Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi wilayah barat utara Semenanjung Malaysia, terutama bagi meningkatkan kadar perhubungan penduduk serta melicinkan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.
Projek yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2008 itu, ketika ini sudah 94 peratus disiapkan dan bakal dibuka kepada awam pada September 2013, iaitu dua bulan lebih awal daripada jadual asal.
Jambatan sepanjang 24 kilometer itu menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang, dilihat akan membawa faedah kepada Kedah, Perlis dan utara Perak.
Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, jambatan itu bukan sekadar projek infrastruktur semata-mata, malah merupakan nadi kepada perkembangan ekonomi dan sosial negara.
Menurutnya, jambatan baharu itu dijangka mengalihkan 25 peratus kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada yang digunakan hampir 100,000 kenderaan sehari.
"Pada masa yang sama, jambatan ini bakal menghubungkan kawasan perindustrian di sekitar Batu Kawan dan perkampungan nelayan di Batu Maung.
"Dengan adanya jambatan ini, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan dan menjimatkan perjalanan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.
Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank.
Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.
Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi.
Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher.
Jelas Sulaiman, tahun lalu, ketika jambatan baharu itu sedang dalam pembinaan, sebahagian tempat pantai barat Semenanjung Malaysia telah merasai gegeran gempa bumi yang bermula di Banda Aceh, Indonesia dengan bacaan direkodkan 8.7 pada skala Richter.
"Ia sedikit sebanyak telah menguji keupayaan jambatan itu. Disebabkan soal keselamatan juga, pembinaan jambatan itu membabitkan pelaksanaan yang telus dalam aspek pemberian kontrak, diselia oleh kumpulan bebas dari dalam dan luar negara," ujarnya.
Penyeliaan itu turut mengambil kira kepentingan penjagaan alam sekitar, penjimatan penggunaan tenaga serta kesan kepada pendapatan penduduk tempatan khususnya kumpulan nelayan.
Kata Sulaiman, walaupun kuota bumiputera 30 peratus turut diperuntukkan di dalam projek tersebut, namun pemilihan kontraktor dibuat secara telus dan dimenangi oleh pihak yang benar-benar mempunyai keupayaan sesuatu kerja.
Mengenai soal bayaran tol, Sulaiman berkata, kadarnya yang bakal diletakkan adalah setanding dengan kadar jambatan sedia ada, meskipun jaraknya lebih panjang.
DARI FB :-
Satu lagi project BN "runtuh"
ANTARA KOMEN :-
