Pesawat airasia hilang telah di temui

on Dec 30, 2014



Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang Ahad lalu.
 
Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia  terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
 
Pihak berkuasa Indonesia sedang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).


jasad terapung dengan jaket keselamatan di lihat
jasad terapung dengan jaket keselamatan di lihat
di percayai dari serpihan pesawat
di percayai dari serpihan pesawat
Beberapa laporan media Indonesia mengatakan bahawa Jakarta telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui.
Satu serpihan selebar kira-kira dua meter dengan sebahagiannya berwarna merah dan kuning, serta merah dan hitam dikesan di perairan Belinyu, Bangka berhampiran kawasan pencarian.
Helikopter kini sedang menuju ke lokasi serpihan itu dilihat, lapor detik.com dan kompas.com.
Updated :
  • 6 mayat yang terapung  sudah di ambil dari kawasan nahas di bawa keatas kapal tentera laut, KRI Bung Tomo
  • Selain mayat, serpihan dan koper warna biru juga sudah dibawa di atas KRI Bung Tomo
  • Presiden Joko Widodo bertolak ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah,
  • Belasan Keluarga Korban Penumpang AirAsia Pengsan
  • 8 Mayat dilihat dari Hercules, 4 di Antaranya Bergandingan Tangan
  • Hercules TNI  Temukan Kargo AirAsia QZ8501, 65%-nya Masih Utuh
debris di jumpai
debris di jumpai
airasia6
Berikut kronologi penemuan serpihan dipercayai pesawat AirAsia QZ 8501 di Pangkalan Bun:
1. Pada pukul 08.00 WIB, pesawat C-295 TNI Angkatan Udara A2906 menemukan benda berwarna putih.
2. Sekitar pukul 11.30 WIB, pesawat C-130 TNI AU A1319 menemukan potongan logam.
3. Pada pukul 12.40 WIB, pesawat C-130 TNI AU menemukan pintu kecemasan pesawat.
4. Pada pukul 14.10 KRI Bung Tomo dapat mengevakuasi temuan yang dipercayai pintu kecemasan.
Bambang juga mengatakan kedalaman laut lokasi penemuan serpihan tersebut sekitar 25 sampai 30 meter.
“Jadi penyelam masih boleh dimanfaatkan untuk melakukan evakuasi,” kata Bambang.
sempat terlihat dan diambil gambarnya oleh Lettu Erwin.
Airasia hilang




Photobucket

DOKTOR TUNGGU HELIKOPTER TAK KUNJUNG TIBA, RUPANYA BAWA VVIP.

on



am 3.30 pagi
"Dr, kita ada satu kes ibu mengandung ingin melahirkan anak" - kata MA Karim mengejutkan saya daripada deep sleep cycle.
"Berapa contraction dan OS dia Kak Su" tanya saya kepada SN Su yang sudah 3 hari oncall tanpa henti menunggu ibu bersalin.
"Contraction 3:1:15s dan OS 5cm" balasnya. Pesakit sudah lebih jangka daripada tarikh sepatutnya melahirkan anak.
"Ok kita buat partogram di sini. Saya tunggu di bilik sebelah jika ada apa-apa." Balas saya.
Pesakit semakin kuat mengerang.
Jam 6 pagi
Saya bangun untuk solat subuh. Sebelum itu saya menjenguk pesakit untuk mengetahui statusnya. Secara tiba-tiba, mata saya tertumpu pada tompok hijau di atas katil yang basah lencun.
Allah, light meconium stained liquor (bayi berak dalam perut)!
Sepantas kilat, saya mencapai glove dan melakukan vaginal examination(VE) untuk pemeriksaan lanjut. Kepala bayi sudah di bawah, membrane intact dan OS masih 5cm.
Pesakit perlu ke bilik bedah segera kerana bayi juga sudah menunjukkan tanda-tanda fetal distress/lemas. Mimpi ngeri saya bermula. Di kawasan ground zero ini, saya berhadapan kes obstetric emergency.
Saya segera menghubungi bilik bersalin HUSM. MO mendengar masalah saya lalu meminta saya menghantar pesakit dengan segera ke hospital dengan nada seperti kes biasa.
"Dr, I'm in ground zero area and I need an helicopter now!" Saya menjelaskan situasi kritikal saya. Dr O&G itu bagai tergamam mendengarnya lantas segera berlari mendapatkan bantuan. Saya juga menghubungi bilik gerakan dan memaklumkan situasi terkini saya.
Selang beberapa minit, datang sebuah hilux membawa seorang lagi ibu mengandung. Selepas pemeriksaan, saya mempunyai seorang lagi pesakit yang ingin melahirkan anak dalam active phase of labor.
Ibu pertama terus mengerang kesakitan. SN SU melakukan VE dan mendapati OS sudah fully dan pesakit ready untuk bersalin. Kami terpaksa menyambut bayi ini di Hospital Badang juga dengan kelengkapan yang sangat terhad. Mesin suction dihidupkan. Kami memulakan second stage of labor. Apabila kepala bayi keluar, kegelisahan kami bertambah melihat tali pusat melilit leher bayi. Dengan segera, ia dipotong dan bayi itu dikeluarkan bersama najisnya yang turut sama keluar. Selang beberapa saat, bayi itu menangis dan tangisan itu memberi kelegaan kepada kami.
Namun mimpi itu baru memasuki episod awal. Uri di dalam perut ibu pula tersangkut dan terasa tali pusat seperti mahu putus. Kini saya mempunyai masalah baru iaitu retained placenta. Ketika sedang runsing bertanya bagaimana status helikopter saya, tiba-tiba seorang bayi yang mengalami demam panas mendapat sawan betul-betul di depan mata saya. Terus saya membawanya ke atas katil dan melakukan resusitasi. Selepas 30 saat, sawannya kebah tetapi anak itu sangat-sangat kepenatan. Saya segera memaklumkan situasi semasa kepada bilik gerakan banjir. Semua pihak bertungkus lumus mencari helikopter.
Jam antara 7-8 pagi.
Sebuah helikopter tentera mendarat di Kolej Jaiputra. Saya terus disambut Dr Muzammil, pegawai perubatan tentera. 2 bayi dan seorang ibu diterbangkan segera ke HUSM. Sebelum terbang, Dr Muzammil sempat membisik ke telinga di celah kebingitan putaran bilah Helikopter : "Good Luck"
Saya bergegas pulang ke hospital darurat Badang dan mendapati ibu kedua kini memasuki fasa kedua bersalin. Sama juga seperti pesakit pertama, ibu kelihatan sukar untuk memberi momentum bersalin. Saya tidak mempunyai vacuum machine ketika ini. Selepas hanya tinggal 10minit untuk pesakit memasuki fasa prolongef second stage of labor, akhirnya bayi yang ditunggu-tunggu berjaya dilahirkan.
Selepas uri berjaya dikeluarkan kami bersorak gembira hingga saya ternampak sesuatu yang tidak patut muncul. Kelihatan seperti bibir berwarna merah kehitaman dengan koyakan besar muncul di celah-celah genangan darah di bahagian tempat bersalin.
Ya Allah, Cervical Tear(cerviks koyak) pula!
Luka itu sangat besar di bahagian bawah dan terus berdarah dengan lajunya. Saya sendiri berasa pucat lesu melihatnya. Saya belum pernah menjahit cervical tear lebih-lebih lagi tanpa bius dan peralatan secukupnya.
Bersambung....
DAR


Sambungan
Darah mengalir dengan derasnya daripada luka cerviks itu. Dikala wajah saya bertukar kepucatan, tiba-tiba tuhan seolah-olah mendengar rintihan pilu saya. Dr Haza hadir tepat pada masanya.
Beliau terus mengambil posisi dan melakukan pemeriksaan lanjut. Luka episiotomy hanya kecil tetapi luka cerviks itu berukuran 3cm di posterior, satu lokasi yang sukar. Jika di hospital, pasti kes ini akan dibawa ke bilik bedah namun kami tidak punyai masa untuk menunggu satu lagi helikoter.
Syntocin kami yang terakhir telah diberikan kepada pesakit. Pitocin yang ada juga yang terakhir. Memang Allah itu maha pengasih, Dr Haza adalah bekas MO OnG. Lantas beliau memulakan prosedur menjahit tanpa sedatif/bius yang cukup. Saya segera mengemaskini status helikopter saya kerna saya perlukan sebuah lagi untuk ke HUSM.
Dr Haza menggunakan pengalaman beliau di bilik bersalin. Akhirnya pendarahan itu berjaya dihentikan namun episod malang kami masih belum berakhir. Ibu itu kini mendapat uterine atony/rahim tidak mengecut dan seterusnya PPH/tumpah darah.
Saya mengaktifkan kod merah di klinik saya. Semua staff dikerahkan ke klinik dengan kadar segera. Ketika saya keluar daripada bilik bersalin saya, seorang wanita berumur lingkungan 50an didapati terbaring di atas stretcher saya di kecemasan sambi dikelilingi orang ramai. Saya bertanya status pesakit ini kepada MA Shakri
"Hypoglycaemia doc. Dxt 1.4!"
"Oh god another headache!" Bisik hati saya. Lantas saya meminta SN Zu memberi D50 dan mengarahkan MA Shakri untuk take over pt itu kerana saya ada red code case di labour room.
Bantuan tentera dan polis telah tiba. Katanya helikopter telah mendarat di Kolej Jaiputra. Ketika kami bersiap untuk mengangkut pesakit ke atas troli, pesakit mengeluh sesak nafas dan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri. Ibu itu kini dalam Shock State akibat kehilangan darah yang banyak. Tekanan darahnya sangat rendah dan nadinya sangat lemah. Hujung jari jemarinya terasa seperti di kutub utara.
Kami melakukan resusitasi dan terus mengangkut pesakit ke sana. Setibanya di kolej tersebut, kelibat helikopter langsung tidak kelihatan. Aduh kenapa banyaknya ujian pagi ini keluh saya. Terus saya membawa pesakit ke kantin kolej itu. Pesakit semakin lemah. Nyawanya seperti di hujung tanduk seolah-olah malaikat maut sedang berdiri di hujung kepalanya. Pasukan kami tidak berputus asa. Kami meneruskan uterine and nipple massage untuk merangsang pengeluaran hormon oxytocin dan pengecutan rahim. Saya meminta semua staff yang ada untuk mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Juga memohon bantuan orang ramai membina tabir agar aib dan auratnya dijaga ketika proses resusitasi.
Anak yang baru dilahirkan diazankan kemudian diberi susu ibu agar dapat membantu merangsang deria rasa ibunya. Saya bertali arus dihubungi bilik gerakan namun bantuan helikopter masih tidak kunjung tiba. Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati:
"Dr, helikopter itu kami terpaksa hold untuk seorang VVVIP yang ingin melawat kawasan banjir"
Bagai disambar halilintar saya mendengarnya lalu saya menjerit ke telefon saya:
"What!!!!!! I need my helicopter now,now, now! Pt is dying here!!!!"
Lalu meletakkan telefon dengan perasaan yang sangat frust. Frust kerana pihak autoriti gagal meletakkan prioriti antara nyawa dan individu VIP tersebut.
Selepas kami berjaya secure satu lagi IV line di kaki (total 3 large bore branula/jarum) kami meneruskan fluid resuscitation. Total 9 botol air dimasukkan dalam kadar pantas. Selepas 30 min,pesakit mula sedarkan diri. Tekanan darah kembali normal tetapi nadinya masih lemah.
Masalah kami belum berhenti di sini. Masalah baru pula muncul di saat genting ini.
Bersambung.....
DAR


Sambungan
Helikopter yang ditunggu-tunggu masih gagal kelihatan di udara. Bilik gerakan tentera, Bilik bersalin HUSM, FMS dll menghubungi saya dan bertanya keadaan pesakit dan status helikopter saya tetapi saya hanya mampu memberi jawapan hampa.
Ibu muda itu semakin sedarkan diri. Anaknya diteruskan menyusu untuk mendapatkan colostrum yang berharga. Rahimnya telah mengecut dengan baik. IV Dripsnya kami perlahankan. Hanya selepas 5 pints Hartman dan 4 pints Normal Saline, aggresive massage and moral support, Allah memanjangkan nyawanya.
Kemudian kami dimaklumkan bahawa helikopter akan mendarat di SMK Badang kerana mereka gagal memperoleh koordinat lokasi Kolej Jaiputra. Sekali lagi, dengan segala peralatan resusitasi, ibu dibawa trak tentera mengharungi banjir sejauh 500-700m ke SMK Badang. 2 kali kami berpindah kerana masalah pendaratan helikopter. Kami pasrah.
Setibanya di sana, helikopter masih belum muncul jua. Dr Muzammil memberitahu bahawa dia telah mengarahkan helikopter Nuri ke Badang dan meminta saya memindahkan semua pesakit yang masih ada di klinik ke HUSM. Di 'hospital' saya masih mempunyai seorang pesakit dengan diagnosis hypertension urgency and hypoglycaemia dan 3 ibu mengandung yang dalam fasa awal bersalin. Kesemuanya dipindahkan segera ke sekolah tersebut.
Ketika Adrenaline saya hampir surut, seorang remaja perempuan bertemu saya di bawah khemah sementara kami di sekolah:
"Dr, boleh tolong tengok mak saya. Dia tenat."
"Maaf dik, saya dalam emergency, adik boleh bawa mak adik ke klinik badang dahulu. Bila sudah selesai di sini, saya akan tengok ibu adik di klinik" balas saya.
"Tetapi dr, buah dadanya dah nak 'meletup'. Dia ada Breast Cancer" jawab adik tersebut.
OMG, di tengah-tengah kekalutan memindahkan pesakit kritikal saya, masih boleh lagi terselit ujian baru untuk krew saya di kem pemindahan ini. Saya rasa habis sahaja episod malang ni, saya akan merendamkan diri di dalam air bunga selama seminggu membuang badi dan beruzlah membersihkan dosa.
Saya meminta Sister Rusmaini memeriksa pesakit. Selepas beberapa minit, saya menerima panggilan daripadanya.
"Dr, saya rasa kita hantar sekali pesakit ni ke HUSM. Memang dah nak 'meletup' ni dr." Kata sister Rusmaini dalam nada cemas.
Setibanya di khemah kami, kami melakukan pemeriksaan lanjut. Seorang wanita berusia lingkungan 50an dalam keadaan sangat tenat dan terpaksa dipapah kemari. Ternyata buah dadanya sudah mencapai seperti tahap 4 Breast Cancer dan bagaikan buah betik yang dipenuhi nanah dan bersedia untuk pecah. Sangat tenat keadaannya.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan ngauman helikopter di udara. Warnanya biru dan putih. Saya pasti bukan milik tentera. Helikopter itu mendarat di padang sekolah tersebut. Rupa-rupanya ia adalah helikopter milik Maritim Malaysia. Mereka dalam operasi menghantar bantuan makanan dan untuk memindahkan pesakit.
Saya tiada pilihan lain, helikopter Nuri masih belum kunjung tiba. Saya perlu memindahkan dua pesakit kritikal saya dengan kadar segera sebelum terlambat. Hanya 2 pesakit kritikal saya mampu dimuatkan ke dalam helikopter itu. Saya meminta Dr Haza mengiringi mereka kerana keluasannya dan seatnya sangat limited. Saya pula menunggu di ground area untuk terus melaksanakan koordinasi operasi di Badang.
Selepas 20 minit, sekitar jam 1-2 petang. Helikopter itu kembali untuk membawa baki pesakit saya seramai empat orang. Sebelum pulang, saya dan pasukan tentera dijamu dengan lauk ikan singgang, sardin dan nasi di kem pemindahan SMK Badang. Kerna saya tidak makan sejak pagi lagi, berselera saya menjamahnya lebih-lebih lagi bersama Budu. Namun di sudut hati saya, saya masih bertanya bagaimana nasib mangsa banjir lain yang kebuluran berhari-hari. Ya Allah, bantulah kami.
Di sebelah petang, Dr Faisal daripada HUSM dihantar bilik gerakan dengan bot Bomba ke Hospital saya membantu kami. Saya bersyukur kerna sememangnya bateri diri sudah 'kong'. Namun, tidur petang saya tetap terganggu kerna panggilan daripada bilik operasi.
Malamnya aktiviti kami sedikit tenang. Kami berbual dan merefleksi kembali kenangan pagi tadi sambil menunggu pesakit di bilik kecemasan. Ketika kami bersedia untuk berehat panjang bila keadaan semakin membenarkan, tiba-tiba kami menerima panggilan telefom kecemasan.
"Dr, ada 2 ibu kini tengah sakit nak bersalin. Kami otw ke klinik ni".
Menggeletar lutut saya mendengarnya. Tengah malam begini di saat angin sedang bertiup kencang dan awan gelap, bantuan operasi udara pastinya tiada.
"Baiklah, kami menunggu mereka di sini"
Tamat Hari Ke-5 bencana.
Salam Kedinginan Bilik Bersalin
Ikhlas membantu
Dr Afiq Rahim, DAR

Photobucket

21 KORBAN BANJIR DAN 10 MASIH HILANG...!

on




21 korban banjir, 10 masih hilang


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sehingga kini, jumlah angka korban banjir adalah 21 orang.

Manakala sepuluh orang lagi masih hilang di seluruh negara.

Kelantan, menurutnya, mencatatkan angka tertinggi iaitu 14 kematian dan empat masih hilang.

Terengganu mencatat empat kematian dan lima masih belum ditemui.

Di Pahang pula, tiga maut dan seorang masih hilang.

Pautan kekal imej terbenam


Mangsa di K'tan, Pahang terus meningkat



Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang terus meningkat tengah hari ini, manakala di Perak, Terenganu dan Johor menunjukan penurunan.

Di KELANTAN mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 158,476 orang berbanding 142,582 orang pagi tadi. 

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, jumlah tersebut melibatkan 39,328 keluarga yang di tempatkan di 317 pusat pemindahan.

Daerah Kota Baharu masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 43,558 orang di 63 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pasir Mas menempatkan 9,960 mangsa di 35 pusat, Tumpat (26,602 orang di 32 pusat), Tanah Merah (19,440 di 24 pusat), Kuala Krai (23,500 di 103 pusat), Gua Musang (13,327 di 24 pusat), Machang (8,289 di 34 pusat) dan Pasir Putih 192 di dua pusat), katanya.

Di PAHANG keadaan banjir belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatatkan pertambahan mangsa kepada 49,978 orang berbanding 49,369 orang pagi tadi di 261 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa pemindahan paling ramai iaitu 19,875 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah ialah Pekan sebanyak 9,960 mangsa di 39 pusat, Jerantut (6,025 orang di 59 pusat), Maran (4,351 di 32 pusat), Kuantan (3,797 di 17 pusat), Lipis (2,930 di 27 pusat), Bera (2,854 di 19 pusat) dan Rompin 186 di enam pusat).

Di PERAK, keadaan banjir menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kuala Kangsar berkurangan, menjadikan keseluruhan mangsa di negeri ini seramai 7,664 orang berbanding 7,735 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini mangsa banjir di Kuala Kangsar ialah seramai 2,050 orang daripada 539 keluarga di 22 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di kawasan Perak Tengah pula seramai 4,515 orang daripada 1,203 keluarga di 19 pusat.

Di Hulu Perak, sebanyak dua pusat pemindahan baharu dibuka, menjadikan 14 pusat pemindahan dibuka dengan menempatkan 799 mangsa daripada 215 keluarga.

Di Kerian mangsa di dua pusat pemindahan kekal 300 orang daripada 90 keluarga.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 25,775 orang berbanding 30,652 orang pagi tadi.

Ini berikutan lebih ramai mangsa meninggalkan pusat pemindahan setelah keadaan reda.

Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kini terdapat 15,918 manga di Kemaman, Dungun (9,507), Hulu Terengganu (74) dan Kuala Terengganu (276).

Di JOHOR, 153 orang melibatkan 43 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 171 orang pagi tadi di Muar, Batu Pahat, Ayer Hitam, Segamat dan Kluang.


- Bernama


Photobucket

Beza Darurat Keselamatan, Darurat Bencana

on




Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150.

Ia contohnya dalam Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan Persekutuan).

Hasil daripada darurat itu, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Ordinan Darurat 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya dibatal pada tahun 2011.

Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun!

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut perdana menteri, Ordinan Darurat secara automatik dimansuhkan.

Darurat jerebu

Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas. Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.

Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara).

Contoh darurat bencana seperti berikut:

1. Darurat jerebu Sarawak 1997
2. Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara atau API lebih 500)
3. Jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750)

Kesannya pula seperti berikut:

1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan Persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Pada hemat saya, terdapat beberapa alasan pokok melibatkan persepsi umum dan kos.

Dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan.

Semua dalam kawalan?

Ayat-ayat seperti "semua dalam kawalan" merupakan jawapan dan respons yang lazim diberi oleh kerajaan.

Contohnya, isu seperti hutang 1MDB, hutang negara, kebocoran soalan UPSR, dan kini banjir pantai timur, bukankah semua ini dikatakan 'dalam kawalan'?

Tetapi adakah ia benar-benar 'dalam kawalan', terpulang kepada anda untuk menilai.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas.

Sebagai contoh, saham AirAsia menjunam gara-gara misteri QZ8501.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan Persekutuan.

Semasa Najib berada di luar negara, RM50juta peruntukkan telah diluluskan dengan segera. Setibanya di tanah air pula, tambahan RM500juta diluluskan.

Jumlah sekarang sekurang-kurangnya RM550juta.

Ada yang tanya saya, tidakkah ini RM550juta ini cukup untuk mangsa? Tidakkah ia menambah beban kerajaan pusat?

Apa yang kalian perlu tahu adalah ini: Penambahan peruntukkan RM500j uta tersebut bukan kesemuanya secara langsung diagihkan untuk mangsa banjir pantai timur untuk membeli makanan dan minuman.

Dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara, RM500 juta ini diagihkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk 'the aftermath'.

Dalam erti kata lain, ia untuk membaiki jalan raya, jambatan, dan sebagainya. Sebahagian lagi peruntukkan ini juga disalurkan untuk persiapan musim banjir kelak.

Twitter 'separuh masak' PM

Insurans? Pada pendapat saya, kenyataan Twitter perdana menteri bersifat separuh masak dan mengelirukan.

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans.

Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka.

Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'.

Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka.

Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam.

Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi.

ADRIAN LIM CHEE EN merupakan pengasas dan koordinator Mahasiswa Ganyang.

Photobucket

Banjir Kelantan malapetaka besar, Pembukaan tanah berleluasa pembalakan berlebihan – Najib

on



Jpeg

Setelah meninjau banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, PM, Najib Razak menyifatkan malapetaka besar yang membawa banyak kemusnahan.
“Mereka (penduduk) menganggap bencana itu bukan sebagai satu fenomena banjir tetapi ia adalah bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam,” katanya pada sidang media hari ini.
Najib berkata beliau dimaklumkan penduduk beratus rumah musnah dan mereka hilang tempat kediaman.
“Saya lihat begitu banyak kerosakan dan ia amat menyedihkan dan menyayat hati,” katanya, dengan menambah kerajaan akan mengambil beberapa tindakan untuk membantu mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.
Kerajaan akan membuat taksiran secepat mungkin setiap rumah yang musnah dan rosak akibat banjir, katanya.
“Tindakan yang perlu diambil ialah membina rumah sementara supaya dapat didiami oleh mangsa-mangsa banjir yang ketiadaan rumah,” katanya.
Najib berkata kerajaan akan membina kediaman kekal untuk mangsa banjir di Kuala Krai di kawasan yang lebih selamat daripada ancaman banjir.
Kerajaan pusat akan berunding dengan kerajaan negeri Kelantan memandangkan tanah untuk dijadikan kawasan penempatan baharu itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya.
Pembinaan rumah di kawasan tanah rizab sungai tidak boleh dibenarkan kerana ia amat berisiko tinggi apabila dilanda banjir.
Apabila ditanya adakah faktor utama berlaku malapetaka itu disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di dua jajahan itu, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.
“Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya.
Beliau berkata kayu balak yang banyak hanyut dalam sungai membawa kesan iaitu tersangkut di jambatan menyebabkan air tidak dapat mengalir dan melimpah ke kawasan sekitar dan menyebabkan banjir besar.
“Ini semua pengajaran buat kita supaya ambil tindakan menjamin pembangunan yang lestari dan mampan dan peringatan ini Allah SWT mengingatkan kepada kita sebenarnya, jadi kita patut ingat panduan yang diberikan dalam al-Quran, manusia adalah punca, Tuhan tidak menzalimi kita tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri,” katanya.
PM juga memuji tindakan petugas Hospital Kuala Krai ketika sebahagian daripada hospital itu dinaiki air, berjaya menguruskan pesakit dan mangsa banjir yang berlindung di hospital berkenaan dengan baik.
“Apa yang dilakukan oleh jururawat dan doktor di hospital itu adalah di luar kebiasaan, dalam keadaan tertekan, maka khidmat bakti mereka perlu disanjungi,” katanya.
Najib juga memuji usaha menyelamat mangsa yang terperangkap akibat bencana tersebut oleh agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.
Ditanya adakah kos untuk pembinaan rumah dan infrastruktur lain yang rosak termasuk dalam peruntukan RM500 juta kepada mangsa banjir yang diumumkannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan lain bagi tujuan tersebut, lapor Bernama.


Photobucket

Mahathir terus serang Najib..."Saya sudah tegur berkali-kali kepada Najib tetapi beliau kata 'Cash is King'."

on Dec 21, 2014


Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir 



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Disember, 2014.

Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.
"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.
"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.
Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.
"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.
Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib.
Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.
Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu.
"Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.
Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.
"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya.
Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu.
Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.
Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara.
"Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014.

Pemberian BR1M adalah kesalahan



BR1mMantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu kesalahan besar kerana tanpa usaha.
Katanya, walaupun beliau banyak kali menegur kerajaan berhubung pemberian tunai itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab “Cash is King (Wang adalah Raja).”
Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ucap Tama berjudul ”Hala Tuju Melayu Islam Menuju Wawasan 2020” pada Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’ 14), di sini.
Tegasnya, rakyat tidak boleh menerima duit secara percuma tanpa usaha kerana ”seharusnya rakyat berusaha untuk mendapatkan duit.”
“Kerajaan seharusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan melatih rakyat untuk meningkatkan ilmu dan mewujudkan jawatan tinggi agar mereka dapat upah yang tinggi. Bukannya orang yang tidur dapat RM140 dan orang kerja dapat RM133,” sindir Dr Mahathir.

Photobucket

Anwar mampu selamatkan Najib daripada digulingkan Dr Mahathir...!

on





Tidak kelihatan tanda-tanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghentikan serangannya terhadap  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lihat sahaja hulubalang-hulubalang Dr Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Ibrahim Ali, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, semuanya semakin agresif menyerang presiden Umno itu.
Terbaru bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid‎ Abdul Rahman yang menggunakan platform Perkasa menggesa Najib agar berhenti menipu rakyat.
Walaupun serangan daripada Umno ‎masih di tahap "benih", tidak mustahil ia akan berakar dan menyebabkan Najib tersingkir.
Pada masa sama hanya dua tiga kerat pemimpin tertinggi Umno yang berani mempertahankan Najib secara terbuka.
Yang lain semuanya mengambil sikap "tunggu dan lihat."
Keadaan Najib kini sama seperti ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi‎ diserang Dr Mahathir dahulu.
Melihat kepada sejarah Dr Mahathir, beliau tidak akan berhenti selagi objektifnya tidak tercapai.
Dan objektif Dr Mahathir pada ketika ini adalah Najib perlu berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Bantuan Anwar
Sekiranya mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Dr Mahathir akan bertambah marah kepada Najib.
Bagi yang memahami politik antarabangsa, kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini agar Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangan melalui kes Anwar merupakan isyarat jelas ketua umum PKR itu akan dibebaskan.
Apatah lagi pentadbiran Najib mengambil pendirian untuk bernaung di bawah kekuasaan AS.
Jangan kita lupa Presiden Barack Obama sendiri sudah datang Malaysia‎ baru-baru ini. Tidak mungkin Najib akan mengecewakan Obama.
Tulisan Biden di Twitter tentang Akta Hasutan di Malaysia dan kes Anwar tidak akan dilakukan tanpa restu presiden kulit hitam pertama AS itu.
‎Sekiranya Anwar bebas, beliau sudah tentu akan terhutang budi dengan Najib.
Dan Anwar merupakan satu-satunya musuh yang masih gagal "dibunuh" secara politik oleh Dr Mahathir dan mampu bertarung dengan bekas mentornya itu.
Jika Najib berani bekerjasama dengan Anwar, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan benteng terbaiknya daripada serangan Dr Mahathir.
‎Anwar juga pada ketika ini tidak boleh lagi mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‎kenderaan politiknya untuk menawan Putrajaya.
Perbalahan PAS dan DAP hanya menunggu masa sebelum mengulangi sejarah Barisan Alternatif pada 2001.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah mendedahkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha memancing parti Islam itu untuk bekerjasama.
Sebelum Muhyiddin berjaya mendapatkan PAS, lebih baik Najib dan Anwar hidupkan kembali Konsensus Nasional yang tergendala.
Lagipun, oleh kerana musuh utama kepada Najib kini adalah Dr Mahathir, Anwar harus berkawan dengannya. -- 21 Disember, 2014.

Amin Iskandar

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List