85 KETUA CAWANGAN UMNO SILAM SERTAI PAKATAN...?

on Apr 8, 2012

"Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI.







Photobucket

AG Perlu Dedah Kandungan CCTV Kepada Umum

on

“Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Photobucket

Jangan Hanya Pandai Mengkritik

on

hari terakhir kak ijat....



Photobucket

Puas Hati Dapat Balas Dendam...?

on



Sweet is revenge - especially to women madah pujangga British Lord Byron. Maksudnya puas hati kalau dapat membalas dendam terutama dalam kalangan wanita. Saya suka tambah dendam sebenarnya tiada kenal jantina - keinginan membalas dendam wujud dalam hati majoriti manusia. Ramai politikus parti pemerintah dan pembangkang saya tahu amat dahagakan dendam!


Dendam juga bermakna perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap seseorang: Si Awang Mat rupanya ada menaruh dendam kepada Si Minah Hitam Manis itu. Dendam berahi - perasaan cinta yang berkobar dalam jiwa; dendam kesumat iaitu dendam dan benci yang sangat mendalam.

Tiap kali pemilihan parti, tiap kali pilihan raya umum malah pilihan raya kecil pun dendam-mendendam dan cah keting berlaku. pabila lawan, musuh, mereka yang dibenci bermasalah - jatuh, turun pangkat, kena tangkap (apa sebab pun) tidak berpeluang naik lagi dalam politik, bisnes dan bidang lain; tidak dapat jadi calon atau menteri ramailah, beberapa secara terus-terang dan berani menunjukkan keseronokan mereka. Kegembiraan mereka jelas.

Ada pun yang mengadakan kenduri. Padan muka - walaupun tidak keluar daripada mulut mereka, lihat gaya dan body language mereka. Selepas sekian lama tiada bersuara, Rafidah Aziz berbunyi... Pom pang pom pang apakala pengganti yang mengalahnya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil menghadapi krisis peribadi dan politik angkara Feedlot yang dipimpin oleh suami Shahrizat dan anak-anak mereka.

Mutakhir Rafidah berkata dia agak risau (concern) tentang kesediaan dan persiapan wanita BN dan Umno menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang amat getir itu yang mungkin berlaku bila-bila masa. Tegasnya, “Wanita Umno janganlah nanti PRU13 untuk turun padang.

Sekarang juga pergilah terangkan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dikuasai oleh keluarga Shahrizat. Shahrizat kini hidup in denial. Shahrizat harus sedar sama ada dia membebankan parti atau tidak” (Malaysian Reserve Mac 29). Peluang untuk Rafidah bercakap datang bergolek apabila isu Feedlot timbul bak kata Nonspeaking, bagai orang mengantuk disorong bantal. Dua wartawan Malaysiakini - satu wanita satu lelaki - interview saya Khamis lepas tentang Shahrizat dan politik semasa.

Saya beritahu mereka Shahrizat seorang menteri yang cekap, saya mengenalinya dan suka padanya. Tetapi kalaulah saya Shahrizat bagi kebaikan parti dan masa depan apa pun pertimbangan lebih baik dia meletak juga jawatan Ketua Wanita dan berkhidmat dalam keadaan sekarang lebih berkesan di belakang tabir.

Kalau Shahrizat berhenti Ketua Wanita Umno pun tidak akan ada pemberontakan dalam kalangan Wanita kerana mereka sebahagian yang paling taat setia kepada parti, perjuangan parti, dan tidak pernah pada individu. Itulah resam wanita, itulah tradisi Wanita Umno sejak
cawangan Wanita ditubuhkan.

Apabila Tunku Abdul Rahman Putra pecat Khatijah Sidek sebagai Ketua Wanita Umno (dulu namanya Ketua Kaum Ibu Umno) pada 1955, Umno menang pilihan raya pada tahun itu dengan cemerlang. Tempat Khatijah diambil alih oleh Fatimah Hashim (kemudian Tun dan menteri wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia). Fatimah memimpin Wanita Umno hingga dia kalah pada Aishah Ghani awal 1970-an.

Wanita Umno tiada tradisi cah keting. Mereka sebaik-baik ahli Umno - jauh lebih baik daripada Pemuda dan Umno lelaki. Itulah pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Tun Razak, kemudian Penasihat dan Timbalan Menteri kepada Tun Razak dari 1962 hingga ke akhir hayat Perdana Menteri 14 Januari 1976. Mengikut gosip, keluarga Shahrizat memang mahu Shahrizat melepaskan kedua-dua jawatan.

Itulah harus berlaku dan wajar tapi sayangnya tidak terlaksana. Benar atau tidak gosip itu saya tidak tahu. Apa pun Shahrizat hanya letak jawatan sebagai menteri sahaja - itu pun lambat.


Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Photobucket

RM43 BILION TAK BOLEH CARI KER...?

on

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.




Photobucket

Jengka 10, Pahang Dah 22 Tahun Menggalami Masalah Air...!

on





Galak kata kat Kelantan...Tup..tup..rupanya dah 22 tahun dah masalah air di negeri pemerintahan kerajaan Umno-BN. 

Dilaporkan di kawasan Jengka 10, di negeri Pahang di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN, sudah mengalami masalah air semenjak tahun 1990-an lagi.





Photobucket

Bohong Dan Menipu Adalah Perangai Kedua UMNO

on

Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada.


Apa sudah jadi pada janji UMNO untuk membantu orang Melayu? Lihat sahajalah apa sudah jadi pada DEB? Kemajuan terpesat dan pertumbuhan yang nyata kepada ekonomi orang Melayu hanya berlaku semasa Tengku Razaleigh mengurus ekonomi negara kita. 






Photobucket

PAS bergerak bagi memastikan jaminan hubungan Cina dan Melayu

on

Ya memang Koh Tsu Koon Jawa, Lim Chong Eu Bugis....sindir Mat Sabu kepada UMNO yang hipokrit kerana mereka juga berkerjasama dengan cina.





Photobucket

Kes Scorpene Akan Bongkar Kes Altantuya

on

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," 





Photobucket

YAMAN Kacau Bilau

on



SANAA: Lapangan terbang di ibu negara Yaman ditutup semalam selepas tentera yang setia kepada jeneral yang dipecat dan rapat dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh mengepung dan mengancam menembak jatuh pesawat.

Lapangan terbang itu dikepung tentera setia kepada Ketua Tentera Udara Jeneral Mohammed Saleh al-Ahmar, adik tiri Saleh yang enggan berundur selepas dipecat Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, kata sumber.

[Gambar Atas]ASKAR kerajaan Yaman yang belot menguasai protes menuntut penstrukturan semula unit keselamatan negara itu di Sanaa.

“Tiada pesawat berlepas atau mendarat sejak anggota pasukan itu membuat ancaman malam Jumaat lalu,” kata sumber dan menambah tentera yang mengepung lapangan terbang disokong anggota puak Hamdan yang menyokong bekas pemimpin Yaman, Saleh.

Pasukan tentera yang belot itu diketuai ketua puak Hamdan, Naji Jamaan, tambah sumber.

Pada Khamis lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melahirkan kebimbangan mengenai kejadian terbaru di Yaman selepas penyokong Saleh didakwa mengganggu proses peralihan politik.

Ahmar enggan berganjak kecuali beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan termasuk menteri sendiri turut berundur, kata sumber tentera.

Ketika memberi mesej kepada pasukan tentera itu, Ahmar berkata perintah presiden tidak akan dilaksanakan sehingga Menteri Pertahanan Mohammed Nasser Ahmed, Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar dan Ketua Staf Ali al-Ashwal turut melepaskan jawatan.

Beliau juga menuntut beberapa anggota puak berpengaruh Hashed supaya dibuang negeri kerana menyokong pemimpin berpaling tadah seperti Jeneral Ali Mohsen semasa protes anti rejim tahun lalu.

Ramai rakan Saleh masih berkuasa dalam badan keselamatan di Yaman dan sudah ada gesaan dalam pasukan tentera udara supaya Ahmar berundur.

Kelmarin, Hadi memecat ketua tentera udara dan ketua pengawal presiden serta anak saudara Saleh, Jeneral Tareq Mohammed Abdullah Saleh.

Sumber tentera berkata, Saleh sudah menolak untuk memimpin batalion ke-37 Pengawal Republikan berpangkalan di tenggara wilayah Hadramawt.

Hadi mengambil alih pemerintahan daripada Saleh pada Februari lalu selepas pemimpin veteran yang sudah memerintah selama 33 tahun, menyerahkan kuasa sebagai sebahagian penyelesaian yang ditaja negara Teluk bagi mengakhiri kekerasan pemerintah terhadap bantahan awam.

AFP



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List