Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari

on Jul 3, 2012






Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez  

Setelah banyak berita yang mem-broad cast keadaan di negara Mesir. Kerana telah terjadinya demo berdarah yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur dari kerusi Presiden yang berkuasa selama 30 tahun. Jadi kita masih ingat dengan salah satu keajaiban dunia iaitu sebuah "Terusan Suez" yang berada di negara Mesir.

Terusan Suez (bahasa Arab, Qana al-Suways), di sebelah barat Semenanjung Sinai, merupakan terusan kapal sepanjang 163km yang terletak di Mesir, menyambung Pelabuhan Said (Būr Sa'id) di Laut Tengah dengan Suez (al-Suways) di Laut merah.


Terusan Suez dibuka pada tahun 1870 dan dibina atas inisiatif jurutera Perancis yang bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps.


Terusan ini membenarkan pengangkutan air dari Eropah ke Asia tanpa mengelilingi Afrika. Sebelum adanya saluran ini, beberapa pengangkutan dilakukan dengan cara mengosongkan kapal dan membawa barang-barangnya melepasi darat antara Laut Tengah dan Laut Merah.


Terusan ini terdiri dari dua bahagian, utara dan selatan Tasik Great Bitter, menghubungkan Laut Tengah ke Teluk Suez.


Pada 17 November 1869, seorang jurutera Perancis yang sudah lama tinggal di Mesir bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps membuka kembali terusan kuno tersebut setelah sebelumnya mempelajari sejarah pengangkutan dan laluan perdagangan antara Mesir kuno dengan wilayah-wilayah selatan. Sebenarnya terusan suez ini menurut sejarah bahawa yang membangun pertama kali adalah raja firaun semasa berkuasanya ribuan tahun sebelum masihi.

Sebelumnya, kapal-kapal dari Eropah yang ingin ke Asia dari Mesir harus mengelilingi Benua Afrika dahulu dan ini jelas memakan tenaga dan kos yang terlalu tinggi. Beberapa di antaranya melakukan hal yang sama dilakukan raja-raja Mesir sebelum terusan itu dibina, iaitu dengan mengosongkan kapal dan membawa barang-barangnya melepasi gurun antara Laut Tengah dan Laut Merah.




sumber

Photobucket

Rasuah Sukar Dibendung Kerana Bermula Diperingkat Atasan

on





Rasuah di Malaysia sukar dibendung dan menjadi bertambah serius saban tahun kerana ia dikenal pasti bermula di peringkat atasan, kata Senator Dr Syed Husin Ali.


Menurut Syed Husin, ia bukan sahaja membabitkan golongan bawahan tetapi lebih parah apabila golongan pemimpin atasan  terbiasa dengan pengurusan kegiatan ekonomi yang mengaut keuntungan negara untuk memberi kesenangan kepada pihak-pihak tertentu.


Jelasnya, sekiranya pimpinan peringkat atasan mengamalkan rasuah dalam pentadbiran, maka tidak mustahil bagi golongan bawahan untuk ‘mencontohi’ atau mengikuti perilaku pemimpin mereka.
“Ada pepatah mengatakan, ikan akan mulai busuk di bahagian kepala dulu, iaitu merujuk kepada pimpinan atasan. Kalau sudah kepalanya mengamalkan rasuah  maka ia mudah dibawa kepada peringkat bawahan yang akhirnya akan menjurus kepada kehancuran masyarakat,” katanya.


Pendapat ini dilontar beliau ketika menyampaikan pandangan di forum mengenai rasuah berdasarkan ucaptama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan buku bertajuk ‘Rasuah’ oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.


Forum itu adalah bersempena pelancaran Wacana Ilmu ‘Buku Rasuah’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Tambah Syed Husin, berdasarkan indeks persepsi rasuah yang dilakukan, Malaysia antara negara yang mencatat rekod buruk sepanjang dua tahun lepas iaitu pada kedudukan 60 daripada lebih 100 buah negara seluruh dunia.


Katanya, adalah mengecewakan apabila kegiatan rasuah masih gagal di atasi sehingga hari ini, malah budaya tersebut seakan-akan tidak boleh diubah dan dipandang enteng oleh kebanyakan pihak.
“Rasuah adalah suatu perkara yang jijik, kotor dan merugikan rakyat. Selagi tiada kehendak bertindak terhadap perkara ini, maka ia akan terus berlaku. Susah hendak bertindak secara bersih apabila pemimpin sendiri mengamalkan rasuah.


“Tetapi, kalau wujud sahaja tuduhan terhadap pemimpin pembangkang, cepat sahaja mereka ambil tindakan. Jelas wujud diskriminasi di situ. Kita perlu lakukan sesuatu,” tegasnya.


Photobucket

Kesian Kat Rakyat Johor...!!!!

on



Apabila gua terbaca di blog sahabat ini JohorBorn.

Kesian pulak gua tengok terhadap rakyat yang sayangkan Sultan diorang nih.... muakakakakaaaaa...  masalahnya Sultan diorang tu sayangkan kat diorang atau tidak... part nih payah sikit la nak jawap kannnn.... hahahaha....!!!!

Kalau tak silap gua... gua gunakan ayat "kalau tak silap gua" ok... kalau silap apa boleh buatkan, pasal gua malas nak cari datanya. Rakyat Johor mungkin ada 3 juta lebih orang..., yang hadir menyatakan kesetiaan kepada Sultan mereka bulan lepas dalam anggaran 30 ribu orang sahaja, itupun jika tasbih Rais Yatim punya kiraan betul.... hahahaha...!!!!

Jadi bakinya mungkin tak suka atau boleh di anggap sebagai penderhaka la kotttt.... adussss... dusss.. dusss...!!!!

Walau apa pun, pedulikanlah apa yang terjadi, sebabnya dalam ramai2 pembodek setia pada Sultan Johor anak beranak tuuuu... di mana isu Aduka Taruna... meletop...., isu Nizar meletop.... diorang punya marahkan orang2 ini kerana kononnya menghina Sultan mereka...
Yang ini.... Allahuakbar... Allahuakbar.. Allahuakbar...!!!

Tetapi apa yang Blogger JohorBorn seorang rakyat Johor yang setia dan sayangkanSeltan Sultannya suarakan berkaitan penghinaan bersiri dari sebuah Blog yang kebal dari tindakan undang2 yang tidak di ambil tindakan oleh mana2 pihak berkuasa. Puak2 Lembu umno nih senyap beb...!!!! Sedangkan lembu2 inilah JUARA mempertahankan Sultan dan Raja... pelik kaaaannn...!!!!

Gua masih ingat lagi Ketua Polis Negara (KPN) pernah berkata, Polis tidak akan mengambil tindakan jika tiada Laporan Polis di buat.... itu bermakna sehingga kini tiada laporan polis di buat dan polis senyum jelah kaaannn... haahaha...

Persoalannya di sini, kemanakah menghilangnya kaki ampu... kaki bodek.. penjilat bontot raja dan sultan nih... di manakah puak2 lembu tu menyorok beb... terutama sekali lembu2 dari umno johor.... lu orang tak sayangkan Sultan lu orang kah....????

Apahal lu orang punya teloq sudah hilang kahhhhh... sanggup melihat maruah dan daulat Sultan lu orang di telanjangkan oleh sebuah blog kebal seperti Blog Uncleseekerstuuuu..., bukankah dalam seramai 30 ribu orang rakyat johor yang setia menjunjung kasih Sultan tempohari takda sekoq pun yang ada teloq nak buat repot polis... hahahaha....

Kemanakah perginya NGO-NGO, PEWARIS, PEKIDA, PERKASAM, PEMUDA UMNO, LEMBU UMNO, PENCACAI UMNO, ABANG BOTAK, AYAHANDA/BONDA YANG TAK BERKEPALA HOTAK, JATI LUCIUS DAN PELBAGAI LAGI SPESIES BODEK yang selama ini memercik air liur lu orang ptuiii... ptuuiii.. ptuiii.... menyalak memekik pertahankan Kedaulatan Sultan Lu orang.... 

Lu orang semua tak nak buka khemah ke 7 hari 7 malam depan balai polis buat repot pasal penghinaan kepada sultan johor dan keturunannya terhadap blog tersebut... hahahahaha..., sah memang lu orang bangsa umno DAYUS, PENGECUT dan Takda TELOQ nak buat repot polis... lu orang hanya berani dengan Melayu Bawahan jer.... dengan Melayu Kelas Atasan lu orang TAKUT..., cehhhh... perangai lu orang (umno johor) sememangnya macam sial wal celaka haramjadah jer....!!!!

Kesimpulannya di sini, nampak jelas bahawa puak2 Lembu Umno tu hanya hipokrit sahaja menunjukkan kesetiaan diorang pada Sultan mereka.... diorang hanya setia pada umno, selagi kepala2 umno mereka tak hulur duit sorang RM2 hengget suruh buat repot polis, diorang senyap laaaaa.... hahahaha...

Bodoh punya rakyat Johor berbangsa umno nih.... hahahaha...!!!!!

Betul laaa... bak kata si Mail tu (pinjam bahasa uncleseekers), "Kalau lu orang SUSAH nanti jangan cari RAJA"...... muakakakakaaaaa....!!!!

(Nota: Apahal pun 1 Millions Salute gua pada Uncleseekers kerana berani mendedahkan kebejatan, keborosan dan kemewahan yang terselindung di sebalik tembok Istana. Di mana rakyat marhaen seperti kita nih nak makan minum pun susah, mereka2 yang di dalam sana happiness sebaik keluar dari Vagina sehingga ke lubang kubur tak pernah merasa erti kesusahan...)

sumber dari

Photobucket

Minyak Dunia Dah Turun

on





Oil hovers above $79 after US crude supply jump


SINGAPORE (AP) — Oil hovered above $79 a barrel Wednesday in Asia after a report showed a surprise increase in U.S. crude supplies, suggesting demand remains weak.


Benchmark oil for August delivery was down 12 cents at $79.24 a barrel 
Crude has fallen to near eight-month lows from $106 less than two months ago 
crude to soon drop to as low as the mid-$60s.
heating oil was down 0.1 cent at $2.57 per gallon while gasoline futures slid 1.1 cents at $2.51 per gallon. 


So the oil price is crashing all over the world. 


Actually oil prices have been going down for some time. On June 7th the price of RON97 was cut 10 sen per litre from RM2.90 down to RM2.80. But this is the orang kaya petrol.All the orang kaya were happy because the Gomen reduced the price of expensive RON 97 gas.  So bila harga minyak dunia turun, Gomen bantu orang kaya dulu. 


The price of RON 95, the orang miskin petrol has NOT been reduced. Why? Pasal apa Gomen nak bantu orang kaya dulu? Nak jaga untung Petronas saja. Bila nak bantu orang miskin ? The bulk of petrol sold (by volume) has to be RON 95. It is the poor peoples' petrol.


Now the price of oil is crashing all over the world. They are now already predicting oil at USD60 per barrel. Some analysts say even USD50 per barrel is possible this year.


This means it will be a terrible time for the oil industry and the oil and gas business. Folks say the cost of production of oil is now above USD45 per barrel. Even if oil hits USD60 per barrel, the entire oil industry is going to suffer really, really thin margins.  If oil price hits USD50 per barrel, mampus lah O & G industry.


Anyway, the price of oil is dropping, Can the Gomen please reduce the price of RON 95 as well. Itu orang miskin punya minyak. I have to fill my tank as well ok.  Petronas sudah kaya. 




Please pass the lower oil prices to us the consumers. Thank you.


sumber

Photobucket

NEGARA PALING RAMAI MENTERI.....DUIT RAKYAT TERBAZIR

on




Malaysia negara yang jumlahnya ramai lebih ramai dari Amerika Syarikat yang penduduknya 312 juta.

Malaysia penduduknya hanya 28 juta ada 30 orang menteri sedangkan Amerika dengan jumlah penduduknya 312 juta hanya mempunyai 12 menteri atau dipanggil Setiausaha Negara.

Hebat betul kerajaan BN .............yang pasti ramai menteri banyaklah duit hangus bayar gaji, elaun dan sebagainya .....

Sumber ilustrasi : FB Muhammad Hanif.



Photobucket

BINI GUAN ENG KENA BOGEL...???

on



Lim gaun eng pasti mengamuk dengan tindakan adun duyung, gan tian loo yang telah menyakat bininya, betty chew sampai terbogel semasa sidang dun melaka tadi. Haha..Isu yang dibangkitkan adalah pertanyaan betul ke betty serang pompuan yang disyaki awek guan eng??? menurut yb gan, bukan dia yang nak tanya tapi penduduk kawasan betty yang mintak dia bawak masuk dalam dewan..Hahaha...

Kene sakat sampai tak tau ape nak buat. Haha.. Memandangkan hanya pembangkang dap je yang ada dalam dewan, maka takde la hero2 pas dan pkr nak backing betty. Dap lain pun hanya pandang je memandangkan mungkin mereka pun dah boring tengok perangai lge yang macam raja dalam dap.

Haha..jom la kita layan petikan buletin utama tu..





Photobucket

Misteri perletakan jawatan Hassan Merican CEO Petronas didedahkan Reuters akhirnya..

on


Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.

Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir.

Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.

Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican .

Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.

Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.

Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia.

Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.


Artikel yang membongkar bagaimana keuntungan Petronas telah dikaut dan diguna ikut suka hati Kerajaan UMNO/BN boleh di baca di ( The Malaysian Insider)

Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan 'Formula One' pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas?

Mengapa???

Anak Sungai Derhaka
Photobucket

Perkhidmatan Abu Bakar sebagai KP JPA ditamatkan

on



Blogger Pro UMNO mendakwa tindakan Berita Harian memberikan ruang kepada Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini adalah memalukan Najib.

Secara tidak langsung ini membawa maksud Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu telah ditamatkan perkhidmatannya atas arahan Najib, oleh itu perkara ini perlulah disembunyikan dari pengetahuan rakyat..

Jadi nasib Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hampir sama dengan Hassan Merican Ex-CEO Petronas yang dikhabarkan tidak disambung kontrak kerana tidak sehaluan dengan Najib, biarpun apa yang Najib lakukan itu tak betul...


Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat


Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah. 

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. 

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.


cerita lanjut dari  SINI dan juga  SINI



Photobucket

UMNO Sabah dah nak karam...Najib bergegas ke Sabah...?

on Jul 1, 2012


Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang Dipertua Agong, Raja Nazri Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.

 Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti vvip untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri. Beberapa vvip lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi vvip termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti.

Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memoteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seelokknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gunda gulana bak orang kata sudah tercabut kain dibadan.

Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

(Saya masih belum mendapat makulumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).

Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa nakan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.

Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh menganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celeka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.

Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen. 

Laporan lanjut akan menyusul.


tintamerahMSO


Photobucket

Tamrin Tidak Pedulikan Ugutan.......

on


Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan jelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.



Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyedarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.

Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrin yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.

"Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya.

Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarang ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga terkena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya.
Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu.

Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang penting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas."

Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrin tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.

Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.

Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno di zaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.

Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib.

Malam ini Tamrin akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersama Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrin khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12]

-/MSOmelayu





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List