HUSAM MUSA DITAHAN POLIS...?

on Jun 22, 2013



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang,” kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

“Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya,” tambahnya.

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. -TMI



Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekarang



Ulasan GB

Penahanan Husam adalah “Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan"!

Mengapa Husam tak ditahan di Kelantan tetapi menahannya sewaktu beliau di Kuala Lumpur?

Kedua, motif penahanannya diragui. Jika perkataan Husam seperti yang tersiar di Harakahdaily itu menjadi penyebab kepada penahanannya, maka jelas pihak yang menahannya tidak tahu dan tidak faham perkataan "INSYA ALLAH".

Husam "tidak berfatwa", tetapi Husam menyatakan pendapatnya, maka itu ada perkataan "INSYA ALLAH" dilafazkan.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allahia adalah syahid fi sabillah,"

Apabila beliau mengeluarkan pendapat, bermakna ia bukan hasutan dan tidak boleh lansung didakwa dibawah Akta Hasutan.



Photobucket

Susah nak cari, yang dapat selalu, adalah sebaliknya...

on Jun 21, 2013





Photobucket

Mahathir berbohong untuk api-apikan, laga-lagakan kaum di Malaysia...!

on Jun 20, 2013





Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim mungkin merasakan beliau telah berbudi terhadap kaum Cina di Malaysia apabila beliau menasihatkan mereka untuk menjauhkan diri daripada “perkauman ekstrem” yang dibawa oleh DAP agar “Malaysia pada suatu hari nanti boleh mendapat seorang Perdana Menteri daripada kaum Cina.”

Dalam kenyataannya itu Shahidan membuat dua kesilapan besar, pertama apabila beliau mendakwa DAP telah “menyemai” semangat “perkauman ekstrem” di kalangan masyarakat Cina dan, kedua, apabila beliau membangkitkan soal Perdana Menteri dari kalangan orang Cina sedangkan perkara ini sama sekali tidak pernah termasuk dalam pertimbangan politik orang Cina di Malaysia.


Sebagai satu penegasan dan penjelasan untuk Shahidan Kassim, persoalan Perdana Menteri dari kalangan Cina tidak pernah menjadi satu persoalan penting. Sebaliknya, persoalan yang penting adalah sama ada Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah atau status sosio-ekonomi.

Selain itu, DAP tidak pernah mendoktrin atau menyemai “perkauman ekstrem” di kalangan masyarakat Cina. Sejak penubuhan parti ini 46 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1966, kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk membentuk jatidiri dan kesedaran bangsa Malaysia, merentasi perbezaan perkauman, kesukuan, kebudayaan dan kedaerahan – justeru inilah sepanjang 46 tahun sejarahnya, DAP tidak pernah walaupun sekali mengajak kepada perpaduan Cina, perpaduan Melayu, perpaduan India, perpaduan Kadazan, atau perpaduan Dayak, sebaliknya parti ini menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau daerah, ke arah Impian Malaysia, bukan Impian Cina, Impian Melayu, Impian India, Impian Kadazan atau Impian Dayak.

sambung baca  KAT SINI

baca lagi kat sini  MAHATHIR MASIH FIKIR AHLI UMNO BODOH BODOH BELAKA

Photobucket

‘BLACK 505 ‘ BUKAN UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN...!

on



Belum pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia dimana perhimpunan rakyat yang diadakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Belum pernah ada lagi. Dan pasti tidak akan berlaku. Aku pasti. Hakikat ini aku dasarkan kepada beberapa perhimpuanan yang diadakan oleh rakyat sebelum ini. Samada BLCK 505 ataupun perhimpunan-perhimpunan lain yang pernah diadakan samada di ibu negara Kuala Lumpur ataupun di tempat-tempat lain.

Sejarah ‘tunjuk perasaan’ di Malaysia bermula pada zaman Dato’ Onn Jaafar selaku pemimpin ulung orang Melayu menentang pelaksaaan Malayan Union oleh British. Orang Melayu menentang British pada ketiak itu kerana tidak puas hati dengan beberapa tindakan Brtish apabila melaksanakan Malayan Union. Dan yang paling orang Melayu marah ialah apabila kuasa Sultan dikurangkan. Bagi orang Melayu perbuatan British sedemikian amat menghina Sultan. Orang Melayu ‘berang’..

Tunjuk perasaan dengan mengadakan perhimpunan sudah merupakan satu ‘trend’ di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi. Di Amerika Syarikat atau di negara-negara maju lain, tunjuk perasaan adalah merupakan perkara biasa kerana sememangnya salah satu syarat subur tidaknya pelaksanaan demiokrasi disesebuah negara itu. Kini di Turki dan di Brazil telah berlaku tunjuk perasaan terhadap sessuatu tindakan kerajaan yang memerintah. Bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi sekadar ‘mengingatkan’ dan ‘menyedarkan’ kerajaan yang memerintah apakah yang  sepatutnya dilakukan.

Black 505 dilancarkan oleh anak-anak muda di negara ini kerana mereka merasakan perjalanan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu tidak berapa betul. Ada bukti-bukti yang telah ditunjukkan bahawa SPR menyeleweng dalam melaksanakan tugas mereka. Sudah ada bukti. Samada bukti yang dikemukakan itu betul atau pun tidak terpulanglah kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Tetapi ‘sekirangya tidak ada angin, takkanlah pokok bergoyang…’ . Para pelaku ‘Black 505’ yakin bahawa pasti ada ‘angin’ yang menyebabkan pokok bergoyang’.

Bagi aku jangan dipersalahkan anak muda yang tuurun ke jalan raya menentang penyelewengan itu. Aku berkata begitu kerana sudah banyak sekali teguran yang dibuat terhadap pihak SPR agar mebetulkan kesilapan itu, namun pihak SPR masih ‘mempertahankan dan menegakkan benang basahnya’. Bukan tidak ada tindakan yang ‘lemah-lembut dikemukakan’ melalui rundingan, namun pihak SPR masih mengatakan bahawa mereka diatas landasan yang benar. Pihak anak muda pula meresakan bahawa mereka juga di pihak yang benar. Jadi ke jalan rayalah akhirnya.

Perhimpunan Black 505 diadakan adalah bertujuan untuk membertahu pihak tertentu bahawa rakyat  amat serious dalam tuntutan mereka ini. Sudah berapa kali perhimpunan diadakan di seluruh negara ini dan diperhatikan bahawa  rakayat memang merasakan bahawa mereka ditas landasan yang benar.

Tidak mudah membawa rakyat ke suatu tempat perhimpunan Black 505, sekiranya ada sesuatu yang melonjak dan mendorong mereka untuk pergi ke tempat berkenaan yang kadang-kadang terpaksa berada dalam keadaan hujan ribut. Pihak tertentu harus memandang hal ini secara serious. Rakyat sanggup berjalan berbatu-batu untuk sampai ke tempat-tempat perhimpunan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan. Mereka sanggup meninggalkan kereta berbatu-batu jauhnya dari tempat ceramah dan menanngung berbagai risiko yang mungkin terjadi kepada kenderaan yang ditinggalkan. Mereka tidak peduli akan bahaya-bahaya berkenaan semata-mata untuk menyatakan yang mereka tidak puas hati dengan perjalanan PRU13 yang dikatakan dinodai oleh SPR.

Ada piha yang menuduh kumpulan Black 505 sebagai ‘kaki gaduh’ yang tidak puas hati dengan keputusan PRU 13. Bukan. Bukan begitu. Sudah berapa PRU diadakan di Malasyia. Semenjak kemerdekaan. Mengapa tidak ada bantahan. Rakyat sedar bahwa mereka bukanlah ‘ kaki gaduh’ sebagaimana yang dituduh oleh setetngah pihak. Dalam PRU yang lepas sudah kedengaran cerita-cerita penyelewengan dan penipuan-penipuan seperti yang berlaku sekarang. Naum semuanya tidak dihebuhkan. Sebab mungkin rakyat Malaysia faham tentang menjaga maruah negara. Sekiranya dihebuhkan maka imej negara di mata dunia akan tercalar.

Kini mungkin kesabaran sedemikian sudah sampai ke kemuncaknya. Mungkin ada antara peserta ‘Black 505’ itu mengalami sendiri dan melihat dengan ‘mata kepala’ penipuan yang telah berlaku. Mungkin ada di antaranya yang melihat sendiri bagaimana lampu terpadam dan berlaku sesuatu yang di luar dugaan. Mungkin mereka sendiri melihat ada ‘abang-abang Bangla’ yang sama-sama beratur utuk pergi ke tempat mengundi dan dapat melihat sendiri bagaimana ‘kerjasama’ yang telah diberikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyenangkan pihak-pihak berkenaan membuang undi. Mungkin……

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bersyukur kerana masih ada anak muda kita yang perihatin dan sedar akan tanggungjawab mereka untuk menyelematkan negara ( sekiranya apa yang berlaku kini akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang). Aku bersyukur kerana disamping ada di antara anak muda yang masih mementingkan diri sendiri dan kesejahteraan hidup, masih ramai juga anak muda Malaysia yang sanggup menghadapi apa juga cabaran yang berada di hadapan.

Keadaan ini lebih kurang serupa juga dengan keadaan dan suasana apabila Dato Onn menghadapi penjajah British menentang Malayan Union. Walaupun ramai orang Melayu yang boleh digertak dan diperkotak-katikan tetapi masih ada anak muda pada ketika itu yang berani menentang British. Berani menganjurkan perhimpunan, menulis surat dan menyuarakan pandangan mereka. Orang Melayu tentulah tidak lupa akan jasa dan sumbangan tokoh-tokoh pejuang seperti Dr. Burhanudddin El Hilmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan tokoh-tokoh lain yang sanggup ‘mengabdikan’ diri untuk kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu pada ketika itu.

Sehingga kini jasa dan sumbangan mereka masih dikenang oleh rakyat. Dato Onn Jaafar tentunya tidak mempastikan nasib dirinya ketika beliau memimpin demonstrasi menentang British. Disebabkan perjuangannya jujur dan ikhlas semata-mata untuk menyelamatkan bangsa dan negara maka penjajah British sanggup memansuhkan Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan anak muda yang terlibat dalam Black 505 itu adalah lebih kurang sama juga dengan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu – menentang penyelewengan. Jelas perjuangan mereka bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi untuk membetulkan segala penyelewengan dan membetulkan apa yang dirasakan tidak betul.

Semoga perhimpunan berjalan dengan aman dan berjaya mencapai matlamat.-Abuhassanadam


Photobucket

ANWAR :- Tidak Ada Keperluan Bertemu Perdana Menteri Secara Rahsia...!

on



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan bahawa beliau tidak bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia sebagaimana dilapor sebuah portal berita baru-baru ini.

Katanya, tidak ada keperluan baginya untuk bertemu Perdana Menteri secara rahsia, sebaliknya kunjungannya ke negara jiran itu adalah atas jemputan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
"Saya bertemu Presiden Susilo selama hampir satu setengah jam. Sudah tentu saya gembira bertemu dengan beliau dan berterima kasih kepadanya atas pengiktirafan (jemputan) itu," katanya, semalam.

Anwar berkata, beliau boleh bertemu Najib secara terbuka di Parlimen dan tidak ada keperluan bagi mereka untuk bertemu secara rahsia sama ada di Jakarta atau di London.

"Kami juga boleh bertemu di pejabat Perdana Menteri," katanya mengulas laporan portal itu yang antara lain menyebut, pertemuan mereka mungkin berlaku untuk bantu Najib mengelak usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat selepas BN mencatatkan keputusan kurang meyakinkan pada PRU13. Ini juga dikaitkan kemungkinan Presiden Umno itu dicabar pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Indonesia, menafikan laporan mengenai pertemuan itu. Najib ke Jakarta pada masa Anwar pula di Bali.

Ditanya mengenai kecaman sesetengah pihak terhadap tindakannya mengadu kepada Susilo mengenai keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang dan didakwanya sebagai berunsur penipuan, Anwar berkata, bukanlah satu jenayah baginya untuk bertemu pemimpin dari negara lain.

"Beliau (Susilo) pula wakili negara demokratik," katanya.

Pada sidang media sama, Anwar mengecam polisi ekonomi negara dengan menyelar penubuhan Jawatan Kuasa Dasar Fiskal yang diumum Najib kelmarin, sebagai usaha untuk menekan rakyat.
 ~sinar harian




Photobucket

Betulkah Adun PKR neh di fitnah..?

on



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.

"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI

"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.

"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.

Salah seorang daripada lima panel RCI, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu bagaimanapun berkata, tuduhan itu tidak benar kerana beliau mengenali keluarga Christina secara peribadi.

"Saya kenal keluarga Christina Liew, dia lahir di Tawau, dia memang rakyat Sabah, ibu bapanya lahir di Hong Kong.

"Semasa saya pegang jawatan OCPD Tawau, dia lahir di hospital Tawau," kata Henry.

Inkuiri berkenaan diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Zaki bagaimanapun berkata perkara itu menjadi buah mulut masyarakat Tawau.

"Tetapi kita tidak tahu jika surat lahir itu benar atau palsu," kata Zaki, yang juga bekas anggota pasukan keselamatan.

Christina yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR telah menewaskan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai di kerusi DUN Api-Api dalam Pilihan Raya 2013, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Kinabalu yang dimenangi Jimmy Wong dari DAP.

Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya. 


Photobucket

Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib Menerusi Tengku Razaleigh...!

on Jun 19, 2013



Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.

Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.

Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari. Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati. 


sambung baca seterusnya  KAT SINI


Photobucket

Pengkhianat Negara: RCI diberitahu, pendatang India jadi anggota Rela, terima BR1M

on



Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalanpada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil.


"Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

http://shalehudin.blogspot.com


Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI


Photobucket

Meroyan, Menyesal dan Nyanyok.... Dah mulai nak main kacau taik sendiri....!

on



Akibat terlalu lama berkuasa,, secara kuku besi sehingga di gelar mahafiraun dan berbagai gelaran lagi...Kini dia dah mula nak sampai main kacau taik sendiri.....

Siapa yang menyuruh rakyat Malaysia menggunakan teknoloji ICT,,, akhirnya menyesal,,, dah mula makan diri...Klik Sini

Risau dengan kecanggihan teknoloji ICT,, dah minta sejarah Malaysia di tulis semula,,,,apa taknya,, sejarah terdahulu tak menguntungkan umno,,,, lantak pi lah,, tapi teringat ada suatu ketika,, ia pernah minta terjemahan Al-Quran pun ditulis semula, sesuai dengan kehendak dia...

Siapa yang duk arahkan buat sekolah wawasan,, sekolah tiga bangsa dalam satu lokasi sebelum ini,,, hari ini dah gaduh pulak perlu sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.  

Siapa yang duk menyusahkan guru-guru dengan isu PPSMI,,, suruh belajar mathematic dan Sain dalam bahasa inggeris,,, hari ini cadang sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.  

Boleh baca cerita sepenuhnya Klik sini

Selagi ko orang Umno,, tolak Islam,, maka ingatlah... selagi itulah tidak akan ada jalan penyelesaiannya... 


manjongmari

Photobucket

PETROL DI INDONESIA NIAK TAPI MASIH MURAH DARI MALAYSIA...!

on




Kebiasaanya apabila rakyat bersungut akan kenaikan harga petrol, maka akhbar-akhbar pro BN/UMNO akan mula menyiarkan perbandingan harga petrol di antara negara-negara jiran..

Media perdana akan memainkan peranan mereka bagi menunjukkan betapa murahnya minyak di negara ini berbanding negara jiran..
seolah-olah mereka mahu kita sujud syukur sampai lebam dahi setiap kali BN menaikkan harga petrol..
Antara paparan yang selalu keluar adalah seperti ini..


Utusan selalu berusaha memaparkan harga petrol di negara jiran adalah mahal,mengambil contoh perbandingan harga dengan negara Indonesia,
Utusan memaparkan harga petrol di negara berkenaan adalah mahal,iaitu RM3.18 seliter..

yer..RM3.18 seliter digunakan sebagai hebahan berita perbandingan harga petrol bagi menunjukkan betapa mahalnya harga petrol di Indonesia dan betapa murahnya petrol di Malaysia..

Tapi yang menghairankan adalah..
Kosmo hari ini memaparkan berita mengenai kenaikan harga petrol di Indonesia..
dalam berita berkenaan,Kosmo menyatakan bahawa harga petrol di Indonesia kini adalah pada harga RM1.40 seliter.
jauh lebih murah dari RON95 di negara ini.. 


Bukan setakat Kosmo sahaja..
Utusan pun sebelum ini ada menyiarkan harga petrol di Indonesia ketika melaporkan berita mengenai kenaikan harga petrol di negara berkenaan..

Walaupun harga petrol di Indonesia yang dilaporkan oleh Utusan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Kosmo,kedua-dua harga yang dinyatakan masih lagi jauh lebih murah dari RON95 yang dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia..

Kosmo melaporkan harga perol di Indonesia adalah RM1.40 seliter (ikut tukaran RM) 
Utusan pula melaporkan RM1.42 seliter (juga setelah ikut tukaran RM)
apa pun kedua-dua harga berkenaan masih lagi murah dari petrol yang digunakan oleh rakyat Malaysia..

Berikut adalah petikan berita Utusan yang mengatakan harga petrol di Indonesia adalah pada kadar RM1.42 seliter.. 


Mungkin juga kerajaan hanya mengambil kadar harga minyak yang paling mahal di setiap negara yang dibuat perbandingan bagi mencapai objektif mereka untuk mengelirukan rakyat konon-kononnya harga petrol di negara ini adalah yang kedua termurah di Asia..

Seperti contoh di negara ini ada dua versi - RON97 dan juga RON95..
RON 97 kebiasaannya digunakan oleh mereka yang memiliki kereta mewah yang sudah tentunya mereka juga berada dalam golongan "mewah dan berada"...

Manakala rakyat Malaysia secara majoritinya menggunakan RON95,minyak yang sesuai untuk digunakan oleh kereta biasa dan juga oleh rakyat biasa.. 

Jadi, jika kerajaan mahu membandingkan harga petrol di antara dua negara,kerajaan sepatutnya mengambil harga petrol yang menjadi kegunaan utama di kedua-dua negara...

Dan dari sini dapatlah kita lihat bahawa Indonesia sebelum ini memberikan harga petrol yang rendah bagi kegunaan rakyatnya...

P/S : 
harga petrol Indonesia yang paling murah = RM1.40 seliter
harga petrol Malaysia  yang paling murah = RM1.90 seliter
Di Indonesia tak ada UMNO tau...



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List