Tips menangani bayi menangis malam

on Oct 31, 2010

Menjadi keruan apabila anak kita asyik menangis di malam hari. Perkara ini dilalui oleh semua ibubapa ketika melalui usia kanak-kanak. Namun begitu apabila ia semakin besarm masalah ini akan selesai. Berikut tips untuk mengatasi masalah bayi menangis malam:


Pastikan bayi kenyang semasa tidur
Sapu bayi anda dengan minyak bayi dan sedikit urutan sebelum tidur
Jika anak demam, pastikan sentiasa menjaga suhu badan bayi dengan membuat jelungan kepala

Jika keluar malam, pastikan anda tidak terus menyapa bayi semasa pulang. Sebaiknya berada di luar rumah seketika

Pastikan anda mandi atau cuci tangan sebelum memegang anak

Tuam dengan air suam/uncang pada perut dan kaki bayi jika perut kembong

Jangan bawa bayi ke tempat-tempat jarang dikunjungi

Jangan bawa bayi keluar magrib atau malam

Pastikan anda sentiasa memeluk atau berada di sisi bayi

Pastikan tempat tidur bayi selesa - seperti kipas, bantal, tilam sesuai

Pastikan tiada bunyi yang kuat atau bising.

Ruam Panas......

on

Satu lagi penyakit yang sangat sinonim dengan cuaca panas. Ia terjadi akibat pendedahan kepada suhu yang panas secara berterusan. Juga disebut miliaria. Masalah seperti urtikaria (gatal-gatal) dan tidak berpeluh juga termasuk sebagai ruam panas.


Biasa berlaku ketika musim panas terutama jika kelembapan tinggi. Keadaan ini boleh berlanjutan berhari-hari jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan profesional andai peringkat serius.



Jenis-jenis Ruam Panas


* Jernih (miliaria kristalina)

* Putih/kuning (miliaria pustulosa)

* Merah (miliaria rubra)

* Dalam (miliaria profunda)



Risiko Ruam Panas


Semua orang terdedah kepada ruam panas. Namun mereka yang lebih terdedah kepada masalah ini adalah :


# bayi

# kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun

# atlet atau individu yang berkerja di kawasan panas atau terik matahari

# Obesiti

# pesakit yang sukar bergerak (bed ridden)

# individu yang kurang atau tidak berpeluh secara kongenital (keturunan)

# pekerja ketenteraan



Punca Ruam Panas


Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit.


Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas. Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.


Simptom


Ruam panas biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil dalam jumlah yang banyak di bahagian folikel bulu roma. Di sesetengah kawasan, ia mungkin berwarna merah atau merah jambu.


Lebih teruk, ruam panas boleh menyebabkan iritasi teruk dan muncul tompok-tompok merah lebih besar dan gatal-gatal. Sesetengah individu mengalami ruam panas sangat gatal dan sesetengah pula tiada kesan tertentu.


Kawasan yang sering terjadi ruam panas adalah muka, leher, belakang , abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung.



Rawatan Profesional


Kebanyakan kes ruam panas pulih dengan sendiri tanpa rawatan doktor. Ruam panas yang berpanjangan perlu didiagnos melalui karakter kulit dan sejarah ruam sebelum ini. Ruam yang teruk memerlukan ujian mikroskopik atau biopsi kulit. Lain-lain ujian yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan sama ada jangkitan bakteria , ekzema atau jangkitan kulat.


Penjagaan Sendiri di Rumah


Kebanyakan ruam panas boleh pulih tanpa rawatan. Sesetengah kes pulih sehari selepas bertukar kepada kawasan yang lebih sejuk.


Langkah untuk penjagaan ruam panas :


1. Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. Kemudian bilas dengan air dan keringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.


2. Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).


3. Mandi atau berendam dalam air sejuk.


4. Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.


5. Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.


6. Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).


7. Gunakan ubat niacin.



Cara Mengelak Ruam Panas


* Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.


* Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.


* Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.


* Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.


* Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.


Faktor Yang Memburukkan Ruam Panas


# Kelembapan tinggi


# Suhu tinggi


# Aktiviti jakuzi, sauna dan bilik stim.


# Demam


# Selaran matahari (sunburn)


# Berpeluh kerap


# Pakaian yang ketat dan fabrik tidak mesra pengaliran udara

BILA BINATANG DISEKSA BALASANNYA....eeee !!! NGERINYA....

on

Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.


Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.


Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.



"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.



Matador kelahiran Seville, yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan.

8C Yang Dibenci Suami

on



"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7


"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata.Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje.Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah

"saya nak cari suami yang..."

on

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat
Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri
Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati
Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar2 sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda2 lagi

Manik Urai Tak Bina Lagi Ni Nak Buat Kat Gua Musang Lak.......????

on

GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia menimbangkan permintaan penduduk tiga kampung di kawasan Batu Papan untuk menggantikan dua jambatan yang sempit dan tidak sesuai digunakan, selain membahayakan penggunanya.


Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata jambatan gantung dan jambatan sempit berkenaan digunakan lebih 1,500 penduduk dan pelajar dari Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu 2 serta Kampung Batu Papan Kundur, untuk berulang-alik ke Gua Musang dan sekolah.



"Jadi, saya akan bawa cadangan untuk membina jambatan ganti kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan, kerana kita tidak mahu sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku, lebih-lebih lagi terhadap pelajar sekolah yang sering menggunakan jambatan ini untuk berulang-alik ke tiga buah sekolah berhampiran," kataya kepada pemberita selepas melawat Kampung Batu Papan di sini Sabtu.



Beliau berkata perkara itu bukan janji pilihan raya, tetapi ia bagi memenuhi keperluan rakyat.



"Kita tidak berjanji, namun kita akan usahakan. Kalah atau menang dalam pilihan raya kecil, itu kemudian kira. Yang penting, kerajaan BN mahu membantu kebajikan penduduk kampung di kawasan ini, yang terpaksa bergilir-gilir melaluinya setiap kali ada kenderaan dari arah bertentangan," katanya.



Awang Adek berkata cadangan pembinaan jambatan baru itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau melawat Kampung Batu Papan baru-baru ini.



Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah kos yang dijangka terlibat untuk membina jambatan ganti itu.



Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata Pas seolah-olah telah kehabisan modal apabila menggunakan isu royalti untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.



"Ini menunjukkan Pas tidak menghormati undang-undang. Mereka tidak patut membangkitkan isu itu kerana ia masih dalam peringkat mahkamah. Kita bukan tidak boleh menjawab mengenainya (royalti), tetapi kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara mereka," katanya.



Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima dari PAS, yang meninggal dunia pada 27 Sept lalu.



BN telah memilih Abdul Aziz Yusoff, 49, untuk menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, pada 4 Nov ini.



-- BERNAMA

Kekasih terlarang rupanya isteri orang

on

DI rumah inilah arwah Muda cuba meminum air kelapa 
untuk cuba menghilangkan bisa racun yang 
memasuki badannya. 
Gambar kecil, Kuntum.


KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikatakan menjadi penyebab seorang penoreh getah berusia 27 tahun maut selepas dipaksa meminum racun kelmarin rupa-rupanya berstatus isteri orang.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, pihaknya telah menahan wanita itu, suami, 24, dan ibunya, 36, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, suami remaja itu ditahan Selasa lalu manakala ibu dan remaja tersebut ditahan ketika mereka datang untuk menemui lelaki itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, kelmarin.
Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah mereka yang ditahan meningkat kepada tujuh orang.
Difahamkan, remaja perempuan itu yang sudah berkahwin tahun lalu menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa. Oleh kerana itu, dia dikatakan menjadi penyebab ahli keluarganya naik berang sehingga memaksa mangsa, Muda Mohd., 27, meminum racun pada 19 Oktober lalu.

SPR DAH MULA BERKATA KATA.......???

on Oct 30, 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2Oa7KnR3bXyEagJ35WLFRLNGfPLAfTfrDLe0GGMrXylMYDaiIDsyfIYRgvFYfojaIfje-5-HjomjWrCafSGL-fGfYRXPYxs6YUT_bWWCUqOyVXOy4kEkMEqxyaq3PzpEY9FeF6wcw6T8/s1600/sprbn.png


GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

Kelantan 2 Negeri Sembilan 1

on






Menangggggggggggggggggggggg......






Bekas calon BN maki hamun Tok Guru......???

on


GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah(gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi  itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial  mencari arah.   

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List