The big secret of tingkat 2 blog B4 Putrajaya...! - Part 1

on Apr 8, 2013





Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia.

Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi.

Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.
Inilah LOGO unit tu.
Korang sure tak pernah nampak kan?
 korang fikir gua menipu ya?

Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.
Adakah ini kerja orang PAS?


 Ini contoh banner yang mengelirukan orang ramai,Siapa punya kerja ni? ni la kerja kerja B4 ...gambar ni diambil di sekitar Meru. Dap tak bertanding sini dun meru! Kecuali sungai pinang! "  banyak baner provok Hudud & Dap. Itu BN punya. .
lokasi  sekitar Meru & tinjau kawasan dun meru."

Lokasi cetak dalam satu bilik lokasi -4..separuh bilik tu bawah tanah. Kat situ jugak ada tempat musnahkn dokumen..bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti documen tak ada,Sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.Ini akan diceritakan dalam part 2 nanti.

Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.

Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.

Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.

Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanye untuk kegunaan PM dan TPM je.

Ds Anwar mesti taw fungsi jabatan ni.Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.

Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara. Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.

Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat.  sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.

Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.

Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.

Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.

Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.Kebanyakkan banner or risalah ni diorang packing dalam kotak dan baru  diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kete2,lori2 kat opis B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun keta kerajaan. Keta, lori2 ni tak berlogo langsung..

Bahagian ni jugak ada kem askar. Yang gua taw kem Changkat dekat Batu Gajah. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Gua pernah riky2 kt sane. Bukan kem askar biasa tapi semuanya adalah perisik yang berselindung. Kenderaan kat kem tu bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam cam biasa didaftarkn atas nama orang lain.

Risikn kem ni gua tak taw camane yang pasti ada satu bukit berbentuk busut yang tersimpn sejumlah senjata. Senjata2 ni kalo nak keluarkan diorg akan gunakn lori2 biasa yang orang tak kan terfikir pun ada senjata.


Apa tujuan busut senjata kat kem tu?

Tujuannya

kalo ada delagasi luar negara datang selalunya diorg bagi senjata atau wang tunai. dan kadang2 bahgian ni yang bagi diorang tunai or senjata. Bab ni gua tak bape taw sangat. Yang jaga senjata ni askar pencen pangkat pegawai waran 1..

Tak semua SB or askar taw fungsi jabatan ni. Lagi satu kem dekat Johor yang gua terlupa nama tempat  kat mane dan memang ceruk. Kem Johor ni untuk pegawai2. Kat sini kebnyakan staf adalah pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..kalo ada 500 staf, pegawai hampir 400 orang..
Peta jalan ketempat penjahat negara
Pengarah CIA pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy. Ape2 ops selalunya diaorg buat kat situ. Banyak rumah2 operasi kat area kat yg bak pernah dgr rumah mukhlis, rumah hamid. Tu nama org yang jaga rumah tu. Nama Jln gua tak ingat plak. Yang jln Bellamy tu adalah sekolah latihan aka rumah operasi jugak.

Kemungkinan diorg akan pantau pru13 dan arahan arahan jahat ni dekat situ.

Bersambung part 2

p/s : Apa tujuan gua dedahkan rahsia besar kerajaan BN?tujuannya ialah untuk menyelamatkan negara dari diperintah oleh orang orang jahat yang menunggang kekayaan negara demi kepentingan sendiri tampa memikirkan hak hak rakyat yang telah dicabuli.Sama samalah kita tumbangkan kerajaan jahat BN ini dan kita penjarakan mereka akibat jenayah yang mereka lakukan selama 55 tahun menjadi pemerintah!




Photobucket

Jika Saya TERLAMBAT, Mungkin ANWAR IBRAHIM Tiada Hari Ini

on




20/9/1998 :  Anwar ditahan polis.

21/9/1998 : Polis bertindak ganas pada perhimpunan aman KL.

22/9/1998 : KPN Rahim Nor tuduh Anwar buat kacau semalam.


Pada tarikh 25/9/1998, aku pula ditahan ISA. Giliran aku pula dipukul teruk oleh KPN Rahim Nor. Dan pada tarikh 21/11/1998 aku telah dibebaskan tanpa syarat.


Hari-hari kemudian selepas dibebaskan daripada ISA, aku berjumpa dengan sorang doktor Hospital Besar KL di Bhg Forensik. Namanya Dr Z. Ia diperkenal oleh adikku. Doktor Z telah menceritakan kepada aku...

Pada malam 20/9/1998, Dr Z bertugas shif malam di pejabat Bhg Forensik HBKL. Ada panggilan masuk di bilik bos beliau Dr Abdul Rahman Yusof. Pangilan itu dibuat berkali-kali dan telefon terus berdering-dering kerana bos tiada.

Mahu tidak mahu, Dr Z terpaksa mengambil panggilan tersebut. Pemanggil yang lansung tidak bertanyakan siapa dipanggilan terus minta untuk datang segera ke Bukit Aman.

Urgent!

Sudah tentulah Dr Z pergi.

Sebaik Dr Z tiba di Bukit Aman. Dr Z menunggu di lokasi yang telah ditentukan semasa panggilan tadi. Beliau kemudiannya mengikuti saja si pemanggil dan dibawa masuk ke dalam sebuak lokap...dan beliau terkejut!.

Dr Z terkejut besar kerana di hadapan matanya terbaring sorang insan bernama Anwar Ibrahim!. Beliau dalam keadaan terbaring. Suaranya perlahan dan di dalam kesakitan.

Waktu sudah melewati 12.00 malam, bermakna telah masuk 21/9/1998. Dr Z telah melakukan segera apa yang patut. Oleh Dr Z ialah seorang forensik, beliau tidak membawa peralatan perubatan. Tambahan pemanggil tidak memberitahu situasi sebenar.

Dr Z memberitahu aku, keadaan Anwar Ibrahim ketika itu sangat kritikal. Leher beliau mempunyai kesan lembam. Beliau bimbang akan berlakunya blood clotting. Ini boleh menyekat aliran oksigen ke otak. Bahaya!

Dr Z pantas berfikir dan akhirnya mendapat idea. Lantas beliau bertanyakan kepada polis guard lokap.."Ada apa-apa minyak?". Mujur polis tersebut ada menyimpan minyak gama dan segera diberikan kepada Dr Z.

Minyak gamat itu disapukan dan diurut pada leher Anwar. Takdir Allah..alhamdulillah.. ia berkesan!. Dr Z lega kerana akhirnya dapat membaca aliran oksigen Anwar kembali normal.

Dr Z turut memberitahu aku, menurut pengamatannya, kalau dia lambat tiba malam itu... mungkin Anwar Ibrahim tiada lagi hari ini.



- Coretan di atas adalah catatan pengalaman oleh Abd Malek Husin di dalam twitter. Beliau merupakan bekas Setiausaha Eksekutif Parti Islam seMalaysia /PAS. Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). Beliau telah ditahan oleh polis PDRM selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998.




Photobucket

Projek jatuhkan DSAI diketuai oleh Alies Anor Abdul dan Sidek Baba

on





Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
  1. Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
  2. Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
  3. Abdul Rahman Karimun
  4. Raja Arif Kamaruddin
  5. Osman Abdul Majid
  6. Rahiman Salleh
  7. Majid Hj Daud
  8. Syed Abul Hussin Syed Kismas
  9. Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi
  • Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
  • Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
  • Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
  • Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
  • Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
  • Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
    Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

    Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

    Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

    En Osman Abdul Majid
    En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

    En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

    En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

    En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

    Syed Abul Hussin Syed Kismas

    Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

    Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.
    Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
    1) Lawatan ke Palestin
    2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
    3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
    4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
    Raja Ariff Kamaruddin

    YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar dimedia ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan keatas mereka.

    YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

    YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

    3. Lain-lain hal

    Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

    Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

    Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

    Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

    Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

    Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

    Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

    Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

    Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
    Weblog M@RHAEN




    Photobucket

    Ini Dia Panglima Perang Umno

    on Apr 7, 2013





    Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

    Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
    Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
    Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.





    Photobucket

    Siapakah yang khianat kepada bangsa sendiri jika bukan UMNO.

    on Apr 6, 2013







    Tahukah anda, UMNO tanpa segan silu menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada parti komponen BN sekalipun mereka mendapat majoriti di Pulau Pinang.  Pada 1959, walaupun kedudukan Umno kuat dan tidak ada siapa yang mensyaratkan Ketua Menteri mesti MCA, UMNO menawarkan jawatan ketua menteri itu kepada Wong Paw Nee, pemimpin MCA yang kemudiannya menjadi ...Ketua Menteri sehingga tahun 1969.

    Dari tahun 1969 sehingga 2008 pula, jawatan itu dipegang oleh pemimpin parti GERAKAN iaitu Tun Dato’ Seri Dr. Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. BELUM PERNAH jawatan Ketua Menteri dipegang oleh bangsa Melayu. Lalu kenapa mereka menggelupur apabila Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini disandang oleh DAP yang mendapat majoriti dalam DUN Pulau Pinang?

    Masih banyak lagi pengkhiatan lain yang dilakukan UMNO, antaranya...


    UMNO juga mengkhianati raja-raja Melayu...

    


     



    Photobucket

    Calon PKR Macam Merak Kayangan

    on Apr 4, 2013




     ibu pejabat PKR, Tropicana


    Dua tiga hari ini, ada yang saya melihat, ada yang saya bertemu dan ramai yang dapat saya perhatikan gelagat pemimpin sedia ada dan bakal calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk PRU-13, saya naik meluat. ! Sembang, bicara dan gaya mereka bukan seperti pejuang yang ingin 'memerdekakan negara', tetapi seolah mereka sudah jadi taukey di Putrajaya!

    Mereka lupa, mereka bukan hanya dikelilingi pengundi, tetapi mereka diperhatikan oleh penganalisa yang menulis dan pendengar yang menebar-luas cerita..

    Dalam isu yang sama, beberapa petugas setengah masak di ibu pejabat PKR, Tropicana, nampaknya sudah mula perasan seakan mereka bertugas di Perdana Putra, Putrajaya! Hadoi, berat kes malaun-maluan macai PKR ni, lagak mereka mengalahkan pimpinan parti.. !

    Kerajaan Rakyat amat berharap saudara Ibrahim Yaakob (calon PKR, Parlimen Setiawangsa PRU-13) selaku Ketua Staf pejabat Keadilan dapat melihat dan beri perhatian kepada perkara seumpama ini yang boleh menjejaskan nama baik parti dan kakitangan lain!

    Kepada Sdra. Anwar Ibrahim, ana cukup simpati; jaring ante kerap bolos, lolos.
    Apapun urutannya, doa ana tetap tulus buat ante, in sha Allah



    Photobucket

    Balik Kampung Mengundi Tau....

    on










    Photobucket

    Ramalan :- Pakatan Rakyat Bakal Menang 8 Kerusi Parlimen Di Sarawak

    on



    Dilihat satu tamparan hebat setelah beberapa jam parlimen dibubarkan hari ini, Pakatan Rakyat Sarawak dijangka akan melakukan kejutan terbesar buat Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

    Beberapa bulan lalu, Jalan Pulang telah mendapatkan beberapa maklumat penting mengenai perkembangan politik semasa di Bumi Kenyalang itu dan hasilnya begitu mengejutkan.Daripada 31 kerusi parlimen keseluruhan yang berada di negeri ini, Pakatan Rakyat hampir pasti akan menyapu sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen yang majoritinya kaum Cina dan Iban.

    Lapan kerusi yang dimaksudkan adalah, Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Sibu, Miri, Lanang, Saratok dan Baram.Enam kerusi awal yang dinyatakan merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP manakala selebihnya merupakan kerusi yang ditandingi SPDP.Ketua menteri, Taib Mahmud sendiri mengesahkan perkara itu apabila memberitahu pengerusi BN, Najib Altantuya bahawa BN Sarawak hanya mampu menyumbang 23 kerusi bagi membantu BN mengekalkan kuasa kerana menyedari banyak kerusi BN di Semenanjung bakal tumbang.

    Kesemua lapan kerusi tersebut mempunyai 'masalah' tersendiri hingga BN negeri dikatakan sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Antara masalah yang dikenal pasti menyumbang kepada kekalahan BN adalah sokongan pengundi Cina yang semakin naik terhadap calon DAP hingga dikatakan mencecah sekitar 75 peratus.Kegagalan SUPP menyaingi pengaruh dan keberkesanan DAP dalam menyelesaikan maslalah kaum itu juga antara faktor utama lapan kerusi ini bakal tumbang.

    Taib juga sudah tidak memikirkan nasib SUPP sebaliknya hanya mahukan calon-calon partinya, PBB menang di kesemua 17 kawasan yang ditandingi dalam pilihanraya umum kali ini.Selain itu kegagalan Taib menyelesaikan pertikaian mengenai empangan di Baram juga mampu menggugat BN kali ini kerana penduduk yang terjejas dengan pembinaan empangan itu marah kerana tanah mereka dirampas tanpa diberi pampasan sewajarnya.

    Sekiranya dalam tempoh terdekat, kempen berterusan Pakatan Rakyat melalui siaran radio internet dari London, Radio Free Sarawak (RFS) berjaya menembusi rumah panjang dan kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi melalui jalan darat, ada kemungkinan jumlah tersebut bertambah kepada 12.Isu tanah adat, pengusiran tanpa pampasan setimpal, kedudukan semasa BN negeri yang bermasalah serta pendedahan skandal membabitkan Taib yang didedahkan Global Witness dan kekayaan luar biasa dari amalan rasuah dan salah guna kuasa terus menyebabkan BN berada dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen.


    Photobucket

    Anwar semakin dekat dengan orang ramai

    on Apr 3, 2013




    KUANTAN: Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.

    Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

    Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.

    Sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

    Ia berkaitan dengan cara beliau bercakap kepada mereka yang datang menyertai ceramah-ceramah beliau.

    Malam ini di Balok Makmur, ribuan yang hadir mendapat layanan istimewa apabila Anwar turun menemui mereka ke bawah pentas.

    "Cara Anwar bertentang mata dengan mereka yang hadir bakal mengikat mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menyebarkan mesej untuk semua rakan dan taulan mereka," ulas seorang pengkaji politik ketika menilai cara Anwar berhubung dengan orang ramai dalam ceramah-ceramahnya.

    Ketika kebanyakan penecaramah terikat dengan ronstrum mereka, Anwar membuat pendekatan berbeza.

    Beliau membebaskan dirinya dari rostrum dan dalam kes Balok Makmur malam ini, Anwar membebaskan dirinya dari pentas yang mengikat dirinya.

    Anwar turun ke bawah pentas dan bercakap secara langsung dengan orang ramai.

    "Cara ini menyebabkan orang ramai terasa dekat dengan penceramah.

    "Ini yang mengikat mereka dengan Anwar," tambah beliau yang merupakan pensyarah kepada Universiti Islam Antabangsa cawangan Kuantan itu lagi yang turut serta mendengar ceramah Anwar di Balok Makmur.

    Bagi beliau semakin kuat tekanan diberikan oleh media BN kepada Anwar, orang akan lebih ramai menyertai ceramah-ceramah Anwar.

    "Terbukti berdasarkan keputusan pilihan raya 2008, di kawasan mana Anwar pergi, di situlah undi parti pembangkang ketika itu melonjak naik," tambahnya.~ Harakahdaily



    Photobucket

    Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13

    on



    PRU13



    Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
    Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
    "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
    Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
    Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
    Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
    Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
    Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
    Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
    Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
    Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
    Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
    Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
    raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
    Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
    Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

    Photobucket

    Followers

    pop up text

    Blog Archive

    Top Ranking Pro PR

    My Blog List