Katak-Katak Yang Resah Dan Terkejut Beruk Takut Dihalau Dari Kubang Di PRU Akan Datang

on Nov 9, 2012





Bukan untuk Agama sangat
Tetapi untuk bodek supaya tidak dihalau dari kawasan masing-masing di PRU13 nanti 

Ko ingat puak-puak UMNO akan biarkan gitu jer kerusi yang ko sandang sekarang tanpa ditandingi UMNO?

Ko ingat UMNO akan berikan laluan?
Ko ingat puak-puak UMNO akan ikut tanpa tentangan walau pun diperintahkan Najib?

Takyah susah-susahlah wahai katak, kuburmu dah tersedia di PRU13 nanti! 

Memang jenis 'Perut tinggi dari dada, kaki melebihi kepala'!




November 09, 2012

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.


Datuk Zulkifli Noordin (gambar), ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankanUtusan Malaysia jika disaman.
"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.

"Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam," katanya.

Nurul Izzah dijangka akan ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jam 11 pagi nanti untuk memberikan penjelasan berhubung tindakan Utusan Malaysia mensensasikan kenyataannya dalam satu forum baru-baru ini yang didakwa menyokong masyarakat Melayu beragama Islam bebas memilih agama.

Anak kepada ketua pembangkang itu juga telah menyatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan MalaysiaBerita Harian, termasuk beberapa blog kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan antara ciri-ciri Melayu adalah boleh bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu, dan juga beragama Islam.

Kenyataan yang didakwa dibuat Nurul Izzah itu mendapat respon negatif pelbagai pihak kerana komuniti Melayu di negara ini meliputi 60 peratus daripada 28 juta keseluruhan rakyat Malaysia.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah tersebut.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika sidang media selepas forum yang dihadiri sekitar 500 hadirin itu juga berkata akan cuba untuk membawa isu berkenaan kepada pengetahuan Majlis Raja-Raja.

Selain Zulkifli, ahli-ahli panel forum itu adalah, Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hassan Ali, Presiden ISSI, Dr Yusri Mohamad, Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad dan Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah selaku moderator.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan.


sumber

Photobucket

Najib Kokok Berderai-derai Ekor Gelumang Tahi...!

on





Institusi pondok benteng pertahan Melayu-Islam

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi pondok masih relevan pada masa kini kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. "Ia berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPPM) di sini semalam. Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Katanya, ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pascamodenisme yang sedang berlaku. Najib berkata, dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.

Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Justeru, beliau berkata, para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.

Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu. Beliau berkata, geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka. - Bernama


Komen Weblog Ibnu Hayim:  PM Najib kata institusi pondok masih relevan pada masa kini, kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. Kenapa dia tak hantar anak atau suku sakatnya belajar pondok, kalau dia yakin relevan?

Kokok saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi! Hee najis..



sumber
Photobucket

Kata-Kata Syirik Dan Amalan Khurafat

on






Assalamualaikum wbt.     Saya tidak muak walau berkali-kali diminta mendengar ucapan, ucapan dari Pegawai BTN, Pegawai JASA, dan Speaker DUN. Ada input yang diperolehi, maklumat-maklumat yang disampaikan secara putar belit, kempen yang diselitkan walau berkali-kali dinyatakan ini bukan kempen, Saya tak perlu nak rasa panas telinga, saya mampu mendengar. 
Ada sebab tertentu mengapa mereka dijemput.     Pegawai BTN     Konon-kononnya menceritakan pembentukan Malaysia, lalu diselitkan bagaimana persetujuan antara 3 kaum terbesar, pemimpin kaum masing-masing bersetuju membentuk Malaysia. Setuju terima kerakyatan dengan syarat-syarat tertentu. Dan diajak bersatu. 
Namun bila diberi kursus BTN, perasaan benci terhadap kaum lain ditanam, konon-kononnya kaum Melayu akan ditelan oleh kaum Cina, bukan India, dan di katakan hanya UMNO yang mampu pertahan Melayu.

     Hjlutfi: UMNO hanya mampu pertahan golongan ketua-ketua Melayu dari kecil (JKKK) hingga besar PM .   
Lalu diajak bersatu semula dengan slogan 1Malaysia. Sekali lagi Melayu diletakan dihadapan mulut Cina untuk ditelan. Walau berkali-kali mereka berkata 1Malaysia bukan bererti samarata.. hanya Cina dalam TV1 saja yang bangga dengan 1Malaysia sebab cari makan dengan RTM. 

Pegawai JASA Konon bercerita tentang peribadi Rasulullah SAW yang perlu di contohi. Arahan patuh kepada perintah ketua, tidak boleh gugat Negara Islam diulang berkali-kali, diugut lagi, kononnya Pulau Pinang akan jadi macam Singapura. 
Apa hukum jika meruntuhkan Negara Islam, Hoii, takutnya saya . sebab saya seorang Islam. Diajak bersyukur atas pemberian-pemberian dari Ketua Negara Islam seperti bonus, BRIM, dan macam-macam IM yang lain, kenapa tidak mahu bersyukur, tunjukkan rasa syukur dengan mengekalkan kerajaan sedia ada, “saya tidak kempen pangkah BN, saya hanya minta kamu bersyukur”    
Hjlutfi: Saya sekali-kali tidak akan meruntuhkan Negara Islam, malah saya akan membantu sepenuh jiwa membentuk Negara Islam. Saya patuh kepada pemimpin dan saya doakan pemimpin yang menjalankan hukum hakam Islam seperti yang didoakan dalam khutbah Jumaat di Negeri Melaka. 
Ustaz-ustaz JASA dan UMNO saya letak tepi, jika mereka benar-benar tidak memahami Ayat-ayat Al Quran berkaitan kepimpinan dan Negara Islam. Dan jika mereka hanya cari makan dengan cara tersebut, semoga Allah beri hidayah.   







Speaker DUN Melaka. Saya diminta oleh Orang ini, kemana kau pergi cerita tentang 13 Mei.



Nanti orang diatas ini akan kata, saya diminta oleh orang dibawah ini untuk bercakap tentang 13 Mei.





Dan Nanti orang diatas ini akan kata saya diminta oleh bos saya bercakap tentang 13 Mei 1969
Hjlutfi: hoi orang Melayu, kau tak sah nak bermegah dengan cerita parang terbang, jangan harap lagi 13 Mei kali kedua dan tiga, jangan dok perasan Melayu menang semasa 13 Mei 1969. Hanya beberapa kerat manusia yang menang selepas 13 Mei. Selepas 13 Mei dasar DEB diperkenalkan, hanya beberapa melayu yang menikmati hasrat selepas 13 Mei. Yang lain dapatlah BRIM, Tayar IM, Saman IM. UMNO bela Melayu. Atau UMNO belasah Melayu ?

Maka Dato Wira pun bercerita kepada anak cucu yang belia membuat kajian tentang 13 Mei 1969. lalu ditanya mahukah kita mengulangi 13 Mei, jika tidak mahu maka kita kena pastikan DAP kafir harbi tidak menang pilihanraya, PAS dan PKR yang menjadi kuda tunggangan DAP jangan bagi menang, fikirlah, apa akan jadi selepas PRU 13 yang dianggap paling getir dalam sejarah PRU Malaysia. Kalau kau rasa boleh menang macam 13 Mei 1969 kenapa tak mahu ulangan 13 Mei ?.

Hjlutfi: Saya pesan kepada Dato Wira dan bos Dato keatas., mewujudkan 13 Mei adalah atas “kuasa Dato- dato sekelian” selepas PRU 13 Dato-Dato boleh wujud 13 Mei umpama menekan “enter” pada key board. Dalam hati dato telah merancang perkara tersebut, sebagai tindakan – tindakan alternative untuk terus berkuasa, kerana dato-datok adalah pengamal khurafat “hanya UMNO yang boleh bela orang Melayu”.


“Saya rasa bertanggungjawab utnuk menceritakan semua ini (13 Mei) kata speaker DUN, supaya kita tidak menyesal selepas PRU 13. Kita hari-hari bekerja memberi bantuan kepada rakyat, hari-hari berfikir bagaimana nak buat kebajikan kepada rakyat, Hj Hadi tidur saja.” Itu kata beliau.

Hjlutfi: Dato, hari-hari memikir tentang apa yang nak diberi kepada rakyat, guna duit kerajaan, ok-lah sebagai rakyat saya terima, tolonglah dato, memerintah Negara Islam bukan sekadar beri makanan jasmani saja, bukan berfikir kebajikan hari ini sahaja, Islam perlu ada kesinambungan, minda perlu ada kecerdikan. Orang Islam kena pastikan Ilmu Islam terus diwarisi, orang islam kenapastikan generasi akan datang tidak ditinggalkan dalam keadaan lemah iman dan lemah ekonomi, hanya yang kuat iman dan ekonomi yang boleh survive, bukan hanya segelintir sahaja yang kukuh ekonomi.

Hjlutfi: hjlutfi bukan tak sayang melayu, tapi Nabi SAW telah tunjukkan Islam lah yang paling utama, bina Islam melayu pasti selamat Insya Allah.





Photobucket

Sultan Terkejut Dengan Nurul Izzah, Rakyat Lagi Terkejut Dengan Tengku Amir

on



Raja Muda Tengku Amir Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir sekarang? Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan Sultan/Raja & kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia benar-benar ikhlas dan prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat kosmetik di mata rakyat Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan rakyat dan membantu rakyat dikala mereka hidup dalam kesusahan.

Bukan hanya…..gah semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar sahaja untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan sebenarnya….

Kalau dilihat ada kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan berkawan dengan kawan-kawan daripada negara orang putih sana. Terpulang…..tetapi jangan memalukan diri sendiri apabila anda dilihat lebih “Mat Saleh” dengan kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang ini. Sehingga orang bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Tengku Amir Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style..
Tengku Amir Raja Muda Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya

EkELEH.com, Teringat kepada Sultan Muhammad V, Sultan kesayangan rakyat!!





Photobucket

Adakah Ini Petanda Nya...

on Nov 8, 2012





Antara petanda sesebuah parti itu akan kalah adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi.

Atau, kawasan yang selama ini tidak ada pihak yang berani kacau sudah berubah haluan.

Itulah yang berlaku di sebuah flat di Selayang, Selangor.

Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini flat ini penuh dengan bendera PKR yang akan menentang BN di kawasan ini.

Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana mereka sokong secara terbuka.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN saja yang berkibar, namun kini, ianya sudah jauh berubah.

Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara ini.

Adakah ini salah satu punca, Datuk Seri Najib Razak masih keberatan untuk membubarkan parlimen?

Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah.



Photobucket

Cara Mahathir Memutar Minda Penduduk Malaysia

on




Mahathir Mohamad selalu makan orang dalam manis sehinggakan kemungkaran dilakukan tidak terperasaan sama sekali. Tenguk bagaimana dia melepaskan jerat daripada untuk tidak dilihat bersubahat dalam memberi projek untuk anaknya berhubung kepentingan dalam Petronas.

Apabila wartawan menimbulkan soal kedudukannya sebagai pengerusi Petronas, apakah tidak dianggap sebagai sekongkol dengan kelulusan oleh syarikat gergasi itu kepada Sapurakencana Sdn Bhd di mana anaknya ada kepentingan, beliau menempelak wartawan dengan berkata; iya kamu akan kata saya yang suruh Petronas berikan kepada dia (anaknya).

Tambahnya lagi untuk menampakkannya ikhlas dan jujur, kamu tulislah dalam surat khabar kamu.. katanya saya yang suruh beri. (Sebenarnya memang pun). Dengan menjawab begitu orang akan anggap bahawa beliau putih dari nepotime, walhal hakikatnya memang benar begitu.

Kalau beliau tulus dan bersih beliau tidak akan membenarkan Petronas memberi projek kepada syarikat di mana anaknya ada kepentingan disitu. Kalau apa yang dilakukan Mahathir itu tertimpa ke atas diri Anwar Ibrahim negtara akan riuh macam kolam dipenuhi katak.

Beliau awal-awal memintas apa yang menjadi persoalan wartawan. Cara Mahathir itu adalah cara memansung soal dan memberi malu kepada si petanya. 

Cara Mahathir memutar otak orang ini sudah lama sejak 22 tahun lalu. Tetapi orang yang taksub dengannya tidak pernah menilai dan nampak apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri ini. Selagi hidup Mahathir dan kuncu-kuncu akan terus mendapat manfaat dari kekayaan negara sebab rakyat sudah tidak mahu menerima apa saja keburukan dilakukannya.

Naiflah Mahathir kalau tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk kesenangan anak-anak dan penbgampunya. Hanya syaiatan yang dikenali saja tidak jahat. 


sumber
Photobucket

Najib Ketepi MT UMNO, Lantik Bekas Setpol Pilih Calon Pilihanraya

on






Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas.


Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.

Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.

Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.

Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.

Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.

Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.

Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.

Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.

Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka. 

Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.

Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.

Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.

Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.

Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.

Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.

Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.

Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.

Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian. 

Oleh Shahbudin Husin

Photobucket

Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir..

on





Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri.

Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa?

“Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?” katanya dipetik Media Selangorku.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi.

Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri.




Photobucket

Penjelasan UNHCR Berkenaan Aktiviti Warga Asing Di Stadium KLFA

on






Segalanya bermula bila sorang pengguna Facebook,Shirley Gabriella mendedahkan, beliau terkejut apabila menyaksikan pada pukul 6:45am jumaat lalu ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.
Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun menurut pihak UNHCR , mereka kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar.. Ini terjemahan kenyataan itu...

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA
7 Nov 2012

Pihak UNHCR kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Pemohon suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pihak UNHCR untuk mengumpul maklumat tentang pemohon suaka yang tidak lagi berdaftar di Malaysia.

Pengumpulan data akan membantu pihak UNHCR dalam perancangan program masa hadapan, termasuk program pendaftaran di masa hadapan.

Bagi tujuan perancangan, UNHCR perlu tahu siapakah pemohon suaka yang belum berdaftar di negara ini, dan aktiviti pengumpulan data sebegini membantu kami mendapatkan maklumat ini.

Pihak UNHCR telah melakukan aktiviti ini buat komuniti Myanmar yang lain tahun lepas, dan kami telah merancang untuk melakukan aktiviti ini untuk tiga komuniti yang tersebut di atas, pada tahun ini.

Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...

cuba baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah berkenaan Pelarian Burma di Langkawi..


Ini pula perbualan King Jason dengan Dato Ahmad Kuah..

Lagi pendedahan mengenai Pelarian Burma di Langkawi yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO/BN sila baca di sini ( King Jason )




Photobucket

Permohonan murtad 135 orang diluluskan

on





Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan diKelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. 6:27PM Jun 14 2011-malaysiakini

Ini berita tahun lepas tapi sengaja disiar semula untuk kita sama-sama fikirkan betapa bersungguh-sungguhnya BN menangani isu murtad. Cina DAP pulak yang mengambil berat akan isu murtad seseorang penganut agama Islam. Tak ke pelik? 



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List