Rakyat derita terpaksa harungi air banjir ketika Perhimpunan Agong UMNO berlangsung

on Dec 5, 2013



KUANTAN, 5 Dis - Sususlan banjir besar yang melanda daerah ini sekarang, ramai mangsa yang ditemui kecewa kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) tidak mengarahkan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang dibatalkan atau ditunda ke satu tarik lain. Bagi mereka, amat tidak adi pemimpin UMNO bersenang lenang tidur di hotel mewah dengan makanan yang lazat-lazat sedangkan ramai mangsa-mangsa banjir lapar kebuluran. "Bukankan PM adalah orang Pahang... kenapa beliau tidak mahu merasai keperitan yang rakyat lalui. Mereka berhimpun, bersorak dan kemudian makan sedap-sedap.. sedangkan kami di Kuantan menderita sekarang ini.. Sudahlah bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba.. ", kata seorang kakitangan kerajaan yang menjadi mangsa di Cenderawasih semalam. "Saya hairan, mereka ini (pemimpin UMNO) terutamanya dari Pahang boleh pergi berhimpun dengan senang lenang dikala rakyat seluruh negeri berhadapan dengan musibah banjir yang melanda... Inikah dia pemimpin rakyat yang mahu kita agung-agungkan sangat.. mana pergi mereka dikala kami kesusahan.. mujurlah ada wakil rakyat PAS yang prihatin menghantar bekalan manakan kepada kami.. jika tidak kami pasti mati kelaparan dibuatnya", kata seorang penyokong kuat UMNO dari Sg.Isap yang merujuk kepada ADUN PAS Tanjung Lumpur (YB Ustaz Rosli Abdul Jabar). Sebenarnya, ramai lagi yang kecewa dengan senario yang berlaku. Mereka hairan, ada pemimpin yang rela tidur di bantal empuk tatkala rakyat menderita. Apapun, memang ada pemimpin UMNO bawahan yang menarik diri dari himpunan tersebut bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing. 


Rakyat terpaksa naik lori untuk menyelamatkan diri dari banjir

"Mana mungkin pemimpin besar UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan negeri mahu menarik diri dari PAU 2013, sedangkan disitulah peluang untuk mereka tunjuk muka kepada pemimpin... sebab itu jalan terbaik ialah Datuk Najib tangguhkan dulu PAU... jika sebelum ini mereka boleh tangguhkan himpunan terbabit menjelang pilihanraya.. kenapa tidak sekarang.. kami adalah rakyat yang mengundi BN pada pilihanraya umum ke-12 lau... fahamilah masalah dan penderitaan kami", kata orang kuat UMNO dari Cenderawasih. 


Rakyat derita terpaksa harungi air banjir ketika PAU berlangsung
Rakyat harapkan bantuan yang berterusan ketika ditimpa musibah 

Ternyata, rata-rata terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku. Seolah-olah mereka itu semua tidak peka dan cakna dengan masalah rakyat. Jangan nanti bila rakyat menolak UMNO BN maka dituduh mereka terpengaruh dengan hasutan pembangkang, sedangkan mereka membalas dendam atas perbuatan pemimpin atasa yang tidak belas simpati dengan nasib mereka itu.  "Ada pula pemimpin yang datang sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata, malah ada yang tidak turun langsung dari kenderaan kerana takut kasut dan pakaian mereka terkena air banjir... Ini amatlah mendukacitakan.. mereka datang.. ambil gambar kemudian masuk facebook, masuk blog.. keluar dalam internet seolah-olah mereka prihatin dengan rakyat.. Kami mahu makanan dan lain-lain kemudahan.. bukan mahu tengok muka YB saja...", kata seorang pesara kerajaan yang merujuk kepada wakil rakyat KeADILan. Inilah senario yang berlaku kepada pemimpin dikala rakyat memerlukan. Oleh itu, berhati-hatiah jangan sampai rakyat tolak pemimpin yang sebegini pada pilihanraya umum akan datang.

[Sewajarnya semua pihak fokus kepada musibah yang menimpak rakyat ketika ini. Jika terpaksa mereka boleh batalkan kehadiran dalam mana-mana program besar peringkat pusat tidak kira siapa sahaja yang datang. Rakyat mestilah didahulukan. Pemimpin sanggup turun padang, masuk air ketika menagih dan merayu undi setiap kali musim pilihanraya aenghnya ketika rakyat memerlukan mereka sekarang masing-masing sibuk dengan urusan harian tanpa memperdulikan nasib rakyat. Sepatutnya Perdana Menteri yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur, boleh menangguhkan dulu perhimpunan itu demi memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Johor untuk memberi keutamaan kepada rakyat di kawasan mereka. Kasihan melihat rakyat yang terpaksa menanggung derita, sedangkan semua pemimpin sudah pasti menginap di hotel-hotel mewah bersama perwakilan yang lain disamping makanan yang enak-enak. Apakah ini namanya pemimpin?. Oleh itu, rakyat diminta menilai segala yang berlaku ini dan ambilkan ikhtibar agar semua pihak dapat memilih pemimpin yang benar-benar prihatin dengan nasib mereka tidak mengira musim pilihanraya atau sebaliknya. Hidup rakyat! Jangan persiakan masa depan  anda !!].

Pahang Daily Online

Photobucket

CATATAN PILU, YANG AMAT MENYAYAT HATI DARI HATI SEORANG AHLI UMNO.

on




Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat. 

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun 

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu. 

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin
banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu  saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong. 

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

DARI SINI

Photobucket

Azmin Ali: Dari anak angkat ke musuh Dr Mahathir...!

on Dec 1, 2013




Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota..... SETERUSNYA

Photobucket

NOSTALGIA.......Al fatihah syuhada Memali

on Nov 30, 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA...... USTAZ KAZIM BUKAN AHLI UMNO...!

on



Yang inipun fitnah jugak ghopernyer...

Ini bukan Ustaz Kazim. Ini entah siapa-siapa menyamar sebagai Ustaz Kazim.

Kesian...Mamat ni asyik kena fitnah jer... Katanyalah.

Najib ni gila agaknya lantik orang yang bukan ahli UMNO jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Jika terlepas N3 Yong terdahulu yang orang kata spekulasi sebab Ustaz Kazim mengaku dia tak pernah jadi ahli UMNO, boleh baca di sini.

Siapa buat spekulasi?

Photobucket

“HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”

on





1.     Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (BERNAMA, 26 November 2013), bahawa penyahsenaraian BERNAS adalah bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula, dan pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan 5% kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu diperjelaskan.

2.     Perlu diingatkan, Dato’ Ismail juga sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa langkah pembelian gula mentah melalui long term contract pada Januari 2012 untuk tempoh tiga tahun pada harga USD 0.26/lb adalah “satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan” di mana selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil ‘kebijaksanaan’ pihaknya, kerajaan kemudiannya menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014.

3.     Adakah penstrukturan semula ini sekadar bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?
 
4.     Kerajaan sebagai pemegang  ‘golden share’ di dalam BERNAS perlu memastikan bahawa program penstrukturan semula BERNAS ini dilaksanakan dengan betul kerana ini adalah industri strategik negara yang bakal merugikan rakyat sekiranya tidak diperhalusi sebaiknya. Setakat ini masih belum ada suatu jaminan tegas daripada pihak kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.

5.     Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5%, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini (yang dianggarkan bernilai RM 50 juta) tanpa penambahan bebanan kewangan? Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini.

6.     Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.

7.     Walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang sedikit tinggi ketika penyenaraian semula nanti, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat habuan yang lebih besar hasil penstrukturan semula ini.

8.     Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan. Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. “Harapkan pagar, pagar makan padi

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat




Photobucket

Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO

on




18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)


29 November 2013




P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 

Hahahaha Kazim oh Kazim!!!

Patutlah...


Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 


Sokong UMNO pula?



Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.


Photobucket

Gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!

on Nov 29, 2013






Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

 Adakah kerana Taib bukan orang PR?



Photobucket

LELAKI TERTUA DI DUNIA...?

on



TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

sumber

Photobucket

MENTERI KATA TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK TAHUN HADAPAN......TIMBALAN MENTERI KATA KERAJAAN UMNO/BN TIADA HASRAT NAIKKAN TARIF ELEKTRIK ....!

on





Pada 13hb September 2013 Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kementerian yang menjaga Tenaga Nasional (TNB) Dato' Seri Mahadzir Khalid memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, walaupun harga minyak sudah naik namun kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tidak sekumit pun menyimpan hasrat dan cita-cita serta niat nak menaikkan tarif elektrik.

Sudah pasti berita itu di sambut dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan oleh rakyat.

Tapi semalam menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula berkata mulai tahun 2014 tarif elektrik akan di naikkan sebanyak 20 peratus.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sudah bersimpul berbelit lidah buat flip flop menipu rakyat.

Kalau perkara sejelas ini pun menteri dan pemimpin UMNO/BN sanggup menipu rakyat .. bayangkan perkara yang samar-samar.

omak kau

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List