Calon Pengganti Ketua Menteri Melaka.

on Jul 5, 2012

umno agm egm 151009 supreme council member idris haron


Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron hanya ketawa apabila ditanya sama ada benar beliau merupakan antara individu yang disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka.

"Mana ada...," katanya yang menambah perkara itu tidak benar kerana sesiapa sahaja di bawah kepimpinan Mohd Ali layak menjadi pengganti.

"Semua pemimpin yang ada dalam kepimpinan boleh ganti. Datuk Seri yakin dengan kesemua pemimpin yang dilantik dan dididik," katanya sambil diselang seli dengan ketawa.

Idris, 45, antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut, susulan kenyataan Mohd Ali untuk beralih ke kerajaan persekutuan.

Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris The New Sunday Times Ahad lalu, Mohd Ali menyatakan beliau berhasrat sedemikian sekiranya diizinkan perdana menteri. 

Turut dijangka sebagai pengganti Ali ialah seorang veteran politik Umno Melaka, Datuk Abu Seman Yusop, yang kini merupakan timbalan menteri dalam negeri dan juga seorang exco kerajaan negeri Melaka, Datuk Ghafar Atan.

PM ada kriteria sendiri
Perkara itu dinyatakan Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad ketika ditanya mengenai nama-nama yang layak untuk menggantikan Mohd Ali.

"Ada beberapa nama yang disebut. Antaranya Datuk Idris Haron, Datuk Abu Seman Yusop dan Datuk Ghafar Atan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya, beliau menjangkakan demikian kerana ketiga-tiga nama berkenaan merupakan ketua Umno bahagian.

deputy home minister abu seman pc on teen shooting panel 300410 02Idris mengetuai Umno bahagian Tangga Batu dan Abu Seman (kiri) serta Ghafar masing-masing merupakan ketua bahagian Masjid Tanah dan Alor Gajah.

"Yang ini semua orang dalam Umno yang sebut, bukan PM yang pilih. PM ada kriteria dia yang sendiri.

"Biasanya yang jadi ketua menteri ini ketua bahagian tapi ada juga bukan ketua bahagian yang dipilih," katanya lagi.

Harap Ali terus pantau
Othman yang berpengalaman berkhidmat selama 18 tahun dengan bekas ketua menteri Melaka, Tun Ghafar Baba berkata, langkah untuk mencari pemimpin yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas untuk jawatan tersebut adalah satu perkara yang sukar.

"Itu yang jadi orang Melaka serba salah. Kita serba salah nak lepaskan Datuk Ali. Nak tak nak, untuk memastikan masa depan lebih baik. Susah nak cari pengganti dengan apa yang dia dah buat," katanya yang berpendapat standard kerja Mohd Ali setanding dengan Ghafar Baba.

ali rustam"Saya bekerja dengan Tun Ghafar Baba 18 tahun. Saya rasa Datuk Ali mentadbir selama 12 tahun macam bekerja 20 tahun. Dia memang kuat bekerja. Keluar pagi, balik pagi," kata Othman.

Katanya lagi, walaupun berat untuk melepaskan Mohd Ali (kiri), beliau berharap agar penggantinya akan dapat bekerja sekuat ADUN Bukit Baru itu.

"Kalau (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak) perlu juga (Mohd Ali), kita kena lepaskan. Cuma harapan, pengganti dia nanti dapat buat 70 peratus kerja macam Datuk Ali. 

"Kalau nak (pemimpin) 100 peratus (seperti Mohd Ali) memang tak dapat. Tapi kalau boleh 70 peratus cara dia bekerja. 

"Saya juga berharap agar walaupun Datuk Ali sudah berada di kerajaan persekutuan, beliau masih lagi memantau keadaan politik di Melaka dalam jangka masa tertentu," kata Othman lagi.

MK
Photobucket

Uncleseekers Ditangkap

on


"Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.

Tangkapan itu diyakini urutan daripadapendedahan dalam blognya berkaitan isukerabat diraja Johor, seperti yang dilaporkandi sini



 

Update: Blogger Uncleseekers dalam perjalanan balik kampong

Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. 




Photobucket

Anwar Akan Bersara...?

on






Mereka Kata......- Akhbar-akhbar luar negara dan dalam negara melaporkan Anwar Ibrahim membayangkan untuk bersara daripada Politik Malaysia selepas mendapat gambaran akan kekalahan pasukan beliau dalam PRU13.


Isunya, selepas membohongi dan memperbodohkan Pas dan rakyat Malaysia, Anwar dengan mudah melarikan diri sama ada ke Washington DC, khabarnya di rumah baru beliau di sana. Mymassa dimaklumkan Anwar tidak akan menetap di Jakarta kota penuh mecet ataupun di Manila berhampiran kediaman bekas Presiden Estrada. Anwar dikatakan memilih Washington DC. Di sana ada River Site atau Long River, tahu kah kamu tempat apakah itu?


Apapun, Mymassa berharap, dengan pengunduran Awal Anwar Ibrahim ini, para blogger teruskan perjuangan, kerana peninggalan Anwar ialah memperkukuhkan Dap dan Melemahkan Pas.


Sementara itu berita hangat 24 jam di kalangan elit politik membayangkan Istana Negara akan menjadi tumpuan hari esok. Mymassa dihubungi bertalu-talu untuk mengesahkan perkara tersebut. Apa pun, pembubaran Parlimen hanya Perdana Menteri tahu bila akan diumumkan. Rakan-rakan di Pulau Pinang hingga ke Sabah tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas. Bagi Mymassa, kita menghormati hak dan kuasa pregroratif Perdana Menteri. 
PERDANA MENTERI SEMAKIN YAKIN

Dalam pada itu, DS Najib Tun Razak, anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua kelihatan semakin yakin dan semakin cergas. Tatkala pesaingnya, DS Anwar Ibrahim dilaporkan membayangkan untuk bersara dan menjadi pensyarah di luar negara. 



SUDAH BERSEDIA

Komponen BN menerima suntikan baru di Pulau Pinang, apabila Pengerusi BN yang baru kelihatan lebih cergas, terkehadapan, dan dilihat berjaya menarik sokongan masyarakat Cina di Pulau Pinang.


cerita sebenar dari sini
Photobucket

Adun UMNO Bodoh Main Golf TAPI Gila Sakan Main Golf

on Jul 4, 2012


Ada satu cerita yang orang emailakan pada aku, cerita pasal perangai seorang adun nie yang gila main golf, aku rase dia nak ganti tiger woods kut...

Gila tak gila adun sekor nie main golf, hari isnin sampai khamis dia main golf di jakarta di sponsor oleh seorang su politik pak menteri, baliknye hari jumaat boleh sambung main tasik puteri golf club, rawang, sabtu dan ahad mungkin dia cuti, tu maklumat aku tak dapat.


Isnin main golf di kelab golf negara subang (kgns) dan hari selasa pulak dia main tropicana golf club, woii.... agak-agak la, dia buat main golf nie macam kerjaya, weekdays main golf weekend cuti...

Kau tu adun, kalau 5 hari seminggu asyik dok kat padang golf, bila masanye pulak nak jenguk masaalah rakyat di kawasan, orang pilih kau jadi wakil rakyat untuk selesaikan masaalah rakyat, bukan untuk jadi pemain golf.

Aku harap najib tak pilih lagi hamlau sekor ni jadi calon bn, kalau dia nak merajuk, kalau dia nak lompat parti biarkan, aku ada lagi gambar-gambar dia main permainan yang jarang di main oleh bangsa melayu, kalau dia cerita banyak, aku keluarkan je gambar tu, biar orang tahu bertapa ini orang memang tak boleh pakai.



Ini Dia.., Adun UMNO Bodoh Main Golf TAPI Gila Sakan Main Golf....!!

Alangkah tidak berdisplinnya seorang YB UMNO yang merokok dalam kawasan "putting green" dimana rules and regulations permainan golf tidak membenarkan pemain merokok...

Kisah kali ini agak menarik! Al kisah seorang wakil rakyat yang terlalu sibuk mahu bermain golf. Hampir 5 kali seminggu kerjanya hanyalah bermain golf sahaja... Malah sampai ke negara jiran

Kalau kita lihat daripada aksi aksi beliau menjadi hamba kepada permainan golf, terbukti bukanlah sehebat mana pun...

Daripada beberapa aksi yang sempat dirakam oleh pengirim berita ini, jelas kelihatan YB UMNO ini langsung tidak mempunyai basic skill dalam permainan golf.

Perhatikan foto dibawah ini,


Cara untuk membuat "tee-off" permulaan permainan golf YB UMNO ini terserlah beliau tidak ada asas langsung...!

Lihat kemana tersasar bola golf yang dipukul oleh YB tersebut..., kalau ikut istilah permainan golf, bola tersebut dikira OB [Out of Bound].

Ini berlaku kerana cara untuk menghayun membuat pukulan "tee-off" tidak mengikut displin permainan yang ditetapkan seperti posisi siku, lengan, lengguk pinggan dan cara posisi untuk berdiri dengan betul.

Bandingkan foto dibawah ini, lihat dimana kedudukan "driver" [kayu golf] sesudah membuat "tee-off"


Demikianlah sebagai mukadimah untuk menceritakan mengenai tabiat buruk seorang wakil rakyat UMNO yang terlalu sibuk menghabiskan waktunya bermain golf.

Sekiranya beliau hebat dalam permainan ini sehingga digeruni, berjaya menjadi pemain terunggul maka tidak sia-sialah segala usahanya itu. Malang sekali, dilihat menerusi foto foto diatas, maka terbukti inilah dia bidalan melayu lama menyebut 'seperti kudung mendapat cincin'.

Tatkala YAB PM, Datuk Seri Najib sibuk kesana kemari mendekati rakyat mahu pastikan kemenangan BN diraih pada PRU ke 13, wakil rakyat UMNO ini terlalu sibuk bermain golf 5 kali seminggu..!

Timbul pula persoalan bilakah pula masa dan waktu yang ada untuk wakil rakyat UMNO ini menjalankan tugas mendekati rakyat sebagai Adun di kawasannya..?

Apakah spesis seperti ini layak untuk Najib kekalkan sebagai calon mewakili UMNO-BN..?

Anda mahu kenal siapa wakil rakyat UMNO ini...? Adun dari negeri mana...??

darulehsantoday


Photobucket

Sidek kena, Bakar kena sebab Najib yang luluskan SBPA nak jadi PM lagi

on


This is a classic case of an unscrupulous government - the cabinet approved the pay scheme but when it turns ugly, wag the civil servants. Someone must highlight that during GE13 the civil servants plus the rakyat must wag Umno to kingdom come! (Berita-berita berkaitan di bawah)

Berita 1

Kedudukan Sidek, Abu Bakar cetus persoalan

(Utusan Malaysia 29/3/12) PUTRAJAYA 28 Mac - Spekulasi bertiup kencang di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berhubung kedudukan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Abu Bakar ketika dihubungi hari ini tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kedudukannya itu di Bangunan Perdana Putra, pagi ini.

''Tunggulah dua tiga hari lagi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.

Perdana Menteri terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.

Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.

Ekoran itu, pelbagai pihak mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Mohd. Sidek dan Abu Bakar selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.

Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.

Berita 2

SBPA: Najib tak patut mangsakan KSN, KPPA

(HarakahDaily, 31 Mac 2012): Amat tidak adil jika Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah sahaja yang dipertanggungjawabkan akibat kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sebarang tindakan terhadap mereka berdua sahaja adalah zalim dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang paling bertanggungjawab terhadap kemelut itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

"Kalau hendak diambil tindakan, bukan paksa mereka berdua sahaja berundur dengan tidak menyambungkan kontrak perkhidmatan mereka.

"Perdana menterilah yang pertama sekali mesti meletak jawatan dan berundur kerana kemelut SBPA itu," katanya.

Perdana Menteri adalah orang yang paling bertanggungjawab yang menyebabkan kemelut SBPA itu berlaku kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA), kata Mahfuz.

"Skim SBPA itu tentu dibentangkan kepada JKK-MPGSA sebelum dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.

"Skim itu bukannya penggunaan duit tunai runcit di pejabat untuk membeli pensil misalnya, ia perlu dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.

"Jika telah dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan sebelum itu kepada JKK-MPGSA, tentulah Najib sebagai Perdana Menteri telah mempersetujui dan meluluskan skim itu terlebih dahulu sebelum diumumkan," katanya.

Sebab itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najiblah orang yang bertanggungjawab terhadap skim itu.

"Adakah Najib mahu mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang skim SBPA itu sebelum ia diumumkan?

"Adakah SBPA dilaksanakan tanpa persetujuan Perdana Menteri? Kalau begitu, Najib buat apa?" Mahfuz mempersoalkan.

Mahfuz juga mengecam putar belit yang meletakkan Najib sebagai penyelesai dan penyelamat kemelut SBPA itu.

"Kononnya Najib terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA.

"Sedangkan, beliaulah antara yang paling bertanggungjawab sejak dari awal lagi terhadap skim yang dilihat menindas pekerja bawahan sektor awam itu," kata beliau.

Untuk menyelamatkan Najib yang dipertanggungjawabkan berikutan bantahan kakitangan awam terhadap SBPA, diputarbelitkan berita kononnya hanya kewibawaan kepimpinan Mohd Sidek dan Abu Bakar sahaja yang dipersoalkan selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.

Abu Bakar dilaporkankan tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.

''Tunggulah dua tiga hari lagi," sebuah akhbar harian memetik beliau sebagai berkata ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.

Akibat bantahan meluas dari kakitangan awam, Najib akhirnya terpaksa membatalkan SBPA yang telah pun dilaksanakan dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.

Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.

Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pengunduran mereka kononnya untuk menyelamatkan imej kerajaannya sebelum pilihan raya akan datang.

Mengulas spekulasi itu, Mahfuz berkata: "Jika Najib mengumumkan pengunduran itu, beliaulah orang yang paling tidak malu kerana beliaulah yang terlebih dahulu patut berundur sebelum Mohd Sidek dan Abu Bakar diundurkan secara paksa".

Berita 3

'Saya sedih khidmat ditamat lebih awal'

Abu Bakar hanya dimaklum menerusi surat

BH Online 1/7/12: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengesahkan beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam kerajaan ditamatkan (Nak baca seterusnya, BH suruh bayar duit. Tak naklah!)

Berita 4

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat

(Malaysiakini 2/7/12): Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

NONEWartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

[Baca berita penuh]

Berita 5

SBPA: Kenapa kambing hitamkan Abu Bakar?

Harakah daily (3/7/12): Perdana Menteri tidak seharusnya mengkambinghitamkan Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) ekoran kegagalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Mahfuz berkata, adalah tidak adil untuk Perdana Menteri bertindak sedemikian memandangkan Abu Bakar hanya meneruskan pelaksanaan skim itu sebagaimana dipersetujui sebelum ini oleh kabinet.

"Kalau tindakan ke atas Abu Bakar ini kerana kegagalan SPBA yang menimbulkan krisis dan kontroversi, saya katakan ia satu tindakan yang tidak adil sama sekali," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

Abu Bakar telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) lebih awal sebelum sampai tempoh umur 60 tahun selepas perlantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru.

Abu Bakar sebelum ini disebut-sebut bakal dilantik sebagai KSN kerana beliau adalah pegawai kerajaan paling kanan selepas KSN.

Mahfuz percaya jika ini boleh berlaku kepada seorang ketua pengarah apalah pula kepada 1.4 juta kakitangan awam yang menjadi mangsa politik kerajaan yang dalam keadaan tertentu akan berlepas tangan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, menuntut Perdana Menteri menjelaskan kewajaran pemecatan Abu Bakar yang seolah-olah dirahsiakan kerana beliau tidak mahu pentadbiran kerajaan memiliki pegawai tinggi yang bersikap 'yes man'.

Sehubungan itu, Mahfuz tidak menolak kerajaan menggunakan Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib) untuk menamatkan perkhidmatan Abu Bakar.

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya.

Menurut Mahfuz, selepas dirujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara".

"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Berita 6

Blogger pro-Umno terus serang NST 

(HarakahDaily 3/7/12): Selepas menyerang Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Jalil Hamid ekoran berita dalam Berita Harian yang menyiarkan berita simpati kepada bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, blogger pro Umno tidak berpuas hati nampaknya.

Hari ini, blog Unspinner itu menyerang Jalil lagi dengan berkata, serangan mereka kepadanya adalah serius, bukan main-main.

"Ia bukan sebarangan dan hanya teguran saja seperti di lembutkan Rocky Bru," tulis posting Unspinner hari ini.

Semalam, blogger ini menyiarkan berita yang menyerang Jalil ekoran laporan Berita Hairan yang menyiarkan kenyataan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang mendakwa beliau dipecat.

Jalil dituduh mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib apabila menyiarkan berita itu.

Serangan blogger Umno hari ini bukan terhenti terhadap Jalil sahaja bahkan ia dikaitkan dengan beberapa editor kanan dan wartawan NST yang dianggap mereka tidak wajar dikekalkan.

Antara sebab lama adalah sama seperti bekas Ketua Kumpulan Pengarang Datuk Zainul Ariffin masih mengekalkan orang-orang Kalimullah dan seolah-olah mengekalkan pemikiran Neo-Liberal atau Melayu Liberal dalam NST dan BH, tulis Unspinner.

Menurut sumber NST, serangan terhadap Lee Siew Lan yang merupakan isteri kepada Leslie Lau, salah seorang penggerak utama The Malaysian Insiders (TMI), adalah wartawan Business Desk di NST tidak berapa kena.

Ini kerana, Lee Siew Lan yang didakwa pembocor rahsia tegar NST ke TMI itu sudah tidak ada lagi di NST.

Turut diserang adalah Zubaidah Abu Bakar yang dianggap "Wartawan yang jelas-jelas pro PAS dan pembangkang."

"Syed Nazri pula apa perlu dikekalkan lagi? Dia hanya mengambil gaji buta dan tidak buat apa-apa? Bukankah lagi elok diangkat dan dinaikkan pangkat wartawan dari dalam.

"Dia pun adalah pembodek Kalimullah dahulu," tulis blogger itu yang turut menjadikan Syed Nazri sebagai sasaran.

Bertambah teruk lagi, kata blog itu, adalah Jalil Hamid membawa balik seorang kuat Kalimullah yang telah berhijrah ke Astro awani sebagai Editor-in-chief, Azizi Othman untuk jawatan Executive Editor Special Project.

"Special project apa itu? Project sabo PM ke?" soal blogger itu.

Menurut blog itu juga, Datuk Jamaludin Jarjis (JJ) yang kini dikatakan pengarah 'War Room' Najib, juga marah kepada Jalil Hamid.

"Satu lagi sebab ada berkaitan dengan kisah pembocoran kononnya pertemuan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dengan pasukan NST bahawa seolah-olah 5 perkara utama BN adalah Felda, NFC, AirAsia-MAS, gaji kakitangan kerajaan dan NFC.

"Difahamkan Jalil Hamid adalah orang yang membocor dan membuat cerita sedemikian hingga  JJ menjadi marah," tulis blog itu lagi.

Itu sebab NST kini tidak membantu langsung peranan penerangan kerajaan dan komukasi politik Umno dan BN.

"Mereka hanya pelapor saja dan tidak dipercayai untuk menjalankan apa saja gerak gempur," tulis blog itu.

penarik beca

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List