Menyayat hati: Kanak-kanak bawah umur dinodai oleh calon Barisan Nasional pru-13...?

on Apr 25, 2013



Ini Kali Lah, yes! ... Ini Kali Lah !
Mereka boleh, Kita tidak boleh.



Pelajar sekolah SK Long Jeeh Baram digunakan untuk kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) oleh Barisan Nasional (BN).

Bukti bergambar di atas jelas menunjukkan betapa zalimnya kerajaan Barisan Nasional menodai minda anak-anak sekolah yang seharusnya tidak dilucahi pemikiran mereka dengan agenda politik kepartian.

Andainya Suruhanjaya Pilihan Raya sebuah badan bebas, sewajarnya tindakan tegas boleh diambil terhadap pencabulan kaedah berkempen yang dilakukan oleh gabungan parti-parti songsang dalam Barisan Nasional ini.




Tengok gambar dan baca pelahan lahan tulisan aku..kemudian pakat adik abang semua fikir akan kerenah parti BN ,lepas tu guna akal fikiran yang waras pakat pakat humban BN kali ini dalam bentuk kertas undi.

Malang bertingkat tingkat bagi rakyat Malaysia bila melihat kanak kanak telah dieksploitasikan oleh Umno/bn untuk kepetingan parti mereka...

BN kini dilihat cukup nazak sekali sehingga sangup memperalat apa saja untuk menghalalkan cara bagi mengekal kuasa mereka..


Umno/BN adalah satu satunya parti "cap ayam " yang ada di muka bumi ini.Hapraknya melantun lantun, Di labelkan BN sebagai " Parti cap ayam " kerana tamak halobanya mereka sehingga semua harta benda kerajaan diperkuda semenang wenang untuk kepentingan temolok sendiri..

Gambar ini hanya satu dari beribu ribu bukti bahawa Umno/Bn sering memperalat kanak kanak sekolah serta menyalahgunakan harta benda kerajaan sehinga tidak dapat membezakan antara harta parti dengan harta kerajaan.

Inilah demokrasi ala hutan rimba diguna pakai oleh Umno/BN..

Andai kata pihak pembangkang mengekploitasi kanak kanak atau harta awam nescaya seminggu media haprak akan menyiarkan cerita negatif itu..

KehakkKK ptuihh BN..

Benci aku terhadap umno/Bn kini tahap 5..



Ini Kali Lah, yes! ... Ini Kali Lah !
Ini Kali Lah.. Kita Lawan !
Kita Lawan, yes! ... Lawan Tetap Lawan !!
Kita Lawan dan Kita Tawan
Kita Tawan, yes! ... Kita Tawan Putrajaya !

Photobucket

PRU 13 - Bila lihat gambar ni terasa sedih,, namun bangga pun ada juga..

on







Inilah amanah dari ahli jemaah yang terpaksa calon N 51 un Pasir Panjang laksanakan...

Berbanding calon parti lawan yang ada pelbagai kemudahan harta rakyat dipergunakan sesuka hati tanpa ada rasa malu,,,

Calon Pas, inilah rupanya, siang malam terpaksa keluar berceramah, berkempen mengenalkan diri, tanpa hirau penat dan letih, terpaksa tinggal anak-anak yang masih kecil,,, 

Walau apa pun aku berbangga, kerana calon Puan Hajjah Rohawati seorang yang berjiwa kental, mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk menunaikan amanah parti... Memang layak dan amat tepat sekali untuk menjawat sebagai Adun Pasir Panjang...Tahniah....



Photobucket

Bekas NC Universiti Pertahanan Malaysia Sertai PAS

on




http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/401967_475317052538880_1463648633_n.jpg

Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib

Terkini Di Pejabat Agung PAS
Dato Ir ismail Sameon (purn TUDM) Bekas Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan (UPNM) serah borang masuk PAS. Tahniah!!


Photobucket

Dr Mohamnad Agus yakin Pakatan menang PRU13?

on






Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamnad Agus Yusoff tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."

Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.

Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."

Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III. Mat Taib: "Umno bukan tiada jasa tapi sudah jadi OKU"

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."

Ahmad Lutfi Othman -detikdaily-




Photobucket

UNDI POS DAH MULA...?

on




adakah anda yakin SPR TELUS? 
Undi Pos, At Kem PGA Galing,Kuantan, SPR sila jawab...dimanakah wakil pemerhati 
Pembangkang? bukankah undi POS bermula pada 30 hb?




PENINGKATAN UNDI POS YANG MENDADAK DI SETIAP DUN 

PERHATIAN !!!
:: PENINGKATAN UNDI POS YANG MENDADAK DI SETIAP DUN ::

PERHATIAN !!!
KEPADA PENGUNDI BIASA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENGUNDI SECARA POS, TERUTAMA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENJADI KERANI SPR DAN SEBAGAINYA, NAMUN BERHASRAT MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN MENGELAK KERTAS UNDI ANDA DITOLAK ATAU DIPAKSA MENGUNDI BN. BERIKUT DIJELAS TATACARA PENGUNDIAN:-

1. PASTI SAMPUL YANG SAMPAI MENGANDUNGI: i. KERTAS UNDI, ii. BORANG 2, iii. SAMPUL A DAN iv. SAMPUL B.

2. SETELAH ITU ANDA HENDAKLAH MENANDATANGI 'BORANG 2' DIHADAPAN SAKSI, YANG KEMUDIAN SAKSI JUGA MESTI MENANDATANGI DI RUANG SAKSI. UNTUK MAKLUMAN, TIDAK SEMESTINYA MAJIKAN ANDA SAHAJA YANG BERHAK MENJADI SAKSI, MEREKA YANG BOLEH MENJADI SAKSI SIAPA SAHAJA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG ANDA KENALI SEPERTI KELUARGA TERDEKAT, MALAH KETUA PAS CAWANGAN SEKALI PUN ADALAH BOLEH MENJADI SAKSI DI BORANG 2.

3. KEMUDIAN SECARA RAHSIA DAN BUKAN LAGI DIHADAPAN SAKSI ANDA HENDAKLAH MENGUNDI BAGI CALON YANG ANDA PILIH (SAYA KEMPEN: PILIHLAH CALON DARI PAKATAN RAKYAT)

4. MASUKKAN KERTAS UNDI ANDA KEDALAM SAMPUL 'A' DAN MENUTUPNYA.

5. KEMUDIAN MASUKKAN SAMPUL BERTANDA 'A' KEDALAM SAMPUL B BESERTA BORANG 2 YANG TELAH SIAP DIPENUHKAN BUTIRANNYA DAN DIPASTIKAN SEKALI LAGI IANYA TELAH DITANDATANGI OLEH ANDA DAN SAKSI.

6. HANTAR DENGAN SEGERA SAMPUL 'B' KEPADA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA DIMANA ANDA MENGUNDI.

SELAMAT MENGUNDI - PASTIKAN KERAHSIAAN UNDI ANDA - PASTIKAN MAJIKAN ATAU SESIAPA TIDAK MEMAKSA ANDA UNTUK MENGUNDI BARISAN NASIONAL.

JIKA BERLAKU SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK PEGUAM PAKATAN RAKYAT UNTUK TINDAKAN.

KETERANGAN LANJUT, SILA RUJUK: PERATURAN-PERATURAN PILHANRAYA (PENGUNDIAN POS) 2003

ARIS AWANG
PENGERUSI SEKRETARIAT PRU13
PAS KAWASAN KUALA KEDAH

KEPADA PENGUNDI BIASA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENGUNDI SECARA POS, TERUTAMA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENJADI KERANI SPR DAN SEBAGAINYA, NAMUN BERHASRAT MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN MENGELAK KERTAS UNDI ANDA DITOLAK ATAU DIPAKSA MENGUNDI BN. BERIKUT DIJELAS TATACARA PENGUNDIAN:-

1. PASTI SAMPUL YANG SAMPAI MENGANDUNGI: i. KERTAS UNDI, ii. BORANG 2, iii. SAMPUL A DAN iv. SAMPUL B.

2. SETELAH ITU ANDA HENDAKLAH MENANDATANGI 'BORANG 2' DIHADAPAN SAKSI, YANG KEMUDIAN SAKSI JUGA MESTI MENANDATANGI DI RUANG SAKSI. UNTUK MAKLUMAN, TIDAK SEMESTINYA MAJIKAN ANDA SAHAJA YANG BERHAK MENJADI SAKSI, MEREKA YANG BOLEH MENJADI SAKSI SIAPA SAHAJA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG ANDA KENALI SEPERTI KELUARGA TERDEKAT, MALAH KETUA PAS CAWANGAN SEKALI PUN ADALAH BOLEH MENJADI SAKSI DI BORANG 2.


3. KEMUDIAN SECARA RAHSIA DAN BUKAN LAGI DIHADAPAN SAKSI ANDA HENDAKLAH MENGUNDI BAGI CALON YANG ANDA PILIH (SAYA KEMPEN: PILIHLAH CALON DARI PAKATAN RAKYAT)

4. MASUKKAN KERTAS UNDI ANDA KEDALAM SAMPUL 'A' DAN MENUTUPNYA.

5. KEMUDIAN MASUKKAN SAMPUL BERTANDA 'A' KEDALAM SAMPUL B BESERTA BORANG 2 YANG TELAH SIAP DIPENUHKAN BUTIRANNYA DAN DIPASTIKAN SEKALI LAGI IANYA TELAH DITANDATANGI OLEH ANDA DAN SAKSI.

6. HANTAR DENGAN SEGERA SAMPUL 'B' KEPADA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA DIMANA ANDA MENGUNDI.

SELAMAT MENGUNDI - PASTIKAN KERAHSIAAN UNDI ANDA - PASTIKAN MAJIKAN ATAU SESIAPA TIDAK MEMAKSA ANDA UNTUK MENGUNDI BARISAN NASIONAL.

JIKA BERLAKU SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK PEGUAM PAKATAN RAKYAT UNTUK TINDAKAN.

KETERANGAN LANJUT, SILA RUJUK: PERATURAN-PERATURAN PILHANRAYA (PENGUNDIAN POS) 2003

ARIS AWANG
PENGERUSI SEKRETARIAT PRU13
PAS KAWASAN KUALA KEDAH



Photobucket

ORANG GILA AJE SOKONG UMNO - IBRAHIM ALI.

on








Sempena kempen pilihanraya ni, penulis akan siarkan banyak video-video kalangan 'katak' yang lidah berbelit-belit. Dulu cakap lain. Sekarang cakap lain. Nah! kali ini penulis siarkan ceramah Ibrahim ali di sebuah majlis ceramah di Kedah. Ibrahim cakap hanya orang gila saja yang nak masuk UMNO. Haha...nasib baik sampai sekarang Ibrahim tak masuk-masuk UMNO. Takut jadi gila ke...

Photobucket

CERAMAH RAFIZI DI PANDAN PERDANA DISERBU RIBUAN PENDUDUK

on






Nampak gayanya rakyat Parlimen P100 Pandan, Selangor sudah bersedia dan tekad bulat mau memberikan undi mereka kepada calon PR Sdr Rafizi Ramli.

Ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran ceramah PR di Pandan Perdana malam tadi.

Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali... belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Pandan keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR.. Ceramah anjuran UMNO/BN jangan cakaplah...Kehadiran sekitar ratusan orang saja.
 


Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi..Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu... Tetapi kini mereka hadir untuk tunjukkan sokongan padu.

Mesti Najib menyesal tak sudah kerana ikut selera Chua Soi Lek dengan tidak mencalonkan Ong Tee Keat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan!!!

omakkau




Photobucket

BN AKAN TUMBANG DI SEREMBAN...?

on



NONE

Kumpulan jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari lalu.

Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.

Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.

Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.

Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.
NONENamun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.

Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.

Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.
NONESeramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.

Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.

Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban,” katanya dalam ceramah tersebut.
NONEPakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.

Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.

Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah.




Photobucket

RUPANYA MEREKA INI SAHABAT BAIK...!

on





Dia tak hantar borang pencalonan kerana dia nak sekat legasi Tok Guru Nik Aziz. Ini kerana yang bertanding lawan dia di Pasir Mas ialah Nik Abduh. [Baca sini]

Nak sekat legasi Nik Aziz konon... Weh, katakan jer yang  mu tak leh menang di situ. Mungkin mamat ni dah sedor diri... yang dia tak nak kena 'sembelih' di Pasir Mas. Hahahaha... Brahing Ali dah nak sangat bertanding.... bertanding pi la. Pasti kena 'sembelih' wa cakap lu..

Entah-entah..... May be, kedua-dua katak dan mamat ni dah ada mutual agreement dan understanding... You kasi I laluan, I kasi you habuan?? Wallahua'lam... hanya Tuhan dan hanya empunya badan yang tahu.

Peliknyer, mamat ni konfiden yang legasi Tok Guru nik Aziz dapat disekat. Betul ke dapat disekat?? Boleh ke si katak pengkhianat ni  mengalahkan Nik Abduh?

Dia lupa ke yang si katak pengkhianat ni dulu bertanding atas belas ikhsan PAS dan dia menang dulu pun kerana rakyat Pasir Mas undi PAS. Maka jadilah dia YB PAS di situ sebelum dia khianat amanah rakyat dan jadi bebas yang BN-friendly.

Sekarang si katak pengkianat ni nak bertanding atas tiket bebas pula setelah UMNO tak siorkannye. Bolehkah dia menang??

Banyak teman dan rakan gua daripada Kelantan, khususnyer yang berasal daripada Pasir Mas... berpendapat sukar bagi si katak pengkhianat ni nak menang. Mereka kata... "Sori ler kawe nak undi  Brahin Ali lagi." 

Ini kerana PAS dan Nik Aziz lekat di hati mereka. Malah... Brahin Ali yang menjadi sekutu UMNOturut dilabel sebagai pengkhianat rakyat Kelanatn dalam isu royalti minyak Kelantan. Dasat muBrahing...

Oleh itu... alasan si Che Johan, memberi laluan kepada Brahin Ali bagi memastikan Nik Abduh kalah dan seterusnyer menyekat legasi Tok Guru Nik Aziz ialah alasan bodoh semata-mata. Dia juga mendakwa tindakannyer itu adalah demi kebaikan parti.

Kah kah kah kah kah.... Poooraaahh..!!

Terguling-guling dan terbocor pundi kencing aku, ketawakan alasan bangang Che Johan. Apa punya tuuurrrr daa mamat ni!! Kalau dah UMNO..... UMNO jugak. Bodoh piang...!!!

Legasi konon...?? Macamler para pemimpin UMNO sorang pun tiada meninggalkan legasi.Najib Nazak... legasi siapa?? Pemimpin PAS?? Hishamuddin Aww...?? Legasi siapa?? Pemimpin PKR?? Mukhriz...?? Legasi pemimpin DAP??

Tu sebab... Ustaz Ismail Kamus dah kata... Kalau dah bodoh, lebih baik diam. Tutup jer mulut tu. 

Aaarr... banyak sangat cakap, sekarang... ambik kau... terserlah kebangangan mu!!

SUMBER
Photobucket

LEBIH 25,000 RAKYAT SEGAMAT HADIR CERAMAH PR BERSAMA DSAI DI KG ABDULLAH,SEGAMAT MALAM TADI...!

on










Johor bukanlah boleh ditakrifkan sebagai kubu paling kebal kuat gagah perkasa UMNO seantaro dunia lagi.

Inilah pemandangan ceramah di Kg Abdullah, Segamat Johor malam tadi...Rakyat tempatan melebehi 25,000 hadir untuk mendengar ucapan DSAI, Salahuddin Ayub dan jua calon PR Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng.

Bolehlah dikatakan kini Johor sudah dilanda fenomena Pakatan Rakyat.

Rakyat Johor kini sudah sedar jika mau nasib anak cucu cicit mereka lebih terjamin maka tiada pilihan melainkan tumbangkan UMNO dan julang Pakatan Rakyat.

Semangat dan iltizam itu sudah pun ditunjukkan pada malam tadi.

INI KALI LAH...JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List