Azmin Ali: Dari anak angkat ke musuh Dr Mahathir...!

on Dec 1, 2013




Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota..... SETERUSNYA

Photobucket

NOSTALGIA.......Al fatihah syuhada Memali

on Nov 30, 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA...... USTAZ KAZIM BUKAN AHLI UMNO...!

on



Yang inipun fitnah jugak ghopernyer...

Ini bukan Ustaz Kazim. Ini entah siapa-siapa menyamar sebagai Ustaz Kazim.

Kesian...Mamat ni asyik kena fitnah jer... Katanyalah.

Najib ni gila agaknya lantik orang yang bukan ahli UMNO jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Jika terlepas N3 Yong terdahulu yang orang kata spekulasi sebab Ustaz Kazim mengaku dia tak pernah jadi ahli UMNO, boleh baca di sini.

Siapa buat spekulasi?

Photobucket

“HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”

on





1.     Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (BERNAMA, 26 November 2013), bahawa penyahsenaraian BERNAS adalah bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula, dan pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan 5% kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu diperjelaskan.

2.     Perlu diingatkan, Dato’ Ismail juga sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa langkah pembelian gula mentah melalui long term contract pada Januari 2012 untuk tempoh tiga tahun pada harga USD 0.26/lb adalah “satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan” di mana selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil ‘kebijaksanaan’ pihaknya, kerajaan kemudiannya menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014.

3.     Adakah penstrukturan semula ini sekadar bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?
 
4.     Kerajaan sebagai pemegang  ‘golden share’ di dalam BERNAS perlu memastikan bahawa program penstrukturan semula BERNAS ini dilaksanakan dengan betul kerana ini adalah industri strategik negara yang bakal merugikan rakyat sekiranya tidak diperhalusi sebaiknya. Setakat ini masih belum ada suatu jaminan tegas daripada pihak kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.

5.     Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5%, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini (yang dianggarkan bernilai RM 50 juta) tanpa penambahan bebanan kewangan? Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini.

6.     Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.

7.     Walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang sedikit tinggi ketika penyenaraian semula nanti, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat habuan yang lebih besar hasil penstrukturan semula ini.

8.     Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan. Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. “Harapkan pagar, pagar makan padi

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat




Photobucket

Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO

on




18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)


29 November 2013




P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 

Hahahaha Kazim oh Kazim!!!

Patutlah...


Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 


Sokong UMNO pula?



Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.


Photobucket

Gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!

on Nov 29, 2013






Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

 Adakah kerana Taib bukan orang PR?



Photobucket

LELAKI TERTUA DI DUNIA...?

on



TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

sumber

Photobucket

MENTERI KATA TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK TAHUN HADAPAN......TIMBALAN MENTERI KATA KERAJAAN UMNO/BN TIADA HASRAT NAIKKAN TARIF ELEKTRIK ....!

on





Pada 13hb September 2013 Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kementerian yang menjaga Tenaga Nasional (TNB) Dato' Seri Mahadzir Khalid memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, walaupun harga minyak sudah naik namun kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tidak sekumit pun menyimpan hasrat dan cita-cita serta niat nak menaikkan tarif elektrik.

Sudah pasti berita itu di sambut dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan oleh rakyat.

Tapi semalam menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula berkata mulai tahun 2014 tarif elektrik akan di naikkan sebanyak 20 peratus.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sudah bersimpul berbelit lidah buat flip flop menipu rakyat.

Kalau perkara sejelas ini pun menteri dan pemimpin UMNO/BN sanggup menipu rakyat .. bayangkan perkara yang samar-samar.

omak kau

Photobucket

Kereta rakyat berumur lebih 12 tahun mahu dilupus.... Kereta buruk Kerajaan pula dilelong pada rakyat

on Nov 20, 2013



Baru-baru ini para pemilik kereta atau kenderaan darat yang berumur lebih 12 dinegara agak kecoh dan ada yang berang dengan kenyataan yang mengatakan "Kenderaan Umur Lebih 12 Tahun Tidak Selamat".

Keratan akhbar berkaitan isu

Berbagai pihak nampaknya membantah jika kerajaan melaksanakan peraturan untuk menghadkan usia kenderaan dijalan raya. 

Sokongan macai di FB

Namum terdapat juga dikalangan Macai UMNO yang bersetuju dengan perlaksanaan tersebut. Apapun lantak pegilah dengan pandangan dan permikiran macai-macai UMNO ini sebab dah memang perangai mereka akan sokong menyondol apa saja saranan yang menguntungkan kroni UMNO BN.

Kami sebenarnya baru-baru ni ada ke Cameron Highland saja-saja jalan-jalan untuk tengok kesan kemusnahan kawasan yang ditimpa musibah kerana banjir lumpur baru-baru ini.

Bukan kami nak cerita pasal keadaan kawasan kena banjir lumpur tersebut,tapi nak cerita pasal kereta Land Rover Cameron Highlans.

Ya...Land Rover dan Cameron Highland tidak dapat dipisahkan sebab banyak sangat disana. Tidak dapat dipastikan berapa anggaran Land Rover di Cameron Highlands yang majoritinya berusia lebih dari 12 tahun.

Semua  Land Rover ni dijadikan kenderaan utama pengusaha ladang-ladang sayur di Cameron Highland,kereta ni dibeli melalui pembelian secara lelong yang telah dilupuskan perkhidmatannya dari pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dari agensi-agensi kerajaan dengan harga antara RM5,000 ke RM7,000 bergantung kepada kondisi kenderaan itu yang kebanyakaan telah rosak di bahagian enjin dan kotak gear.

Makna nya kereta yang dah buruk,dah barai,dah tua dan yang tak selamat dilelong oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat...

Pelik tak..?? Hahaha... kereta buruk boleh dilelong untuk rakyat guna dijalan raya...Sebab cerita yang kami tahu ialah kenderaan pacuan empat roda dengan kapasiti 2500cc cukai jalan yang dikenakan adalah sekitar RM900 dan dengan keistimewan ini mereka hanya perlu membayar RM90 setahun sahaja.

Agaknya bagaimana kalau undang-undang had umur kenderaan dilaksanakan terhadap rakyat..? Adakah semua Land Rover buruk kat atas Cameron Highland akan kena lupus juga dan ditukar dengan yang baru-baru belaka..??? Hahaha....

Macai UMNO pun tak boleh jawap rasanya soalan ni...hahaha....

Kenderaan buruk kerajaan yang dilelong kepada rakyat...Selamat ke semua ni..???

Bukti: Keratan akhbar mengenai kerajaan lelong kereta buruk kepada rakyat

sumber

Photobucket

Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu

on Nov 12, 2013



Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.






Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.
Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.
Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.
"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.
"Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden.
"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".
Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.
Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.
"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.
"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata  Zulkiflee.
Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.
Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.
Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.
"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.
Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.
Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List