ANTARA DUA DARJAT 1

on Aug 3, 2010

Ari ini aku belajar guna chain saw alah org kampong kata mesin potong pokok. Waah mula mula ingat senang, bila dah guna baru tau babas aku di buat nya. Tapi tak apa sekurang kurang nya aku tahu kelemahan aku.Tak tahu ckp tak tahu kan senang.

Yang membuatkan aku cari chain saw ni pasal bro aku suruh aku ratah tunggul kayu yg tak di makan api tu kat kebun dia.. Ada ke patut di suruh nya aku ratah tunggul tu.Bro aku ni profesor kat U. Pandai lah kan. Lagi kecik tak puas bergurau senda dgn adik bradik dah besau baru tringat nak brgurau senda. Tak kisah le tu janji adik bradik pakat baik. Sejak ayahda meninggal terasa keakraban aku adik bradik. Itu pesan arwah.

Apa pun cerita pasal chain saw ni, kalau ada sesapa yg pandai gunakan nya tolong ajar aku le. Aku ingat senang rupa rupa nya nak kena tahu skill jugak.Tapi tak apa aku akan belajar cara yg betul nk potong pokok ke tunggul ke dahan ke. Lama lama tentu aku jugak boleh mahir mcm org yg keje potong pokok balak kan.

Chain saw yg ada pada aku tu bukan aku punya. Aku pinjam lah. Nak beli tak mampu walaupun arga nya 1.2 hingga 1.8 k. Pada yg brada no hal beb. Pada aku byk hal kena fikir. Nanti miss suru haa pandan muka aku. Maklum le aku ni pekebun kokak aje. Kebun pun x de hasil lumayan. Arap kan buah derian kena tebuk tupai. Buah kelapa pulak pokok dah tinggi. Org tak berani panjat. Nak suruh atan (monyet) panjat, dah janji dgn tuan dia tak dtg dtg pun. Arap buah kelapa tu gugur sendiri le aje.

Masa guna chain saw aku tringat pd seseorang. Haa ni sedap citer. Tak apa le aku akan sambung dlm siri antara dua darjat part 2 lak.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ANTARA DUA DARJAT

on Aug 2, 2010

Tajuk lama cerita pun lama cuma olahan baru.

Apa ada pada nama?. Betul ke 2. Tapi aku rasa nama ada juga peranan nya. Kalau dah tanya nama apa seterus nya ada lagi nk tanya. keje apa duduk mana dah kawin ke lum anak berapa. Haa kan nama juga yg dahulu kan. Sebut pasal keje apa dah tentu nk tahu pangkat atau kedudukan kan. Cerita dua darjat pun muncul le.

Antara yg berada dan tidak berada mana pilihan anda. Sudah tentu yg berada kan. Bohong lah kalau kata "aku tak kisah janji budi bahasa dia baik hormat org tua pandai sesuai diri". Zaman kini wang ringgit jadi keutamaan, dah tak ada 'janji baik ke apa ke'. Ada wang ringgit boleh gi shopping gi sana gi situ. Semua guna wang kan.

Bila byk wang tentu naik taraf naik darjat kan. Mcm mana org byk wang eeek. Dah kalau rumah ada tiga empat buah mesti le byk wang kan. Yg kita ni satu ramuh pun terkial2 nk bayar loan rmah le api air le cukai pintu le. Seterus nya lu fikir le sendiri kan.

Jadi antara org berada dan org tidak berada mana satu pilihan anda. Aku tolong jawap untuk ko org, senang. Mesti le yg berada.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

LAMA MEMBISU

on

Lama tak tulis dan tgk blog. kerana apa eek. Tak ada masa ke atau saja tak nak menulis blog. Aku rasa masa terlalu cemburu membuatkan aku tak sempat nk jengok, lagi pun pun pc ni kongsi ngan semua kaum kerabat aku.

2 minggu yg lepas suami anak buah mem aku meninggal dunia kat hospital putra negeri hang tuah. Sakit jantung. Dah operate dan balik rumah 2 hari sesak nafas pegi balik hospital putra. Koma masuk ICU 2 hari meninggal. Kos keseluruhan kalau x silap aku 50-60K. Wooow byk gila beb. Pd yg ada berada ok le no hal kan. Yg x de berada mcm mana?.

Ajal maut jodoh pertemuan ketentuan illahi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Tupai ohhhh Tupai.

on Jul 21, 2010

Dah 2 ari aku ngandapkan tupai kat kebun aku. Wah bukan main seronok lagi tupai 2 mengerjakan buag derian yg masih lagi trgantung pd dahan nya. Aku dah habis ikhtiar nk menghalau tupai tu. Tak kan aku nk brkampong kat kebun lak.

Kalau ada sapa sapa yg kat luar sana yg ada petua untuk halau tupai tu tolong lah email kat aku ke atau komen pd post aku ni. Nanti aku bagi le buah derian. hehehehehe.

Apa pun pd tupai tu jgn le ko binasakan buah derian aku. Ko makan sikit dah le. Kang aku tembak ngan senapang patah baru padan muka ko. Tapi big bro. aku tak kasi tembak lah.

Arap arap tupai tu dengar rintehan aku ni.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

KIPAS HOSPITAL JATUH ......?????

on Jul 16, 2010

Terkejut dan tergelak gak aku dengar anak aku kata kipas kat sepital jatuh, kena tangan isteri dia yg brada dlm wad sepital menunggu utk melahirkan baby ke 2 nya.

TERKEJUT sebab kipas tu jatuh kena tangan dia. Teruk ker patah ker, almaklum le kan kipas tu sedang berpusing. Lega kerana kecederaan nya minima, cuma doktor kata kalau lepas bersalin baru boleh buat xray.

TERGELAK sebab mcm mana boleh jatuh. Hospital kerajaan mesti ada buat service peralatan. Tu service ke tak peralatn sepital tu.Hidup 1Malysia.

Lagi 1 nk citer ari tu bini aku gi klinik kerajaan sebab batuk. HA 2 kata ubat batuk kehabisan. Tiada stok. Aiiiik amacam 2. Lu fikir le sendiri.

Ari ni kat kebun aku, tupai menganas lagi. Di tebuk nya buah derian yg masih trgantung atas pokok. Geram aku. Nak tembak big bro. aku kata tak usah. Tahun lepas aku dah bagi sebatang pokok yg lebat buah derian kat tupai 2. Tahun ni dia menganas lagi, dah le buah x brapa menjadi.

Ikhtiar mcgaver aku, aku naikkan orang orang atas pokok derian. Nampak nya berhasil gak untuk hari ni, tak dtg tupai tu.
Esok lusa lum tahu lagi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ADUH MAK SAKIT NYA...............

on Jul 14, 2010

Dah dua ari aku sakit gigi.Biar sakit yg lain jgn sakit gigi. Semua tak kena. Nak mare aje. Lagi satu yg aku tak tahan selsema, hidung tersumbat. Tak boleh tidur dibuatnya.

Ni cakap pasal sakit gigi orang dulu2 kata bila sakit komur dgn air garam. aku pun buat, ok gak tak sakit lagi. Boleh le aku buat keje lain. Tup tup dlm setengah jam sakit balik. Aikk.... nape sakit balik, tak mujarab ke jampi air garam tadi aku pun tak tahu. Sakit sakit le aku tahan je.

Satu lagi petua org dulu2 kata gigit cengkih tapi aku tak buat. Dah sakit mcm mana nak gigit. Ngadoi ngadoi aje le dlm hati. Nak nangis segan kot, dah tua2 tak tahan sakit. Lantak le sakit tahan aje le.

Pergi le aku kat klinik dental di pinggir bandaraya.Mmg biasa pun pegi klinik ni. Staff pun panggil nama : mae....aku tgk tak de sapa pun pergi. Staff panggil lagi... mae... ehhh kan tu nama aku. Dgn sengingai aku pun bangun dan masuk dalam bilik rawatan. Doktor tanya mana yang sakit, aku kata bawah ujung sekali. aikk tak de rosak, tak de lubang sambil dia kata pd staff dia missing, missing, missing. Padan pun byk gigi yg dah tak ada. Doktor robek sana robek sini baru nampak gigi yg rosak. aku suruh tampal doktor kata tak boleh sebab akar gigi. Terbaik cabut. Laaa gaham dah x de nak cabut lagi. Doktor saya punya gigi byk tak ada, mcm mana.... rawat akar gigi kena 4 kali dtg rawatan atau cabut. aku pun kata kasi ubat aje doktor boleh ke. Boleh.... tapi nanti kena cabut jugak.... ok kata aku ubat dulu cabut lain kali.... boleh kata doktor.

Ubat + pemeriksaan rm38, tu lum cabut lagi. Mak oii.... Pada yg byk duit no hal, aku yg kureng duit trasa beb. Bayar aje le. Kek tempat aku cabut ngan ubat rm35 je.

Yang bagus nya dah makan ubat tu sakit dah hilang. Mcm ada magik lak.Ubat ponstan dan antibiotik je. Dah dua ari tak sakit gigi. Esok lusa tak tahu lagi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Lama tak tengok blog

on

Lama gak aku x tgk blog ni. Maklum le buta blog.Belum ada idea nk tulis kat blog ni. Nanti ada idea aku tulis panjang lebar.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Hari Pertama dgn blog

on Jun 25, 2010

Assalamualaikum.

Ari ni mula berjinak2 dgn blog. aku lum tau lagi apa yg nk aku ceritakan. nanti kalau dah ada idea akan ada lah sambungan nya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List