Pada Akhirnya Pakatan Yang Akan Memerintah Negara

on Nov 26, 2012





Kerusi BN Merosot Tapi Pakatan Yang Akan Berkuasa.

Nampaknya, bukan sahaja pemimpin Umno, malah pemimpin pakatan pembangkang turut bersetuju dengan dengan ramalan timbalan pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin mengenai jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) merosot pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh yakin keputusan di saat akhir berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak kerusi akan menjadi penentu.

“Akan berlaku pertarungan hebat dan kita yakin kerusi kelabu bakal beri sokongan padu tentukan kemenangan Pakatan Rakyat. BN guna pelbagai pendekatan termasuk media untuk kelirukan rakyat dan beri gambaran berat sebelah, tetapi kita yakin pengundi bijak menilai," katanya.


Kata Fuziah, beliau setuju dengan kajian dilakukan tetapi bagi kerusi kelabu diyakini akan memihak kepada pakatan itu kerana jika menyokong BN, sudah tentu ia sudah jelas sekarang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad turut melahirkan pandangan sama dan yakin PAS serta Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan menerusi pilihanraya umum akan datang.

Keyakinan beliau berdasarkan perubahan sokongan antara kaum begitu juga dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sabah dan Sarawak sejak kebelakangan ini.

Sebab itulah katanya perdana menteri Najib Altantuya masih enggan memanggil pilihanraya kerana jika diadakan sekarang, BN berdepan dengan kekalahan selain Najib Altantuya sendiri bakal disingkirkan dari kepimpinan Umno kunun sebagai rasa bertanggungjawab terhadap perkara itu yang mesti dipikul seorang diri sahaja.

Ditambah pula dengan pergolakan dalaman antara parti itu dengan beberapa parti komponen BN di Sabah dan Sarawak menambah tekanan buat BN selain menjejaskan persiapan jentera yang dikatakan menunggu habuan dari atas sebelum melakukan gerak kerja yang ditetapkan.

Jika ini berlaku, ia bakal mengulangi sejarah pilihanraya umum lalu apabila antara faktor kekalahan BN disebabkan sebahagian besar wang habuan yang sepatutnya diagihkan kepada peringkat akar umbi tidak diterima petugas BN.

Najib Altantuya sepatutnya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan Abdullah Badawi jika mahu BN meneruskan kuasa dan yang memeningkan kepala adalah wang habuan yang dijanjikan masih belum kunjung tiba walaupun pilihanraya umum mesti diadakan kurang enam bulan dari sekarang.

Di sebelah Pakatan Rakyat pula, polemik siapa yang bakal menjawat jawatan perdana menteri nampaknya sudah reda dengan persetujuan sebelum ini yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memegang tampuk, kekal.

Dari segi pembahagian kerusi pula, walaupun berlaku sedikit masalah terutama di Borneo, Pakatan Rakyat optimis persetujuan bakal dicapai antara Pakatan dengan parti politik tempatan dalam tempoh terdekat. 

Jika masih belum selesai, dijangka ini akan memberi kelebihan buat BN kerana pecahan undi sesama pakatan pembangkang akan mengurangkan peratusan kemenangan dan memberi kemenangan kepada BN walaupun hanya dengan majoriti tipis.

Inilah yang membimbangkan kepimpinan tertinggi pakatan itu kerana kesempatan sebegini pasti akan direbut BN bagi menambah senarai kerusi parlimen membantu mencari 112 kerusi awal bagi kekal berkuasa di Putrajaya.



Photobucket

BN hanya selamat di 96 kerusi Sahaja.....?

on




Menjelang PRU 13

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.

Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.

Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini.

"Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi.

Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini.

Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan,  Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan
pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas."




Photobucket

Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin PAS Umum Keluar Parti?

on






Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini. Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut.

Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang.

Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkata pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sam-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate.

Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? ~mso


DAH TAHU DAH SIAPA MEREKA ITU....HAHAHAHAHAHAHA

Photobucket

Shah Alam: Pertembungan merebut sokongan Melayu bandar

on






Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit bagi membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hebat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis dalam pilihan raya lalu. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia. 

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor terletak di kawasan yang didiami oleh persara kerajaan, penjawat awam, peniaga, mahasiswa dan pekerja kilang dimana majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu.
Pilihan raya umum (PRU) 2008 menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya parti pembangkang menang di kerusi ini apabila Khalid Abdul Samad (gambar kanan) dari PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti besar 9,314 undi.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar sehingga Jun lalu adalah 96,066 orang dimana pengundi Melayu berjumlah lebih kurang 70 peratus, selebihnya adalah Cina, India dan lain-lain.
Terdapat dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga dalam kawasan parlimen Shah Alam.

Selepas tewas dalam PRU 2008, Umno dan Barisan Nasional (BN) memulakan gerak langkah bagi manawan semula ibu negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia itu.
PR nampaknya akan mengekalkan penyandang sedia ada, Khalid sebagai calon pada PRU akan datang, manakala BN pula menurut seorang sumber dari Umno Shah Alam, bakal meletakkan anak tempatan, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin kerana kedudukannya sebagai ketua bahagian Umno sekaligus pengerusi BN Shah Alam.
Walaupun tidak begitu terkenal di peringkat nasional, Ahmad Nawawi bukanlah nama yang asing di Shah Alam.

Seperti Khalid yang mempunyai keluarga aktif politik iaitu melalui abangnya, Tan Sri Shahrir Samad (ahli parlimen Johor Bharu dari Umno), Ahmad Nawawi juga membesar dalam keluarga yang aktif politik.
Beliau merupakan anak kepada bekas Adun Batu Tiga, Datuk Md Zin Sulaiman yang terkenal di kawasan Shah Alam dan pernah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal dari tahun 1982 hingga 1994.
Mad Zin meninggal dunia ketika masih lagi berkhidmat sebagai Adun setahun sebelum PRU 1995.

Kedudukan Ahmad Nawawi sebagai anak tempatan dan ayahnya yang masih diingati oleh penduduk veteran Shah Alam memberikan kelebihan kepada dirinya untuk menjadi pesaing hebat kepada Khalid.

Ahmad Nawawi (gambar kiri) yang ditemui oleh The Malaysian Insider yakin gabungan parti pemerintah itu akan dapat menawan semula kerusi parlimen Shah Alam oleh kerana kekuatan mereka di kerusi kedua-dua kerusi Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik.
“Batu Tiga dikategorikan sebagai kawasan putih iaitu diyakini menang oleh BN sementara bagi Kota Anggerik, ianya berstatus putih kelabu dimana ianya dianggap sebagai berpeluang menang tetapi gabungan parti pemerintah tersebut perlu bekerja dengan lebih keras,” katanya.





Photobucket

MAFREL PUN BN TAKUT , PEMERHATI BEBAS LAGI TAKUT...!

on





Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU).

“Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik.

“Jadi, (kerajaan) patut alu-alukan kedatangan mereka. Seolah-olah nak takutkan orang ramai, bahawa ‘ini negara kita, orang lain jangan terlibat’,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kehadiran pemerhati antarabangsa pada PRU ke-13 akan memalukan negara.

Najib turut menuduh pemerhati luar sebagai ‘campur tangan asing’ dan kononnya merosakkan masa depan negara.

Menyangkal tuduhan itu, Syed Ibrahim menjelaskan, peranan pemerhati luar semasa pilihan raya di mana-mana negara biasanya berpandukan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Mereka bukan sewenang-wenangnya buat laporan (untuk burukkan negara). Jadi tak perlulah takut sangat untuk benarkan pihak lain beri pandangan tentang negara kita,” kata beliau.

Menurutnya, Mafrel akan menjadi pemerhati dalam PRU 13 untuk memantau sebarang cubaan penipuan dan penyelewengan.

“Mungkin dalam masa terdekat, kami akan umumkan (penubuhan) gabungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk buat pemerhatian yang lebih baik dan meluas,” jelasnya.

Sejak 2005, Mafrel menjadi pemerhati di beberapa pilihan raya kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006, termasuk PRU 2008.

Mafrel juga mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa di beberapa negara, antaranya Hong Kong, Pakistan, Thailand dan Bangladesh.

SPR sendiri jadi pemerhati negara lain – Bersih

KUALA LUMPUR 26 November: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menempelak kerajaan Umno BN yang menolak kehadiran pemerhati luar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin berkata, ia tidak dapat diterima sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri menjadi pemerhati pilihan raya di negara lain.

“SPR sendiri ingin jemput pemerhati luar. (Malah) mereka juga jadi pemerhati semasa pilihan raya di negara lain.

“(Justeru) saya tidak tahu kenapa jadi isu besar apabila Pakatan Rakyat minta Australia jadi pemerhati luar (dalam PRU akan datang),” katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Malaysia tidak memerlukan pemerhati luar untuk memantau perjalanan pilihan raya akan datang.

Maria yang kesal dengan tindakan itu menggesa kerajaan bersikap adil menerima pemerhati luar bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 bersih dan adil.

Pada 12 Julai lalu, SPR dilaporkan berminat menjemput badan pengendali pilihan raya dari negara Asean sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU 13.

SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Kerajaan Takut Pemerhati Luar Sebab Pilihanraya Malaysia Kotor – Mafrel

Photobucket

Kalut bebenor Che Det sehari dua ni...Hehe!!

on






Selain dari berita di bawah ni, Che Det juga bercerita tentang Geneva Gold,ReformasiPerdagangan Matawang dan macam2 lagi....Hehe! Takut bebenor BN kalah. Atau tanda tanda berkubur BN pada PRU 13 nanti...!

Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13
Oleh Clara Chooi 
Penolong Pengarang Berita
November 26, 2012


KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.
Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.
“Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.
“Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.
“Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi,” kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.
“Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya,” tambah Mahathir.



Photobucket

Apa Hal Che Det Mengelabah...?

on



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah. 

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.


Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. 

"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir. 

Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan. 

Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat. 

Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan. 

Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri. 

"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri. 

"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya. 


Dalam pada itu, Mahathir turut meramalkan bahawa BN akan memenangi semula negeri yang telah tewas pada pilihan raya umum ke-12. 

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga terpulang kepada Umno itu sendiri. 

"Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat- kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan Kelantan. 

"Namun itu semua terpulang kepada Umno itu sendiri," katanya sambil menambah, sabotaj dalaman merupakan faktor utama yang menyebabkan kekalahan Umno.




Photobucket

Berapakah Nilai Senyuman Che Det...?

on Nov 25, 2012




Top driver and VIP passengers: Dr Mahathir is committed to helping Najib and Umno win the general election. They are seen here with their spouses in a golf buggy during the last Hari Raya open house at Seri Perdana.


Hari ini Joceline Tan menulis dalam ruangannya dalam akhbar The Star bertajuk Dr M drums up support for Umno

Antara isi kandungannya dalam usaha beliau mempertahankan Umno, air matanya hampir mengalir. Ini dinukilkan oleh Datuk Faizal Abdullah, menantu Onn Ismail.

The hall was just as packed when it came to Selangor Umno’s turn.

“He said this is going to be the mother of all battles. He appealed to us to come together as one. We are at the crossroads – either we make it or we are finished. He was pleading with us, I thought he came close to tears at one stage,” said the Kapar Umno deputy chief Datuk Faizal Abdullah.

Petang ini saya telah mendapat jawapan kenapa kemungkinan air mata buaya Che Det hampir mengalir lagi...?

Wikipedia melaporkan...Nilai Harta Bekas Pemimpin Negara

Entah betul entah tidak, wallahu'alam. Manalah aku tau. Tapi bila wikileak melaporkan umpatan Lee Kuan Yew mengenai Anwar dan Sodomy 2, Che Det dan ahli Umnolah yang paling percaya. Tak kan yang ini depa tak percaya kot?

Ada kawan aku kata, dulu masa jadi PM Che Det pakai proxy. La ni, Che Det bagi direct kat anak dia. Betul tak betul mana aku tau. Kau orang selidiklah sendiri. Ada yang kata jugak, tu yang dia melenting bila wartawan tanya pasal kontrak Sapura-Kencana tu...Hehe!!




Photobucket

Kalau Betul 120 Kerusi Kenapa Najib Masih Belum Yakin...?

on




Pada saya tak kiralah analisa atau kenyataan yang dibuat oleh Profesor ini adalah betul atau bodek. Kenyataan Bung juga mungkin ada realitinya atau saja nak menyedapkan hati

Walau apa pun pokoknya parti-parti dalam PR mesti berhati-hati dan mesti bekerja kuat serta berdisiplin Janganlah ada lagi kenyataan-kenyataan bodoh dari mana-mana anggota parti dari PR yang boleh membuat pengundi menyampah
Kepada yang bermulut sial tu, tolong-tolonglah diam!

Cuma pada saya sekiranya benar dan yakin yang 120 berada secara putih dan jelas di pihak BN, kenapa Najib masih ragu-ragu atau tidak yakin untuk bubarkan parlimen?

Hanya 24 kerusi yang kelabu tu, bukankah hanya perkara mudah bagi BN memutihkannya?
Berapa ringgit sangatlah yang perlu dicurahkan untuk memutihkan 24 kerusi itu?
Penggunaan 'Ringgit', kan kita semua tahu adalah permainan BN yang amat berkesan pada PRU-PRU yang terdahulu?


BBCBN: Jangkaan kerusi 120 'cukup baik'
JAMILAH HAMZAH
25 November 2012
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata jangkaan minimum 120 kerusi Parlimen yang boleh dikuasai Barisan Nasional (BN), sebagaimana dibayangkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, "cukup baik" buat perikatan itu.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan pembangkang yang bekerja keras menghentam dan menabur fitnah ke atas BN, namun rakyat tetap terus yakin untuk mengekalkan kerajaan semasa di peringkat pusat.

Beliau berkata, usaha berterusan daripada BN dapat menangkis serangan pembangkang dan memberi keyakinan yang berkekalan di kalangan rakyat untuk setia kepada parti.

"Pada saya, BN masih menjadi pilihan rakyat, walaupun menghadapi cabaran terhebat dari pembangkang.

"Namun dengan usaha-usaha berterusan BN, ia telah membantu BN untuk diyakini rakyat jelata.

"(Sebanyak) 120 kerusi cukup baik untuk BN," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Laporan Sinar Harian Online semalam memetik Shamsul berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu”.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mempertahankan parti perikatan itu dengan menyatakan rakyat akan terus mengundi untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRU13.

Katanya, wanita Umno yakin rakyat memiliki kewarasan dalam membuat keputusan pemilihan kerajaan kerana soal pemilihan pemerintah satu perkara serius.

"Wanita Umno yakin BN akan jadi kerajaan selepas PRU13," katanya sambil menambah, "keputusan untuk memilih kerajaan tidak boleh dipermain-mainkan."

Beliau menambah, dengan usaha yang dilakukan oleh Umno sudah semestinya mengharapkan BN mendapat dua per tiga kerusi Parlimen pada PRU13.

"Untuk Wanita (Umno) apa yang kita buat, kita berharap akan dapat dapat dua per tiga kerusi, itu yang kita harapkan," katanya.



sumber

Photobucket

Fitnah: Mahkamah arah pemilik dan penulis blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com bayar ganti rugi kepada Datuk Husam Musa

on





Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.

Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.

Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com.

Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.

“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”

Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List