IMAM BESAR MASJID NEGARA PULAK BERKOKOK..........???

on Aug 30, 2010

Lepas ni tak ada ke lagi menteri ke imam besau ke imam kecik ke ngo-ngo ke yang sekapal yang nak cakap hal Teo Nie Ching.

Umat Islam Harus Patuh Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama - Imam Besar



PETALING JAYA: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara harus diambil berat kerana beliau merupakan ketua agama negeri yang diperakui, kata Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Beliau berkata orang ramai harus sedar segala hal ehwal berkaitan hukum agama Islam harus mendapat perkenan daripada baginda tanpa perlu dipersoalkan oleh pihak lain.
"Kalau kita tidak patuh pada perintah Sultan, apatah lagi berkaitan hukum-hakam agama Islam, itu sudah menjadi satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Mahabbah Ramadhan, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Jalur Gemilang kepada pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberi ucapan di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu dan Anggota Parlimen Selayang William Leong masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa di Selayang Baru untuk memberi bantuan baru-baru ini.
Syaikh Ismail berkata adalah menjadi tanggungjawab seseorang umat Islam untuk menerangkan kepada penganut agama lain tentang hukum-hakam dan adab-adab tentang tempat beribadat bagi menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat.
Sebelum itu, Syaikh Ismail yang ditemani Imam Jemputan Solat Tarawih dari Mesir Shaikh Abdul Rahman el-Desauky Taha Raduan dan kakitangan Masjid Negara serta PPUM telah meluangkan masa melawat wad-wad menyampaikan sumbangan berupa hamper, risalah Islam dan Jalur Gemilang kepada para pesakit.
Mengulas mengenai program itu, Syaikh Ismail berkata objektif utama program adalah untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan Masjid Negara dan PPUM serta memupuk budaya bersedekah.
"Diharap, program sebegini dapat memberi sedikti sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut.
"Di samping itu, penyerahan Jalur Gemilang kepada pesakit adalah bagi menyahut seruan kerajaan supaya rakyat Malaysia disemai rasa cintakan negara serta menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan yang ke-53," katanya.
Syaikh Ismail turut berharap program sebegini sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi terus mengimarahkan masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan sesama muslim.- BERNAMA

Tengku Muhammad Ismail Dimasyhur Pemangku Raja Terengganu

on



KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan memasyhurkan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan sebagai pemangku Raja Terengganu berkuatkuasa Khamis lepas.
Dalam istiadat di Istana Maziah di sini, Isnin, watikah pemasyhuran itu telah dibacakan oleh Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud yang disaksikan oleh Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.
Pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail, 13, setelah baginda mukallaf iaitu boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri sepanjang Sultan Mizan Zainal Abidin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini Tengku Muhammad Ismail merupakan Pemangku Raja Terengganu dengan pemerintahan kerajaan negeri adalah di bawah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Setelah pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail hari ini, secara tidak langsung, Majlis Penasihat Pemangku Raja dibubarkan.
Memandangkan Pemangku Raja Terengganu akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mulai esok, maka Sultan Terengganu berkenan melantik Majlis Perwakilan Pemangku Raja bagi menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang kerajaan negeri Terengganu.
Tiga orang yang dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pemangku Raja itu ialah Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Tuanku Mizan ketika bertitah pada istiadat itu mengingatkan bahawa kerjasama erat antara pemerintah dan kerajaan adalah amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dengan tersusun.
"Tanpa perpaduan dan budaya kerjasama secara berpasukan, beta sangsi inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat, mampu dilaksanakan dengan jayanya," titah baginda. - BERNAMA

Adun PAS ziarah kuil Hindu

on


(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.
Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.

Ribuan lari gunung berapi meletus

on

GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.
Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono.
"Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.
"Pada mulannya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.
Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan.
Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe.
"Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP

Feri lewat 3 jam, kapten positif ambil syabu

on

PERJALANAN sebuah feri dari Port Dickson ke Dumai tergendala selama tiga jam setelah polis menyerbu feri berkenaan di Jeti Penumpang Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Perjalanan sebuah feri dari Jeti Penumpang Port Dickson di sini ke Dumai, Indonesia terpaksa ditangguhkan selama tiga jam gara-gara kapten feri terbabit ditahan kerana dia didapati positif mengambil dadah.
Kapten feri warga Indonesia itu ditahan dalam Ops Sempadan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga tempatan yang menjadi ejen feri berkenaan.











Kita tak mahu kata boleh atau tidak – Guan Eng

on

Mohd Ali Hashim   
NIBONG TEBAL, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tidak berniat jahat memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.
Beliau hanya ingin merapatkan silaturrahim antara kariah dan telah pun memohon maaf kepada Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Oleh kerana itu, seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau yang Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas mengenai isu Teo yang didakwa mencemar kesucian surau tersebut selepas menyampaikan sumbangan pengurusan jenazah kepada waris dan penghargaan warga emas, kelmarin.
Ahli Parlimen Bagan itu menambah, niat baik Teo itu terserlah apabila beliau memohon maaf kepada baginda Sultan dengan segera.
"Ini membuktikan beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga DAP menghormati institusi Raja apabila merasakan baginda kurang senang dengan tindakan Teo itu.
"Biarlah perkara ini diselesaikan dengan cara baik oleh ulama. Kita tidak ingin campur tangan kerana sebagai seorang bukan Islam, kita juga tidak mahu mengatakan ia boleh atau tidak terhadap tindakan Teo itu," katanya lagi.
Ujarnya lagi, Teo tidak berpakaian menjolok mata dan berpakaian sopan tetapi kadang kala ada juga isteri-isteri kepada beberapa pemimpin Umno Barisan Nasional yang berpakaian lebih menonjol tidak pula menjadi isu besar.
Lima juga berkata, sepatutnya tumpuan utama harus diberikan kepada isu seperti skandal rasuah yang melibatkan kehilangan saham Bumiputera milik orang Melayu.
"Perkara ini telah dipolitikkan oeh mereka yang mempunyai kepentingan politik. Oleh itu, adalah lebih baik ianya tidak dipanjangkan dan tumpuan diberikan terhadap membela nasib rakyat," ujarnya.

Teo dapatkan pandangan mursyidul am PAS

on


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.

MenurutHarakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh.

Sabah 12: Tiga digantung, baki diberi amaran

on

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah menolak syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung keahlian 12 pemimpin PKR Sabah, dan memutuskan untuk melepaskan sembilan daripada mereka dengan diberi amaran.

MPP bagaimanapun mengesahkan syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung selama setahun keahlian presiden penaja Parti Cinta Sabah (PCS) Daniel John Jambun, timbalan presiden Awang Ahmad Sah dan setiausaha Moses Iking - semuanya aktivis kanan Sabah - tetapi mereka boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

Hukuman ke atas mereka dijangka dikurangkan kepada separuh selepas rayuan dibuat dan dikebelakangkan kepada 3 Disember.

Ini adalah tarikh permohonan dibuat untuk mendaftar PCS di Kota Kinabalu dan dilaporkan telah ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Dengan itu, ketiga-tiga mereka masih layak untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 September.
Mereka masing-masing bertanding jawatan ketua cabang Sepanggar, Putatan dan Keningau.

Manakala hukuman ke atas sembilan orang lagi - yang turut disyorkan oleh jawtankuasa disiplin digantung keahlian selama setahun - diganti dengan diberi surat amaran.

Mahkamah benar Tian Chua rayu hukuman

on

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu terhadap sabitan hukuman ke atasnya atas kesalahan menggigit seorang anggota polis.


Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam penghakimannya kerana tidak mempertimbangkan semua bukti.
Suriyadi mempersoalkan bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha boleh membuat kesimpulan bahawa sabitan awal oleh Mahkamah Majistret adalah sah, tanpa melihat DVD yang merakamkan insiden tersebut.

Beliau berkata, DVD tersebut penting dalam isu terbabit dan hakim berkenaan seharusnya melihatkan DVD berkenaan.

Chua mempunyai 14 hari, mulai hari ini, untuk memfailkan rayuan melalui peguamnya, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad.

MAIS..MAIS..MAIS - JAIS... JAIS...JAIS......TEO LAGI........???

on



Teo hadiri satu lagi majlis di surau



Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

teo nie qing attending buka puasa at bangi surauTeo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

NONEMalah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan 
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

Malaysiakini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List