BUKAN YANG KALAH AJE TAK PUAS HATI, TAPI YANG MENANG PUN MEROYAN TAHAP ORANG GILA SAWAN BEB... KAH KAH KAH !

on May 8, 2013





Kebiasaan nya dipihak yang KALAH selalu akan MENUNJUKAN serta MELUAHKAN perasaan TIDAK PUAS HATI dan KECEWA terhadap KEKALAHAN tersebut... lebih-lebih lagi bila KEKALAHAN tersebut disebabkan oleh FAKTOR PENIPUAN serta KEBODOHAN DI PIHAK SENDIRI... umpama nya bila ADA BUKTI yang menunjukan PENGADIL sesuatu PERTANDINGAN BERAT SEBELAH atau TAK ADIL dan LEBIH TERUK lagi PENGADIL pulak TOLONG MENIPU bagi pihak LAWAN... manakala KEBODOHAN pulak bila MEMBERI LAWAN MENANG PERCUMA dengan BERTANDING SESAMA SENDIRI... seperti yang dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi WAJAR lah kalau pihak yang KALAH di PERTANDINGAN tersebut TAK PUAS HATI serta MENUNJUKAN SIKAP TIDAK PUAS HATI dia orang... kah kah kah !.

Tapi yang PELIK BIN AJAIB nya bila ada pihak yang MENANG serta MENGAKU MENANG tapi MEROYAN seperti yang ORANG KALAH... sehinggakan sampai ke peringkat MENYALAHKAN ORANG lain seolah-olah ianya satu KESALAHAN... wal hal TIADA KESALAHAN yang dilakukan oleh pihak tersebut atau ianya MENEPATI serta MENGIKUTI LUNAS-LUNAS UNDANG-UNDANG yang TERMAKTUD DIDALAM PERLEMBAGAAN... nak kata pihak ini TAK TAHU yang dia orang MENANG tak mungkin kerana dia orang sendiri pun sudah mengatakan yang dia orang MENANG... bukti nya ULUL AMRI UMNO Datuk Seri Haji Najib pun sudah MENGANGKAT SUMPAH sebagai Perdana Menteri (PM) tak sampai 24 jam selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) diumumkan... kah kah kah !.

Kalau dari SIKAP yag ditunjukan oleh dia orang seolah-olah ianya bukan jenis GILA BIASA tapi sudah sampai boleh dikatakan GILA TAHAP TERTINGGI... ialah kalau dah ianya DITIMBULKAN seperti ISU PERKAUMAN dari Pemimpin Umno sampaikan ke Penchacai Upahan dan ada sampai sanggup BERMANDI DARAH... salah ke kalau gua kata dia orang ni GILA TAHAP TERTINGGI beb... sedangkan HAK MEMILIH adalah HAK yang DIBENARKAN oleh UNDANG-UNDANG... bukan semesti ORANG CINA kena MEMILIH atau MEMANGKAH BN sahaja... dan Pemimipin BN terutama nya ISI PERUT UMNO tidak boleh MEMAKSA SESUKA HATI MAK BAPAK ISI PERUT UMNO untuk MEMILIH BN... kerana Negara Malaysia BUKAN nya HARTA KEPUNYAAN MAK BAPAK ISI PERUT UMNO tapi HARTA  KEPUNYAAN RAKYAT Malaysia keseluruhan nya... kah kah kah !.

Untuk itu sebelum ISI PERUT UMNO nak mengatakan yang pihak PR tidak dapat menerima KEKALAHAN baik aje lu orang CERMIN DULU MUKA lu orang yang TAK MALU.... sedangkan lu orang yang MENANG pun masih TAK PUAS HATI seperti ORANG GILA TAHAP TERTINGGI... yang mana ALASAN PERKAUMAN cuba DIBANGKITKAN walaupun MENANG... jadi TAK SALAH kalau di pihak PR TAK PUAS HATI dengan KEKALAHAN yang dikatakan ADA BUKTI bahawa Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR).... atau lu orang ISI PERUT UMNO tak YAKIN dengan KEMENANGAN yang DIKECAPI kerana KEMENANGAN tersebut telah DIBANTU oleh PENIPUAN SPR beb... gua sekadar BERTANYA aje beb sebab gua rasa dalam DUNIA NI hanya lu orang aje TAK PUAS HATI TAHAP GILA BABI apabila MENANG... kah kah kah !.


hemmmmm..... jenis manusia macam ini beb selalunya kalau makan bukan setakat kenyang tapi sampai termuntah-muntah... dan kalau kumpul kekayaan biar boleh bawak masuk sampai lubang kubur... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

edit dari http://inderasipejuang.blogspot.com

Photobucket

KELANTAN AKAN IKUT TERENGGANU DAN KEDAH ?

on









Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.
Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.

Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.

PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.

Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.

Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?

Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?

Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.

Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?

Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?

Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.

Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.

Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.

Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.

Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.

Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.

Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.

Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.

Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.

Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.

Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.

Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak bileh diundurkan lagi. Hhajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti.

Isu Husam ini adalah isu pertama PAS Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz? ~MSO



Photobucket

Sultan Kelantan Enggan Terima Husam?!!!

on





Sultan Kelantan dikatakan menolak nama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa untuk mengisi kerusi Exco negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata Sultan Muhammad V di saat-saat akhir menolak nama Husam walaupun pemimpin PAS itu antara yang paling banyak berjasa kepada Kelantan sebelum ini.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai Exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan adalah antara Exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan Sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk Sultan, itu yang termaktub dalam perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. ~Antarapos


DAN BACA KAT SINI

Photobucket

SIFAT PENDENDAM...? Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya - Mohd Ali

on




MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang 'menikamnya dari belakang'.

"Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya," kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.

Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.

"Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih," katanya.

Inilah dikatakan muka manis saja didepan kita tapi dibelakang pangkah Pembangkang...Inilah menimpa Ali Rustam...Tiada kenang jasa langsung.Terutama sekali undi Kaum Cina...1 M pun begitu sedih senario mereka ini.




Photobucket

Dr Mahathir sudah mula bercakap dan jarumnya sudah mula mencucuk

on





Semalam Dr Mahathir bercakap kepada media dan menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Najib yang beliau anggap lebih buruk dari yang di capai oleh Abdullah Badawi. BN mendapat tujuh kerusi kurang dari apa yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang merangkul hanya 140 kerusi dalam PRU yang lalu. Katanya Najib hanya mendapat 133 kerusi sahaja.

Komen seperti ini sudah dijangka akan datang dari Dr Mahathir, tetapi tidak pula disangka komen seperti ini datang terlalu awal, hanya dua hari selepas keputusan PRU kali ini diadakan. Beberapa bulan dahulu Dr Mahathir telah menyatakan yang jika Najib memperolehi kurang dari apa yang BN perolehi dalam PRU yang lepas Najib sepatutnya meletakkan jawatan. Mungkin kenyataan beliau semalam sekadar untuk mengingatkan Najib apa yang sepatutnya dia lakukan setelah mendapat keputusan yang lemah ini.

Saya menjangka apa yang akan berlaku di dalam UMNO sedikit masa lagi ialah berulangnya apa yang telah berlaku keatas Abdullah Badawi. Tentulah Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan dan bersara untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin. Ini sememangnya agenda Dr Mahathir dari awal. Mahathir mahu memainkan peranan menaik dan menurunkan pimpinan dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam politik ini.

Tetapi saya selalu memberikan pandangan, jika Najib itu lemah Muhyiddin akan lebih lemah lagi dari Najib. Mereka datang dari acuan yang sama. Saya ‘conclusive’ dengan pandangan saya, tidak akan ada seorang pun pemimpin dari barisan MKT UMNO hari ini layak untuk menggantikan kepimpinan jika Najib meletakkan jawatan. Mereka semua mempunyai mentaliti dan budaya yang sama. Segala-galanya sama dan ini terhasil dari pimpinan Dr Mahathir yang tidak pernah membaja benih kepimpinan dalam UMNO itu.

Pandangan Dr Mahathir yang mengatakan Najib itu telah gagal, lebih gagal dari Abdullah Badawi itu betul dan Mahathir mesti tahu yang sesiapa yang mengambil alih dari Najib itu akan lebih gagal lagi. Dengan acuan yang terbina oleh Dr Mahathir ini pimpinan UMNO akan bertambah lemah setelah pimpinan lemah diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi. Tidak mustahil jika Muhyiddin mengambil alih UMNO akan mendapat kekalahan yang lebih besar lagi.

Untuk memberikan sedikit kredit kepada Najib, seramai 88 orang calon UMNO telah menang dalam PRU kali ini berbanding dengan hanya 79 kerusi yang dimenangi oleh parti yang reput ini dalam PRU 12 yang lalu, lebih sebelas kerusi.

Adalah satu kesilapan yang akan dilakukan oleh Najib ialah memindahkan kuasa kepada Muhyiddin. Betul, Najib mungkin terpaksa berkorban untuk UMNO dengan bersara. Tetapi jika Najib mahu di kenang oleh rakyat sebagai pemimpin dan negarawan setelah bersara, beliau patut wariskan kepimpinan UMNO itu kepada pemimpin yang bukan dari acuan yang sama.

Beliau sendiri akan menjadi bahan cemuhan ramai jika beliau mewariskan kepimpinan UMNO kepada pimpinan yang sudah pasti membawa UMNO itu rebah buat selama-lamanya.

Mewariskan kepimpinan UMNO dan negara kepada pimpinan yang lebih bertanggungjawab dan berkemahiran akan membuatkan beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang dihormati buat selama-lamanya.

Akhirnya, meninggalkan kepimpinan negara kepada orang yang bertanggungjawab itu adalah satu tindakan transformasi sebenar bagi Najib.



Photobucket

KELUAR, KELUAR, KELUAR.....!

on




Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

 “Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


sambung baca kat sini

Photobucket

APA KAH INI AKAN BERLAKU...? MAHATHIR MULA BUAT HAL

on








Mahathir mula buat tekanan pada Najib!! Ini berikutan prestasi buruk dalam PRU 13 yang lepas malah lebih teruk lagi bila prestasi Najib lagi teruk dari Pak Lah!  Nah, kini masanya telah tiba untuk ajib terima asakan demi asakan, tekanan demi tekanan. 

Muhyiddin dikatakan akan beroleh keuntungan politik sekiranya keadaan seperti ini berterusan. Jika desakan Pak Lah turun dilaungkan oleh Muhyiddin yang menjadi proksi Najib ketika itu, maka, kali ini agaknya siapakan akan menjadi 'juara' berselindung sebalik Muhyiddin Yassin? 

Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi bagi pendapat penulis, bukan mudah bagi Najib untuk turun takhta kali ini. Beliau baru saja mendapat mandat sendiri setelah empat tahun lepas menumpang mandat Pak Lah saja. 

Diramalkan atas kedegilan Najib ini, UMNO akan bergolak dan berpecah menjadi dua kumpulan selepas Perhimpunan Agong UMNO tahun ini. Lebih-lebih lagi Perhimpunan akan datang melibatkan Pertandingan merebut semua jawatan dalam UMNO. Semoga 2018 menjadi benar-benar  tuah buat Pakatan Rakyat.



Photobucket

LEPAS JATI, PERKASA PULAK MEROYAN....."Pas berhak tuntut jawatan MB Selangor"

on



Abu Bakar


 Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar emandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.

Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.

“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.

“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar.

Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.

“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.

“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya.



Photobucket

Wahai Dato' Najib, apakah yang orang Cina telah lakukan...?

on



SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib bin Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.

Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.

Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.

Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).

Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada  segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan  para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.

Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan  komen ‘tsunami pengundi  Cina’ . Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.

Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang  orang  telah Cina lakukan?

Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.

Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya.  

Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.

BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor ‘feel good’ terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja. 

Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang ‘memalukan’ kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.

Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalahan teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.

Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon  ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan. 

Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA – calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim – dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang  dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.

Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.



harakahdaily
Photobucket

MELAYU BERTAMBAH DI PARLIMEN...?

on




Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. kerana kesedaran politik sempit mereka jadi dungu..

DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan.

Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN,

Gua bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya : 

Menangnya Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List