Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor

on May 30, 2013



Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang di jangka mengangkat sumpah pada 30 Mei 2013 di di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi.

Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)

Exco: (1)YB Ust. Sallehen Mukhyi (PAS)
(2)YB Iskandar Samad (PAS)
(3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
(4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
(5)YB Rodziah (PKR)
(6)YB Elizabeth Wong (PKR)
(7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)
(8)YB Dato Teng Chang Khim (DAP)
(9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
(10)YB Ganabathirau (DAP)

Upacara Mengangkat Sumpah serta Akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang 9.00 pagi esok 30hb Mei 2013.
Photobucket

Pegawai SPR Kira Undi Awal “Secara Senyap"...!

on


SPR tipu suara rakyat 505 pj 01


Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat keraguan dalam proses pengundian awal yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya ke-13.
Bukti tersebut di dalam dua laporan polis yang dibuat ejen calon PKR, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Laporan pertama dibuat di Melaka berkenaan pengundian awal di DUN Machap, manakala yang kedua dibuat di Perak berhubung pengundian pos di DUN Pengkalan Hulu.

Dalam laporan polis pertama ejen calon PKR Dun Machap, Abu Hussin Tamby mendakwa melihat pegawai Suruhanhjaya Pilihan Raya (SPR) membuka dan mengira kertas undi dari peti undi awal yang disimpan di Ibupejabat Daerah Polis Alor Gajah.

Insiden berkenaan terjadi apabila Abu Hussin sedang mengiringi pegawai SPR yang membawa peti undi awal untuk disimpan di dalam balai polis berkenaan.

“Saya melihat sejumlah anggota SPR yang dianggarkan seramai tujuh hingga lapan orang sedang duduk mengira kertas-kertas undi di sebelah lokap tempat peti undi awal kami disimpan.

“Selepas selesai mengiringi untuk menyimpan peti undi awal di dalam lokap, saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas undi,” katanya dalam laporan polis berkenaan.
Dilaporkan sebelum ini bahawa undi awal dan undi pos hanya akan dikira pada hari buang undi iaitu 5 Mei. Manakala undi awal dan undi pos dibuat lima hari sebelum tarikh itu.

Sementara dalam kejadian kedua, ejen calon PKR Dun Pengkalan Hulu, Jauneh Otoh membuat laporan polis ekoran kehilangan peti undi awal bagi Kem 18 Pasukan Gerakan Awam (PGA) di Pengkalan Hulu yang tidak sampai seperti yang dijadualkan.

Kejadian meragukan itu mengakibatkan ejen-ejen PKR menuntut supaya peti undi tersebut dkecualikan daripada pengiraan undi dan dipersetujui oleh pegawai SPR.

PKR turut dimaklumkan, Ketua Pemerintah Kem 18 PGA Pengkalan Hulu membuat laporan polis pada 9 Mei 2013 di Balai Polis Pengkalan Hulu dan mendakwa peti undi yang hilang telah dijumpai.

Jelas Rafizi, dua kejadian benar yang berlaku ini membayangkan betapa longgarnya kawalan, integriti dan seliaan peti undi awal
sehingga boleh hilang dan dibuka begitu sahaja.

“Keputusan undi pos dan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila-calon-calon Pakatan Rakyat mendapat undi sekitar 10 hingga 15 peratus daripadanya.
“Ianya jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU-12 pada sekitar purata 30 peratus,” tambah Rafizi.

Selangorku


Photobucket

Empat Polis Yang Terlibat Kematian Tahanan Ditukar Ke Unit Pejabat...?

on



Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata langkah itu bagi memudahkan laluan siasatan Bukit Aman berhubung kes kematian tahanan berkenaan di lokap.

Kematian Dharmendran, 32, di lokap IPKKL pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah.

Semalam, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata polis membentuk satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

Jawatankuasa itu, yang antara lain ditugaskan memantau tahap keselamatan dan kesihatan tahanan, akan berkuat kuasa sejurus selepas pelancarannya dalam masa terdekat.

— Bernama



Photobucket

BN Mula Khianati Janji Turun Harga Kkereta... Dulu Aku Janji Kini Aku Kaji...!

on



 Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini



Photobucket

Anwar kini sebatang kara...?

on May 29, 2013






Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…

# sebenarnya aku pun tak tahu apa terjadi sebenarnya
Aku tak tahu cerita dalaman kerana aku bukan ahli PAS juga bukan ahli PKR
Adakah selama ini hanya TGNA sahaja yang kuat mempertahankan jalinan PR?

Oleh: Pok Cik Dean
Photobucket

BERLAGA DI BELAGA?

on



BERLAGA DI BELAGA?



سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi bot tenggelam di Belaga, Sarawak.

Rungutan rakyat mula membuak sekarang mengenai tragedi ini. Bagaimanakah Malaysia yang kononnya sebuah negara yang menuju status negara maju masih lagi tidak mempunyai prasarana perhubungan yang membantu dan memudahkan rakyat pedalam untuk berhubung. Dan lebih teruk lagi Sarawak yang telah 50 tahun diperintah oleh BN masih setia serta ketagih kepada pemerintahan BN.

Diberitakan bot berkenaan overloaded. Memanglah overloaded sebab ramai rakyat Sarawak nak balik menyambut gawai. Tetapi kenapa tidak sediakan sistem jalan raya agar mereka tidak perlu bertarung nyawa semata mata untuk kembali ke kampung.

Juga diberitakan bot berkenaan cuba mengelak sebatang balak terapung dalam sungai tersebut sebelum terlanggar batu di dasar sungai. Soalnya ialah mengapa ada balak yang terapung di laluan air yang digunakan oleh orang awam untuk tujuan pengangkutan? Tentulah ada aktiviti membalak dilakukan, dan sekiranya ada balak yang tersisa sehingga terapung sedemikian, membayangkan banyaknya balak yang dikeluarkan daripada hutan negeri tersebut sehingga ada yang boleh dibuang begitu sahaja. Soal balak tersebut akan membahayakan nyawa orang awam boleh tolak tepi dulu.

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak mempunyai sistem jalan raya yang menghubungkan Bakun-Belaga-Bintulu dan juga Kanowit-Song-Kapit. Mengapa setelah 50 tahun di bawah ketiak BN sistem perhubungan darat ini masih lagi tidak disediakan untuk rakyat Sarawak?

Mungkinkah kerana walau 100 tragedi lagi berlaku, dacing tetap di kalbu ku?
oleh :-  

Photobucket

AMK Jangan Sombong...!

on



Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU. Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. 

Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit. Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. 

Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS. Ini suatu hakikat.

Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK!
Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.



Photobucket

Sudah Tiada Pemimpin Dalam Unmo Yang Berwibawa ??? - Mahathir

on




KUALA LUMPUR: Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.

Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

“Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.

“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord. 

"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan.

harakahdaily

Photobucket

Dr Agus : Himpunan 505, Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat...!

on



SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.

Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.

“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.

Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.

Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.

Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.

Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya.


selangorku

Photobucket

VETERAN UMNO AKUI PROGRAM HIBURAN YANG DIANJURKAN DI NEGARA INI MELALAIKAN ORANG MELAYU...!

on











SHAH ALAM – Veteran Umno mahu semua pihak yang terlibat dengan penganjuran hiburan supaya mengkaji semula bentuk program yang boleh melalaikan orang Melayu Islam di negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak yang bertanggungjawab seperti stesen Televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan NGO-NGO Islam didesak supaya dapat mengadakan satu diskusi bagi mencari jalan terbaik membetulkan keadaan ini.

Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program-program seperti ini orang Melayu.

“Veteran bukan anti hiburan, tetapi mesti ada satu garis panduan supaya program-program itu tidak sampai melalaikan dan melekakan golongan muda-mudi Melayu. Bayangkan satu program yang akan diadakan pada jam 9 malam, pengunjung telah memenuhi lokasi hiburan itu sejak jam 4 petang. Masa mana mereka solat Asar dan Maghrib?

“Selain itu program-program itu juga menggalakkan muda-mudi bercampur tanpa had dan sekatan. Ini melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah muda-mudi Melayu Islam yang rapuh,” katanya semalam.

Katanya lagi, fenomena suka berhibur dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan dan ia adalah salah satu faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau.

“Muda-mudi Melayu tidak kisah dengan perkembangan negara. Apa nak jadi kepada negara ini mereka tak peduli. Mereka tidak tahu pun nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, tapi mereka peduli dengan artis idola mereka.

“Mereka boleh menghafal puluhan lagu-lagu kegemaran mereka, tapi mereka amat sukar untuk mengingati ayat-ayat surah pendek dalam al-Quran untuk solat mereka,” katanya.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List