Panas: Lagi Bukti Barangan Harian Kini Naik Harga !!

on May 11, 2013




Kerajaan sekali lagi diminta memantau segera perkembangan terbaru ini. Ternyata ramai peniaga dengan sewenang-wenangnya telah menaikkan harga barangan masing-masing. Kini, rakyat akan ditekan dengan masalah ekonomi yang kian menghimpit. Selaras dengan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, maka kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak digesa mengotakan janji untuk mendahulukan rakyat. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. 

Para peniagaa dengan berani menaikkan harga barangan keperluan sebelum kerajaan sendiri mengumumkannya. Lihat bukti seterusnya, kicap Habhal's dia atas, harga asalnya RM8.50 sebotol dan kini telah dinaikkan kepada RM9.60 iaitu kenaikan melampau sebanyak RM1.10. Ini bukanlah satu fitnah tetapi ia kenyataan yang berlaku di depan mata kita sebenarnya. Pantau segera !!

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/05/panas-lagi-bukti-barangan-keperluan.html#ixzz2SwK5lCe4



Photobucket

Pengundi Tanpa Maruah...?

on



若是国阵没有以"利诱"方式贿赂乡区选民, 
国家历史也许已经改写!
改朝换代就不会功亏一篑了。。。。

【檳公正黨警局報案抓賄選】

(檳城10日訊)
檳州國陣在10州選區中勝選,之前有登記“幸運特優獎”的選民今日紛紛到特定地點排隊憑票根和身份證領錢;檳州公正黨領袖沈志勤國會議員和拿督阿都哈林到場瞭解情況後,馬上到警局報案,並向選委會投報。
今早,檳島百家花園住宅區一家店屋前大排長龍,記者瞭解後發現排隊者正準備向某單位領取現款。他們受詢時說,競選期間他們登記了“幸運特優獎”,現在檳州國陣在10州選區中勝選,所以他們被通知到柜台領錢。
他們領的現款從120令吉至200令吉不等,兩名受詢者都是峇六拜州議席選民,如今巫統在該區勝出,他們可憑“幸運特優獎”票根和身份證領取120令吉。
檳州國陣勝選的州議席全是巫統候選人攻打的議席,即本那牙、柏淡、檳榔東海、柏瑪當巴拉岸、雙溪賴、直落斗哇、峇六拜、浮羅勿洞和直落巴巷。


大选前笔者曾深入乡区揭发并发了帖文:
【国阵利诱贿选, 改朝换代, 功亏一篑】
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475504222526664&set=a.170624956347927.42491.170507696359653&type=1&theater


新闻链接:
http://news.sinchew.com.my/node/295980?tid=73




转自~忠政快讯


Clifford Tan shared 人在海外's photo.
Gambar pengundi tanpa maruah yg beratur di Bayan Baru utk menebus habuan RM120-200 seseorg setelah menjual undi mrk utk memenangkan calon BN di 10 kawasan DUN P Pinang. Wang sogokan undi ini diberikan dgn helah 'menang hadiah Lucky Draw'. MP Bayan Baru YB Sim Tze Tzin menyiasat insiden ini dan berjaya memperolehi contoh baucar 'Lucky Draw' sbg bukti.
人在海外
若是国阵没有以"利诱"方式贿赂乡区选民,
国家历史也许已经改写!
改朝换代就不会功亏一篑了。。。。
【檳公正黨警局報案抓賄選】
(檳城10日訊)
檳州國陣在10州選區中勝選,之前有登記“幸運特優獎”的選民今日紛紛到特定地點排隊憑票根和身份證領錢;檳州公正黨領袖沈志勤國會議員和拿督阿都哈林到場瞭解情況後,馬上到警局報案,並向選委會投報。
今早,檳島百家花園住宅區一家店屋前大排長龍,記者瞭解後發現排隊者正準備向某單位領取現款。他們受詢時說,競選期間他們登記了“幸運特優獎”,現在檳州國陣在10州選區中勝選,所以他們被通知到柜台領錢。
他們領的現款從120令吉至200令吉不等,兩名受詢者都是峇六拜州議席選民,如今巫統在該區勝出,他們可憑“幸運特優獎”票根和身份證領取120令吉。
檳州國陣勝選的州議席全是巫統候選人攻打的議席,即本那牙、柏淡、檳榔東海、柏瑪當巴拉岸、雙溪賴、直落斗哇、峇六拜、浮羅勿洞和直落巴巷。

大选前笔者曾深入乡区揭发并发了帖文:
【国阵利诱贿选, 改朝换代, 功亏一篑】
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475504222526664&set=a.170624956347927.42491.170507696359653&type=1&theater

新闻链接:
http://news.sinchew.com.my/node/295980?tid=73


转自~忠政快讯
If the array does not have to "lure" bribing voters, national history may have been overwritten!

Dynasty wouldn't have lost. ...
"Penang just party Police Council reported caught bribery" (Penang 10th News) Penang country array in 10 State constituency in the WINS selected, zhiqian has registration "lucky premium Award" of voters today have to specific locations queued with stubs and ID led money; Penang just party leaders Shen Zhiqin Congress members and took Tuk aduhalin scene understanding situation Hou, immediately to Police Council reported, and to selected Board will voted reported. Today, Penang Island long queues before hundreds of garden residential area housing a shop, after the reporter found lining up a unit is preparing to receive the cash.
They said that they were registered during the campaign "lucky" special award ", now in Penang State constituency in 10 States won, money so they are notified to the counter.

Them cash ranging from 120 million to 200 million, two are Bayan LEPAs worship the State seat, voters, today UMNO WINS in the district, they can "lucky" special award "ticket stubs and ID card to receive 120 million.


Won all seats in the State of Penang UMNO candidate attacking seats this Naga, cedar, light, Pinang Tunggal, Bai Ma when Ba Laan, sungai Lai, straight sets Wow, Bayan LEPAs worship, floating law Betong and teluk ketapang bus lanes. Before the election I have came to the villages and made a post: "the lure of corruption, change, short"
 https://www.Facebook.com/photo.php?fbid=475504222526664&set=a.170624956347927.42491.170507696359653&type=1&Theater news links: http:// News.sinchew.com.my/node/
295980?TID=73 go ~ loyal political news (Translated by Bing)




Photobucket

IBU TUNGGAL SELANGOR.....DIMANA KAU BERADA...!

on





Ni gambar sebelum pru 13 Mak Janda dan Ibu Tunggal Selangor yang setiap malam muka mereka masuk dalam TV3 riuh rendah saman kerajaan negeri Selangor dengan tujuan tak lain tak bukan sebagai isu politik untuk raih sokongan kepada BN dalam pru 13.

Selepas pru 13 mereka senyap sunyi sepi sama macam Umno Selangor yang sedang bersedih kerana segala keringat dan tenaga untuk tawan Selangor daripada PR tidak menjadi.Macam -macam TV3 dalam buletin berita buat fitnah terhadap Selangor,Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang tapi siaran berita mereka sikit sebanyak hanya laku di Kedah yang tumbang di tangan BN (Kedah ada isu lain bukan pasal serangan TV3 ja).



Photobucket

DAP :- SORRY TO BN...!

on




DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran cadangan MCA untuk tidak meminta sebarang kedudukan dalam kabinet selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.
NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menghormati prinspip "satu orang, satu undi, satu nilai" dan tidak akan terjejas dengan taktik BN untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

"DAP tidak berminta menyertai BN demi kedudukan kerana jika kami mahukannya, kami sudah pasti lakukannya 40 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, DAP menolak menyertai BN dan memegang utuh cita-cita, prinsip dan dasar kesaksamaan, kebebasan dan Malaysia yang demokratik."



Photobucket

UMNO tetap meroyan juga walaupun TG Nik Aziz dah bersara..

on



Segarkan ingatan anda...

Dasar pemikiran jahiliyah yang ada dalam kepala otak pencacai umno... 

Bila Tok Guru tak bersara dari politik, pencacai ni riuh 24 jam suruh bersara,,, Bila orang tua tu dah umum bersara, eeihh ada lagi yang tak kena,,, phuuii..






Mereka-mereka kepanasan jiwa dan mental. bila baca kenyataan TGNA,,, apa hal nak minta maaf dengan UMNO,,, 

ni dengar kenyataan TGNA ,,, 



Macai umno nak suruh TG Nik Aziz minta maaf dengan ahli umno,,, phuiii, aku tolong ludah buat TG Nik Aziz...


Alhamdulillah, TG Nik Aziz bersara, setelah 23 tahun menerajui Kelantan,, beliau bersara setelah rakyat Malaysia keturunan Cina, India dan bukan Melayu telah pun mengenali PAS, malah artis-artis Malaysia pun ramai turut serta bersama-sama PAS...

Sekarang umno nak meroyan habis-habisan, apabila Cina dan India tsunami menyokong Pas,,,,mereka dah tak takut lagi kepada Pas, mereka dah tak malu nak pakai T-Shirt dan mngibar bendera Pas... 

Terima Kasih Tok Guru,, Perjuangan Islam akan diteruskan oleh pimpinan yang sedia ada...


  



Photobucket

Ramai Yang Kecewa Dengan Azmin...?

on








Sidang akhbar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali begitu ditunggu-tunggu oleh semua orang hari ini. Ramai yang menyangka akan ada pengumuman mengejutkan dari beliau. Sejak ketidakhadirannya dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, Rabu lalu serta tweetnya yang menimbulkan pelbagai tafsiran, kedudukan dan masa depannya mula menjadi bualan.

Hubungannya dengan PKR dan Anwar juga mula diperkatakan. Ramai yang mengandaikan beliau akan keluar PKR, tidak kurang pula mensensasikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Yang menyebarkan berita Azmin akan menyertai UMNO juga tidak kurang ramainya. Di laman sosial dan blog pula, pelbagai tafsiran mula diperkatakan mengenainya dirinya. Ada yang berkata jika beliau keluar PKR, bermakna seorang lagi anak Ali akan mewarnai politik Malaysia setelah Ibrahim Ali dan Dr Hassan Ali berbuat demikian sebelum ini.

Penjelasan Azmin dalam sidang akhbarnya sebentar tadi bahawa beliau akan terus kekal dalam PKR, tidak akan meletakkan jawatan, tidak akan meninggalkan perjuangan yang telah disertainya sejak 15 tahun lalu dan tidak akan menyertai UMNO, melegakan ramai orang yang mengharapkan beliau tidak mengecewakan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan dan reformasi selama ini.

Dalam masa yang sama, UMNO yang mengharapkan Azmin akan berbuat sesuatu yang merugikan PKR, Pakatan Rakyat dan Anwar, turut kecewa dengan Azmin pada hari ini. Harapan mereka Anwar menjadi lemah, PKR dan Pakatan Rakyat akan kucar-kacir nampaknya tidak kesampaian. Azmin tetap bersama Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat, malah rasa hormat Azmin terhadap Anwar sebagai bekas bosnya juga tetap tinggi apabila setiap kali menyebut nama Anwar beliau menyebutnya dengan panggilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang diakui bahawa politik Malaysia banyak bergantung kepada kelemahan pihak lawan. Kelemahan dan serangan terhadap pihak lawan sering diperbesarkan untuk meraih keuntungan. UMNO terutamanya, sejak tahun-tahun kebelakangan ini kelihatan amat bergantung kepada kelemahan itu untuk terus mendapat sokongan. Sebab itu mereka yang keluar dan meninggalkan PKR akan dipergunakan semahu-mahunya untuk menarik sokaongan rakyat.

Dengan keputusan pilihanraya 2013 yang tidak begitu memberangsangkan bagi UMNO dan memperlihatkan laluannya masih sukar dalam PRU 14 nanti, UMNO tentunya amat mengharapkan akan berlaku sesuatu yang menjurus ke arah perpecahan dalam rumahtangga lawannya.

Tersebarnya berita mengenai Azmin adalah berita yang amat ditunggu- tunggu oleh UMNO. Akhbar, blog dalan laman sosial pro UMNO sejak semalam lagi seperti tidak sabar-sabar menunggu berlakunya perpecahan dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Ramai yang memainkan berita bahawa Azmin akan keluar PKR dan meninggalkan Anwar. UMNO seperti sudah menyediakan nyiru untuk menerima kehadiran Azmin. Jika Azmin berbuat berbuat seperti yang diharapkan oleh UMNO, tentunya ia merupakan pukulan paling hebat buat Anwar dan PKR.

Ia bukan saja kerana kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi PKR Selangor tetapi juga kerana hubungannya yang lama dan begitu setia dengan Anwar sejak berpuluh tahun lamanya. Beliau umpama tangan kiri bagi Anwar sementara Wan Azizah adalah ibarat tangan kanannya.

Azmin mungkin ada sedikit kecewa dan ingin mengkritik sesuatu yang dirasakannya tidak betul dalam parti itu. Beliau jelas ingin maju ke hadapan dan mahu lebih fokus kepada PRU 14.

Yang pentingnya, Azmin tidak membawa perpecahan hari ini. Beliau kekal dan istiqamah dalam perjuangannya selama ini. UMNO dan musuh-musuh PKR mungkin kecewa dengan Azmin tetapi yang penting rakyat tidak kecewa dengan tindakan beliau pada hari ini.




Photobucket

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor

on May 10, 2013





KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT





Photobucket

Selamat Bersara Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar - 17 Mei ini

on





KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata penyebaran berita mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, kata Ramli dalam kenyataan pada Jumaat.
Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.
Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.
"Adalah diingatkan individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Sekyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.
Ismail memegang jawatan tertinggi dalam tampuk kepimpinan PDRM sejak 13 September 2010 apabila beliau menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
Perkhidmatan Ismail disambung dua tahun secara kontrak setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 BERNAMA

baca lagi kat sini

Photobucket

TAKTIK HINA DAN KOTOR......NO WONDER THEY WON...!

on




Taktik Kotor SPR Untuk Memenangkan BN Perak Terbongkar?

Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.

Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.


Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”


“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi


“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.

Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.




Photobucket

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei padan muka kau...! Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR

on




MOHD SANY HAMZAN

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - Bernama



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List