PANAS BERAPI...!!!!! PESANAN KHAS UNTUK RAIS YATIM....???

on Oct 15, 2010


Kepada Menteri Penerangan, Rais Yatim, daripada sibuk buat laporan terhadap blogers, tolong tengok kat Celcom sekejap boleh tak?

Celcom duk menipu ratusan ribu pengguna terutama di Lembah Kelang...kot-kot latuk seli tak sedar kan!

Buat kempen dan iklan tak ingat-ingat pasal broadband diaorang, tetapi hakikatnya kualiti perkhidmatan mereka tersangat buruk



Bayar RM60 lebih atau RM90 lebih....kualiti perkhidmatan tetap sama yakni kedua-duanya bodoh dan lembab

Telefon Careline pun tak guna...takda siapa yang angkat...kalau angkat pun pindah sana pindah sini dan Celcom akan putuskan talian di separuh jalan....babi pukimak punya Telco!!!

Celcom yang diterajui oleh seorang CEO yang dulu menjahanam dan mengagalkan sebuah stesen televisyen swasta sedang menipu penggunanya dengan rancak di seluruh negara sekarang ini

Apa yang Rais Yatim buat pasal benda ni?

Pergilah tengok Celcom dan CEO gagalnya sikit

Orang dah tak tahan dengan penipuan Celcom ni latuk seli.....

Jangan duk sibuk cari pasal dengan penulis blog aje semata-mata

Kang orang kata datuk sama lembab dan bebal macam broadband Celcom jugak

(Psttt Latuk- Jangan lari fokus dengan cari pasal dengan Malaysia-instinct pulak...selesaikan hal Celcom ni dulu....bagi nampak latuk buat kerja) 

Sumber: Malaysia Instinct

PKR Jangan Menang Pemilihan Tetapi Kalah Pilihan Raya....???

on

PROSES pemilihan kepimpinan dalam PKR sudah pun hampir penghujung. Ternyata proses pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian umum. Macam-macam gelagat dan kejadian berlaku dalam pemilihan itu. Baling kerusi, sepak, tendang, tabur kertas pengudian semuanya ada.

Manakala calon yang bertanding pula muncul dengan pelbagai gelagat. Ada yang melakukan serang hendap untuk menang. Ada yang mucul dengan manifesto dan wawasan tersendiri, ala-ala pertandingan presiden Amerika pula. Tidak kurang pula yang menggunakan tetktik provo, lempar batu sembunyi tangan, buat kenyataan dalam dalam rumah dan melihat kesannya menerusi kaca tingkap.


Kenapa pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian. Saya sudah ulas dalam posting sebelum ini. Media masa penjilat buntut Umno yang selamanya akan memerangi PKR tidak habis-habis mencari dan menyunting angle yang boleh memberi keburukan kepada PKR. Apa dilakukan media kerajaan melakukan propaganda memburukkan PKR. Bekas ahli sampah PKR juga tutur sama bercakap dan memperkatakan prihal parti mereka dengan sedikit upahan oleh pihak tertentu. Walaupun mereka tidak ada locas standi tetapi kerana niat hendak memburukkan Anwar selaku penasihatnya diecer apa saja yang terfikir dalam kepalanya.

Setengannya ada yang bercakap menghemburkan PKR dan Anwar sambil menjinjing kain yang terkena berak sendiri.

Kenapa pemilihan PKR kali ini jadi perhatian, kerana PKR sudah besar dan gema yang mengatakan PKR akan bersama Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya begitu mempesonakan. Pendeknya pemiliha pemimpin hebat dan panas. Secara tidak langsung para pencacai itu yang gerun Putrajaya dirampas Pakatan Rakyat sudah kena tipu.

Proses pemilihan peringkat cabang sudah selesai. Begitu juga dengan pencalonan untuk merebut jawatan tertinggi. Pada 16 Oktober ini pengundian akan dijalankan. Waktu ini mereka yang layak untuk bertanding sedang membuat pertimbangan terakhir sama ingin meneruskan cabaran atau tidak. Beberapa calon sudah pun membuat pengumuman awal menyatakan pendirian mereka sama ada bertanding atau sebaliknya.

Untuk jawatan timbalan presiden, Mohammad Azmin Ali yang mendapat pencalonan terbanyak lebih 100 sudah tentu akan meneruskan cabaran. Mustapa Kamil Ayub juga telah menyatakan kesediaan bertanding. Hari ini beliau mengulangi sekali lagi pendirian itu bimbang takut pengundi (ahli) PKR melupai ke mana beliau. Mustapa Kamil akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Begitu juga dengan Khalid Ibrahim yang dilihat begitu naif untuk bertanding telah menyatakan pendiriannya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Saya melihat penerimaan Khalid itu tidak lebih daripada untuk memecahkan undi saja. Kalau soal-soal di sekeliling MB masih belum lendek molek, untuk apa beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Saya kira Khalid tidak serius dan beliau perlu serius menumpukan menyelesaikan masalah birokrasi politik dalam pentadbirannya atau konflik intres antara kerajaan dengan partinya atau sebaliknya.

Anak Anwar, Nurul Izzah yang sebelum ini bersemangat untuk bertanding dan tergencat seketika kerana pencalonannya tidak mencukupi juga menyatakan hasrat bertanding jawatan itu. Biro Politik PKR hari ini telah memutuskan bahawa pencalonan untuk Izzah sudah mencukupi. Beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak pada masa sesuai.

Sama seperti Khalid Ibrahim, kesediaan Izzah untuk bertanding itu bagi mata saya bukan serius. Izzah sendiri tentu tahu mengukur baju di badannya sendiri. Apa yang menyebabkan Izzah terlatah untuk bertanding kerana dirangsang oleh seseorang. Orang Melayu ada perangai suka melatah terutama wanita berumur. Mungkin Izzah juga ada penyakit itu kerana usianya sudah menjejak ke dewasa selepas menjadi ibu kepada dua anak.

Kenapa saya kata begitu sebab jawatan yang cuba hendak digapai itu tinggi, nombor dua. Sedangkan jawatan paling layak buatnya ialah kerusi Naib Presiden. Itu pun jika diukur dengan pengalaman dan penglibatannya dalam parti, pencapaian sebagai ahli Parlimen jawatan itu juga belum sesuai untuk beliau. Izzah baru '10 tahun jagung'. Jawatan paling afdal ialah menjadi Ketua Ankatan Wanita saja. Saya berharap Izzah tidak terasang dengan hasutan mengeruhkan suasana dan membatalkan hasrat bertanding apa juga jawatan.

Manakala orang yang ghairah untuk menjadi orang nombor sejak awal-awal lagi, Zaid Ibrahim masih membuat perhitungan sama ada akan meneruskan hasratnya untuk tanding jawatan itu atau tidak. Zaid kelihatan masih terus berteta teki dan membuat pelbagai gimik. Teta teki ini apakah satu permainan ataupun kebimbangan Zaid terhadap nasibnya dalam parti berkenaan. Pencalonan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak sampai 40.

Ada sedikit yang tidak kena atau dirasakan pelik pada Zaid ini. Satu masa beliau membayangkan akan bertanding kerusi Presiden sekiranya Nurul Izzan bertanding timbalan presiden. Kenapa beliau menjadi Nurul Izzah sebagai sandaran. Pada saya pemimpin yang berteta teki panjang sangat dan meletakkan sandaran pada orang lain adalah orang yang penakut dan tidak mempunyai kredibiliti sendiri.

Kalau Zaid benar-benar berani dan gentelman seperti dibayangkan dia tidak perlu menjadi sesiapa sebagai sandaran atau pun syarat. Tengok calon lain, Mustapa Kamil Ayub atau Azmin tidak mengada-ngakan syarat. Mereka berdua jantan dan terus menyatakan pendiriannya. Kenapa harus berselindung di sebalik orang lain.

Zaid khabarnya akan membuat kenyataan mengenai jawatan apa yang beliau hendak tandingi. Beliau ada dua peluang. Sama ada timbalan presiden atau presiden. Apakah waktu ini beliau sedang berada di tikar sembayang melakukan istikharah bagi menentukan jawatan apa yang sesuai baginya.

Cara Zaid berpolitik sedikit sebanyak telah menimbulkan kebosanan orang ramai dan ahli PKR. Perhati saja semasa proses pemilihan peringkat cabang baru lalu beliau membuat berbagai kenyataan untuk mendapat sokongan. Lepas satu satu gimik atau pun provokasi yang beliau buat. Salah satu yang agak melampau apabila beliau membayangkan yang kuasa presiden hari ini diliwat. Semua itu mengharapkan dia mendapat pencalonan terbanyak tetapi dalam masa sama melambakkan masalah dalam PKR.

Tanpa disedari sesetengah kenyataan itu telah menimbulkan masalah kepada PKR. Ketelusan dan sikap tegas dan terbuka melampau beliau yang dilakukan itu memberi menodai ketenangan dalam PKR. Di sini pada penilaian saya bekas menteri di JPM itu kurang bijaksana dan kurang peka kepada semangat berpersatuan. Beliau tidak berhemah dan memikirkan kemaslahatan parti lebih besar daripada mencari popular untuk mengharapkan pencalonan. Zaid adalah seorang individualistik.

Pengkaitan Zaid untuk bertanding dengan Nurul Izzah adalah permainan licit beliau. Zaid cuba bayangkan yang beliau mendapat sokongan Nurul Izzah. Harapan lebih jauh dari itu beliau ingin mencerminkan sokongan Izzah itu juga adalah sokonag kedua ibu bapa Izzah kepadanya. Gambaran dari itu juga bahawa Izzah menyokongnya. Tetapi sifir itu tidak mudah memberi jawaban yang konkrit. Zaid sendiri tahu dalam politik 2 x 5 jawabannya bukan saja 10 tetapi berbagai-bagai.

Silap kalau Zaid menyokong Izzah dengan nait itu. PKR adalah parti demokratik yang autentik nombor satu. Pemilihan dan keputusan bakal dibuat Izzah untuk menyokong sesiapa bukan dipengaruhi oleh ayah dan ibunya. Begitu juga dengan orang lain yang bertembung dengan keadaan demikian tidak akan menjadi orang lain sebagai pakar rujuk.

Benarlah kata Anwar, anaknya itu ada pemikiran dan penilaian sendiri dan beliau bangga dengan apa yang dibuat oleh Nuru Izzah itu. Memang Nurul Izzah ada izzahnya sendiri.

Apa pun masa terus berlalu mana-mana calon yang sedang diselubungi kegelapan akhirnya akan terkeluar juga dari jerumu itu. Begitu juga dengan Zaid akan sampai masa untuk beliau menyatakan pendiriannya. Bagi saya yang melihat dari jauh keadaan atau kehebatan Zaid dalam PKR kini semakin menirus bukannya menebal. Hari ini di mana-mana orang mempersoal dan merunggut tentang sikapnya yang seolah bergerak melencung dari landasan kelaziman dan cuba hendak membawa rel demokrasinya sendiri yang tidak mudah diterima umum. Di sini ada sikap agah kepada Zaid seolah-olah beliau saja yang betul, telus dan ikhlas.

Justeru pada saya dengan masalah, persepsi dan tuduhan ke atas beliau, sekiranya beliau masih ada hati dengan PKR beliau mansuhkan saja hasratnya untuk jadi orang nombor dua atau menjadi orang nombor satu. Pemansuhan niatnya itu akan dilihat orang itulah kejujuran Zaid dan sekaligus ia boleh meletakkan semula mahkota kebehatan beliau dalam PKR selama ini.

Tetapi kalau beliau bertanding juga apa lagi kalah, Zaid akan hilang segalanya dan PKR juga akan kehilangan beliau. Saya bersetuju dengan pendepat seorang penulis yang mengatakan tidak ada parti politik di Malaysia ini sesuai dengan jiwa bebas merdeka dimiliki Zaid. Makanya beliau harus menubuh partinya sendiri, menjadi presiden, menjadi timbalan presiden dan ahlinya sekali sebab beliau tidak mudah untuk melarutkan diri dalam kemajmukan ragam manusia politik.

TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG....???

on




APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini."(Malaysiakini).

Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu. 

Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah.

Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain? 

YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah.

Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com

ISTANA NEGARA BARU.........???

on



Kos pembinaan Istana Negara ini meningkat kepada RM811.2 juta


Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010

SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.

Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan

Bahagian VI

Pendaftaran Kontraktor

25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris

Part VI

Registration of Contractors

25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara
MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.

- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,

2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan

PANAS......!!!! LIWAT TANPA TUSUKAN.......???

on


Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

-EraPasca-

Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas......Kompom SPR.........???

on



Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
azlan"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.






-MalaysiaKini-



Kontroversi: SPR Ternyata Semakin Merapu Bila Tetapkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Di Adakan Serentak Dengan PRK Di DUN Galas !!




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa mereka menjalankan tugas berdasarkan kehendak dan amanat yang telah diberikan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Apa tidaknya, sebelum ini mereka beriya-iya menafikan dan mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah tidak mungkin di adakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Kelantan. 


Namun, hari ini Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff (foto) mengumumkan arikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini. Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya


Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalahDaftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu. "Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabahyang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. 


Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.


[Tindakan Aziz Yusof SPR ini jelas sekali sengaja mahu menyakitkan hati rakyat. Mereka ternayat terpaksa tunduk dan akur kepada arahan pihak atasan (UMNO) dalam usaha untuk memastikan Batu Sapi tidak jatuh ke tangan pembangkang. Mereka sanggup memecahkan petugas kedua-dua pihak untuk menggempur kedua-dua pilihanraya itu nanti. 


Tindakan ini adalah tidak wajar dan amat keterlaluan. Tambahan pula, mereka sendiri mengaku tidak mungkin pilihanraya kecil itu diadakan serentak sebenarnya. Apa yang pasti, tindakan SPR ini tentu akan membuatkan rakyat lebih benci kepada UMNO BN. Maka itu, kita amatlah berharap agar rakyat membuat keputusan bijak untuk menolak mereka dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini nanti. Ia sebagai penanda aras untuk Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13]. PDO

Umno mampu atasi pengaruh PERKASA, kata Nazri......???

on

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz percaya Umno akan dapat bertahan dalam menghadapi kemaraan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa semakin berpengaruh di kalangan anggota parti itu.
Katanya, Umno pernah menghadapi ujian yang lebih getir ketika menghadapi pengaruh gerakan Islam dalam Umno yang membentuk PAS, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, malah daripada penyokong Datuk SeriAnwar Ibrahim yang membetuk PKR.

“(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?” katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya.

Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri.

“Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka.

Jelasnya, apabila PERKASA menjadi parti politik, anggota Umno akan berada dalam kedudukan terpaksa untuk membuat pilihan.

Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka,” kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA.

“Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi.” katanya lagi.

PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Pandangan seolah-olah Dr Mahathir masih lagi berkuasa, dengan sokongan gerakan seperti PERKASA yang giat mengutarakan pandangan yang bertentangan dengan usaha liberalisasi Najib.

Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut – "ia satu persepsi semata-mata," katanya.

“Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir),” katanya.

Nazri berkata, Dr Mahathir pada Mei 2008 lalu pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak yakin dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir turut mencadangkan ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah memaksa Abdullah letak jawatan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri.

“Itu menunjukkan (Umno) kuat, itu saja. Beliau tidak akan kembali jika kita tidak kuat, kata Nazri.

-Malaysiakini-

Kerajaan tetap beli tren elektrik walaupun SPRM sedang siasat kerugian RM500 juta

on

Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.
Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.
PAC seterusnya telah meminta secara rasmi SPRM menjalankan siasatan rasuah ke atas pembelian tren elektrik tersebut.
Kong memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan  LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc  Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.
Dzulkefly turut mengingatkan kerajaan mengenai satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin diesel dari Sepanyol untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan.
"Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan  Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut.
"Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

WarkahDaily – Alangkah pelik, pembelian 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dengan harga RM1.8 bilion tetap diteruskan jugak walaupun pembelian itu dalam penyiasatan SPRM kerana berlaku perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kata, pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Semata-mata surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan kepada pihak pembekal, kerajaan telah mengenepikan dakwaan penyelewengan yang mengakibat kerugian dan sedang disiasat oleh SPRM.

Kebiasaan kalau SPRM dah siasat, pembelian kenalah tangguh atau diberhentikan bagi membantu perjalanan penyiasatan oleh pihak berkuasa.

Dibimbangi disebalik meneruskan pembelian tren berkenaan walaupun ianya dalam siasatan SPRM, ada campurtangan pihak atasan yang mempunyai keuntungan di sebalik tender pembelian tren elektrik berkenaan.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, alasan meneruskan pembelian tren berkenaan kerana surat tawaran sudah dikeluarkan amatlah memalukan.

Kes Sosilawati: Dua dipenjara tujuh tahun

on

Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.


K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.


Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.

Pada Rabu, peguam N Patmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

- Bernama

Plus dijual kepada KWSP, Khazanah - RM23 bilion

on

Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plus Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan - Edge hari ini.

Menurut laporan itu, yang dipetik olehReuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham. 

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu. 

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List