PKR dah expired & obselete.........???

on Dec 16, 2010

Siapa tidak kenal dengan  Malik Imtiaz Sarwar. Dia bukan sahaja seorang peguam yang popular dalam  memperjuangkan hak asasi manusia tetapi juga merupakan salah seorang  'pembela' hebat Anwar Ibrahim dan PKR. Tapi, itu chapter lama. Hari ini dia membuka lembaran baru di mana dia  muncul dengan watak yang jauh berbeza - watak antagonis yang akan membuat mata Anwar dan pencacai PKR terbeliak besar.

Seperti yang dilaporkan dalamwww.mclm.org.uk , Malik telah kembali dengan MCLM - Malaysian Civil Liberties Movement - sebuah organisasi yang akan didaftar sebagai parti politik. Parti yang mereka katakan  sebagai 'the third way' yang  bebas dari PKR. Yang akan memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial yang SEBENARNYA (dah tentu bukan palsu seperti perjuangan PKR). Penubuhan MCLM ini telah diumumkan di satu perhimpunan kecil di sebuah hotel di London pada Ahad lepas.

Apa yang paling membimbangkan Anwar ialah tenaga yang ada bersama Malik iaitu  Raja Petra Kamarudin, yang pernah menjadi 'anjing politik' belaan dan pujaannya serta Haris Ibrahim yang juga  'amat sinonim' dengannya.


Anwar! PKR!  I'm watching you...closely
Walau pun beberapa bulan kebelakangan ini mereka bertiga sering menghentam Anwar dan PKR secara  terbuka, pedas dan hostilenamun Anwar tidak pernah menjangka 'pemberontakan' mereka bertiga akan sampai ke tahap ini.

Berdasarkan kepada kritikan yang mereka buat, jelas mereka amat kecewa bukan sahaja kerana Anwar dan PKR gagal melaksanakan reformsyang dijanjikan tetapi juga kerana sedar bahawa Anwar dan PKR  adalah entiti  yang "cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap". Anwar dan PKR sebenarnya jauh tersasar dari amalan demokrasi dan pejuangan menegakkan keadilan sosial.


MCML yang dipengerusikan oleh Raja Petra dan dipresidenkan oleh Haris  bercadang akan turut meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU akan datang dan Malik merupakan calon pertama dalam senarainya.


Dengan perkembangan terbaru ini Anwar dan PKR pasti mengalami insomnia yang kronik. Kerana 'anjing politik' yang dibelanya sebelum ini pasti akan meratah tubuhnya dengan bengis.

PEREMPUAN INI MUNCUL KEMBALI.....

on

AGAK AGAK APA SEBAB PEREMPUAN INI MUNCUL KEMBALI.........





Parlimen - Akhirnya Anwar Digantung 6 Bulan

on








Parliament suspends Anwar Ibrahim for 6 months over APCO issue.

All Pakatan MPs walked out from Dewan as motion to suspend Anwar was passed without debate.

Karpal Singh says to take Dewan Rakyat Speaker to court over misuse of power in suspending PR lawmakers.

Usul gantung DSAI - Dewan Rakyat Tegang - Ramai polis di luar Dewan

on

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.29am: Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.


Malaysiakini

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

on

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM"
 diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
 ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
 kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
 kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
 
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
 makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
 
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
 jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
 
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
 kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

Macam-Macam Ada: Parti Baru dan Maklumat Bocor

on

Minda Kadir JasinKALI ini saya nak sebut dua sahaja daripada banyak macam-macam ada yang berlaku di negara kita atau yang berkaitan dengan kita.

Pertama, Mohd Zaid Ibrahim sudah masuk parti baru. Kejayaannya yang pertama dalam parti baru ini adalah meminda namanya daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Akim yang dikatakan berpangkalan di Kelantan, negeri tumpah darah Mohd Zaid, apabila menjadi Kita akan membuka pintu kepada semua kaum dan komited kepada keadilan untuk semua.

Kita (parti baru Mohd Zaid) tidak berhasrat menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi akan menyokongnya dalam hal-hal yang penting.

Dari Umno Zaid masuk PKR. Dari PKR masuk Akim. Ambil alih kepemimpinan Akim dan tukar nama jadi Kita. Sekarang tercapailah hasrat beliau untuk mengepalai sebuah parti politik tanpa susah bertanding.

Macam-macam ada yang kedua adalah mengenai Menteri Luar, Anifah Aman menyerahkan surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, T. Jasudasen, berkaitan apa yang pembesar Singapura kata mengenai negara kita.

Laman Web Wikileaks telah membocorkan banyak dokumen rahsia kerajaan Amerika Syarikat. Yang berkaitan Malaysia adalah perbualan antara diplomat Singapura, Amerika dan Australia. Antara yang dipetik dan dilaporkan oleh agensi berita Perancis AFP adalah:-

1. "A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia," permanent secretary for the Ministry of Foreign Affairs Bilahari Kausikan reportedly told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney in a cable dated September 2008. (Ketiadaan kepemimpinan yang kompeten adalah masalah yang nyata bagi Malaysia.)

2. As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Bilahari was quoted as saying. (Keadaan di negara jiran Malaysia adalah keliru dan berbahaya, ditambah pula oleh kemungkinan berlaku konflik perkauman yang akan menyaksikan orang Cina tempatan lari dari Malaysia dan membanjiri Singapura.)

3. Another official, Peter Ho, reportedly described Malaysian Prime Minister Najib Razak as "an opportunist" who "would not hesitate" to be critical of Singapore if "it is expedient for him to do so."
He said allegations linking Najib to the murder of a Mongolian woman in 2006, which the leader has strongly rejected, would continue to "haunt" his political fortunes. (Seorang pegawai lain, Peter Ho, dilaporkan berkata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak adalah “seorang oportunis” yang “tidak teragak-agak” berfikiran kritis terhadap Singapura jika “bermanfaat berbuat demikian.” Katanya, dakwaan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia pada 2006, yang dinafikannya dengan keras, akan terus “menghantui” turun naik politiknya.)

4. Further WikiLeaks revelations have shown that leaders in Singapore also believe Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim had sex with a male aide in a honey trap set by his enemies. (Wikileads juga mendedahkan yang pemimpin Singapura percaya ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya di dalam perangkap yang dipasang oleh musuh-musuhnya.)

5. Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted', (Perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas Perdana Menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA (Office of National Assessments) dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa ketua pembangkang Anwar “memang melakukan perbuatan yang dia sedang dibicarakan sekarang.”)

Saya langsung tidak hairan dengan apa yang diperkatakan oleh pegawai Singapura itu. Memang itulah kerja Singapura sejak dalu lagi, sama ada ketika dalam Malaysia apatah lagilah selepas dinyahkan.

Itulah yang diajarkan oleh Lee Kuan Yew kepada rakyat Singapura – membenci jiran-jiran, menakut-nakutkan mereka terhadap Malaysia dan Indonesia kerana kita lebih besar dan majoriti rakyat kita beragama Islam, mengganggu gugat ekonomi kita dan pada masa yang sama cuba memonopoli ekonomi kita dengan bermacam cara.

Sebab itulah saya sentiasa memberi amaran kepada para pembesar Malaysia agar berhati-hati dan jangan baik sangat bila berurusan dengan negara itu. Tetapi nampaknya selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad, para pembesar kita taasub sangat hendak berbaik-baik dengan Singapura hingga tunduk kepada kehendak negara itu. 

Singapura adalah “wakil” Amerika dan Australia di Asia Tenggara. Ia adalah “listening post” (pusat merisik) bagi badan perisikan Israel. Jadi adalah tidak menghairankan bagi diplomat Singapura bertukar-tukar nota dan membuat analisis negatif mengenai negara kita. Yang silapnya, ramai orang kita memandang remeh bahaya pengintipan dan propaganda Singapura ini. Wallahualam. 




http://kadirjasin.blogspot.com/2010/12/macam-macam-ada-parti-baru-dan-maklumat.html

Muhyiddin (bakal dicabar Zahid), Anwar dan Wikileaks

on

Hampir semua parti politik yang dijangka mengadakan pemilihan kepemimpinan pusat pada 2011 menangguhkan agenda penting itu. Tumpuan tentulah mahu difokuskan sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13. Pertandingan dalam parti seringkali mengundang perpecahan, atau sekurang-kurangnya melemahkan kesatuan. Walaupun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013 tetapi semua pihak berkepentingan pastinya tidak mahu mengambil risiko.


Umno yang memulakan tradisi penangguhan ini. Selepas  1999, pemilihan MKT Umno tidak lagi dijalankan tiga tahun sekali, tetapi hampir lima tahun, iaitu menyamai usia sesebuah kerajaan. Malah tempoh kerajaan di Malaysia lebih pendek daripada penggal barisan kepemimpinan Umno berkuasa.
Selepas Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim pada September 1998, sebagai langkah mempertahankan kuasanya yang dilihat goyang, kita jarang didedahkan dengan spekulasi kerusi no. 1 dan no. 2 dalam Umno akan dicabar. Era singkat Abdullah Ahmad Badawi juga nampak damai di permukaan. Beliau terpaksa melantik Najib Razak sebagai timbalannya, setelah ditunjuk Mahathir.

Muhyiddin memang regu Najib dalam Team Wawasan 1993, iaitu pasukan yang dibentuk Anwar (bersama Muhammad Muhd Taib dan Rahim Tamby Chik) ketika menawarkan perubahan bagi menghadapi Ghafar Baba (bersama Abdulah dan Sanusi Junid). Meskipun pada awalnya dilihat lebih dekat dengan Abdullah, namun Muhyiddin jugalah merupakan tokoh paling lantang mendesak Perdana Menteri kelima itu meletakkan jawatan lebih cepat daripada jadual awal, selepas prestasi buruk BN dalam PRU12.
Maknanya, Muhyiddin secara berani membawa suara hati Mahathir, yang meletakkan kekalahan BN itu sepenuhnya ke atas bahu Abdullah. Sejak itu, Muhyiddin dilihat rapat dengan Mahathir. Berbanding Abdullah, tentulah Mahathir lebih menyenangi Najib. Namun ia tidak menghalang beliau - secara tertutup - untuk melanjutkan kritikannya, termasuk kepada pemerintahan Najib.

Secara luaran, sokongan terhadap Najib nampak padu. Tiada tanda-tanda beliau akan dicabar daripada dalam. Walaupun usia Muhyiddin lebih tua berbanding Najib, dan dijangka tidak akan menggantikan ketuanya itu, kesetiaannya mungkin boleh dipersoal. Semasa Anwar disingkirkan, Muhyiddin dianggap rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selain itu, Muhyiddin juga dianggap lebih pintar, percaya kepada keupayaan diri dan mempunyai kekuatan intelektual tersendiri berbanding Najib. (Malah, ada pemerhati politik melihat isterinya, Rosmah Mansor, lebih ke hadapan dalam isu atau keadaan tertentu). Sementara Najib pula lebih mudah dipengaruhi dan tidak tetap dalam pendirian. Dalam hal ini, Mahathir tentunya lebih cenderung dengan perwatakan Muhyiddin.

Di peringkat barisan Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein memang cukup rapat dengan Najib. Seorang mempunyai hubungan kekeluargaan dan seorang lagi pengikut setia. Naib Presiden seorang lagi, Shafie Apdal, dijangka bermasalah untuk mengekalkan kedudukannya. Rasanya Najib tiada sebarang masalah dengan Zahid, apatah lagi Hisham.

Di waktu "aman", Muhyiddin mungkin tidak menimbulkan kesukaran kepada Najib dan boleh menjadi regunya yang baik. Bagaimanapun, politik selalu mengundang krisis dan ia mungkin muncul secara tiba-tiba. Jika Najib mengharapkan timbalannya yang setia membuta-tuli - sepertimana Mahathir menginginkan Anwar mengikut apa jua kehendaknya - Muhyiddin bukanlah orangnya.

Bagi mengelak Umno ditohmah parti bangsawan baru, Najib lebih selesa dengan Zahid berbanding Hisham, sementalahan pula sepupunya itu gagal menunjukkan prestasi yang baik. Kementerian yang diterajui Hisham kerap menimbulkan masalah walaupun beliau ditempatkan di kementerian-kementerian strategik, seperti Pelajaran dan Dalam Negeri.

Nasib Umno-BN dalam PRU13 seumpama telur di hujung tanduk. Walaupun begitu, ia tetap tidak mampu mengendurkan keghairahan para pemimpinnya untuk mempersiapkan kelengkapan awal bagi pemilihan kepemimpinan parti untuk sessi akan datang.

II. Usah ghairah kuasai Putrajaya

Selamat bersidang perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua, Ahad ini. Sementara banyak pihak mengharapkan perbahasan lebih tertumpu untuk memperkemaskan strategi menguasai Putrajaya dan mengambil alih kerajaan, elok juga beberapa peringatan agar pengukuhan ke atas pemerintahan tiga negeri sedia ada dimantapkan, diberi perhatian serius.

"Saya tidak bimbang Kelantan," kata seorang veteran politik. "Tapi, kita tidak boleh pandang mudah-rendah usaha BN untuk tawan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Usaha pembaharuan di negeri-negeri ini belum nampak merata. Masa berbaki menjelang pilihan raya perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan perubahan ke atas kehidupan rakyat. Biar mereka terkesan dengan  gaya Pakatan Rakyat memerintah. Potensi besar kita di Perak harus diimbangi dengan sokongan lebih meluas pengundi Melayu. Biar kerajaan negeri nanti mewakili semua kaum."

"Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Mungkin ramai yang marah sebab saya seperti antiklimaks. Tak mengapalah ...," tambahnya lagi sambil meminta saya agar mencatatkan, "tolong ingatkan pemimpin dan wakil rakyat Pakatan, penyakit yang menimpa Umno-BN kini sudah menjalar kepada kita, iaitu wabak jangkitan KUASA." (Beliau menekankan supaya saya menulis kalimah "kuasa" dalam huruf besar).
"Pencapaian kerajaan negeri kita belum boleh dianggap cemerlang. Apatah lagi sebaran media kita tidak mencukupi dan kurang berkesan," rungutnya lagi.

Saya juga tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, yang juga dikenali sebagai strategis DAP: "Sebenarnya jika kekuatan kita benar-benar tinggi, kita hasratkan untuk menawan Putrajaya, tetapi agenda mengekalkan apa yang telah kita menang itu sangat penting."

Pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah pula tidak mahu krisis dalaman KeADILan dipandang ringan pimpinan Pakatan. Beliau membandingkan masalah dalaman   yang turut  melanda PAS, tetapi katanya, pemimpin parti Islam itu  "berjaya menyelesaikan dengan cukup cermat dan bijaksana". Tambahnya, ia barangkali akibat daripada KeADILan yang masih belum dapat menguasai dan membentuk satu organisasi yang benar-benar kukuh dari aspek pentadbiran dan pengurusan.

III. Najib dan Altantuya di Wikileaks

Kalau pendedahan Wikileaks hanya menyentuh komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisikan negara tersebut berkenaan kes sodomi yang didakwa  terhadap Anwar semata-mata, tentulah media dan pemimpin Umno-BN riuh-rendah "7 hari 7 malam" menjajanya bagi meraih kepentingan politik. (Secara kebetulan ataupun terancang, Utusan Malaysia rancak menyerang personaliti Ketua Pembangkang itu dengan menemubual kembali Ummi Hafilda Ali, aktor penting di sebalik fitnah besar terhadap Anwar 12 tahun lalu).

Bukankah sejak awal lagi kes liwat itu "direkacipta" Dr Mahathir semata-mata demi survival kuasanya, dan ia tiada kena mengena langsung dengan soal moral ataupun perundangan? Imej Anwar, yang dilihat seteru paling ketat BN dalam PRU13 nanti, cuba direndahkan sehina-hinanya, terutama pada kaca mata orang Melayu, iaitu khalayak yang masih dipercayai mungkin memberi sokongan kepada Umno.

Malangnya, keghairahan itu tertunda disebabkan Wikileaks turut memuatkan "maklumat" tentang Najib, yang pastinya begitu "menggerunkan" Perdana Menteri. Laporan hasil pandangan peribadi pegawai diplomatik Singapura itu menyebut tentang "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa dan Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa". Ia secara jelas mengaitkan Najib dengan skandal pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dengan menekankan "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Sebenarnya pendedahan laman kontroversi itu sekadar bersumberkan komen peribadi orang-orang tertentu dalam kabel sulit yang dipintas, tetapi belum dapat dipastikan kesahihan faktanya. Media yang dikawal mutlak Umno pula hanya menyiarkan apa yang dirasakan menguntungkan pemiliknya, dan meninggalkan kandungan yang mampu merosakkan imej taukehnya itu. Ibarat orang kelemasan, apa jua yang dianggap mampu menyelamatkannya akan dipergunakan seoptimum mungkin.

Saya tidak menjangkakan komen-komen dalam Wikileaks itu akan membawa masalah besar buat Anwar. Beliau sudah melalui tribulasi yang jauh lebih dahsyat-kejam dan dapat melepasinya. Bagaimanapun, rasa ingin tahu rakyat terhadap isu yang disensasikan itu wajar dimanfaatkan untuk menggemblengkan satu momentum baru, yang tidak terbatas kepada persoalan batang tubuh Anwar. Masyarakat yang dahagakan ketepatan maklumat lebih terdorong untuk mengikuti penjelasan Anwar, dan ini boleh membantut misi jelajah Najib ke seluruh negara yang dijangka bermula awal tahun depan.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita," kata Anwar ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju, 14 Disember lalu, mengulas serangan media berikutan pendedahan Wikileaks.

IV. Lebih baik hidu bau sampah

Selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, saya mudah sesak nafas apabila tersedut asap rokok. Ramai pula kawan-kawan perokok tegar sehingga saya selalu semput dan sukar bernafas. Alhamdulillah ramai perokok yang mula faham tentang bahaya menimpa ke atas orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidu asap ketagihan mereka.

Malam minggu yang lalu, saya mengajak anak-anak dan isteri minum di restoran mamak. Teringin sekali menikmati capati. Kebetulan ada siaran langsung bolasepak Inggeris. Kerusi hampir penuh. Ada meja kosong di tengah-tengah. Belum pun pesanan tiba, asap rokok berkepul-kepul di kiri-kanan kami. Terpaksa saya menarik keluarga keluar. Mujur ada lima kerusi menanti di tepi longkang.
Lari daripada asap rokok, kami dikelilingi bau tengik sampah. Apa nak buat ...

Idea Asal :- AHMAD LUTFI OTHMAN

Najib mengaku BN berpenyakit, nak sokong apa lagi?

on

Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya. Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
 Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama.


Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian.

Golongan muda sudah terlalu jauh dari ‘zaman Jepun’ dan ’13 Mei’. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda. Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun.
Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal ‘perogol’ mereka sendiri.

Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas ’13 Mei’ tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, “Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?”
Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama.

Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai ‘parti komponen’ BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik.
Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi. Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap ‘kawasan tradisi PAS’. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum. Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN?

Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance).
Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila. Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan. Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat.
“Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah,” ujar Najib.

Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudak tidak berselera lagi untuk melihat BN.

Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi. Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam.

Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi?

APAKAH INI HASIL NYA NANTI.......???

on



Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". 
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
Apakah ini hasilnya jika matapelajaran pendidikan seks mula di ajar pada awal tahun depan. Nayaaaaa.... wa cakap luuu.... sebab budak2 zaman sekarang dah tak serupa macam budak2 zaman dahulu. Lu fikir lah sendiri.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

on

Assalamualaikum dan selamat beramal...


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah 
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan 
yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah 
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor 
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri 
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya 
keimanan. 

8. Mandi Sunat 
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 

9. Bercelak 
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali 
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat 
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' 
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa 
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa 
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Insya'allah.. 
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List