N3 TERLAMPAU - Anwar Mengaku TERLIBAT SKANDAL Eli Bogel Hilmi Malik

on Feb 14, 2012


Polis Siasat ... Anwar Mengaku TERLIBAT SKANDAL Eli Bogel Hilmi Malik


Cerita Tuan Punya Entri

Photobucket

TERDESAK - Tee Kiat MB Cina pertama Selangor...?

on




Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008.

Berita ini sudah tersebar sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang begitu mengambil serius kerana terlalu faham pendirian Umno yang meletakkan Melayu dahulu. Tetapi, perlantikan Tee Keat sebagai pengerusi BN di situ yang juga didesak oleh Umno telah ......
mengukuhkan lagi khabar angin tersebut. Sudah tentulah Ketua BN Selangor masih orang Umno tetapi ini adalah berita paling sensasi buat masa sekarang,” beritahu satu sumber politik kepada Malaysia Chronicle.

Cadangan penuh kontroversi

Walaubagaimanapun, peluang BN menawan semula Selangor sangat tipis. Teapi, berita sebegitu sudah semestinya akan memberi kejutan kepada rakyat Malaysia terutama orang Cina dan Melayu.

Walaupun secara kosmetiknya, kelihatan seperti masyarakat di Malaysia adalah masyarakat harmoni berbilang kaum, hakikatnya mereka masih tidak bersatu walaupun selepas 54 tahun diperintah oleh Umno-BN yang sentiasa menerapkan politik yang berdasarkan persamaan dan dengan terang-terangan bersikap pilih kasih mengikut kaum untuk kekal berkuasa. Masyarakat Melayu membentuk etnik terbesar negara ini iaitu 50% daripada populasi 28 juta. Masyarakat Cina pula pada 28%.

Terdapat pelbagai pro dan kontra untuk cadangan sebegitu sama ada Tee Keat menerimanya atau tidak.

Sekiranya Tee Keat menerima, beliau haruslah melepaskan kerusi parlimen beliau di Pandan yang sangat dikehendaki oleh Umno- beliau harus bertukar kepada kerusi negeri. Oleh itu, bekas presiden MCA itu haruslah menilai dengan baik peluang BN merampas semula Selangor.

Pro dan Kontra untuk Najib

Untuk Umno, kelihatan seperti pemimpin negeri itu telah bersetuju untuk untuk menjadikan Tee Keat sebagai ketua BN Pandan, suatu reaksi yang dinantikan daripada pihak akar umbi Umno dan sayap kanan konservatifnya.

Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib telah memilih untuk menerima idea itu, menguji suasana sebelum membuat sebarang cadangan formal atau memberi komen mengenainya.

Kebaikkannya untuk Najib adalah beliau boleh meletakkan orangnya di Pandan, memberikan masyarakat Cina sesuatu untuk difikirkan sekiranya BN benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berbaloi di undi pada PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, ramai dikalangan orang Cina lebih cenderung kepada Pakatan.

Najib dan konsep 1Malaysia beliau yang nampak gagal akan mendapat nafas baru walaupun sebenarnya, idea itu akan tetap gagal kerana orang Melayu di Selangor tidak akan menerima Menteri Besar berbangsa Cina. Dijangka juga bahawa persatuan ekstrim yang menjaga hak Melayu seperti Perkasa akan memerangi idea Najib itu.

Satu tamparan buat Soi Lek

Bagi MCA pula, mereka mungkin akan merasa marah dan bukannya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini disebabkan permusuhan politik dan perasaan cemburu. Bukanlah rahsia bahawa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek dan anaknya Tee Yong memang benci pada Tee Keat. Mereka telah memberi tekanan pada beliau dan juga penyokong beliau dalam parti.

“Saya tidak berani membayangkan reaksi Soi Lek terhadap berita tersebut. Ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada beliau sekiranya Umno menyokong Tee Keat sebagai MB pertama di Selangor yang berbangsa Cina,” kata pemerhati politik itu.

“Saya tidak yakin Najib akan dapat meyakinkan yang lain mengenai idea itu. Beliau akan putus asa dan menyangkal semuanya apabila mendapat tekanan daripada ekstrimis Umno. Ia kelihatan seperti satu komplot untuk membuat Tee Keat menyerahkan kerusi Parlimen Pandan beliau dan menerima kerusi negeri.”

Malaysia Chronicle



Photobucket

N3 Terlampau - ANWAR IBRAHIM BUAT SATU LAGI KENYATAAN YANG MENGEJUTKAN!!!

on




ISU ISRAEL BELUM SELESAI, ANWAR IBRAHIM BUAT SATU LAGI KENYATAAN YANG MENGEJUTKAN!!!


Tuan Punya Entri

Photobucket

N3 Terlampau - UNTUNG YB PAS...

on



UNTUNG YB PAS... SELEPAS TARUK ANAK DARA ORANG, ISTERI PINANGKAN UNTUK DIJADIKAN MADU!!!



Tuan Punya Entri

Photobucket

N3 Terlampau 1

on




Anwar tentu bangga anak Melayu pertama pertahan lelaki hina Rasulullah S.A.W !





Tahniah Anwar & PKR kerana berjaya doktrin peguam muda Melayu ini bernama Fadiah Nadwa Fikri  pertahankan wartawan Arab Saudi menghina Rasulullah S.A.W.Perjuangan  Hak Asasi lebih diutamkan  daripada melihat Rasulullah dihina oleh manusia sial ini .

Tuan Punya Entri


Photobucket

N3 Terlampau

on

JOIN MY FACEBOOK
http://parpukari.blogspot.com



PANAS BERAPI! LELAKI YANG HINA NABI DISOKONG PKR LAKNATULLAH!


cerita kat sini

Photobucket

Kalau Program Tak Nyanyi Negaraku Tak boleh Ke...??..... Idris Jala

on


Ketika di pertengahan Agenda Mesyuarat,
Idris Jala menyatakan sesuatu cadangan yang mengejutkan mereka yang hadir...

"Kalau program tak nyanyi Negaraku Tak boleh Ke??"dengan nada serius.

Mereka yang hadir terkejut.. Kerana soalan itu keluar dari Mulut Menteri Sendiri..






Seperti yang dijanjikan pada Jumaat yang lalu
KP akan dedahkan apa masalah Idris Jala yang mengundang kemarahan
warga kakitangan Kerajaan di Putrajaya..

Kelmarin KP sempat berjumpa dengan seorang pengirim Email yang
menyatakan ada cerita menarik tentang Menteri"Pemandu" ini.

Pada sebulan yang lepas,Pemandu diketuai Idris Jala
mengadakan Mesyuarat,di Putrajaya..
Mesyuarat Berjalan seperti Biasa,dengan dipengerusikan Idris Jala dan 2 lagi wakil Seorang berbangsa Cina,dan Sorang lagi Melayu...

Ketika di pertengahan Agenda Mesyuarat,
Idris Jala menyatakan sesuatu cadangan yang mengejutkan mereka yang hadir...
"kalau program tak nyanyi Negaraku Tak boleh Ke??"dengan Nada Serius
Mereka yang hadir terkejut.. Kerana soalan itu keluar dari Mulut Menteri Sendiri..

Wajarkah seorang Menteri mengajukan soalan sebegitu Rupa??
Idris Jala Jaga Pemandu,kenapa perlu disakiti Lagu tersebut??
Apakah Lagu Kebangsaan yang menjadi Kebanggaan Kita memualkan Idris Jala??
Adakah lagu Kebangsaan Kita terlalu lama sehinggakan merugikan masa Idris Jala??

Macam mana orang macam ni boleh Dipilih Najib??
Sebab Najib atau Sebab Nazir Razak,Idris Jala diangkat jadi Menteri??

Persoalannya,Saya mohon penjelasan dari Pihak Idris Jala sendiri
Benar atau tidak??Jika Benar berlaku soalan sebegitu yg keluar dari mulut Menteri
Maka KP cukup Yakin,Pagar di Perdana Putra itu cukup besar dan sentiasa Dibuka
untuk Idris Jala Keluar dari Perdana Putra!!


sumber

Photobucket

Nik Aziz Gesa DSAI Tarik Balik Kenyataan Sokong Israel

on





Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan namanya.

"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.

"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau," katanya di sini, Isnin.

Selain itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi kenyataannya menegaskan, keselamatan Isreal bukan menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh umat Islam.

"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.

"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama WSJ memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, adalah haram bagi umat Islam menerima kewujudan negara Israel dan menegaskan bahawa PAS menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

"Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya," katanya. - mStar



Photobucket

Dulu Penyapu Sekarang Tong Sampah......Sejarah Bakal Berulang.

on Feb 13, 2012



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

Buku Jingga yangmemuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

NONE

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Sebaliknya, jelas Ahmad lagi, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

azlan

"Dan itu sepatunya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, ayah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei ini akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.



sumber

Photobucket

Gaji Anwar Ibrahim RM 1, Gaji Rafizi Ramli RM Puluhan Ribu

on



Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.

Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.

Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “

Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .

Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.








Di muka surat tiga walaupun tidak dinyatakan berapa gaji yang Rafizi minta untuk bekerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor , tetapi tindakan beliau menyatakan gaji semasa dan elaun beliau sebanyak RM 30’000.00 ribu sebulan sudah cukup untuk menyatakan yang beliau mahukan pendapatan seperti itu atau lebih untuk bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jika tidak mendapat pendapatan seperti itu tidak mungkin Rafizi bekerja di sana sekarang. Apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1 , sampaikan ada ahli PKR yang menitis air mata mengenangkan Anwar sanggup berkorban sampai ke tahap itu demi untuk rakyat Selangor. Apa guna gaji penasihat RM 1 tetapi gaji ketua eksekutif puluhan ribu ringgit ? Itu belum lagi dikira gaji kakitangan-kakitangan yang lain, kos pentadbiran, kos pejabat, tuntutan elaun perjalanan penasihat ke luar negara, kos utiliti dan sebagainya lagi. Sepatutnya apabila gaji Anwar RM 1, maka gaji Rafizi hendaklah 50 sen kerana dia bekerja di bawah Anwar.

Di waktu pemerintahan BN tidak wujud penasihat ekonomi seperti seperti kerajaan sekarang. Selangor tetap maju dan terus maju serta mencatatkan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan setiap tahun. Manakala pemerintahan kerajaan hari ini yang dinasihat oleh penasihat ekonomi Selangor semakin hari semakin teruk. Pelaburan dan pendapatan merosot, jalan-jalan raya rosak teruk, sampah tidak terangkat dan sebagainya.

Jawatan penasihat ekonomi serta pejabat penasihat ekonomi Selangor sengaja diwujudkan untuk menempatkan kroni-kroni PKR bagi mereka mendapat gaji dari kerajaan negeri dan melakukan kerja-kerja parti. Rafizi sendiri ada kalanya sampai berminggu-minggu tidak masuk pejabat atau melakukan apa-apa kerja , sebaliknya masa beliau dihabiskan di pejabat PKR di Damansara.



Mengikut pemberi maklumat, Rafizi hanya akan masuk pejabat apabila ada kontraktor-kontraktor hendak menghantar kerja atau cadangan. Amalan kerajaan negeri hari ini , jika ada mana-mana pihak atau syarikat yang ingin menghantar cadangan projek, kertas berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan akan disemak oleh Rafizi terlebih dahulu. Sekiranya pihak berkenaan setuju memberi 10 % kepada Rafizi atas nama sumbangan dana pilihanraya PKR , maka kertas tersebut akan diangkat kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan sebelum dihantar kepada Kerajaan Negeri.

Jika tidak mendapat pendapatan atau kemudahan melebihi dari tempat lama beliau bekerja, adakah anda fikir Rafizi sanggup tinggalkan kerja lamanya semata-mata untuk bekerja dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas nama hendak berkhidmat kepada rakyat Selangor ?

Dalam wawancara dengan malaysiakini minggu lepas, Rafizi berkata gajinya kecil dan tinggal di rumah biasa. Walhal gaji puluhan ribu sebulan dan tinggal di kondominium di kawasan elit.


sumber
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List