HARI INI DALAM SEJARAH PUTRAJAYA....Ceramah Husam Disambut Luar Biasa

on Apr 24, 2013




Buat julung kalinya Ceramah Umum yang di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9 menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan  yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat. Negara Demokrasi. Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap  satu, Malaysia.~!


Dalam ribuan yang hadir, ternyata ramai juga penjawat Awam yang sudah berani tampil menunjukkan sokongan secara terbuka, dan ada juga yang mendengar dari jauh, di bawah-bawah pokok sekitar padang Presint 9. Lori LED yang pertama di Malaysia menambahkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat dan Fakta selain manifesto dari Calon .

Penceramah

1) Tan Sri Muhammad Mohd Taib
(Mantan MB Selangor)

2) Dr. Zaiyadi Hj Awang Noh
(Mantan ketua pemuda UMNO Kelantan)

3) Dato Paduka Hj Husam Musa
(Calon P-125 Putrajaya)

 Barisan Penceramah

Bakal Ahli Parlimen Putrajaya menyampaikan ceramah


Kehadiran anak muda yang kini bangkit menyokong perjuangan Islam tanpa perlu mengharapkan ganjaran.

Suasana dari pandangan belakang, 100 Meter dari pentas ceramah, di kiri dan kanan masih ramai lagi yang khusyuk mendengar fakta & hujah dari penceramah.


Kami berhujah guna FAKTA bukan  hentam dan FITNAH semata-mata, budaya LUCAH danSAMSENG bukan budaya kita, Kami ingin UBAH kerana kami sayang MALAYSIA.



Menyedari Ceramah Umum yang buat julung kalinya di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, beberapa orang samseng UMNO melakukan provokasi terhadap Dato Husam Musa untuk menghalang beliau ketapak ceramah itu.

Ceramah yang buat julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan menyaksikan kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9..

Dan ini menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan.

Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat.

Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap satu, Malaysia.

Bagaimanapun dalam perjalanan Husam untuk ke tapak ceramah itu dari setelah menjamah jamuan Nasi Arab dan kambing bakar di Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya yang disediakan ahli qaryah surau sebelum ceramah tersebut sekumpulan samseng UMNO cuba menghalang perjalanan Husam.

Video ini menunjukkan sikap orang muda BN di hadapan Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya.. SAKSIKAN!!





Photobucket

PROPAGANDA THE STAR..... Keji Nya MCA Ini.... Tapi UMNO Masih Bersekongkol...

on







Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. 

Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam.

Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.

“MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam.

“Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk “DAP’s UBAH will turn Johor into another Kelantan”, MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan.

Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan.

Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri.

“Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur.

“Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu.

“Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas.

“Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu,” tambahnya.

Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan.

“Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!” katanya.  




Photobucket

AKIBAT HALOBA PEMIMPIN UMNO....INI KALILAH UBAH...!

on









MAHATHIR OH MAHATHIR....

Dah lama dah pencen,, 2002 yang lalu, dah lebih 1o tahun dah,, tapi kenapa boleh pakai Helikopter Kerajaan Malaysia, 

Namun Alhamdulillah, ada anggota tentera yang prihatin dengan hal ini,,, maka keluarlah banner seperti di bawah...




LAGI KISAHNYA KAT SINI


Sebahagian lirik lagu warisan kena ditukar:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat HALOBA PEMIMPIN UMNO
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri



Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan RASUAH
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia





KOMEN  :-


  1. sebahagian lirik lagu anak kecil main api kena tukar seperti ini :
    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat Haloba, pemimpin UMNO
    Peribumi merintih sendiri
    Reply
  2. Biar la depa mai ceramah dari bapak Perkasa dan anak perkasa ke ..secara rambang undian dibuat HJ IMRAN tetap menjadi pilihan kami. Harap tiada undi dipangkah oleh org yg x bekenaan . Depa siap ketuk pintu rumah kerumah Apt16 (aprtmen lain x pasti) suruh turun dengaq kesian kat protella buat keja dalam paksaan org2 atasan . Keluar telinga kiri bila dgr telinga kanan hehehehe HJ Imran pilihan kami ....seorng Peg Kanan yg x sombong dan gila kuasa moga Tn HJ terpilih oleh Allah untuk menjadi wakil kpd Penduduk Palimen LUmut dan wakil kpd anggota TLDM/ATM utk kebajikan anggota2. TAkbirrrr



  1. JANGAN SIAPA PUN PERCAYA LAGI PADA MAMAK PENGKHINAT BERI IC PADA PENDATANG NI. HUMBAN DIA MASUK PENJARA LEPAS PRU13 NI.
    Reply
  2. RAKYAT TOLAK PARTI SAMSENG, FITNAH DAN LUCAH OLEH UMNO/BN.....
    Reply
  3. Duit minyak tuk helikopter tu, sapa yg tanggung? klu guna duit cukai rakyat.... aku x halalkan dunia akhirat sbb aku pun bayar cukai gak.....aku akan tuntut kat sana nnt....
    Reply
  4. Mamak kutty ni lah yg telah banyak merosakkan kan orang melayu,menghina islam ...nak mampus, eluk lah bertaubat..dok kat mesjid minta ampun kepada Allah banyak banyak.
    Reply
  5. Apabila datang kebenaran pasti terhapusnya kebatilan..Tiada sesiapa yg dpt menahan dan menangkis jika Allah berkehendakkan..Memadai hanya dgn Kun Fayakun..
    Reply
  6. Ayuh kita heret pengkhianat negara ke muka pengadilan! PRU 13 sejarah membuktikan kuasa rakyat bangkit dari penindasan.
    Tabik hormat padamu LAKSAMANA.
    Reply
  7. Mari pakat ramai2 LIKE page Laksamana Pertama (B) Hj. Imran Abd Hamid. Semoga beliau beroleh kemenangan pada PRU13 ini. Ini Kalilah... TUKAR!!!
    https://www.facebook.com/ParlimenLumutP074PartiKeadilanRakyat




Photobucket

Ribuan hadiri Ceramah DSAI di Batu Berendam, Melaka 23/4/2013

on





Namun inilah hakikatnya, negeri kononnya dikatakan penyokong tegar Umno BN kini bergelut dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat.

Melalui maklumat yang diperolehi Melaka dan Johor mendapat tentangan sengit daripada Pakatan Rakyat.

Rakyat semakin muak dengan Umno BN, penolakan rakyat terhadap Umno BN sudah berada di merata-rata. Petanda Umno BN menghampiri ajalnya.. Saksikan video ini :-





lautan manusia....crowd tahap superb.....
Photobucket

BERITA BOHONG DARI LANGAU LANGAU UMNO/BN

on








Sebelum ini bising langau blogger-blogger UMNO buat fitnah kata seorang wartawan sambilan RTM mati kena belasah oleh para penyokong parti PAS.

Beginilah dahsyat hati blogger upahan UMNO..Memfitnah sudah sebati dalam jiwanya.. Langsung tidak takut dosa malahan berasa megah dan bangga.

BERIKUT IALAH KENYATAAN POLIS YANG DICILOK DARI MSTAR.

PENGKALAN CHEPAKematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian yang dibuat oleh isteri mangsa, Wan Tahirah Wan Ibrahim, 52.


"Pada kejadian yang berlaku pada pukul 12.45 pagi (Selasa), isteri mangsa mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Isunya adalah rumah (mangsa) berhampiran dengan markas parti politik. Bila kereta mereka dihalang (markas), suami kepada pengadu kemudiannya keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut.


"Bila (mangsa) masuk ke dalam rumah mula berasa sakit dada (dan) keadaan bertambah merisaukan. Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.


"Berdasarkan bedah siasat di Hospital Gua Musang, punca kematian disebabkan oleh serangan jantung," katanya pada sidang media selepas Taklimat Kepada Calon dan Wakil Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru di sini, Selasa.


Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohammad yang meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berlaku selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang di Gua Musang, awal pagi Selasa.


Menurut Jalaluddin, pihak polis menyiasat kes tersebut di bawah kematian mengejut.


"Mangsa mempunyai rekod sakit jantung (maka) tidak timbul dia diserang atau dipukul. Tiada kesan lebam pada mangsa," kataya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.


Sementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.


Mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak berusia 27 tahun hingga 14 tahun.



Photobucket

DULU PENYAPU SEKARANG KATAK

on











Katak bawak sial kepada UMNO/BN....


Gua dah cakap... Untong la Khalid Samad kerana Zul al Katak Kulim jadi lawan dia di Shah Alam. Pasti Khalid menang kacang punyer!!

Gua setuju dengan pendapat ramai yang mengatakan... ramai orang meluat kat Zul al Katak Kulim kecuali dua orang, Najib dan bini dia si Rosmah. Ehem... ehem... lu orang tahu kan sebab apa dua laki bini tu suka akan Zul al Katak Kulim?? Suak terpaksa. Tak yah citer pepanjang ler?? Dah jadi common knowledge, kan??

Semalam... bukan main lagi surat khabar arus perdana mencanangkan yang kononnyer.... orang India udah dapat terima Zul al Katak Kulim semula. Najib Nazak pun beriya-iya nyuruh orang India maafkan si celaka tu. Eeee... meluat!!

Untuk membodohkan orang... dipaparkan ler gambar sorang mamat India tengah mencium si katak yang telah menghina kaum India tu. Kononnyer... orang India memang gemorkan si katak celaka tu.

Tup-tup... hari ini, keluar berita melotup. C. Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan si Katak Celaka tu sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam. [sini]

Kah kah kah kah kah.....

Kaum India sukakan Zul katak si celaka tu. ek??  Padan muka..!! Derang ingat India sekarang bodoh. India tak mudah lupa ler. Segar dalam ingatan mereka, penghinaan si katak celaka tu terhadap kaum dan agama mereka. Poooraaahh Zul al Katak Kulim al Celaka!!

Agaknyer tercirit lendior si katak celaka dan Najib dengan berita ini. Kesian Najib... pertaruhkan si Katak celaka untuk bawa tuah, rupanyer sial yang dia bawanyer....


AMumOfThree


Photobucket

Akan Ada Lagi Pemimpin Tertinggi UMNO Yang Akan Masuk PAS...?

on




Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.

Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan singkat pada minggu lalu.

Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

“Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami membuat perubahan.

“Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia,” katanya.

Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya. -FMT



Photobucket

SAMSENG.....INI PADAH NYA....

on





Satu pergaduhan telah berlaku di DUNGUN TERENGGANU,,, KETUA PERKASA bahagian dungun dan juga merupakan orang kuat mat said, koma setelah jatuh tersembam ke dalam longkang setelah di serbu oleh penduduk Dungun yang berang dengan lagak samseng beliau...

Kejadiannya berpunca daripada tindakan majlis perbandaran Dungun bertindak membuang bendera-bendera PAS di hadapan PASAR BUAH DUNGUN, sedangkan bendera umno tidak di buang.. lalu penyokong-penyokong PAS mempertikaikan HAL itu.. lalu datanglah Samseng taik kucing Perkasa mebuat kecoh di tempat tersbut ..

Penyokong-penyokong yang sedang panas dengan tindakan majlis perbandaran yg sememangnya di kenali sebagai barua umno bertambah panas bila samseng itu memaki hamun dan mngatakan PAS parti ajaran sesat .......   lalu berlakulah tolak menolak.

Semasa penyokong2 PAS mula menyerbu , dia cuba melarikan diri lalu jatuh ke dalam longkang dan terhantuk hingga berlaku perdarahan di kepala dan penyokong2 PAS datang meludah orang tersebut yg masih di dalam longkang saat itu,,, polis dtg tenteramkan keadaan dan penyokong umno yg ketakutan di situ mula mengangkat orang tersebut untuk di bawa ke hospital.. dan sehingga kini dia masih belum sedarkan diri...

Mangsa merupakan orang KEMAMAN .. ko ingat samseng ko jer.. ko pikir samseng orang simpan kat pajak gadai ? ke guaner?- Cybertrooper Pakatan Rakyat 

wakaka.... yang tak boleh tahan ayat brader kita ni. Perkataan yang gua rasa tak patut gua tukar dengan perkataan "orang tersebut"

Yang kelakarnya mamat tu cuba tunjuk hero. Dialah yang kuat, dialah perkasa dan segalanya. Baru kena sergah dah lari lintang pukang sampai longkang pun tak nampak. Punya la gelabah...Lagi memalukan jika penyokong PAS yang ada di situ hanya berkain pelikat sahaja. Nak rentap macam mana..... wakakaka



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List