Tan Sri Khalid Ibrahim Kantoi

on Mar 16, 2012

Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtkTktspMuIXF_0vxfw-8gREVZuoBW1UnWuxms1_BkcHyPrInM-SJSAmMajG7XZl7rKZEnDhMjBmII1ows6_0VbXfp98_d8hxmTwcyaFH60MkFrMzuU6DdPuDlbJm7QpshUPUG37xLjGU/s1600/maklumat_pengundi_Khalid_Ibrahim.jpg 


Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap:-
 "selaras kepala hotak depa".





Photobucket

ADA ADA SAJA SPR NI

on Mar 15, 2012



 

Payah betul la kalau yang selalu berlagak macam 'si anjing Umno' dibagi kuasa jaga SPR ni. Benda yang ramai rakyat bising suruh depa perbetui depa buat-buat tak dengar, lepas tu sibuk dengan cadangan-cadangan yang tah apa-apa yang nampak sangat nak menguntungkan Umno BN.


Payah betul la kalau yang selalu berlagak macam 'si anjing Umno' dibagi kuasa jaga SPR ni. Benda yang ramai rakyat bising suruh depa perbetui depa buat-buat tak dengar, lepas tu sibuk dengan cadangan-cadangan yang tah apa-apa yang nampak sangat nak menguntungkan Umno BN.S
Benda yang penting macam pembersihan Daftar Pemilih dan hak warganegara yang tinggal di luar negara untuk mengundi, SPR boleh bagi macam-macam alasan untuk tak buat tapi sibuk pulak bagi cadangan konon untuk penambahbaikan benda-benda yang tah apa-apa.

Yang kita mushkilnya pasai apa pulak nak ubah sistem pengiraan yang selama ni tak pernah timbulkan masalah. Malah kaedah yang dibuat selama ni lebih telus.

Apa masalah sangat kalau takat tau keputusan undi yang sikit kat pusat mengundi tertentu yang habih awal. Tara mana sangat kesanya kat pusat mengundi lain pun. Kat negara-negara lain bukan setakat satu peti undi tapi satu negeri dapat keputusan awal takdak masalah pun.

Lagi pun memang ada asas kerisauan yang kertas undi tu akan diganggu. Satu kerja pulak PACA nak kena jaga kotak undi tu kalau nak kira sama dengan tempat mengundi lain. Berapa jam pulak nak kena melangut tunggu. Tah pukul berapa pulak keputusan rasmi akan sampai ke pusat penjumlahan undi.

Kalau SPR cadang supaya tak payah kira kat pusat mengundi tu lagi la masalah, satu kerja pulak PACA nak kena iring kotak undi tu. Contoh kalau nak kena naik helikopter, berapa orang PACA nak kena bawak sama. Kalau setakat calon yang bertanding 2 orang kira ok lagi, dibuatnya jadi macam PRK Bukit Selambau, berbelas orang calon, tak ka idea gila namanya.

Bukan setakat tak penting tapi cadangan terbaru SPR ni nampak macam ada agenda tersembunyi. Memang tak mustahil akan ada tangan-tangan CELAKA yang akan ganggu peti undi tu. Dan memang pun dalam kalangan kakitangan SPR tu cukup ramai yang sentiasa bersedia untuk jadi 'si anjing Umno.'



CENANGAU

Photobucket

SERANGAN BERTALI ARUS

on



http://penyokongpas.files.wordpress.com/2012/02/hasan_ali.jpg



DISEBABKAN terdesak, Umno- BN kini mempergunakan sepenuhnya khidmat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali untuk menyerang PAS, bagi mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Dalam program-program yang dianjur, Hasan didapati berusaha keras membangkitkan pelbagai isu yang diada-adakan untuk mencemarkan imej PAS dan menimbulkan ketegangan kaum, dengan melakukan serangan pemikiran terhadap orang ramai menerusi kepetahannya berucap dan bercakap.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berkata, usaha tersebut didapati dilakukan dengan begitu tersusun dan padu oleh Hasan dengan pembantu-pembantu tajaan Umno.

“Antara strategi yang digunakan termasuklah mendakwa Pakatan Rakyat akan menjadikan negara ini sebagai republik jika menang pilihan raya nanti.

“PAS sekarang sudah hilang matlamat perjuangannya, PAS diperalatkan DAP dan PAS kahwin dengan DAP.

“Benar tak benar apa yang dikatakan oleh beliau dan pembantupembantunya itu bukan lagi menjadi perhitungan kepada Dr Hasan dan para pengikutnya.

“Yang penting baginya, orang ramai tak sokong PAS pada PRU13 ini, tapi sokong Umno,” katanya

Selain mengadakan program, menurut Saari, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor itu juga didapati turut ke kedai-kedai kopi bagi menyempurnakan matlamatnya, dengan tumpuan utamanya sekarang di kawasan Dun Gombak Setia, Hulu Kelang, di kawasan Dun-Dun PAS lain serta kawasan Melayu.

“Bagi PAS Selangor, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan itu tidak boleh dipandang mudah.

Jadi, PAS Selangor juga terpaksa turut mengadakan program, ceramah dan majlis penerangan khas bagi menjelaskan perkara sebenarnya kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan Hasan itu,” tegas beliau yang juga Adun Hulu Kelang.

Untuk tujuan itu, tambah Saari lagi, PAS Gombak telah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau ceramah, ucapan dan segala isu yang dibawa oleh Hasan pada setiap program dan pertemuannya dengan orang ramai, bagi memudahkan PAS memberikan penjelasan kembali kepada akar umbi, kelompok tertentu dan orang ramai.



AZIZ MUDA

Photobucket

U Turn For Life

on

 



Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.



Photobucket

Najib......Hishammuddin......Mukhriz......Selepas Itu Ashman Anak Najib......

on Mar 14, 2012


 


Pilihanraya umum akan datang ini bukan sahaja penting untuk dinilai sama ada UMNO akan terus mampu bernafas dengan segar atau sebaliknya tetapi juga untuk melihat siapakah yang akan menjadi pemimpin utama UMNO selepas itu. Kiranya UMNO tumbang, perubahan besar-besaran akan berlaku dalam kepimpinan parti itu dan sudah pastilah kepimpinan yang ada sekarang akan diminta berundur serta memberi ruang pula kepada generasi baru bagi mengambil alih kepimpinan parti.

Begitu juga jika UMNO sekadar menang tipis dan keputusan yang dicapai lebih buruk daripada piliharaya 2008, kemungkinan besar wujud desakan agar Najib mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dalam hal ini Najib akan dilihat gagal sebagaimana Pak Lah yang dilihat gagal pada pilihanraya 2008 dan dipaksa berundur pada 2009 dahulu.

Kumpulan pendesak dalam UMNO pasti akan memulakan langkah meminta Najib berundur atas kegagalan memberi keputusan yang baik kepada UMNO dan BN. Dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pasti juga sukar menolak desakan agar beliau mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, tambahan pula jika sokongan yang diterima semakin menggalakkan hari demi hari.

Sekarang ini pun, kumpulan Muhyiddin walaupun dilihat masih bergandingan rapat dengan Najib untuk menghadapi pilihanraya umum ini tetapi beberapa perbezaan dalam pendekatan dan pengucapan antara keduanya dapat dilihat dengan agak jelas.

Sementara Najib dilihat taksub dengan 1Malaysia, Muhyiddin pula lebih mengutamakan kedudukannya sebagai Melayu. Najib cuba meminta maaf atas kesilapan masa lalu UMNO manakala Muhyiddin mahukan jasa dan sumbangan UMNO sentiasa dihargai tanpa perlu pengucapan maaf.

Walaupun Muhyiddin dilihat sebagai calon utama untuk mencabar Najib jika keputusan pilihanraya akan datang menghasilkan natijah yang buruk tetapi kehadiran veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak harus diabaikan. Beliau mungkin bertanding bersendirian dalam sistem pemilihan baru dan terbuka yang hanya menghendaki seseorang itu mendaftarkan saja namanya jika berhasrat bertanding atau pun mungkin juga bergandingan dengan Muhyiddin kiranya Najib berkeras mahu mempertahankan jawatan.

Apa pun, kedudukan Najib tidak akan selamat kecuali berupaya memberikan keputusan yang cemerlang buat UMNO dan BN.

Namun persoalan yang bermain di benak ahli-ahli UMNO sekarang ialah parti itu tidak akan berubah kiranya Najib terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Yang paling dibimbangi ialah kepimpinan UMNO selepas itu juga akan terus dikuasai oleh keluarga bekas-bekas Perdana Menteri sahaja. Oleh itu Najib sama ada harus dibiarkan tewas atau hanya diberian kemenangan yang tipis sahaja.

Kiranya Najib terus memimpin UMNO dan kerajaan selepas pilihanraya umum ini, beliau pasti akan memberi ruang yang lebih terbuka kepada sepupunya, Hishammuddin yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri. Hishammuddin adalah anak Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Ketika Tun Razak meninggal dunia pada 1976, Najib telah dipilih menggantikan bapanya bertanding di Pekan. Orang yang memberi laluan kepada Najib bertanding ialah Tun Hussein, bapa Hishammudin yang ketika itu mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan berikutan kematian mengejut Tun Razak.

Najib sudah pasti ada rasa terhutang budi kepada Tun Hussein. Disebabkan lorong yang dibuka oleh ayah Hishammuddin itulah menjadikan beliau Perdana Menteri sekarang ini.

Sebagai membalas dan mengenang budi itu, maka tidak menghairankan jika Najib akan membuka laluan yang selesa kepada Hishammuddin pula, tambahan juga mereka mempunyai pertalian sepupu.

Seorang lagi anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri MITI dan pemimpin nombor dua UMNO Kedah, juga akan diberi laluan yang selesa oleh Najib selepas ini sebagai mengenang budi dan jasa Mahathir yang memberinya banyak peluang dan kesempatan mendaki tangga kejayaan dalam parti dan kerajaan sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Walaupun Najib bukanlah pemimpin yang punya kebolehan luar biasa tetapi kejayaannya mendaki hireaki dalam UMNO adalah disebabkan Mahathir memberinya peluang menduduki jawatan menteri yang mempunyai banyak peluang menganugerahkan kontrak dan perniagaan.

Di dalam UMNO, kejayaan seseorang meningkat dalam parti dan mengumpul sokongan adalah 99 peratus ditentukannya oleh jawatan menteri yang disandangnya. Jika kementerian yang dipegang itu mempunyai banyak kontrak dan peluang perniagaan seperti Kemneterian Kewangan, MITI, Pelajaran atau Kementerian Dalam Negeri, seseorang itu akan lebih dikerumuni, disanjung dan mudah meningkat naik berbanding jika sekadar diberikan kementerian mengenai agama, kebajikan dan seumpamanya.

Jika menang dengan selesa, laluan yang disediakan oleh Najib kepada Mukhriz selepas ini bukan sahaja sebagai mengenang dan membalas jasa Mahathir tetapi juga untuk memastikan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri mempunyai ruang yang lebih terbuka untuk menonjolkan diri mengiringi Hishammuddin.

Andai kata selepas ini Hishammudian berjaya meningkat naik sebagai bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri melalui perancangan Najib dengan memberinya jawatan di kementerian yang kanan berbanding persaingnya sekarang seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Afdal, Hishammudin juga akan melakukan perkara yang sama kepada Mukhriz pula.

Hishammudin yang turut terhutang budi kepada Mahathir yang telah memberinya banyak peluang menduduki jawatan kabinet dan kemudian menimba pengalaman di pelbagai kementerian, sebagai membalas dan mengenang budi Mahathir itu sudah pasti akan memberi jawatan di kementerian yang kanan juga kepada anak Mahathir, iaitu Mukhriz.

Akhirnya Mukhriz akan mudah mendaki tingkat kejayaan dalam UMNO dan seterusnya akan berada di belakang Hishammuddin.

Kiranya UMNO dan BN terus menerima sokongan rakyat dan menguasai kerajaan, Mukhriz yang ditonjolkan itu berjaya mengetuai parti dan kerajaan, beliau pastinya juga akan menonjolkan pula anak Najib, Mohd Ashman yang kini masih belajar tetapi sudah mulai menunjukkan minat yang tinggi kepada dunia politik. Penonjolan Ashman juga sebagai sebahagian proses mengenang dan membalas budi serta memastikan penerima baton seterusnya adalah juga daripada keluarga bekas Perdana Menteri. Najib sendiri sudah menonjolkan anak lelakinya itu dalam beberapa majlis bertemu orangramai sebelum ini.

Ashman dipercayai akan mulai ditonjolkan dalam UMNO jika Hishammudin berjaya menjadi pemimpin utama UMNO dan kerajaan supaya kesinambungan kerjaya anak Najib mudah diteruskan oleh Mukhriz selepas itu.

Selepas Ashman, mungkin pula anak lelaki Hishammuddin dan juga anak lelaki Mukhriz yang akan menyusul kemudiannya. Akhirnya UMNO akan sepanjang masa dikuasai oleh ahli-ahli keluarga bekas Perdana Menteri sahaja. UMNO dan kerajaan akan menjadi barang warisan kepada keluarga tertentu sahaja manakala cerdik pandai daripada kalangan anak petani, orang kampung, anak guru dan sebagainya hanya kekal sebagai pengikut atau pemimpin di lapisan kedua dan ketiga sahaja.

Sebagaimana yang disebutkan tadi, melalui sistem dalam UMNO yang mana kenaikan, populariti dan kejayaan mengumpul sokongan ditentukan 99 peratus oleh jawatan dan kementerian yang dipegang oleh seseorang pemimpin itu, maka untuk mengaplikasikan keadaan itu menjadi kenyataan sebenarnya amatlah mudah. Anak-anak bekas Perdana Menteri ini akan terus diberikan jawatan yang baik-baik sementara pesaingnya yang berpotensi akan diketepikan melalui pemberian jawatan yang kurang penting.

Selain itu dengan kedudukan orang Melayu dan ahli UMNO yang rata-rata masih berpendapatan rendah dan sederhana serta berjiwa hamba, urusan menaik dan menolak seseorang pemimpin itu melalui jawatan dan keupayaan memberikan pertolongan akan menjadi lebih mudah lagi.

Walaupun perbuatan mewariskan jawatan dan kedudukan ini tidak ada termaktub dalam mana-mana perjanjian ataupun kitab politik tetapi ianya dilihat bagaikan persefahaman yang diterima sesama mereka. Riak-riak kecil ke arah matlamat itu sudah dapat dilihat daripada sekarang lagi. Pemberian jawatan kepada Najib sebelum ini, kemudian diikuti dengan proses yang sedang berlaku kepada Hishammuddin dan Mukhriz adalah fakta yang jelas ke arah itu. Perbuatan Najib menonjolkan anak lelakinya, Ashman juga adalah signal kepada matlamat yang sama.

Dengan menjadikan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebagai warisan dan seolah-olah hanya untuk keluarga elit UMNO sahaja, ia akan menjadi putaran ganas yang akan terus menghimpit generasi Melayu akan datang terperosok ke lembah kemiskinan dan kesederhanaan.

Kiranya orang-orang Melayu masih sayangkan kepada masa depan dan nasib anak-anak cucu mereka, pilihanraya umum akan datang adalah satu-satunya ruang sama ada mahukan perubahan atau selesa dengan status quo yang ada.



Shahbudin


Photobucket

SEDIH :- ANAK TAK MENGAKU BAPAK

on



 


Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.-SH



Photobucket

PENDERITAAN ANAK ANAK YATIM

on

 


There is neither change nor power except by means of Allâh.


There is no transformation or strength except through Allâh.


There is neither progress nor might except through Allâh.



Baca Seterusnya Kat  SINI



Photobucket

Loo Jo Yee binti Abdullah

on

 


Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!




Photobucket

MASIH LAGI BERAPI KAK FIDAH

on

Rafidah perlekeh Shahrizat dan Muhyiddin Yassin

 



rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 03Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.


Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

NONESemalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.



Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

-malaysiakini-



rafidah berani main api....tak sayang mulut?


Dalam laporan paper malay mail riuh dok di bisingkan dalam facebook pasai serangan mantan ketua wanita umno ke atas sedari ketua sekarang, walaupun dalam kertas berita pengampu lain dok asyik cakap kak ijat lah manusia hebat, macam muhyidin cakap. ya, kak ijat memang hebat dalam berkorban, beliau rela letak jawatan demi tanggungjawab....dan kuli kuli umno dan sebahgian rakyat hampir muntah air mata darah bercampur keringat sedih, terharu dengan perngorbanan wanita paling umno dalam malaysia itu. Aku pun sampai bengkak biji mata sedih, terharu.....sampai begitu setia kak ijat pada....

tetapi, dalam syok2 kak ijat di lambung ombak puji pujian tiba tiba datang taufan tsunami berwajah rafidah menyergah....terkantat juga hati kak ijat.

ooooo....baru kita sedar, rupanya kak ijat juga layak jadi presiden seniman. ruponya dia berlakon saje. rupanya dia nak letak jawatan lepas jawatan dia dah tamat...oooo pandai2. Orang lain lu boleh tipu la kak ijat oiiii, ni rafidah laaaa wa dulu makan asam dlm umno....ko baru makan sikit aje.

agak kita, mesti melenting sakan puak2 umno dan paling bengang ialah kak ijat, mesti dia rasa nak cili aje mulut gatal rafidah biar dia rasa mana lagi pedas cili api ke cili taik burung yang di bagi baja tahi lembu belaan. mesti kak ijat tak tidor malam, termimpi wajah rafidah, akan aku balas nanti ko rafidah, barangkali dgn sebukit sumpah seranah...eiiiii apasal la minah tu bodohhhhhhh.

jadi sebagai rakyat kita tunggu sahaja serangan balas kak ijat dan belaannya dan nantinya ia akan jadi drama bersiri setaraf telenovela.



Baca juga kat  SINI (PEMIMPIN UMNO) dan  SINI (MUHYIDIN) . Lepas tu kat SINI (RAFIDAH)



Photobucket

UMNO Terengganu :- Air Yang Tenang Benarkah Tiada Buaya...?

on Mar 13, 2012



Apakah politik Umno Terengganu akan bergolak lagi, semakin dekat kepada PRU13 ? Rata-rata ramai yang anggap Terengganu tidak ada isu besar yang boleh dimainkan oleh pembangkang. Tu yang kekadang boring juga duduk Ganu ni, sesekali gempak juga dengan berita ular beromen dalam bilik air ! hehehehe ...

Masalah Terengganu ni kalau ada pun, adalah masalah dalaman yang ramai beranggapan telah selesai. Apalagi kalau bukan kes Idris vs MatSaid. Satu artikel menarik dari teman blogger senegeri menimbulkan satu tandatanya - Benarkah segalanya dah selesai ?

Dibawah saya copypaste artikel tersebut, bagus juga buat refresh kembali sejarah Derih-Matsaid ni, manalah tahu ia timbul balik. Dikatakan ia berpunca dari satu sesi pertemuan geng Derih yang dikenali sebagai G10BH ( hahaha budak hitam ? ) disebuah hotel di KT pada 23 Feb lalu. Kenapa ya, kalau nak jumpa je mesti kat hotel ?

Dan juga kenyataan Derih semasa PAU baru ni yang sepertinya masih mengharap dicalonkan semula .... Sememangnya sensitif sesetengah pihak di Ganu dengan benda-benda macam ni. Melompat slalu ia ! Tapi ada baiknya juga kalau pihak yang terbabit dapat mengesahkan kesahihan berita ini.Umno Ganu tidak perlu kekecohan disaat-saat akhir ni.




Gambar - Rosol dan Geng 10 Budak Hitam Dalam Satu Pertemuan DiSebuah Hotel Baru-Baru ini



Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga!

Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi!

Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku.

Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG  semata-mata.

Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan.

Apa isunya? Katanya, Datuk Seri Idris Jusoh membuat U-Turn untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke 13, selepas beberapa hari Geng 10 Budak Hitam (G10BH) bertemu.

Mulanya Idris tidak mahu bertanding tetapi kini mengubah pendiriannya.

Setidak-tidaknya ada kalangan daripada 10 ADUN ini termasuk ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera menafikannya.

Jangan diam kerana ia akan membawa persepsi bahawa apa yang dituduh itu BENAR BELAKA!

Menurut laporan di dua blog ( sini dan sini), pada 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, dilaporkan, beberapa orang dari kalangan ‘Geng 10 Budak Hitam’ (G10BH) telah mengadakan pertemuan.



Kata laporan itu: “Sudah lama nama kumpulan G10BH tidak disebut-sebut dalam media, khususnya media baru.

Namun sejarah yang terukir melibatkan G10BH sejurus selepas pilihanraya ke-12 tahun 2008, tidak mungkin dipadamkan dan masih segar dalam ingatan, khususnya bagi peminat politik negeri Terengganu.

Siapakah G10BH

Siapakah mereka dan mengapakah mereka cukup terkenal?

G10BH adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menentang perlantikan ADUN Kijal, Dato Seri’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.

Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar.

Sewaktu Ahmad Said menghadap Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tamu(Al-Muktafi Billah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .

 Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad Said.

Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat G10BH juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Penyokong Tegar Idris

 Pemerhati politik berpendapat, mereka berbuat demikian kerana mereka adalah ‘penyokong tegar’ bekas Menetri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris).

Sebahagian dari mereka yang sebenarnya, menurut Rosol mencapai angka 23 orang, adalah dibawa dan dicalonkan oleh Idris untuk bertanding dalam PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008.

Setelah Barisan Nasioal menang pada tahun 2008, tiba-tiba Deris yang menerajui Umno Terengganu ketika itu tidak diperkenankan oleh istana Terengganu untuk menjawat jawatan kembali sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, kerana mahu membalas budi Deris, mereka bangkit dan melawan keputusan istana yang melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar G10BH juga dikaitkan dengan dikaitkan dengan sepanduk menghina ‘Kami Nak Deris Natang’ yang diangkat di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar.

SMS Ugut Bunuh 

Setelah tamat sketsa lakonan episod perlantikan Menteri Besar, G10BH muncul beraksi semula degan episode ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun kemudiannya.

Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada ketika itu.

‘Drama’ pada kali ini adalah adalah gara-gara Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). “Baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan kepada ADUN Paka dan Permaisuri.

Kononnya, SMS tersebut dihantar oleh seorang penjawat Awam, Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad Wan Muda.

Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, telah memutuskan hukuman penjara selama 12 bulan kepada Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Api Perseteruan Tidak Padam

 Perseteruan antara kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris dan Menteri Besar masakini, Dato’ Seri Ahmad Said tidak padam walaupun ‘api’ permusuhan didakwa dipadam oleh pemimpin Umno Pusat.

Kemuncak pertelingkahan Umno Terengganu adalah apabila Umno Pusat campurtangan dan melantik Naib Presidennya, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Pelbagai kaedah digunakan oleh Hishamuddin untuk membaik pulih hubungan diantara kumpulan Idris dan kumpulan Ahmad, namun semuanya dianggap gagal.

Walaupu ia hampir-hampir membawa penyatuan, namun apabila Umno pusat menyerahkan kembalik tampuk kepimpinan kepada Ahmad Said, ‘api dalam sekam’ kembali menyala.

Walaupun tidak terang-terangan, api yang menjalar itu terus dirasai bahangnya. Setahun yang lalu, pada 2 Mac 2011, sebagaimana dilaporkan media, Deris menyatakan sedia berundur bagi memberi peluang kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Beliau selaku Ketua UMNO bahagian Besut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin sepakat menyatakan kesediaan berundur untuk memberi laluan kepada calon baru bertanding.

Tiga lagi kononnya menyatakan kesediaan berundur ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad; Naib Ketua bahagian, merangkap ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar.

Pernyataan itu dibuat pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong.

PRU Ke-13 semakin hampir  

Dalam suasana masakini yang diperkatakan hampir kepada PRU-13, tiba-tiba Deris membuat satu kenyataan ‘U Turn’ apabila beliau menafikan enggan bertanding pada PRU-13.

Sedangkan pada Disember 1, 2011, Idris Jusoh selepas kenyataan pada 2 Mac 2011, sekali lagi mengesahkan beliau sanggup tidak Bertanding PRU 13.

Menurut laporan media, perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno. Mengapa tiba-tiba Deris membuat ‘pusingan U’ dari kenyataan tegas tidak mahu bertanding kepada penafian, yang tiba-tiba membayangkan beliau mahu kembali beraksi?

Mungkin kerana pertemuan G10BH yang dilihat mengadakan mesyuarat di sebuah hotel pada 23 Februari lalu??”


Dinturtle

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List