Pakatan Rakyat Ada Peluang Cerah Di Sarawak........???

on Sep 6, 2010



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Beliau membuat pengamatan demikian berdasarkan kepada perkembangan politik serta sokongan rakyat yang memberangsangkan terhadap Pakatan Rakyat Sarawak lantas memberikan gagasan itu bertapak dengan lebih kukuh untuk melebarkan pengaruhnya di negeri Bumi Kenyalang itu.
Ini juga berdasarkan kepada makluman yang diterima semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak pada 31 Ogos dan 1 September lalu mengenai aktiviti serta persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Sarawak.
Menurut beliau walaupun sokongan yang diterima daripada rakyat Sarawak adalah menggalakkan namun media arus perdana sentiasa menyiarkan laporan negatif mengenai Pakatan Rakyat Sarawak.
"Mereka tidak akan melaporkan apa yang benar. Inilah sikap media yang tidak memberi ruang dan menyatakan kebenaran apa yang berlaku dan inilah sepatutnya mereka lakukan.
“Namun begitu kita akan terus mempertingkatkan usaha dalam menapak di sana menjelang pilihan raya negeri yang akan datang bagi membela nasib rakyat di sana," kata Anwar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 99 pegawai masjid dan penggali kubur di Masjid Tuan Abdullah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti semalam.
Kali terakhir Sarawak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah pada 20 Mei 2006 dan tempoh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 24 Julai 2011.
Pada PRN 2006 Barisan Nasional memenangi 62 daripada 71 kerusi DUN. 

UMNO Perak juga mahu bukti tuduhan

on

Habis tu sapa lah punya kerja yerk.....




Kalau Sabtu UMNO Pulau Pinang,Ahad UMNO Perak pula mendesak Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa UMNO terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam satu kenyataan menegaskan perbuatan menunding jari kepada UMNO dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang telah menamakan parti UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya.

Menurut Khusairi pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret UMNO dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet
"UMNO Negeri Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan UMNO dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," katanya.

PERGI NYA YUSOF CHONG.......???

on



Alfatihah…Lawaknya sentiasa menghiburkan.Begitu juga mimik suaranya yang boleh tiru gaya Tun Dr Mahathir Mohamad,Datuk Seri Samy Vellu Tan Sri Lim Kheng Yaik dan lain-lain pembesar negara tidak akan kedengaran lagi.Pelawak terkenal Datuk Yusof Chong,63 meninggal dunia jam 3.30 petang Ahad di Hospital Selayang dekat Kuala Lumpur.Beliau dimasukan ke hospital itu lima hari lalu akibat komplikasi sakit jantung dan darah tinggi.

FORMULA LOMPAT PARTI, HANCURKAN BN?

on


SEJENAK selepas pergolakan parti parti komponen BN di Semenanjung Malaysia seperti Gerakan, MIC, UMNO, PPP dan MCA reda seketika kini timbul lagi pergolakan sebuah parti tempatan LDP yang dianggap sebuah parti ‘senior’ dalam komponen BN di Sabah bersama dengan parti AKAR (sudah dibubar) sebuah parti ‘multi racial’ tempatan pada ketika itu.

Kemelut pergolakan LDP-Umno di Sabah itu, semakin diburukkan lagi situasi politiknya apabila pemimpin kanan LDP itu yang juga seorang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Pang secara tiba-tiba mengumumkan keluar daripada LDP sekaligus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai Adun Karamunting meletakkan suasana kepimpinan LDP dalam keadaan terus tertekan.  baca seterusnya...

Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor:- TS Khalid Di Cabar Tiga calon Lain.

on

 Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor 2010 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto), akan dicabar oleh tiga lagi calon. Tiga calon yang telah mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua AMK Selangor, Mazli Saring,42; bekas Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor,Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Pemilihan yang akan berlangsung pada 3 Oktober padaMesyuarat Agong Tahunan Kuala Selangor 2010 itu turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain.

on

Pengasas Nouvelle Visages Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lepas

on

Pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu yang lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis yang menerima mendapat laporan Sosilawati tidak pulang ke rumah akan menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu, yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nash.
"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.
Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini (Ahad). - BERNAMA

Dakwaan Zainuddin Boleh Dipertikai

on Sep 5, 2010

HARI ini Zainuddin Maidin mempertahankan kenyataanya yang mengatakan ada pemimpin Pas (tahun 60-an) meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-oramh Cina. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar usangnya bersama Tunku, Zainuddin mahu menjadikan gambar itu sebagai bukti bahawa kenyataan dan maksud Tunku Abdul Rahman itu benar. Bahawa beliau benar-benar mendengar 'cerita' ada pemimpin Pas menyuruh Tunku rampas harta orang Cina.

Menurut Zainuddin, Tunku memberi tahunya bersama Osman Abadi ketika beliau berjumpa Tunku selepas peristiwa 13 Mei. Sayangnya Osman Abadi (Pak Osman) yang boleh menjadi saksi terhadap dakwaan Zainuddin Maidin ini sudah tiada. Pasti kalau Pak Osman masih ada Zainuddin tidak berani mendedahkan perkara itu.

Bagi mereka yang belum mengenali Zainuddin serta mengetahui akan 'politan' - (putaran dan belitan) lidahnya akan mempercayai kata-kata Zainuddin itu seratus satu peratus. Zainuddin boleh berkata lebih dari itu tentang apa yang Tunku Abdul Rahman cakapkan kepadanya kerana Pak Osman sudah tiada. Kalau Zainuddin 'mengarang' cerita keris lucah Umno boleh melayang pun untuk mempertahankan Umno tidak ada siapa yang tahu.

Sebaliknya mereka yang mengenali Zainuddin akan menolak apa juga kenyataan rasis dan juga kebencian Zaindudin kepada pembangkang terutamanya Pas dan gerakan Islam selama ini. Zainuddin membenci Pas bukan hari ini, sejak Pas berbaik dengan DAP, tetapi nun lama sebelum ini.

Orang tidak akan lupa bagaimana beliau menggunakan RTM untuk memburuk dan damegkan iemj Nik Aziz di Kelantan. Siang malam RTM menyiarkan provokasi dan kisah-kisah yang kononnya memalukan dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Malangnya propaganda cap ayam RTM itu tidak menjadi, sebaliknya Nik Aziz makin kukuh. Dan dalam pilihan raya 2008 Zainuddin sendiri turut lingkup dan tertirap makan selut.

Zainuddin juga seorang yang senantiasa pesimis kepada perjuangan dan gerakan Islam. Beliau bukan saja benci Pas tetapi gerakan seperti Darul Arqam, Abim, Tabligh i juga dicemuh dan diserangnya habis-habisan. Walaupun ada ruang yang boleh beliau serang jemaah itu tetapi tindakan beliau secara pukul membenci gerakan Islam menunjukkan siapa dia Zainuddin sebenarnya. Beliau adalah pelampau anti gerakan Islam.

Sikap buruk Zainuddin Maidin terhadap Islam ini boleh dilihat bagaimana akhabr Utusan Malaysia dan Utusan Melayu memain peranan memburukkan imej Islam ketika itu. Kedua akhbar berkenaan dibawah kuasa Zainuddin diarahkan supaya tidak memakai gambar mana-mana koresponden atau orang yang diinterviu yang mengenakan kopiah ataupun yang menutup aurat. Begitu sekali bencinya beliau kepada imej Islam!

Gambar-gambar perempuan yang menutup aurat 'haram' dipakai dalam kedua akhbar berkenaan. Sikap menentang arus itu mejelaskan akan kebencian Zainuddin kepada gerakan Islam. Selepas Zainuddin tidak lagi menjadi ketua pengarang barulah gambar orang berkopiah dan perempuan menutup aurat (pakai tudung) boleh disiarkan. Ternyata beliau tidak dapat mengekang arus dan kesedaran Islam yang melanda dunia pada masa itu.

Berbalik kepada dakwaan beliau yang mendengar Tunku memberi tahunya ada pemimpin Pas minta rampas harta orang Cina tadi ia boleh dipertikaikan dan berunsur menghasut. Ia sangat meragukan. Zainuddin perlu menyebut nama pemimpin Pas berkenaan kalau ia betul dan benar. Sebagai wartawan beliau dapat menghidu siapa pemimpin yang berjumpa Tunku pada masa itu.

Kalau hanya berbekalkan sekeping gambar lama, saya juga boleh mendakwa seperti mana beliau katakan itu. Sebab saya juga pernah bertemu dan menginterviu Tunku Abdul Rahman sekitar awal 80-an.

Pertemuan dengan Tunku itu saya boleh mereka-reka seribu cerita untuk membela satu pihak dan menentang pihak lain. Siapa pun tidak tahu kalau saya mengarang dan membuat hikayat. Tetapi saya bukan Zainuddin Maidin yang taksub dan jumud kepada parti yang menjadi anutannya. Pada saya kalau salah tetap salah dan kalau benar tetap benar, jauh sekali untuk memanipulasikan keadaan apa lagi untuk sesuatu kebatilan.

Maksud dan tujuan Zainuddin mendedahkan cerita yang tidak sahih mengenai cerita Tunku itu adalah untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Cina terhadap Pas saja. Itulah tujuannya. Kebencian dan kohongnya kepada Pas tidak pernah habis.

Langkah Zainuddin itu sebenarnya tersilap. Kalau beliau mengemukakan cerita itu 30 tahun lalu mungkin orang Cina boleh mempercayainya. Tetapi hari ini orang Cina bukan menolaknya tetapi akan gelak kah kah kah mengenangkan betapa dangkal dan naifnya Zainuddin dalam mencari isu atau modal untuk merenggangkan masyarakat Cina dengan Pas.

Generasi Cina hari ini sudah cerdik. Mereka menggunakan otak bukan kepala lutut untuk menerima dakwaan-dakwaan di luar akal seperti Zainuddin Maidin lakukan itu. Kenapa orang Cina protes itu dan tuntut itu ini hari ini, bukan kerana pemimpin Pas nak rampas harta datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan BN yang ditunjungi Umno. Kepincangan ini dilihat orang orang Cina.

Akhirnya kalau Zainuddin ingin menyelamatkan keadaan Umno yang dalam keadaan nyawa di hujung pedang kini, carilah bukti atau karanglah cerita yang munasabah sikit yang mudah dan rasional diterima oleh seluruh orang. Dengan mengarai cerita-cerita klasik ia tidak mengutnungkan Umno sebalik merugikan parti Melayu berkenaan. Mujahid tentu gembira dengan posting ini? [wm.kl.6:00 05/09/10]


mso

MAKA BERKATA LAH OTAI REFORMASI.....???

on



Jangan sempitkan makna Gerakan Reformasi

Oleh : Norazimah Mohamad Nor

Saya (gambar atas) membaca penuh khusyuk biografi ringkas ala kempen yang di buat oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang hari ini adalah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat dan juga Ahi Dewan Undangan Negeri Seri Setia untuk calon AMK Rafizi Ramli.

Apa yang jelas, penulisan itu hanya mahu memberitahu kepada umum bahawa Rafizi Ramli juga seorang reformis dan hadir seawal minit pertama gerakan reformasi 1998. Mengapa perlu diperkenalkan Rafizi Ramli, sekiranya beliau memang hebat dalam gerakan reformasi.

Sememangnya beliau akan di kenali tetapi ini adalah sebaliknya.

Langkah Nik Nazmi kemudiannya disusuli untuk memberitahu umum bahawa gerakan reformasi dengan demonstrasi jalanan tidak akan berjaya membawa kita ke Putera Jaya. Pandangan sempit inilah yang sebenarnya membuat saya rasa tercabar untuk mematahkannya. Pergerakan Reformasi BUKAN sekadar demonstrasi jalanan.

Gerakan Reformasi yang hadir pada tahun 1998 adalah pencetus, melibatkan gerakan dalam alam siber, perencanaan dan juga mengambil langkah menyuarakan pendapat melalui semua medium termasuk demonstrasi. Kesilapan utama adalah meletakan gerakan itu menjadi sempit dengan pandangan yang sempit. Sebenarnya Nik Nazmi kena sedar bahawa membawa imej konon-kononnya keintelektualan sahaja yang mampu mengadakan perubahan adalah satu sinopsis sempit.

Sesempit beliau melabel gerakan reformasi itu sebagai demonstrasi jalanan. Perlu diingat reformis melakukan lebih dari itu – perjuangan yang perlukan komitmen tinggi, keberanian dan seterusnya melakukan perencanaan bagi merealisasikan agenda reformasi. Gerakan Reformasi turut menjelajah ke seluruh pelosok negara dengan bahan-bahan tulisan, risalah dan bukan setakat menulis di Suara Mahasiswa. Yang paling penting adalah gerakan Reformasi bukan dangkal kepada nilai keintelektualan.

Kalau dikatakan Generasi Reformasi buktikan partisipasi dalam mengadakan gerakan reformasi dari membaca, menulis, memahami dan kemudian bertindak untuk suara didengari. Perlu diingatkan juga gerakan ini disertai oleh seluruh peringkat – baik mereka yang pernah berjawatan baik, mempunyai kedudukan kewangan kukuh sehingga melarat dalam memperjuangkan agenda.

Kita tidak perlu anak muda yang belum tahu apa makna perjuangan dengan semangat keberanian mengatakan kami lebih tahu mahu membuka jalan ke Putera Jaya. Satu kenyataan yang angkuh dan amat sombong. Kalau benar mahu mengadakan Generasi Reformasi – sumbanglah dengan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa dari alih-alih mahu jadi Ketua AMK.

Saya melihat sendiri,memahami makna perjuangan. Saya semakin faham setelah terpaksa menuntut di Universiti Jalan Raya – mengenai sakit dan pedih perjuangan dan faham apa maksud pelaksanaan kata-kata sebagai hakikat perjuangan. Perjuangan itu menyeluruh dan saya tidak menyempitkan jalan ke Putera Jaya hanya mampu dilakukan oleh Rafizi dan kebolehan intelek semata-mata.

Saya lihat apa yang disampaikan oleh Saudara Nik Nazmi adalah sehelai kertas putih – menceritakan keindahan kerjaya tetapi tidak faham makna perjuangan. Ingat Anwar Ibrahim terkurung sewaktu itu dan gerakan reformasi bangkit dengan tujuan utama menuntut perubahan – menyedarkan rakyat akan kepincangan – membuka mata rakyat serta memupuk kesedaran politik dan mendidik mereka untuk melihat perjuangan bukan terhad kepada sepak terajang politik semata-mata. Itulah dia gerakan Reformasi – melihat dan mengkaji kepincangan yang ada, membuat analisa mengenai apa yang perlu dilakukan untuk perubahan dan akhirnya menekan agar perubahan itu dilaksanakan.

Jangan sombong dan bongkak dalam mengatakan bahawa kamu — Rafizi Ramli dan angkatan yang mencela reformasi sahaja yang mampu menunjukkan jalan ke Putera Jaya. Ingat Anwar Ibrahim juga seorang reformis tetapi tidak perlu di hiaskan dengan kata-kata seperti mana rakan Rafizi — Nik Nazmi perlu untuk menunjukkan kebolehan. Saya petik kata-kata ilmuwan yang saya pelajari setelah 10 tahun sebagai aktivis reformasi;

“ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat” — Almarhum Bapak Mohamad Natsir

Maka kita perlu lebih bijak dalam memilih. Mereka yang tidak kenal makna perjuangan dalam gerakan reformasi akan hanya menutup sejarah dengan perjuangan yang mereka lakukan di tepi-tepi meja dan sudut-sudut komputer.

Maka nilai kemerdekaan yang kita kecapi akan terhakis seperti mana akan berlaku terhadap perjuangan reformasi sekiranya kaum yang mengaku mereka pandai hanya memandai dalam mengaku bahawa jalan ke Putera Jaya mampu dibuka oleh mereka

Hari tu gaduh sakan,bila bersua…Khairy panggil Ibrahim Ali ‘ayahanda’

on

"LIHAT LAH DUNIA"...........dalam dunia artis ayat tersebut digunakan oleh Azean Irdawaty semasa merangkul anugerah pelakon popular tahun aku tak ingat..... Dalam dunia politik pulak sorang kata jaguh kampung sorang kat budak lemah sorang kata gedebe  sorang kata budak oxford..... macam2... Siapa yang jadi pelakon popular?....bukan Azean, bukan bukan bukan. Begitu lah plot cerita nya..... Kesudahan nya lu fikir le sendiri.


be


Cerita politik tanah air panas dan hangat macam mana pun, tidak ubah macam ribut dalam cawan sahaja.
Begitu juga kalau ada pihak sangka ‘gaduh’ antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, sejak sebulan lalu akan berterusan, ianya meleset sama sekali
Sebelum ini Khairy pernah melabelkan Ibrahim Gedebe Politik dan Jaguh Kampung manakala Ibrahim pula membidaskan kelemahan pimpinan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Namun, pada Ahad mereka saling bertepuk tampar ketika berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List