami ahli UMNO yang ada mampu melupakan FITNAH dan keaiban yang lu telah lemparkan keatas Tun Dr Mahathir, UMNO dan Kerajaan.

Tiada permohonan Maaf dari Anuar Reform ini sehingga kini walaupun dalam masa yang sama beliau tampa rasa malu menggunakan nama UMNO diblogg nya walhalkan beliau lah penfitnah Tegar keatas UMNO ketika zaman Reformasi. Ada maruah kah budak bernama Reform ini?


Kekasih Kalbu

Satu persatu akan didedahkan kelak siapa dan apa kegiatan Anuar Reform ini. Jangan kata Anuar tidak suka dengan politik lucah kerana cerita dalam Kain antara Spender Reformis dan Kain Pelikat Reform pasti ingin diketahui rakyat terutama blogger dan pemimpin UMNO yang ditipu olehnya.


Bila kami menyerang Anuar Reform ada suara sumbang yang menyatakan Papa Gomo, RBF,GAP, Parpu Kari, MIK dan yang lain takut dengan kekuatan dan keupayaan yang Anuar Reform ada. Oh maaf lah, kami serang beliau bukan satu pekara baru kerana ianya telah lama bermula. Kami tidak mahu PARASIT iaitu Musang Berbulu ayam dalam Jentera Cybertroopers UMNO.

Selamatkan Malaysia Dari Kote Bengkok
Anuar Reform Menafikan Pelaku Ini Anwar Ibrahim
Malah membela Anwar Ibrahim

Anuar Reform mengatakan kami semua adalah Liabiliti UMNO didalam Blogg Reformnya. Pembaca yang terdiri dari rakyat Malaysia mampu menilai perjuangan yang kami Blogger Jalanan lakukan berbanding apa yang beliau Anuar Reform lakukan dalam membantu UMNO, BN dibawah kepimpinan Dato Seri Najib Razak sama ada kami Liabiliti UMNO mahupun Mimpi Ngeri buat Pakatan Syaitan PAS, DAP dan PKR.


http://www.papagomo.com

baca juga kat Sini
Photobucket

Kenapa Ayah X Kasi Aku Pakai Tudung

on

Sekadar Hiasan


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA


Photobucket

Nasib Pengusaha Melayu Di Negara Melayu

on



Syarikat Rakyat VS Syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak


1. Kisah benar yang baru berlaku di sebuah jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan pertanian, kedengaran seorang Pakcik merungut di hadapan seorang pegawai;

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

2. Saja kami nak kongsi rungutan orang bawah, bagaimana diskriminasi berlaku dalam jabatan kerajaan yang berbeza mengikut status quo seseorang.

3. Jika disemak syarikat yang banyak didaftarkan sebagai syarikat pembekal atau agen FAMA, kita akan dapati kebanyakannya adalah syarikat proksi kepada pegawai-pegawai FAMA sendiri, yang telah 'membunuh' ramai petani moden Melayu. Beli daripada petani penternak dengan harga murah, supply kepada agensi lain dengan harga mahal. Itulah contoh modus operandi agensi kerajaan yang naaakkk tooolonggg sangat Melayu.

4. Kami timbulkan perkara ini berdasarkan pengalaman. Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

5. Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah. Heh...

6. Berapa ramai pengusaha Melayu yang mohon bantuan kerajaan melalui bermacam skim seperti Skim Pembangunan Ekonomi Desa, Skim Amalan Ladang Baik Malaysia, Skim Organik Malaysia, Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita, Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian Bank Pertanian, skim itu, skim ini, yang telah benar-benar berjaya? Wujudkah pengusaha Melayu yang boleh dikategorikan sebagai Warlord dalam industri pertanian? Adakah lebih 10 orang di setiap negeri?

7. Atau hanya mereka yang ada kabel bawah laut macam Salleh, yang dapat surat sokongan Paklah atau Menteri Pertanian saja yang boleh berjaya?

8. Di bawah Muhyiddin dulu, berapa ramai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melahirkan usahawan tani yang bergelar jutawan? Di bawah Noh Omar sekarang, berapa ramai pulak? Ada benchmark atau target untuk dicapai?

9. Maka akan selamanyalah bekalan makanan dalam negara dikuasai oleh kartel Naga pemakan babi.

10. Di Sungai Lui, Jempol NSDK ada potential usahawan tani Melayu terpaksa terkontang-kanting mengurus kolam ternakan dalam sangkarnya. Tiada siapa pun yang nak peduli. Tiada siapa pun nak bantu promosi. Tiada siapa nak bagi bantuan RM250 juta. Mohon pinjaman RM250 ribu pun ditendang ke sana sini. Kawasan kolamnya pun pernah nak diambil oleh MBNS sebelum ini melalui syarikat proksi kononnya nak melombong emas yang tiada emas.

11. Hanya kerana orang rumahnya bukan Ketua Wanita yang ada syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak.

12. Itulah nasib kebanyakan pengusaha Melayu di negara Melayu ini. Ditolongnya tidak, nak dibunuhnya ada lagi!


http://paneh.blogspot.com
Photobucket

Ada Pemimpin Berak Tepi Jalan...?

on



Banyak pihak dari kalangan penyokong kerajaan yang RABUN TENGAH (kalau rabun dekat atau rabun jauh tak ada masaalah) melenting bila ada dikalangan kami bloggers pro BN yang main isu NFC.Kami dilabel dengan macam macam tuduhan yang berkait rapat dengan pembangkang.Seolah olah satu DOSA BESAR bila kami memperkatakan tentang KEPINCANGAN yang melibatkan NFC dengan 'ORP' atau NFC tanpa 'ORP'.

Apakah kerana kami bloggers penyokong kerajaan kami DIHARAMKAN untuk memperkatakan apa jua yang dianggap sebagai SALAHLAKU pemimpin kerajaan?Apakah kalau kita tahu pemimpin kita berak tepi jalan pun kita kena DEFEND mereka bermati matian demi konon nya kita ini bloggers pro kerajaan/Dimana letaknya PRINSIP MENEGUR DAN CUBA MEMPERBAIKI yang wajib pada kita semua...???

Aku siarkan disini luahan rasa sahabat blogger DINTURTLE yang senada dengan aku berhubung kemelut NFC yang dah sampai peringkat MEMUALKAN ini...



NFC - Bukan Semua Yang Tidak Puashati Adalah ProPembangkang !



Dah lama saya nak tulis artikel ni ! Entah kenapa, dipagi yang hening ini tergerak juga jari ini untuk menukilkannya. Biarlah ada kalangan kekawan nak marah saya pun. Rasa bersalah sekiranya saya tak luahkan.

Ramai yang geram tiapkali saya tulis tentang isu NFC. Tak kisahlah ada Orp atau takde Orp kat belakang, pokoknya ramai yang berbulu, kecewa, terkilan, geram, marah dengan kerajaan yang begitu mudah memberi pinjaman mudah 30 tahun, bunga rendah giler, 3 tahun pertama tak payah bayar .... Bukan soal sifat pinjaman itu saja yang menyakitkan hati atau kenapa begitu mudah ia diberikan, atau kenapa diberikan kepada keluarga orang politik yang tidak berpengalaman... malah KESELURUHAN projek itu dipertikaikan.

Masalahnya, bila kita buka mulut mempertikaikan NFC, orang tuduh kita proPembangkang. Tak pun dituduhnya kita dah termakan hasutan Pembangkang. Perlu saya tekankan disini, TIDAK TIMBUL soal pembangkang atau hasutan mereka, ketidakpuasan hati yang dirasai oleh bukan sedikit rakyat terhadap NFC adalah satu luahan yang ikhlas, genuine !

Kalau pembangkang tak mainkan isu NFC pun, ramai yang tak puashati juga. Satu perbezaan ketara, Pembangkang memainkan isu Rasuah, isu nak jatuhkan Shahrizat dan segala tuk nenek berkaitan politik... Kami yang tak puas hati ini lebih kepada KETIDAKADILAN dalam layanan kerajaan yang tidak meletakkan prioriti atau kepentingan kepada mereka yang LEBIH patut diberikan bantuan.

Contoh -  Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) dimana ramai ahlinya adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Saya pasti negeri-negeri lain juga terdapat persatuan yang sama termasuk di Negeri Sembilan sendiri dimana letaknya ladang NFC.

Ramai dari kita pernah mengalaminya, berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi dalam usaha mendapat bantuan dari kerajaan demi memajukan ekonomi diri dan masyarakat. Rasanya tak perlu saya tulis panjang hal ini, semua sudah sedia maklum apa maksud artikel ini.

Bukan soal NFC saja atau yang melibatkan Kementerian Pertanian saja. Senang cerita - KERAJAAN. Cuma sebab NFC dah glamer dan ramai yang mampu relate dengan isunya, maka NFC menjadi perhatian ramai.

Baca lagi dibawah -

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah.

Tiga perenggan dari blogger PANEH klik untuk cerita sepenuhnya ...

Dan dibawah adalah luahan salah seorang pengomen Paneh yang saya yakin adalah pengalaman benar...
pengalaman sy yg minat dlm bidang penternakan, nak dpt bantuan kena buat kertas keje klu tak pandai mampos korang le.. aku pon buat dan dpt bantuan RISDA RM10ribu aku nak buat sendiri semua dan tak nak bg koperasi buat, tu pon buta2 koperasi pekebun kecil ambik 10% dr nilai bantuan,kalau serah koperasi mereka sub plak pd sykt utk buat kandang dan bekal lembu n makanan, sykt tu sub plak pd tokeh lembu atau tukang buat kandang sudahnya sampai kat penerima bantuan da tentu2 sampah2 je la dari RM10ribu tu..

Dek krn mereka selesa mencekik org melayu cara tu.. jd mereka kate kalau nk urus sendiri kena pastikan sume yg dlm kertas keje ade baru risda bayar mereka takut klu bayar dolu duit lesap projek pon lesap betul gak kan. tp cube pikir mane ade org kg ade duit sebanyak tu.. jd nk tak nak serah la kat koperasi dan dpt la sisa2 je..

nie ke usaha meningkatkan pengeluaran daging negara bro... keuntungan segera lebih utama dari matlamat meningkatkan populasi ternakan negara.

org kg aku yg serah kat koperasi dpt la lembu2 bantut yg korang tgk pon letih nk lyn bahkan ade yg bergaduh suruh pembekal bawa blik lembu2 ketot tu...

karenah birokrasi tu usah cite la letih da nk ckp...
dpt tu aku usaha dan tambah duit sendiri hingga ternakan aku pon bertambah hingga ade 70ekor lembu dan kerbau aku... dek krn faham nk dpt bantuan punya la seksa aku pikir nk buat pinjaman tak kisah la mara ke agrobank ke.

g kursus mara sampai 14 ari malang nasib aku psl takde tanah bergeran utk buat cagaran, tanah org tua t adik beradik kecoh.bile tanah tol aku lulus dan abg aku kasi guna geran tanah dia, da mara stop plak pinjaman utk projek pertanian dan ternakan , kate dia org psl yg sudah2 gagal dan tak boleh bayar blik. pulak... mara n menterinye yg bodoh aku gak jd mangsa.. psl ape ?

pslnya org yg tak pernah bela lembu g kursus 14 ari ade tanah buat cagaran dan ade sokongan menteri bute2 je lulus pinjaman beratus2 ribu, sekor lembu tak penah bela alih2 sampai 30-60ekor, bela tak tau,jual tak tau mau tak hancur bro...

pegi plak agro bank psl ade skim ape tah yg tak perlu cagaran janji ternakan ade dan status tanah adalah sah bkn tanah haram... dr tempoh 2 minggu jadi 3 minggu nk tau keputusan. alih di tolaknya permohonan pinjaman tu tp disyor pulak dgn pinjaman yg memerlukan cagaran pulak. bkn byk aku nk pinjaman RM30ribu je tu pon servis mcm sial dan bertambah sial bila tak dpt bro.. hantar surat bantahan kat menteri terbabit langsung takde jwp psl mungkin masalah nie terlalu kecik bg dia...

alih2 suami ketua wanita dpt pinjaman RM250juta atas dasar nk meningkat pengeluaran daging negara konon dan pegi beli kondo sape2 akan terbakar bro... masalah nie bkn aku je yg rasa rupenya byk lg penternak2 dan petani2 yg alami....

Ada teman beritahu tak lama lagi sekumpulan penternak lembu akan mengadakan demo di Putrajaya kalau tak silap, apa kata kita minta keluarga NFC dan Noh Omar mewakili MOA berdepan dengan mereka dan terangkan kenapa mereka perlu beri sokongan kepada NFC !



sumber

Photobucket

Pakatan Rakyat Akan Bungkus Jika Tiada Tindakan

on

Jelajah Hasan Ali Semakin Galak, Apa Tindakan PR...?



SEJAK digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semakin galak merantau ke seluruh negara menyampaikan ceramah IMRnya (Islam, Melayu dan Raja).  Untuk siri jelajah IMR ini sahaja, sudah ada 3 siri ceramah dijalankan, selebihnya adalah program HIMPUN dimana Hasan Ali juga menjadi tulang belakangnya.


Sudah tentu, intipati ceramahnya tidak lain dan tidak bukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat, terutama kepimpinan kerajaan negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS yang dikatakan berlawanan dengan Islam dan undang-undang syariah negeri Selangor sendiri.

Tanggapan sesetengah dari pengamal media baru pro Pakatan Rakyat yang mengatakan siri jelajah Hasan Ali tidak akan mendapat sambutan, tampak meleset sama sekali. Dua hari lepas di Jalan Kebun Bunga, lebih 2,500 orang hadir menyaksikan ceramah Hasan Ali.  Di Bangi, 1 hari sebelum Jalan Kebun, penulis mendapat maklumat 3,000 orang hadir, manakala di Bukit Gantang seramai 10,000 orang.


Memang kalau diikutkan dari segi jumlah, ianya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan ceramah-ceramah politik yang diadakan oleh Anwar, Mat Sabu dan sebagainya, tapi perlu diingat ceramah Hasan Ali bukan berkenaan politik, sebaliknya berkenaan dengan IMR tetapi menyelitkan unsur-unsur politik.

Dengan itu tidak hairanlah kenapa hanya orang Islam sahaja yang menghadiri ceramah tersebut dibanding ceramah politik yang dihadiri pelbagai kaum.  Walaupun begitu, ceramah Hasan Ali masih mampu menarik ribuan pengunjung.

Dalam masa yang sama, penulis lihat tidak ada satu pun aktiviti ceramah yang diadakan untuk menyaingi ceramah Hasan Ali oleh kepimpinan PAS mahupun oleh kerajaan Selangor sendiri. Dari pemerhatian penulis, bahayanya ceramah Hasan Ali, dia memulakan 20 minit atau 30 minit pertama ceramahnya dengan perkara-perkara asas mengenai akidah Islam, sebelum perlahan-perlahan mengecam pentadbiran kerajaan Selangor, DAP, PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya. Paling teruk PAS lah.

Dalam setiap ceramahnya itu, Hasan Ali akan menjadi penceramah yang terakhir, sesuai dengan statusnya sebagai ‘bintang’ dalam majlis ceramah tersebut.  Dia juga yang akan membaca doa penutup majlis, yang seakan menjadi trademark popular dalam siri ceramahnya sekarang sehingga dikhabarkan ada hadirin yang menitiskan air mata mendengarnya.

Justeru, nak menentang Hasan Ali dari segi politiknya semata-mata agak sukar kerana statusnya yang ‘neutral’ dari mana-mana parti politik setelah dipecat dari PAS. Hasan Ali sebenarnya pun tidak perlu menyertai UMNO, dengan membawa isu-isu berkaitan IMR ini sahaja, Hasan Ali sudah secara tidak langsung menyertai UMNO melalui ‘perjuangannya’ yang sangat mirip dengan UMNO.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menyaingi ‘tsunami politik’ yang dijanjikan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Pada pandangan penulis, PAS dan Pakatan Rakyat perlu menghadirkan penceramah-penceramah yang tidak terlalu ketat dengan fahaman politik untuk menyaingi ceramah Hasan Ali.

Paling tidak menghantar kumpulan ‘pengacau’ untuk menganggu kosentrasi ceramah Hasan Ali kerana dari maklumat yang penulis terima, Hasan Ali tidak sahaja berceramah, malah juga berinteraksi dengan penonton ceramahnya secara tidak langsung.

Dan ia perlu diadakan segera kerana jika dibiarkan, itu membawa maksud apa jua yang dituduh Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat adalah benar!!

Suara Pakatan Rakyat



Photobucket

Blogger UMNO Berperang - Part 3

on



Image



Minggu yang penuh kontroversi terhadap diri dan laman web www.umno-reform2.com. Sesuatu yang menunjukkan keprihatinan dan penelitian terhadap laman ini dan kehadiran saya dalam dunia siber ini. Terima Kasih. Hakikatnya untuk persoalan mengenai laman web www.umno-reform2.com dan nama saya Anuar Mohd Nor senantiasa terbuka. Cuma ada memilih untuk hanya meraung dengan tuduhan meleset semata-mata atas nama populis. Kehadiran saya  jelas dan ia bukan suara-suara ghaib yang timbul berselindung di belakang papan kekunci. Kehadiran saya nyata – boleh diungkai – disentuh dan disiasat.

Pertuduhan dibuat terhadap saya. Saya adalah agen PKR yang menyusup masuk ke dalam program – program strategik UMNO dan membocorkan rahsia strategik UMNO. Saya adalah TROJAN HORSE – kata dan salakan laman-laman tertentu. Semua menunjukkan keprihatinan, kecemburuan, ketidakikhlasan dan ketakutan. Takut apa. Muka saya jelas dan saya bukan hantu-hantu siber mahupun pengecut yang mahu menyerang – mahu berjuang – mahu berkorban tetapi takut – menunjukkan muka. Hakikatnya saya tidak sepatutnya melayan tohmahan dari hantu raya.

Untuk makluman memang saya hadir di beberapa program atas jemputan, itu pun program penerangan yang dihadiri oleh beratus penyelia laman web pro UMNO dan sekiranya saya adalah perisik PR masakan dengan khidmat polis risik dan risik tentera Malaysia yang cekap mereka tidak dapat menghidu saya. Mereka boleh mengekori saya – merekod siapa saya jumpa dan langkah yang saya ambil seterusnya. Muka dan fizikal saya jelas ada atau mungkin salakan itu sebenarnya memperkecil-kecil juga tahap risikan negara ini.

Semua mengenai diri ini bukan misteri – saya boleh dihubungi – nama yang digunakan nama penuh – latar belakang yang telah diperjelaskan dan boleh disiasat. Usaha saya tetap – percayakan UMNO sebagai wadah politik,mempromosi kematangan dan kewarasan pemikiran, kematangan politik dan memperjuangkan nilai kemanusiaan sesama kita. Saya percaya kepada kematangan politik – percaya kepada usaha perubahan yang mahu dianjurkan oleh PM Najib – percaya kepada transformasi politik yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat negara ini.

Saya tidak hadir dalam mesyuarat pengurusan strategik UMNO yang memikirkan langkah – langkah strategik, saya tidak terbabit dalam Biro-biro strategik UMNO – tetapi saya hadir pada program penerangan – program makan-makan dan memberi pendapat khususnya kerana saya adalah antara kelompok kecil yang mendahului revolusioner media. Mungkin kaduk-kaduk siber tidak tahu membezakan antara sesuatu yang digelar perancangan strategik dan sesi penerangan.

Saya telah dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan – cuba di mandikan dengan nama-nama keji – dikatakan perisik yang mahu memusnahkan UMNO. Tuduhan ini datang dari pengecut siber – berselindung di belakang papan kekunci – cuba mencabar saya tetapi kewarasan saya mendahului emosi, kematangan saya mendahului kemarahan dan saya fikir itu yang menjadikan saya – bahan serangan. Ini lumrah – kebodohan mahu mencabar sedikit kepandaian, kemarahan mahu mencabar kesabaran. Perbezaan saya dengan mereka amat jelas dan boleh dinilai pembaca khususnya pengamal media siber UMNO.

Benar kata-kata yang pernah dikatakan pada saya, kadang-kadang anjing menyalak mahukan perhatian tetapi dalam banyak hal, ia pun serupa – kaduk-kaduk siber juga mahukan perhatian, mahu menjadi penari porno untuk meloncatkan populariti tetapi kurang bijak dan budiman. Mahu dilihat sebagai penting tetapi tidak, mahu dikategorikan sebagai pejuang tetapi menyesatkan dan paling haru mahu melebihi UMNO dari UMNO untuk menyorokkan kesongsangan serupa dengan pondan-pondan jalanan – melebihi wanita dari wanita.

Apa pun tuduhan, saya tidak menggalakkan emosi mendahului kewarasan. Saya berpijak dan mengambil pendirian jelas untuk MENCABAR mereka hadir secara nyata dan mengulangi tuduhan yang secara terbuka atau setidak-tidak sesi tertutup dengan saksi-saksi yang kita persetujui. Saya mahu sama-sama berdepan dan mungkin disaksikan pihak-pihak tertentu dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa tuduhan ke atas saya mempunyai justifikasi tertentu.

Saya juga CABAR untuk menayangkan video yang dikatakan ada – sewaktu menonton bersama Chegu Bard, kita boleh duduk bersama menyaksikan insiden yang berlaku tanpa suntingan seperti yang pernah saya cabar dahulu yang tidak disahut-sahut sehingga kini. Saya boleh menerangkan dengan jelas dengan alibi yang cukup berwibawa mengenai apa yang saya lakukan selepas menonton video tersebut dan penjelasan yang saya beri terhadap video itu.

Kalau pendekatan agama diambil saya sanggup juga MENCABAR untuk penuduh tegar www.papagomo.com untuk hadir secara terbuka sama – sama BERSUMPAH atas tuduhan dan justifikasi yang mahu diberi atau sekiranya tidak, untuk selamanya akan digelar pengecut. Saya tidak terima sumpah dalam laman tanpa muka seperti yang saudara buat – amat lucu dan kelakar dengan menggunakan sumpah atas nama www.papagomo.com

Rujuk http://www.papagomo.com/2011/03/ekslusif-video-porno-anwar-ibrahim-gomo.html dengan sumpah kelakar seperti berikut :

“Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar”

Kalau saya mendatangkan mudarat (yang saya yakin tidak) terhadap UMNO – saya mengetahui kemudaratan yang lebih dahsyat dilakukan oleh blogger ini terhadap UMNO dan keselamatan dalam negara. Saya percaya mereka sebenarnya tersasar dalam membuat tuduhan atas kemarahan dan perasaan tercabar. Mereka mengutuk semua yang tidak sehaluan – menerjah kepimpinan UMNO yang ada dengan tuduhan berlandasan kelucahan dan tidak berasas atas kononnya mereka popular tetapi tidak sedar kepopularan atas landasan mana. ( penari bogel menggunakan palang juga popular )

Saya bersikap terbuka – saya tidak memulakan tuduhan peribadi, saya mengkritik secara langsung dan bersikap budiman dan tidak memulakan sebarang persengketaan. Saya terbuka untuk dihubungi seperti mana pernah antara blogger termasuk www.papagomo.com sendiri berjumpa dan memohon nasihat dan bertukar pendapat dari saya sebelum lemas dalam ruangan populis kelucahan.

Saya mampu memberi justifikasi kehadiran saya, sewaktu laporan polis terhadap blogger www.papagomo.com dibuat, siapa alibi saya yang turut hadir, tujuan kehadiran dan laporan sama seperti kehadiran KLPOS. Namun adakah mereka mahu mendengar atau terperangkap dalam kepompong pemikiran usang. Saya CABAR HADIR untuk sesi penerangan bersama – itu pun kalau mereka berani dan sanggup.

Apa pun saya tetap dengan pendirian saya dan memohon maaf sekiranya tersasar dalam memperkatakan dan melakukan sesuatu yang tidak disengajakan. Apa pun CABARAN saya telah saya maklumkan - TERPULANGLAH


UMNO Reform

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List