UMNO Sebenarnya Yang PEMBOHONG...

on Nov 30, 2012





Tentu ramai yang dah lupa dengan laporan yang disiarkan oleh Bernama pada 31 Mac 2012 yang lalu dengan tajuk “MGA Kata PKR Salah Dakwa Kerajaan Terlibat Dapatkan Sokongan Israel Jadi Presiden IGU”.

Kononnya Isu yang ditimbulkan oleh Parti Keadilan Rakyat yang menunjukkan penglibatan kerajaan mendapatkan sokongan Israel di dalam usaha Persatuan Gas Malaysia (MGA) menjadi presiden Kesatuan Gas Antarabangsa sebagai salah, mengelirukan dan malah tidak betul.

Ini kerana kononnya juga sejauh pengetahuan MGA, tiada calon dari Israel telah mendaftar bagi menghadiri Persidangan Gas Sedunia ke-25 yang dijadual diadakan selama lima hari bermula 4 Jun, 2012, kata persatuan itu.

Walaupun aku pernah menyiarkan bukti yang mengatakan MGA telah berbohong dalam hal ini dulu (lihat di SINI).. kali ini aku dah dibekalkan dengan lebih banyak dokumen oleh Koordinator Jingga 13, Cikgu Fariz Musa.

Ini adalah kenyataan dari MGA.. korang baca dulu sampai habis.. (sila klik pada semua image untuk paparan lebih jelas..)


Kesimpulan dari laporan oleh Bernama itu ialah  Parti Keadilan Rakyat bohong..

Bohong atau tidak? sila baca semua dokumen yang disiarkan bersama kenyataan media di bawah ini..
**************************************

Pada 29 Mac 2012, Parti Keadilan Rakyat telah membuat pendedahan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mengenai rayuan Malaysia melalui Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk mendapatkan sokongan dan bantuan Israel bagi membantu Malaysia memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (WGC) 2012 di Kuala Lumpur.

Petronas yang bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri telah mencalonkan Datuk Abdul Rahim Hj Hashim, iaitu Naib Presiden, Urusniaga Gas PETRONAS yang juga Presiden MGA sebagai Presiden IGU sessi 2009-2012 .

Surat pencalonan bertarikh 23 Februari 2005 kepada sekretariat IGU di Copenhagen, Denmark ditandatangan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican, Presiden PETRONAS ketika itu di mana Petronas juga telah memberi akujanji kepada badan IGU untuk membiayai segala perbelanjaan bagi menjayakan penganjuran Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur sekiranya Malaysia berjaya.

Petronas mengakui saingan sengit dari Rusia untuk memenangi pemilihan kerana pencalonan Russia telah mendapat sokongan secara bertulis terlebih awal dari Negara-negara blok Eropah seperti Denmark, Perancis, Norway, Germany dan Poland yang merupakan pendokong aktif dalam organisasi IGU sedangkan Malaysia mendapat sokongan dari Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Mesir.

Fokus kempen Malaysia hanya bertumpu kepada Negara blok Asia, Afrika dan Timur Tengah sahaja yang merangkumi lebih kurang 50 peratus daripada 66 perwakilan yang layak mengundi sekiranya mereka hadir di mesyuarat pemilihan.

Petronas di dalam surat ke Wisma Putra pada 22 Ogos 2005 mengakui persaingan untuk pemilihan Presiden IGU & WGC 2012 adalah sengit, dan meminta bantuan Wisma Putra melalui kedutaan mereka membantu dalam kempen ini khususnya negara (yang di kenalpasti oleh Petronas terlebih dahulu) dari blok Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Petronas/MGA/Malaysia menghadapi saat getir apabila menjelang mesyuarat pemilihan dan pada saat akhir masih ramai peserta (yang di jangka menyokong Malaysia) tidak mendaftar untuk menghadiri mesyuarat pemilihan di Tianjin, China pada 16 Oktober 2005.

Berdasarkan situasi ini, pilihan yang ada ialah mendapatkan sokongan dan bantuan dari Israel yang di anggap penting bagi Malaysia/Petronas/MGA kerana mereka dapat mempengaruhi wakil dari blok Eropah melalui kedutaan mereka di kebanyakan negara berkenaan.

Kesempatan untuk meminta bantuan Israel di ambil oleh MGA dengan ‘response’ kepada surat bertarikh 20 Julai 2005 yang diterima dari Israel yang menyatakan sokongan kepada Malaysia dan ingin mengetahui samada delegasi dari Israel boleh menghadiri persidangan di Kuala Lumpur jika di anjurkan oleh IGU.

Kandungan surat ke Israel jelas menunjukan hasrat yang tersirat di dalam perenggan akhir surat berkenaan.

Datuk Rahim Hj. Hashim selaku Presiden MGA sendiri tidak menafikan, malah mengakui menandatangani/menghantar surat bertarikh 6 hb September 2005 ke Israel Institute of Petroleum and Gas, sebuah organisasi di Tel Aviv, Israel dengan hasrat meminta sokongan dan kerjasama Tel Aviv yang juga ahli Charter IGU (charter member) bagi menentukan kemenangan kepada beliau sebagai calon dari Malaysia di dalam persaingan sengit menentang Russia.

Beliau pernah menyatakan bahawa surat ini dibuat melalui MGA dimana Ahli-Ahli Majlis MGA (MGA Council Members) yang terdiri dari wakil korporat seperti Petronas, Shell, Esso, BP dan agensi kerajaan (GLCs) dan bertanggung jawab sepenuhnya.

Sebagai respon kepada pendedahan yang di buat oleh Parti Keadilan Rakyat, jurucakap MGA telah mengeluarkan kenyataan media pada 31 Mac 2012 dengan menafikan penglibatan kerajaan di dalam meraih bantuan Israel untuk menentukan kemenangan calon Malaysia dan hak penganjuran WGC 2012 dengan memberikan jawapan berdasarkan fakta yang mengelirukan dan sebaliknya menuduh pendedahan yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai ‘salah, mengelirukan dan malah tidak betul’.

Jurucakap MGA hanya merujuk kepada sebahagian daripada isi kandungan surat berkenaan dan tidak keseluruhan isi kandungan surat tersebut.

Seterusnya MGA menegaskan bahawa wakil dari Israel tidak menghadiri mesyuarat Council di Tianjin, China pada bulan 16 Oktober 2005 dan tidak layak mengundi kerana undian melalui proksi tidak dibenarkan.

MGA juga berkata bahawa mereka ‘telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah diberitahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan’.

Didalam kenyataan media berkenaan MGA juga menegaskan bahawa “ tiada ada calon dari Israel mendaftar “ bagi menghadiri persidangan gas WGC 2012 yang di langsungkan di Kuala Lumpur bermula pada 4 hingga 8 Jun 2012 (sepertimana di lapurkan oleh Bernama online dan melalui beberapa akhbar termasuk Berita Minggu pada 1/4/2012).

Justeru , JINGGA 13 ingin mendedahkan bahawa MGA TELAH BERBOHONG dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar dan telah pun menghadiri persidangan gas di Kuala Lumpur bermula pada 4 hingga 8 Jun 2012 dan mencabar Kerajaan/Petronas/MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012 (iaitu tarikh tutup pendaftaran yang di buat melalui bank transfer payment ) yang di kendalikan oleh urusetia pendaftaran WGC 2012 yang beralamat di PO Box 73 – C1084ZAA, Buenos Aires, Argentina. (Buenos Aires ialah tuan rumah WGC 2009).

Pendaftaran nama delegasi/pembayaran yang di buat secara bayaran pemindahan Bank (bank transfer payment) ini juga di paparkan didalam laman web dan seterusnya senarai nama-nama delegasi di ‘upload’ didalam laman web resmi WGC 2012 berdasarkan susunan organisasi dan negara dari mana bayaran pendaftaran di buat (bukan mengikut taraf warganegara seseorang delegasi).

Access kepada laman web dan penyemakan pendaftaran boleh juga di buat dengan menghubungi Maria Luz Varela, secretariat pendaftaran sepertimana nombor telefon, fax dan email yang boleh di rujuk dalam laman web WGC 2012 ketika itu.

Melalui pendaftaran dan pembayaran pemindahan bank (bank transfer payment) yang dibuat secara online menerusi WGC 2012 official website yang telah dibuat sebelum tarikh tutup pada 15 April 2012.

Setiap delegasi yang berdaftar dan yang telah membuat bayaran di kehendaki menghantar salinan dokumen pembayaran wang pendaftaran yang dibuat (bank transfer document) melalui fax atau email kepada secretariat pendaftaran di Buenos Aires.

Bayaran sebanyak US 3,200 adalah bagi menghadiri persidangan dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti menghadiri semua sessi persidangan, jamuan, lawatan-lawatan, pengankutan dan sebagainya.

Berdasarkan dokumen pendaftaran,Sekretariat WGC 2012 telah menyediakan senarai delegasi (delegate list) secara berkala mengikut susunan organisasi dan menyenaraikan negara berdasarkan dari Negara mana bayaran di buat dan bukannya taraf warga Negara seseorang delegasi. Maklumat mengenai senarai delegasi ini seterusnya di muat naik (upload) didalam laman resmi WGC 2012 yang boleh di access oleh umum.

Selepas tarikh tutup ‘pendaftaran secara pindahan wang (bank transfer)’, Sekretariat pendaftaran, telah menyenaraikan senarai delegasi yang akan menghadiri persidangan http://www.wgc2012.com/assets/pdf/3E00ZJ9XN.pdf (Pdf file; 104 muka surat).
Data dan maklumat yang ‘last updated’ pada hari Isnin 23 April 2012 itu mengandungi seramai 2,485 peserta/delagasi yang telah berdaftar untuk menghadiri persidangan dimana salah seorang delegasi (muka surat 52 ) ialah HANS PETER DOORNEWEERT , iaitu Commercial Manager, LNG Development dari Noble Energy , sebuah syarikat beroperasi di Israel.

Semakan yang di buat mendapati bahawa Noble Energy ( http://www.nobleenergyinc.com ), selain beroperasi di Amerika Syarikat juga sedang mengusahakan lapangan gas terbesar di Israel dan mempunyai pejabat di Tel Aviv, Israel.

Selepas pendaftaran (melalui pembayaran pemindahan bank) di tutup pada 15 April 2012. Secretariat WGC 2012 telah di pindahkan ke Kuala Lumpur, iaitu Tingkat 20, Tower 1, Etiqa Tower.

Segala dokumen pendaftaran dan senarai delegasi seterusnya di kendalikan dari Kuala Lumpur dan di dalam mengemaskini maklumat pendaftaran, MGA/secretariat telah membuat pindaan data delegasi dari Negara Israel bagi mengelakkan kecaman dari rakyat.

JINGGA 13 mendapati , pada 25 Mei 2012, Sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari ISRAEL kepada dari Negara NETHERLAND. (mukasurat 69) .  

Ubahsuai ini di buat oleh MGA untuk tidak mahu memaparkan ada delegasi dari Israel selepas penafian bahawa tiada peserta dari Israel mendaftar untuk menghadiri persidangan WGC 2012 di Kuala Lumpur. http://www.wgc2012.com/assets/pdf/_3IE0Q4U7N.PDF. (Pdf file; 141 muka surat ).

Walaubagaimanapun ubahsuai yang dibuat ini tidak boleh mengelak daripada rakyat yang masih boleh access di internet melalui carian Google.

Pendaftaran oleh delegasi Israel ini adalah secara rasmi telah merintis / memberi laluan di masa hadapan mengenai hubungan dan penglibatan serta kehadiran delegasi dari Israel ke Malaysia sekiranya ada penganjuran persidangan-persidangan peringkat antarabangsa di sini.

JINGGA 13 menegaskan bahawa di dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur.

JINGGA 13 mencabar kerajaan untuk menyatakan secara terbuka pendirian kerajaan di dalam hubungan dan kerjasama dengan Israel yang sebelum ini di buat secara sembunyi/rahsia dan ingin mendapat kepastian bahawa kerajaan tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kerana sebelum ini kerajaan banyak menyembunyikan fakta mengenai hubungan dengan Israel termasuk yang terkini Felda yang menjual minyak sawit ke Israel yang telah menimbulkan kemarahan rakyat melalui tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Felda. 

Malah sebelum ini JINGGA 13 juga turut mendedahkan hubungan perdagangan eksport dan import melalui kemasukan kapal-kapal ZIM SHIPPING INTEGRATED LTD di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 menguatkan lagi hubungan ‘intim’ Malaysia – Isreal .

Justeru , JINGGA 13 meminta agar Kerajaan / Petronas/MGA menjelaskan beberapa perkara sepertimana berikut :
1. MENCABAR kerajaan/Petronas/MGA untuk memberitahu rakyat Malaysia apakah yang di maksudkan dengan .. ‘we are counting on your support, once again to be present and to encourage other IGU member countries to make similar effort to be there and vote for Malaysia into the IGU Presidency for the triennium 2009-2012’ didalam surat kepada Israel yang dinafikan mengenai dakwaan yang di buat.

2. MENDESAK Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad (Penasihat Petronas) menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,"

3. MENDESAK Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap kehadiraan dan kemasukan delegasi Isreal ke Malaysia dan menyertai WGC 2012 , sedangkan menjadi dasar kepada Negara bahawa tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Isreal . Adakah Kementerian Dalam Negeri mengetahui akan kehadiran delegasi Isreal tersebut ?

4. MENDESAK Menteri Luar Negeri menjelaskan atas prinsip apakah iaitu berdasarkan kenyataan MGA “telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah di beritahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan”?

5. MENDESAK supaya Pengerusi Petronas yang baru di lantik,Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas KSN) untuk mengadakan siasatan dalaman secara telus dan memaklumkan kepada umum , demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas di dalam MGA dan WGC 2012 yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan zionis yang mana boleh menghakis kepercayaan kakitangan petronas secara keseluruhannya kepada pengurusan tertinggi petronas .

Ternyata sikap hipokrasi dan khianat Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA hingga sanggup ‘sujud’ kepada Zionis Isreal tanpa rasa malu dan bermaruah kepada seluruh rakyat Malaysia ,. Sedangkan rakyat Palastine terus dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan dan Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA sanggup secara ‘halus dan sulit’ bersikap mengiktiraf kerajaan haram Isreal. 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA 
Ketua Koordinator 
JINGGA 13 MALAYSIA



Photobucket

Nazri bidas kenyataan Mahathir ( Video )

on





  

Nazri bidas kenyataan Mahathir....gasak kau !!  





Photobucket

Perwakilan PAU 2012 Ada Berani Ke Nak Suarakan Pampasan RM207 Billion Mangsa Keretapi Maut...?

on






Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

"Kami sekali lagi mencabar perwakilan Umno untuk membangkitkan persoalan ini di dalam ucapan-ucapan mereka di dalam POU 2012!" kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan mangsa atau waris yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar).

Landasan itu dibina sepanjang tempoh 1942 hingga 1946 yang melibatkan rakyat Malaysia dan hampir 70 peratusnya adalah berbangsa Melayu masih belum mendapat pembelaan.

Landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dibina selepas penaklukan negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.

Sebagai tanda kekesalan, kerajaan Jepun telah membayar wang itu sebagai pampasan kerana memaksa penduduk negara ini terlibat dalam pembinaan landasan itu.

Namun, walaupun diterima pada tahun 2004 lalu, sehingga kini wang itu tidak diserahkan kerajaan kepada mangsa atau waris.

"Dewan Pemuda PAS  tertunggu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Malaysia 2012 kali ini yang akan membangkitkan keluh kesah rakyat negara ini kerana yang pernah terlibat menjadi mangsa seramai 72,000 orang," kata Raja Iskandar (gambar).

Ini bermakna Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Diterpati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 2004 perlu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat. 

"Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka," katanya.

Apa yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion menjadi  persoalan sehingga kini yang masih tidak terjawab, tambah beliau.

"Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh kerajaan negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu? 

"Kenapakah Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?

"Kami mendesak mana-mana perwakilan Umno membangkitkan perkara ini," katanya.

Jesteru, jika tiada mana-mana perwakilan yang berani untuk membawa isu ini, terbukti Umno tidak mampu membela rakyat yang tertindas dan juga gagal menepati janji-janji mereka selama ini yang telah lebih 55 tahun memerintah negara, tegas beliau.



Photobucket

Kisah Terowong Rahsia Lebih 100km di PALEKBANG, Kelantan

on




Kami merupakan pejuang sejarah Kelantan Purba. Berdasarkan kajian kami dan dibantu dengan sumber luar seperti hasil penulisan saudari SRIKANDI, kami menceritakan semula sejarah purba negeri Kelantan bermula pada zaman Lemuria, Atlantis, hinggalah ke zaman Long Yunus di Kelantan.
Beberapa hari lalu, sahabat saya yang merupakan penyelidik bebas sejarah Kelantan ada bertanya: Apa yang awak tahu pasal Sungai Kelantan. ..... saya anggap ianya cuma soalan biasa

Sehinggalah semalam, Shah Paskal membuat posting berkenaan penemuan emas dan terowong rahsia di Palekbang, Kelantan. Saya cepat2 menghubungi rakan di Kota Bharu meminta beliau pergi ke lokasi.


Apa yang saya temui memanglah satu sejarah besar...... ianya bakal mengubah sejarah yang kita sedia tahu.


Saya memerlukan keberanian untuk menulisnya. .....


-----------------------------------------------------------




Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB. 

Kenapa tak siap2 jambatan ini?


Ada tiang yang 'bermasalah'.....


Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. ... mereka menemui sesuatu.


Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. .....


Ada 2 bahagian:


- zaman purba

- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.


saya penat. ... biarlah saya tulis ala Shah Paskal dulu. ..



1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).


2) Telah dijumpai pintu masuk ke 'ruang bawah tanah'yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.


3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.


4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.


5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.


6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.


7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.


8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.


9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.


-----------------------------------------------------------

Penemuan sebuah Piramid di sempadan Kelantan-Pahang dalam kawasan Taman Negara telah memberi kami clue berkenaan Kelantan Purba. Piramid itu milik Kelantan, tetapi kami tertanya-tanya, BAGAIMANA MEREKA MASUK KE DALAM HUTAN? MANA JALANNYA?? Sudah tentu untuk ke sana, perlu datang dari hilir iaitu KOTA BHARU sekarang ini. .....





Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa
 ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.


Hari ini (29.11.2012),

Pihak Bomba telah menyedut air dale terowong itu mendapati air itu mengandungi serbok buat bom..oghe kata belerey..oghe kata kabat..ini bermakna terowong ini bukan sebarangan terowong ia adalah terowong purba.

Kerajaan Purba yang digempar gempurkan adalah kerajaan purba Raja Kelantan Purba Pertama iaitu Raja Kumar. Raja Kumar ini menetap di Pulau Sabar. Kenapa Pulau Sabar ini hilang di tengah tengah diantara Palekbang dan Kampung Cina..sesungguhnya Sungai Kelantan ini mempunyai 3 aliran berbeza. Betapa luasnya.




Palekbang adalah sebuah kampung dan tanah darat yang pelik. Pada wujudnya Tanah Palekbang..Tanah Pertama yang wujud pada masa ini Kota Bharu masih lagi dalam proses penambakkan..Kota "kota" adalah sebuah tanah tambakan untuk dibina sebuah kota pentadbiran baru..pada masa ni Pelabuhan Palekbang maju dan bergantung kait dengan pelabuhan Telok Pattani atau ( Langkasuka ).



Pihak Kelab Pencinta Sejarah Kelantan berkata :,
Kenapa Jambatan Palekbang dan Kampung Cina xboleh dilaksanakan ?..tolok semeta pasal politik..pekong jauh..sistem saluran bawah tanah xstabil.



sumber

Photobucket

SIDANG TERAKHIR!!! Pandikar Amin minta maaf kepada Karpal Singh

on





 Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.

"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.
 

"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar 
(gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.


Pandikar melahirkan rasa kesal kerana tidak mengetahui Karpal ketika itu sakit tangan kanannya dan terpaksa mengangkat tangan kiri semasa upacara mengangkat sumpah anggota di Dewan Rakyat.
 

Dalam ucapan beliau lagi, Pandikar menegaskan kuasa untuk memanggil sidang Dewan adalah terletak ke atas perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak dan membayangkan sesi kali ini mungkin yang terakhir sebelum PRU.
 

"Sehubungan dengan itu, sekiranya Ketua Majlis atau PM tidak memohon untuk Dewan Rakyat bermesyuarat pada Januari, Februari, Mac atau awal bulan April maka bagi saya persidangan ini adalah yang terakhir sebelum PRU Ke-13.
 

"Oleh yang sedemikian saya berterima kasih kepada semua yang berhormat yang telah memberikan kerjasama sejak awal 2008 hingga Disember tahun ini," kata Pandikar lagi.
 

Sebaik sahaja Pandikar menamatkan ucapan, ahli parlimen kedua-dua belah pihak daripada kerajaan dan pembangkang menyampaikan ucapan penghargaan kepada YDP di atas khidmatnya sepanjang di Dewan Rakyat.
 

"Saya mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), ingin mengambil peluang ini melahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP sepanjang perkhidmatan di Dewan ini.
 

"Kalau ada yang terlepas cakap dan pandang, kami mohonkan kepada YDP untuk maafkan kami," kata ahli parlimen Tangga Batu (Umno), Datuk Idris Haron.
 

Selepas ucapan Idris, wakil ahli parlimen daripada pembangkang juga memberikan ucapan penghargaan sama kepada YDP atas khidmatnya membimbing Dewan Rakyat.
 

"Saya mewakili pihak disebelah disini, saya ucapkan jutaan terima kasih ke atas YDP dalam membimbing Parlimen Ke-12 selama lima penggal ini.
 

"Karenah-karenah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja, sudah tentu ia boleh menguris setengah pihak. Jadi saya meminta maaf juga kepada YDP dan pihak disebelah sana," kata MP Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
 

Turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pandikar adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
 

Pandikar merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
 

Pelantikan Pandikar sebagai YDP dibuat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dicadangkan oleh Perdana Menteri yang hanya mengemukakan satu nama bagi jawatan itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah melalui surat bertarikh 10 April 2008.
 

Pandikar Amin yang berkelulusan undang-undang sebelum ini pernah dilantik sebagai Senator dan juga merupakan Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List