BANJIR :- Syarikat insurans mula dibanjiri tuntutan.....???

on Nov 10, 2010

KANGAR - Syarikat insurans mula dibanjiri tuntutan oleh mangsa-mangsa banjir yang membuat pinjaman perumahan Perbendaraan Negara dan di Perlis kira-kira 300 penjawat awam telah membuat tuntutan insurans bencana alam itu.

Etika Insurans dan Takaful cawangan Kangar, satu-satunya panel insurans yang melindungi pinjaman penjawat awam di Perlis menyifatkan jumlah mangsa yang membuat tuntutan itu agak tinggi kerana kejadian banjir besar itu.

Pengurusnya, Umi Kalsom Mat Isa berkata, pihaknya akan membuat penilaian sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tuntutan itu.

Menurutnya, syarikat insurans itu hanya mengambil kira kos kerosakan bangunan tetapi tidak membabitkan perabot atau peralatan di dalam kediaman.

"Kami hanya melindungi bangunan dan hanya menilai kerosakan struktur bangunan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mengenai jumlah tuntutan terkumpul, Umi Kalsom berkata, ia sebenarnya bergantung kepada penilaian yang akan dibuat oleh pihak syarikat.

Perbendaharaan Malaysia dalam kenyataannya hari ini menasihati mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang merupakan penjawat awam yang ada pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insuran masing-masing.

Tuntutan meliputi kerosakan struktur bangunan, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir, tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih.

Mereka juga boleh menuntut pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu.

Mangsa boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang yang ditetapkan bersama dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan.

Roadshow Zaid Ibrahim Bermula.......???

on

Datuk Zaid Ibrahim akan mengadakan taklimat khas untuk penyokongnya di Kedah malam ini - yang dijangka menjadi permulaan kepada program menjelajah ke seluruh negara.

Menurut satu undangan media dari pembantu Zaid, beliau akan menemui "pasukan PKR Kedah" di Taman Intan, Sungai Petani malam ini di mana beliau akan mengadakan perbincangan mengenai "perkembangan politik terkini dalam PKR".

Zaid dijangka menjelaskan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti dan mengulangi tuntutannya supaya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali berundur.

Perjumpaan malam ini diadakan dua hari selepas Zaid mengumum menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Beliau dan seorang pesaing jawatan tersebut, Mustaffa Kamil Ayub, mendakwa bahawa Azmin - yang sedang mendahului jumlah undi - di sebalik penyelewengan dalam pemilihan tersebut. Mereka juga mendakwa ibupejabat parti itu turut bersubahat.

Dalam perkembangan berkaitan, 24 ketua bahagian PKR mendesak parti menunda pemilihan parti, sementara menunggu selesai siasatan terhadap dakwaan penyelewengan tersebut.


Datuk Zaid Ibrahim akan mengadakan taklimat khas untuk penyokongnya di Kedah malam ini - yang dijangka menjadi permulaan kepada program menjelajah ke seluruh negara.

Menurut satu undangan media dari pembantu Zaid, beliau akan menemui "pasukan PKR Kedah" di Taman Intan, Sungai Petani malam ini di mana beliau akan mengadakan perbincangan mengenai "perkembangan politik terkini dalam PKR".

Zaid dijangka menjelaskan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti dan mengulangi tuntutannya supaya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali berundur.

Perjumpaan malam ini diadakan dua hari selepas Zaid mengumum menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Beliau dan seorang pesaing jawatan tersebut, Mustaffa Kamil Ayub, mendakwa bahawa Azmin - yang sedang mendahului jumlah undi - di sebalik penyelewengan dalam pemilihan tersebut. Mereka juga mendakwa ibupejabat parti itu turut bersubahat.

Dalam perkembangan berkaitan, 24 ketua bahagian PKR mendesak parti menunda pemilihan parti, sementara menunggu selesai siasatan terhadap dakwaan penyelewengan tersebut.

Perjuangan Saya Ditentukan Ahli Parti, Azmin........???

on

Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau akan terus mendokong perjuangan parti itu selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh akar umbi parti. Justeru tidak timbul soal beliau melayan gesaan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuruhnya untuk meninggalkan parti.

"Samada saya kekal dalam parti atau sebaliknya ditentukan oleh anggota-anggota parti, kalau kita yakin dengan sistem demokrasi dalam kerajaan mahupun dalam parti kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Saya bersedia untuk mengambil backseat atau pun peranan yang lebih kecil sekiranya diputuskan anggota parti," kata Azmin.

Azmin berkata walau apa pun beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik ke arah memperkasakan parti.


"Saya akan memberi khidmat terbaik dalam membawa parti Keadilan ke tahap yang lebih besar dan memainkan peranan dalam gelanggang politik di peringkat nasional," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Zaid berundur dari pemilihan PKR setelah ketinggalan di belakang Azmin dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.

Zaid semalam mahukan Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar daripada parti itu dan menawarkan dirinya pula untuk memimpin parti, setelah kurang dua tahun menganggotainya .

Kenyataan itu mengejutkan kerana Zaid selalu mencanang dirinya sebagai seorang pendokong demokrasi dan menghormati kehendak akar umbi.

(TVSnews)

Penyokong Akar Umbi Kecewa Zaid Tarik Diri.........???

on



Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

"Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

"Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.


Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.

Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut.

Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

"Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

Bincang sebelum merebak

Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa.

Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

"Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

'Pembersihan' dalam parti

Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

"Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.


Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti.
Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).

Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

"Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

"Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi.

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan.......???

on


Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.
-mstar-

Pelaburan cukong dalam PKR......???

on

PKR pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat - satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah!

Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku di mana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.
Pemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masalah yang mucul. Rungutan dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan - kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datangnya dari orang luar parti tetapi dari Mustaffa Kamil Ayub (gambar kanan, tengah), naib presiden PKR sendiri.


Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.

Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan di mana bibit-bibit politik wang boleh menerobos masuk dan menjadi barah.

Kalau dalam sistem perwakilan 'cukong (kapitalis) penaja politik' hanya melabur dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi 'cukong' ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.

Justeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabur untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis pembajakan (rompakan). Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya - masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.

Sabah, Selangor kunci kemenangan

Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah juru fikir. Kaum pemodal, para cukong dan juru fikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabur. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.

Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat 'China Doll' berkemban di tepi katil.

Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerobos ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat PKR dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabur sekarang sebagai 'faedah simpanan berjangka panjang' jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah.

Strategi untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaun ini akan menang.

Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lain adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas(selesai).

Wahai Dr Watson, ini elementri Dr Watson.

Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk kerusi pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.

Tiada wang, lupakan PKR

Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar - jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita-cita ini tercapai.

Sabar! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja: Sila cari cukong untuk menaja kempen anda!
Jangan risau hati, jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketerampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simen, ada cukong DVD, ada cukong internet, ada cukong papan iklan - ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.

Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabur dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi ADUN - menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana 'rezeki' akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?
Untuk melelehkan air liur, sidang pembaca sekalian, biar saya ceritakan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar daripada belanjawan negeri Perlis. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.

Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pesimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar daripada di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya ceritakan di sini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan pegangan dalamreal politic tidak mencukupi. Real politic bukan tentang niat dan pegangan.

Dalam real politic niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula daripada niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.

Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar.


Oleh Hishamuddin Rais

Abim ada pengaruh dalam PKR..........???

on




Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga hari ini masih dikaitkan dengan kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia, Abim, walaupun mempunyai agenda yang berbeza pada masa ini.

Abim pada masa kini mempunyai agenda yang berbeza dengan Anwar yang semakin dekat dengan agenda liberal, walaupun hanya untuk kepentingan jangka pendek.

Kontroversi nama Allah dan pelbagai isu lain meletakkan Abim dengan Anwar dalam kedudukan bertentangan, tetapi Anwar masih mendapat sokongan tokoh-tokoh tertentu seperti Mustaffa Kamil Ayub dan Muhammad Nur Manutty.

Muhammad Nur mencetuskan rasa kurang senang ramai dalam Abim dan ramai tokoh gerakan Islam yang dekat dengan beliau kerana menyokong pandangan Anwar dalam isu kalimah Allah.

Mustaffa Kamil Ayub, antara tokoh faksi Abim dalam PKR sudah mula menunjukkan penentangan terhadap Anwar, walaupun ada yang menjangka beliau akhirnya tidak akan berbuat sebarang tindakan drastik.

Hubungan kompleks Anwar dengan Abim, atau individu-individu dalam Abim menyebabkan berlaku turun naik dalam hubungan Anwar dan juga PKR dengan Abim.

Abim menjadi satu kumpulan yang kuat menyokong Anwar selepas September 1998, tetapi kemudian disingkir beramai-ramai oleh faksi bekas Umno, liberal dan berhaluan kiri dalam parti, semasa itu Parti Keadilan Nasional.

Walau bagaimanapun, beberapa tokoh seperti Mustaffa kekal dalam kedudukan selesa, tetapi kehadiran aktivis berlatarbelakang gerakan Islam masih tidak disenangi ramai dalam PKR.

Tokoh-tokoh seperti Mustaffa dan Muhammad Nur dilihat dipergunakan untuk melayan sentimen Islam dalam parti dan dalam politik nasional, tetapi tidak akan diberikan posisi yang lebih penting melainkan menjadi orang kuat Anwar yang menyokong semua agendanya.

Usaha Mustaffa meneruskan perjuangan dalam PKR dilihat memberi harapan kepada faksi Abim tetapi perkembangan hari ini menunjukkan sukar untuk Abim memberi impak kepada PKR.

Apapun, Anwar masih mempunyai tarikan terhadap ahli-ahli Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM yang boleh menjadi penyokong dan pengikut Anwar.

Persaingan faksi Abim dengan kumpulan-kumpulan lain masih berlangsung dalam PKR, dengan Anwar menjadi faktor yang mengekalkan mereka dalam parti itu.

Walaupun dikritik sebagai dipergunakan oleh Anwar hanya untuk masa tertentu, ramai aktivis Abim masih meletakkan harapan pada Anwar.

Apa Dah Jadi Di Melaka Ni........???

on





Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina?

Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise.

Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.



Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.

Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my/

MENANG SORAK ! KAMPUNG TERGADAI !

MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU !

Kalaulah isu ini terjadi di Pulau Pinang atau di negeri2 Pakatan Rakyat, rasa-rasa apa reaksi penganut ajaran Umno?...

Sudah pasti segala maki hamun, sumpah seranah, perkauman, dan fitnah dijaja di dalam blog-blog mereka, ditujukan kepada DAP dan PR..isu ini kemudiannya dipanjangkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan TV3 (sekadar contoh) bagi membodohkan segala penyokong2nya..

Namun kali ini, isu yg timbul ini tidak berlaku di negeri PR, tetapi di negeri Ali Rustam...kita tunggu reaksi mereka..apakah DAP juga akan dipersalahkan kali ini?....



Sumber Dari :- http://loveperak.blogspot.com

RAMALAN KU MUNGKIN BENAR..........???

on



Apabila saya mengamati penjelasan Zaid Ibrahim di bawah - maka jelaslah ramalan awal saya bahawa Zaid akan memperincikan masalah yang sedang berlaku di dalam PKR. Soal yang sedang berlegar di dalam kotak minda ahli-ahli PKR hanya satu - iaitu apakah yang akan dilakukan oleh Zaid dan Mustaffar Kamil setelah tamat tempoh 48 jam yang diberikan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution agar segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berjalan ini? 

Saya sudah meramalkan beberapa perkara sebelum ini - dan ia benar-benar terjadi, langkah politik Zaid bijak dan sekali lagi saya jelaskan Zaid akan menang dalam pertarungan dengan Anwar Ibrahim. Saya meramalkan beberapa hal akan berlaku selepas ini antaranya adalah seperti berikut :

1. Wujud desakan daripada para penyokong kuat Anwar Ibrahim agar Zaid dan Mustaffar Kamil diambil tindakan disiplin. (Tetapi, Anwar tidak akan menerima cadangan tersebut - bagi menunjukkan sifat toleransi dan demokrasi bersuara).

2. Akan wujud pendedahan demi pendedahan berkenaan keburukan dan salah laku Zaid Ibrahim daripada para penyokong kuat Anwar Ibrahim, bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau pada kaca mata ahli-ahli PKR.

3. Setelah tamat tempoh 48 jam kata dua yang telah diberikan oleh Zaid dan Mustaffar Kamil kepada Saifuddin, maka, selepas itu sekali lagi Zaid dan Mustaffar Kamil akan mengadakan sidang media khas bagi mendedahkan segala bukti yang mereka ada bagi mengheret PKR ke gaung kecurigaan dan kekeliruan.

4. Saifuddin Nasution akan menjadi "kambing hitam" dalam isu penyelewengan ini. Beliau akan dianggap lalai dan leka dalam menyelesaikan masalah dalaman parti. Kegagalan beliau sebagai Setiausaha Agung PKR bakal terselah dan mungkin akan dipinta meletakkan jawatan.

5. Anwar Ibrahim mungkin akan melabelkan Zaid dan Mustaffar Kamil sebagai "pengkhianat" dan perosak parti. Pungutan suara mungkin akan diambil bagi menyingkirkan mereka berdua secara halus.

Inilah serba sedikit hitungan awal saya terhadap apa yang akan berlaku selepas ini. Yang penting, ingin saya tegaskan Zaid Ibrahim tetap akan menang dalam perjuangannya menentang Anwar. Zaid akan tetap dinobatkan sebagai hero dan wira baru PKR. Baca laporan di bawah :

DATUK ZAID IBRAHIM mengadakan sidang akhbar di rumahnya semalam bagi menjelaskan mengenai tindakannya menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan jawatannya dalam parti. Berikut adalah sedutan sidang akhbar itu:

ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding. Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding.
Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului. Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini.

Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini. Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah.

Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri. Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik.

Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat. Semua ini mendedahkan kita lemah, hakikatnya ialah cuma 6,000 ahli sahaja yang keluar mengundi, kita gagal. Saya mahu ubah kerana saya fikir PKR mampu bertindak lebih baik.

Kita tidak boleh ada pemimpin yang lemah yang hanya sentiasa menyalahkan pihak lain. 16 September, kita salahkan BN (Barisan Nasional)... hilang negeri Perak, kita salahkan BN... MP (ahli Parlimen) tinggalkan parti, kita salahkan BN.

Sudah sampai masa kita akui yang kita ini lemah, kerana kita membawa beban yang besar iaitu kepercayaan rakyat. Untuk PKR menjadi lebih baik, perlu ada kepimpinan baru, itu tidak semestinya saya. Ia akan memberi kekuatan baru, fokus baru. Sekurang-kurangnya siapa yang sanggup terima kelemahan ini dan mengatasinya.
Bukan kita tidak hargai sumbangan Anwar, kita hargai semua, tapi masa sudah berubah dan masalah sekarang juga berbeza. Saya cadang jika PKR mahu terus maju, Anwar dan Azmin (Ali) mesti keluar kerana mereka adalah punca kepada segala masalah.

Saya mungkin tidak mendapat sokongan. Mungkin juga saya akan mendapat sokongan dan mungkin juga akan ada dakwaan saya buat semua ini untuk kepentingan diri sendiri. Tapi kita tengoklah. Tetapi saya juga telah ke bawah dan ingin melihat kejayaan parti pembangkang yang kuat, nak tengok pakatan pembangkang yang kuat dan kerajaan akan jadi lebih bertanggungjawab.

Itu polisi saya, saya tak buat ini untuk menunjuk. Ada orang kata, jika saya tak dapat jawatan ini saya tarik diri. Bukan, saya ada visi untuk politik negara ini menjadi lebih baik. Saya lakukan ini semua dengan nilai kebertanggungjawaban dan kejujuran. Saya tidak kritik parti kerana tidak dapat apa yang dikejar. PKR perlukan penyelesaian radikal bagi mengatasi segala masalah yang timbul hari ini. Harap apa yang saya katakan ini dapat difahami.

SOALAN: Kalau parti tangguhkan pemilihan, nak berpatah balik?

ZAID: Tidak. Masalah parti lebih dalam daripada semua itu. Jadi, Azmin patut disingkirkan. Anda tidak boleh, kerana kantoi di cabang ini, buat pemilihan sekali lagi. Kantoi di Kubang Pasu, buat lagi. Kantoi di Libaran, buat pemilihan semula. Saya tidak nampak pendekatan itu berkesan. Sesiapa yang menyalahgunakan sistem mesti disingkirkan.

Adakah Anwar sudah tidak relevan dengan PKR dan politik tanah air?

ZAID: Saya fikir Anwar terlalu banyak isu peribadi. Selesaikanlah isu peribadi dulu. Azmin banyak masalah juga, jadi kedua-duanya perlu berundur dan biarkan PKR dipimpin dengan cara yang berbeza.

Sedia untuk berjumpa dengan Anwar?

ZAID: Boleh. Tapi saya akan cakap benda yang sama seperti yang saya kata hari ini.

Masalah bukti yang Anwar minta, boleh tunjukkan kepada media?

ZAID: Saya tunjuk dekat media, buat apa? Saya tunjuk dekat Bersih lah. Saya yakin Anwar tahu semuanya. Tak perlu tunjuk bukti, ahli pun tahu, semua orang tahu, calon pun tahu. Apa nak buktikan? Tapi kalau nak buktikan, saya akan buktikan kepada pihak yang bebas. Nak buktikan dekat dia buat apa?

Selain video, apa bukti lain yang Datuk ada?

ZAID: Laporan-laporan yang kita terima itulah bukti. Kita bukan polis nak pergi siasat, cuma yang kita ada laporan daripada ahli. Serah kepada mereka. Kalau tak mencukupi terserahlah kepada ahli. Tapi yang tak puas hati bukan saya seorang, semua calon. Yang puas hati cuma Azmin seorang sahaja.
Takkan kita semua reka bukti-bukti. Anwar perlu terimalah banyak masalah dalam parti. Beliau kena berdepan dengan masalah itu.

Kalau Azmin disingkirkan, apa tindakan Datuk?

ZAID: Kita bergantung kepada ahli. Tindakan saya macam ini, kita perlu melakukan pembersihan dalam parti. Kita perlu orang yang baik dalam parti. Kita perlukan dasar yang kukuh.

Sejauh mana kesetiaan Datuk pada parti?

ZAID: Kesetiaan saya pada parti sentiasa ada, tidak tergugat. Cuma, ada beberapa pemimpin lemah, itu yang tidak suka pada saya. Itu sahaja.

Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?

ZAID: Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?

Anwar kempen untuk Azmin, macam mana?

ZAID: Itulah salah satu puncanya masalah ini. Apabila Ketua Umum sudah memihak... kempen, beritahu ketua cabang... rosaklah. Tetapi Azmin dan Anwar ini baik, terpaksalah kempen.

Ada kemungkinan Datuk akan bersama dengan Mustaffa selepas ini?

ZAID: Tidak tahu apa tindakan beliau selepas ini. Dia pun berlapik tadi.

P.S Janapala (bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) dakwa secara terbuka Anwar bertanggungjawab atas segala penyelewengan?

ZAID: Saya tidak tahulah siapa di sebalik penipuan tetapi saya tahu ada penipuan. Mungkin Janapala ada bukti, tapi peliklah orang datang 50 orang undi 150 undi.

Datuk percaya Anwar terlibat?

ZAID: Saya tidak tahu. Saya peguam, saya perlu lihat pada bukti.

Ada kemungkinan calon lain akan mengikut jejak Datuk?

ZAID: Saya rasa begini. Mereka juga kecewa, semua calon yang bukan 'line up' Azmin kecewa. Tetapi apa yang mereka akan lakukan, saya tidak mahu buat spekulasi.

Notis rasmi?

ZAID: Tak apa, saya akan hantar surat kalau itu mereka mahu.

Isu di Libaran dan Sandakan?

ZAID: Benda-benda ajaib berlaku. Tong pengiraan undi berpindah randah, banyak yang tidak betul.

Video Dulu Benci PAS, Sekarang Kasih Kepada PAS.....???

on

"Bulan" sekarang ini mewakili hati saya - Thresa Teng



Kita saksikan sebentar dan ada orang lain yang tersenyum apabila mendengar dan memerhatikan klip ini di minit 6.15 saat, kita saksikan.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List