Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.....???

on Sep 13, 2010

Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010



1. Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.

3. Perkara 23A ini berbunyi:
“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat
23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
“Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

6. Selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

7. Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama.

8. Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

9. Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini.

10. We hereby would also like to take this opportunity to reply to lawyer Rashid Zulkifli’s assertion, as reported in today’s Malaysiakini, that he will challenge the legality of this proclamation on the ground that the Regent, by virtue of the Regent being only the Regent instead of the Sultan, does not have the power to make these constitutional amendments.

11. Our simple answer to lawyer Rashid Zulkifli is: Please kindly take the trouble to read, if you had not, or reread, if you had, the ruling made by the High Court judge, Justice Mohamad Ariff Md Yusof, on 29 January 2010, with regard to this matter. 

12. For the benefit of everyone, here is what the learned judge said: 
(i) “the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state”. 
(ii) “there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period”.

Di sini disertakan laporan akhbar mengenai keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang disebutkan. Disebabkan kami perlu memenuhi janji kami tetapi dalam masa yang sama kami menghadapi masalah untuk meng"upload" dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang berkaitan, maka dokumen-dokumen ini akan dimuatkan di dalam Posting 33 yang akan disiarkan di dalam blog ini sebaik sahaja proses peng"uploadan"nya diselesaikan.

ALLAHU AKBAR!


sumber :- Kelantaninsider

Sultan Kelantan Akan Cabar Pemangku Raja

on Sep 12, 2010

Janganlah Institusi Raja Kelantan menjadi bahan lawak di mata Rakyat Jelata. Sudah agak lama Rakyat Kelantan malu dengan kerenah mereka!



Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra berkata melalui peguamnya hari ini bahawa baginda akan mencabar pertabalan pemangku raja sebagai sultan yang baru - di tengah-tengah laporan bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok.

Menurut kenyataan media oleh peguam Rashid Zulkifli - yang menyatakan firma guamannya bertindak bagi pihak Tuanku Ismail Petra - baginda sultan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan.

Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa pemangku raja sewaktu baginda sultan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Utusan Malaysia melaporkan Jumaat lalu dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru, untuk menggantikan ayahandanya, yang sudah lebih setahun gering.

Rashid juga mengatakan bahawa pemangku raja Tengku Muhammad Faris sedang merancang untuk meminda perlembagaan negeri supaya baginda sultan tidak lagi menjadi pemerintah jika tetap tidak mampu menjalankan tugas, untuk jangka waktu lebih daripada satu tahun.


Menurut Rashid, memandangkan isu tersebut menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, maka adalah tidak wajar atau sah bagi pemangku raja bertindak mendahuluinya.

Rashid berkata, pihaknya telah mengambil langkah luar biasa untuk menulis kepada pihak media memandangkan wujudnya keperluan mendesak yang ditimbulkan oleh laporan Utusan bagi menyatakan pendirian baginda sultan.

Beliau turut memberi amaran bahawa percubaan untuk meminda perlembagaan negeri boleh menyebabkan pemangku raja berdepan dengan 'dakwaan mencampuri prosiding dan menghina mahkamah."

Menurutnya, sebarang pindaan dan pertabalan, jika diteruskan, akan dicabar kesahihannya oleh baginda sultan.

sumber:- Mountdweller

Keluarga reda jika benar Sosilawati sudah meninggal dunia

on

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.

Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata, mereka sekeluarga berharap mangsa yang ditemui itu bukanlah ibu mereka namun akan terus melakukan solat sunat ghaib.

"Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan untuk mak saya dan tiga orang yang lain,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Harmonis Gombak di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan beliau berkemungkinan mengeluarkan kenyataan esok. - Bernama

Menang PRU-13 Lebih Penting Tanding Kerusi Dalam Parti

on


SEBERANG JAYA 12 Sept - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali berkata tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah agenda yang lebih utama bagi beliau daripada memberi perhatian khusus terhadap kepada pertandingan merebut jawatan pada pemilihan  parti November depan.
"Ini adalah agenda yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan daripada pemilihan dalam parti.
"Apa guna jika kita menang besar dalam pemilihan parti, tetapi sebaliknya parti tidak mampu menang dalam pilihan raya umum yang akan datang?" kata Azmin.
Ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah semalam, Azmin beliau masih belum membuat keputusan berhubung cadangan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mahu beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan Parti 2010.
"Adalah menjadi harapan saya supaya mana-mana calon yang akan bertanding mengawal adab dan etika pemilihan. Memegang amanah parti dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab memastikan parti tetap utuh dan kukuh walaupun adanya pertandingan dalam pemilihan," tegas beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, KEADILAN adalah parti pertama di negara ini yang melaksanakan amalan demokrasi sepenuhnya dalam pemilihan barisan pimpinannya yang memberi peluang kepada ahli memilih memilih secara langsung.
Tambahnya lagi tidak perlu bagi seorang calon itu menonjolkan diri untuk mencari pengaruh untuk bagi memenangi kerusi yang ditandingi.
"Selama satu dekad saya bersama dalam KEADILAN. Rekod khidmat saya juga ada di situ. Saya menyerah kepada ahli untuk membuat penilaian mengenai prestasi dan rekod saya selama ini.
"Insiden yang mencalar kedudukan parti seperti mana yang dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen yang tinggalkan parti sebelum ini banyak memberi pengajaran yang harus dijadikan sempadan dalam memastikan aspirasi dan kehendak parti menjadi realiti untuk membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara ini," ujar Azmin. 

LOKASI PEMBUNUHAN SOSILAWATI

on



Kelihatan dipercayai waris-waris mangsa yang telibat dalam pembunuhan menunggu dengan sabar di jalan masuk kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.



  
Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan di sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.





Anggota polis memeriksa tempat kejadian kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.


Bernama.

KEADAAN SEMASA DI RUMAH DATUK SOSILAWATI

on




Pemberita dan jugugmabar masih berkumpul di sini untuk mendapatkan berita mutakhir dari keluarga allahyarham tapi hampa. Tiada seorang pun diantara keluarga yang mahu memberi sebarang kenyataan. Hanya katanya keluarga akan mengadakan tahlil selepas magrib nanti disurau berhampiran.


Pintu rumah dan pintu pagar juga tertutup, hanya kelihatan saudara Datuk yang keluar masuk. Pun begitu tiada siapa yang mahu mengulas atau memberi sebarang kenyataan kepada media yang setia menunggu.

Keluarga Taib didakwa 'untung' dari projek pembentungan Kuching

on

Dengan pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan seawal bulan depan, musuh politik Tan Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan serangan mereka terhadap ketua menteri itu, yang keluarganya dianggap antara yang terkaya di negeri itu.

Selepas pendedahan mengenai dakwaan kekayaan hartanah yang dimiliki keluarga Taib di luar negara, kali ini ia didakwa membabitkan projek saluran pembentungan Kuching, yang bernilai setengah bilion ringgit.

Menurut lamanweb anti-Taib, kontrak bernilai RM530 juta itu diberi pada 2008 kepada konsortium tiga syarikat, termasuk Kumpulan Construction - syarikat yang dikendalikan oleh Raziah Mahmud - saudara perempuan Taib.

Sarawak Report mendakwa kesemua projek tersebut telah disub-kontrakkan tidak sampai sebulan selepas ianya diberikan kepada konsortium tersebut yang terdiri daripada Kumpulan Construction, Nishimatsu Pembinaan dan Hock Seng Lee Bhd (HSL).

HSL mengumumkan tiga minggu selepas kontrak asal diberikan, bahawa projek saluran pembentungan itu telah disub-kontrak hanya kepada mereka pada kos yang dikurangkan kepada RM452 juta. Malaysiakini.

'Saya Akan Buat Kejutan Sama Ada Bertanding Atau Tidak': Ibrahim Ali

on

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan membuat kejutan pada pilihan raya umum kelak sama ada bersedia bertanding mempertahankan kerusi yang disandang atau sebaliknya.
Mendakwa mempunyai strategi tertentu, Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah jika PAS atau Umno tidak membenarkannya bertanding mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Mungkin saya boleh adakan kerjasama dengan parti lain seperti bertanding dulu ataupun tubuh parti baru.
"Saya tahu baik PAS atau Umno mungkin tidak menerima saya dan ada juga parti lain yang menjauhkan diri kerana saya dalam Perkasa dan apa pun tunggulah kejutan nanti," katanya pada rumah terbuka beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Keretapi Psir Mas di sini, Ahad.
Semalam Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron menegaskan PAS Kelantan tidak lagi memberikan peluang kepada Ibrahim untuk bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum nanti.
Pada pilihan raya umum lalu Ibrahim, yang merupakan calon bebas, memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket PAS.
Mengulas perkara itu Ibrahim berkata orang sepertinya tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu di negara ini dan yakin pemimpin Melayu sepertinya mampu memberikan saingan sengit.
"62 peratus kawasan Parlimen di negara ini mempunyai majoriti pengundi Melayu dan saya ada cadangan untuk itu (bertanding)," katanya.
Beliau berkata apa yang penting adalah memberikan khidmat sebaik mungkin kepada penduduk di Pasir Mas yang banyak memerlukan pembelaan.
"Saya penuh yakin penduduk di sini masih memerlukan saya dan sebagai contoh lihatlah begitu ramai yang datang pada rumah terbuka saya ini," katanya.
Sementara itu, beberapa penduduk yang juga pengundi di situ mahukan Ibrahim terus menjadi wakil mereka untuk kerusi Parlimen itu.
Bagi mereka Ibrahim sudah melakukan banyak perkara walaupun tidak mewakili mana-mana parti tetapi mampu memberikan khidmat terbaik kepada penduduk. - BERNAMA

MAKA BERKATA LAH TUN DR. MAHATHIR......

on

Umno Perlu Perkasa Untuk Raih Sokongan Melayu:Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya Umno memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.
"Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah. "Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini, Ahad.
Pada Khamis lepas, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Dr Mahathir berkata ahli Umno ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka.
"Ia telah menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli Umno sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri...ini akan lebih memisahkan mereka.
"Selain itu, pada pilihan raya umum lepas, margin adalah amat tipis sekali. Katakan jika kita kalah sedikit...kita mungkin kalah pada pilihan raya," katanya.
Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua."
Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu.
"Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi," katanya pada majlis itu.
Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu. - BERNAMA

Kematian Sosilawati Kehilangan Besar Kepada Kampung Seri Menanti

on

BATU PAHAT: Berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mengejutkan penduduk tempat kelahiran jutawan kosmetik itu, Kampung Seri Menanti, Sri Medan dekat sini.
Kehilangan beliau dianggap begitu besar kerana beliau cukup terkenal dengan sikap baik dan dermawan.
"Ini satu kehilangan yang besar kerana Sosilawati membantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Contohnya mangsa banjir atau sekolah-sekolah yang meminta bantuan," kata ketua kampung tersebut, Omar Salleh, 63, ketika ditemui pemberita hari ini.
Penduduk kampung tersebut katanya sudah merancang untuk membuat solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Sosilawati dan berharap beliau pulang dengan selamat.
Beliau yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tidak sombong dan mudah didekati berkata apa yang terjadi ke atasnya adalah kehendak Allah. Bazli Ibrahim, 35, yang terkejut dengan pemergian tragis Sosilawati berkata, Allahyarham biasanya akan melakukan rumah terbuka pada Hari RayaAidilfitri yang kedua di kampung itu.
Beliau berharap ahli keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut.
Siti Aminah Md. Mukri, 27, berkata kegigihan Allahyarham membina empayar perniagaan Nouvelles Visage menjadi kebanggaan penduduk.
Beliau menyanjungi budi pekerti wanita itu yang mulia dan tidak pernah meninggi diri dengan kejayaannya.
Tinjauan pemberita ke rumah ibunya Yatimi Abdul Rahman, 80, di kampung itu mendapati rumah itu berkunci.
Difahamkan ibunya dan ahli keluarga yang lain sudah bertolak ke rumah Allahyarham di Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List